Pages

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan

Dear All,

Huhu~~ Pejam celik, pejam celik, esok dah nak puasa! ;)

Syukur Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan fi shahru Ramadhan. Sempena bulan yang mulia dan barakah ini, marilah kita tambahkan dan tingkatkan lagi kualiti ibadah kita. Moga ibadah2 yang kita lakukan diterima Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya. Bukan sahaja kita lakukan ibadat pada bulan puasa ni je, diharapkan kita dapat panjangkan sampai ke bulan2 yang mendatang. Sentiasa istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

Buat adik2 yang baru je nak belajar puasa, good luck diucapkan. Diharapkan bulan puasa tahun ni, adik2 dapat puasa penuh. Kalau tak dpt penuh, setengah hari pun jadi la.. And jangan pula lakukan ibadat puasa ni semata2 kerana dapat ganjaran wang atau hadiah, tp niatkan untuk manfaat diri juga. Bukan apa, sesungguhnya bulan puasa merupakan bulan yang sesuai untuk mendidik diri bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, tapi juga dpt mengajar diri mengawal nafsu. Nak2 lagi masa pergi membuat lawatan di bazar Ramadhan tu yea!

Bila time berbuka tu, berwasatiah la kita. Jangan membazir, kerana membazir itu amalan syaitan. Berbelanja di bazar Ramadhan tu bukannya tak boleh, tp kena la beringat sesama kita dengan org yang kurang berkemampuan. Beli mengikut keperluan, bukan kehendak diri.

Bulan Ramadhan juga sinonim dengan amalan solat sunat Tarawikh kan. Haa, yang ni kena jaga. Kita mengejar kualiti ibadat, bukan kuantiti.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Mohon kemaafan kepada semua andai ada salah dan silap.




Selamat Menunaikan Ibadat Puasa! ;)

Opps, jangan lupa pasang niat malam ni yer~ ;)


p/s: Bukan sekadar cakap kosong, tp untuk perbetulkan diri ini jua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...