Huhu, lately susah la nak update my cutie blog ni psl my Mr. Lappy dah rosak.. hurm.. nak beli lain, still kena fikir2 dulu. So, ni pun I curi2 guna my sister punya laptop company.
Pejam celik pejam celik dah nak jumpa dah Ramadhan. Just around the corner, minggu dpn je lagi. Insya Allah, para muslimin dan muslimat akan menjalani ibadah puasa pada 1 Ogos nanti. Alhamdulillah, syukur sgt sbb Allah panjangkan umur kita dan semoga kita dpt pertingkatkan lagi ibadah dan mengumpul pahala di bulan yang penuh barakah tu nanti, Insya Allah.
Ok, sekarang nak crite pasal durian. Huuiii, durian ni memang la famous dengan gelaran Raja Buah. Bukan je sifat luarannya je yang berduri2 tu dah menggambarkan bahawa dia berhak mendapat gelaran raja, bahkan baunya yang kuat sudah cukup utk menikam kalbu. Since durian ni adalah buah-buahan yang bermusim, maka bila tiba 'time' tu mmg sgt2 la ditunggu2 oleh orang ramai. Kalau ikutkan, saya ni bukan la penggemar durian yang gile2 pada awalnya. Tapi belajar slow2 untuk mengenali dan mencintai siapakah durian ini sebenarnya. Bila dah berkenalan, pastu terus slow2 berkenan. Bila dah berkenan, terus la melekat suka kat dia. Tapi yang paling heaven masa first time rasa durian Musang King. Fuh! Tak tergambar perasaan masa tu, rasa nak nangis pun iye gak, sbb selain daripada harganya yang mahal, tp rasanya mmg superb terbaek la! Berbaloi-baloi.. ;)
In term of choosing the durian, I am more into searching for durian kampung and of course Musang King dah termasuk dlm my list. Jenis Udang Merah, D24, lagi apa lagi yer yang ada kat pasaran tu, belum pernah cuba lagi. Mungkin menunggu somebody else treats and convince me yang durian2 tersebut adalah sedap setanding dgn my listing durian td. *Peh, mcm byk je..pdhal 2 jenis je yang disuka kan..eheheh.. :P* Here some pictures taken masa musim durian tahun lepas. Sekitar bulan Julai juga rasanya. Me and the geng berkelah kat Sg. Congkak. Best sgt waktu ni. Tp, smua my fren dlm gmbr ni masing2 dah cari rezeki kat tmpt lain...
Takpe, tu crite tahun lepas. Yang lepas biarkan tinggal sejarah yang boleh terus dikenang. Musim durian tahun ni pula, takde aktiviti luaran yang dijalankan. Plan tu mmg ada, and seperti biasa Lin ada mengusulkan aktiviti tersebut. Tp malangnya tak terlaksana disebabkan ada hal2 yang tak dpt dielakkan. Kemudian kesihatan pun lately terjejas dek kerana cuaca pun sekarang berjerebu. Me my self pun batuk2, selsema and suara serak dan sengau. But still bersyukur, sbb setiap musibah yang Allah berikan ada khasiat tersendiri selain dpt uji iman kita, ia juga dpt hapuskan dosa2 kecil. Dan mana tahu, dengan kuasa Allah, Allah akan berikan nikmat yang jauh lebih besar kepada hamba-Nya yang redha atas setiap kejadian yang berlaku. Amin.. ;)
Ok, kita sambung crite lagi, disebabkan minggu lepas, my fren Kincik ada balik kampung dia kat Palong, maka dptla kami satu ofis merasa serawa durian dan juga sambal tempoyak. Serawa durian tu dimakan dgn roti mmg terangkat! Dahla pekat, cukup manis, cukup lemaknya, mmg heaven~ Sambal tempoyak pulak, first time saya belajar makan. Rasanya not bad and I think I already fall in love with the sambal tempoyak and masakan gulai tempoyak. Habis seminggu lepas sibuk makan serawa n sambal and gulai tempoyak, then this weekend sibuk belasah durian biji. Yang ni kampung mari, pemberian Kincik. Thanks Kincik! Dah lepas dah rasa ngidam nak pekena durian. Dpt pula durian kampung! Mmg best! ;) Bayangkan la yer, 2 bekas tu saya je yang habiskan. Saya yang tak padan dengan batuk2 selsema ni taram jugak la makan durian tu. Since my mum and dad kena pantang, my brother mmg tak makan durian and my sister pulak dia demam. Apa nak buat, nnti kalau tak makan durian yang dlm bekas tu kang berair and masam pulak kan? So dalam kes ni, saya la jadi hero yang menyelamatkan daripada durian2 tersebut daripada jadi mangsa dibuang..hehe.. ;)
Sorry, gmbr duriannya takde..sbb habis dah I makan..heheh..so, kiranya musim durian tahun ni, dpt juga la diri ini merasa kesedapan buah durian.. yummeh!
No comments:
Post a Comment