Pages

Monday, December 26, 2011

Birthday Celebration

As-salam,

Ok, kali ni nyer entry bukan la suatu entry bergambar kerana sewaktu event berlangsung, kamera hp saya tidak dpt menghasilkan gambar yg cantik, superb lagi mengagumkan.. Jadinya, entry kali ni kurang lebih seperti post-mortem event report je la, k! ;)

Dlm entry lepas saya ada buat entry wish my mom's birthday kan.. So, kali ni nak cite jalan crite kitorg how we celebrate our beloved mom nyer beday, okeh!

On 25th, which kita ada sambutan Hari Krismas kan, kebetulan my bro pun pindah rumah. So, we decided utk tolong2 apa yg patut and bermalam kat rumah baru dia. So dat nite, just kami2 je ada la buat sikit bacaan Yasin utk pagar rumah. *yela, naik umah baru kan.. ;)* Setelah berpenat lelah, keesokannya kami pun celebrate la birthday my mom.

Pada waktu siang tu, my mom, sis and me gi Sunway Pyramid. My sis treats us Foot and Shoulder Thai Massage kat Rokaya. This was my first experience cuba urutan kat sini. As before selalu gi kat Thai Odessey... *eh, betul ke ejaan mcm ni? ala, mintak maaf la ek kalau salah ejaan..tp bunyiknya gitu la.. :P* As usual, saya akan selalu request supaya org tu buat urutan yang kuat. Ntah, sbb rasa mcm berbaloi sikit if dia urut kita bg sakit2 kan.. Utk part foot tu, i rilex je..siap leh pandang2 deco kat dlm tu lg.. sbb langsung tak rasa sakit apa pun, even saya dah request, 'harder pls..' Tp bila time dia urut utk part back & shoulder tu, humangaaaiiiiii...rasa mcm nak penerajang je... sakit dowh.. dia lipat2 kita sesuka hati tanpa belas kasihan gua cakap lu..selagi takde bunyik tulang kita ni diletupkan, selagi tu la dia tarik2 tanpa jemu. huhu... Setelah selesai upacara mengurut selama 2 jam, kami pun pulang dengan hati yg gembira tak berapa nak gembira la sbb badan habis sakit2.. i dunno, if seblum ni i ok je...tp yg kat sini maybe bdn saya tak dpt nak terima lg kot cara urutan kat sini.. tapi dun worry, will try again..kasi chance dulu beb.. Owh ya, seblum balik tu, singgah jap kat Haagen Dazs utk beli ice-cream cake. Then I sempat je mengepow my sis 1 scoop ice cream.. THanks ya, sis! ;P

Kami sampai di rumah je, then cepat2 kami bersiap dan solat kerana kami akan kluar smula utk meraikan hari lahir my mom. Destinasi yang dipilih adalah di Chilli's @ Citta Mall. Citta Mall ni adalah sebuah shopping complex baru yang sgt baru lagi kerana masih terdapat lot2 kosong yang masih belum beroperasi. Terletak di Ara Damansara. Sekiranya anda dari Federal Highway, anda perlu susur keluar menuju ke Subang Airport dan mall ini dpt dilihat di sebelah kanan anda. *Ayat gile skema seh..ahaks.. :P*

Kami sampai kat Chilli's ni dlm pukul 8.15pm mcm tu.. Ngam2 je masuk entrance tu, terus dpt parking baek punya.. Betul2 kat dpn restoran Chilli's tu.. Utk dptkan tempat, takleh..sbbnya selagi tak cukup corum staff tu takkan release meja kosong kat kita, so dia akan pass kat org lain dulu.. Kebetulan customer pada ketika itu ramai, so kena buat reservation dlm waiting list. Kami menunggu kedatangan my bro yg baru naik umah tu sampai. Kebetulan dia pulak tak familiar with the places, so dia agak tersesat barat la utk sampai ke destinasi.. My bro and anak branak sampai dlm pukul 9++pm mcm tu.. At meantime, kami mintak jasa baik staff tu utk simpankan ice-cream cake yg kami beli tu kat freezer dia, nasib baik boleh. Sbb kalau diikutkan dia dah tulis dah kat situ no outside food allowed..

Kami memilih meja yg berada di luar.. lebih fresh-air la konon..hehe..pdhal, tau if duk kat dlm tu konferm sejuk menggedik dek aircond and my nephews konferm akan berlari2 ke sana sini.. Maklumla, kawasan luas..mmg best sgt la utk kanak2 seusia mereka utk menjerit kegirangan..huhu.. :P

Dah belek2 senarai menu, time utk order pun tiba.. Sorry sesangat, nama menu tak ingat so just ingat2 lupa la ek.. That nite kami order Caesar salad, triple apa ke nama ntah as starter (ada chicken rolls, buffalo wings, chicken fillet & celery), smoked salmon, cajun, lamb steak, oldtime burger. Oh ya, for kids, dorg nyer mkanan FOC if tak silap. SO budak2 kecik tu mintak burger n milo panas. Air kitorg plak; Lemonade, Pineapple juice, Apple juice, Mango juice and Ice Lemon Tea. Kesemuanya free refill, ya! ;) Ni nak habak mai ni, OldTime Burger tu sedap..juicy dowh daging burgernya.. mmg maveles.. ;)

Setelah kami kekenyangan menikmati hidangan mkn malam western tersebut, tibalah detik2 menambahkan lagi kalori dalam badan iaitu, ICE CREAM TIME!! yeeehaaa~~ Since my bro pun kongsi birthday month dgn my mom, so kami pun kiranya combine kan skali la celebrate beday tu.. Dah kekenyangan, and my nephews pun behave je, takde acara tangis menangis, so kami pun pulang pada jam 12++am..

Bill pada mlm tu under my dad's name okeh! heheh.. Appa, kamsahamnida~ ;)







Saturday, December 24, 2011

Happy Birthday, Ibu!

As-salam,

Today is my mom's birthday. So, nak wish her a Happy Birthday! Semoga ibu dipanjangkan umur supaya dapat tambahkan lagi amal ibadat, sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah dan dimakbulkan apa yg ibu hajatkan... ;)

Happy Birthday, ibu!
MMuuaaaahh~~~ Mmuuaaahhh~~~ Mmuuaaahhh~~~ I love You! ;)






p/s: Omma, saranghae.. ;D

Wednesday, December 21, 2011

Bonsai

As-salam,

Huhu~~ Lately i've been busy melayan perasaan and karenah manusia. So, saya menghappykan diri dengan berhujung minggu dengan my family.

Entah hari Sabtu bile entah *tak ingat la weih*, my bro ajak teman dia utk gi pameran dan jualan orkid yg diadakan kat berhadapan Galeri Tasik Shah Alam tu. My bro ada niat utk cari bonsai if ada. So alang2 nak kluar tu, kami pun ajak la our parents utk join sekali. Ala, if tak beli pun at least cuci2 mata tgk bunga2an cantik kan.

Lokasi yang dituju hanya mengambil masa 5-10minit perjalanan menaiki kereta, kerana rumah saya pun tak jauh dari tempat yg hendak dituju. Alhamdulillah, sampai je kat situ, terus dpt parking.

Terdapat pelbagai warna dan pilihan serta jenis orkid yang dijual. Saya yang bukan peminat orkid terus tertawan dengan kecantikan tumbuhan tersebut apabila melihat orkid2 yang dijual, dan saya pasti kepada sekalian peminat orkid pun dah tentu rambang mata utk membuat pilihan. Terdpat pelbagai harga yang ditawarkan bagi setiap orkid mengikut jenis dan saiz umur. Pada saya, harga yang ditawarkan juga reasonable.


Cantik tak?
Menawan bukan?
Selain daripada jualan orkid, terdpat juga pelbagai jenis baja yang dijual utk "orked/tumbuhan yang malas." Menurut penjualnya, hanya siram di pangkal pokok, terus berbunga.. Wah lao weih! hebat betul formula baja tu.. heheh.. ;P

Kami berjalan smpai ke hujung deretan khemah, akhirnya berjumpa juga dgn sang bonsai yang abg saya cari2 seblum ni. Hanya pakcik ni je satu2nya yang menjual bonsai kat situ. Ada bonsai yang mmg dah ditrim and mungkin dah berusia 5tahun ke atas kot, dijual pada harga RM1,800.. Memula saya tak dapat nak menikmati apa yg best sgt kat bonsai ni.. Yela, tgk mcm serabai and mcm sampah je.. Tapi setelah ditelek2 beberp ketika, saya dah reti nak menghargai nilai estetika yang ada pada tumbuhan bonsai ni. Pakcik tu menawarkan sepokok bonsai dijual pada RM30. Tp jika anda beli 2 pokok, ia dijual dengan harga RM50. Pelaburan yang amat menguntungkan! Murah tu beb! Then pakcik tu ada la bg tunjuk ajar mcm mana nak membentuk pohon bonsai tu.. Setelah mendapatkan beberapa tips daripada pakcik tadi, kemudian perhatian my mom beralih kepada anak pokok cili dan juga sayuran lain yang dijual di khemah lain. *byknya 'lain' ;P*

Ni la dia antara bonsai yang ada. Belum elok ditrim lagi ni. Masih anak lagi usianya.. ;)
Terdpt pelbagai jenis anak pokok sayuran yang dijual. Antaranya; cili, terung, bendi dan lain-lain. Yg ni dijual secara kombo.. 5 anak pokok RM10. Kiranya satu pokok tu jatuh pada harga RM2. My mom amik 2 anak pokok cili rawit jawa dan juga 1 anak pokok terung. Hehe.. my mom dah ada hobi baru la nampaknya, bercucuk tanam! pewwiitt~~ heheh.. :P My mom bukan je beli anak pokok malah beli sekali dgn tanah sabut dan juga baja utk anak2 pokok tu. We'll see d results okeh! ;)



p/s: bilakah saya mau menyukai utk bercucuk tanam? Mungkin bila dah ada suami and anak2 yang berusia sekitar 4-5 tahun.. bahgianya kan, petang2 beriadah dengan keluarga..huhu~~ insya Allah..amin.. ;)

Tuesday, December 20, 2011

Tulisan Berdarah...

As-salam,

Wanna share best quotes for today;

If you see me walking with someone else,
It's not because i want to..
It's because you weren't brave enough to walk by me.
If you see me smile,
It's not because i forgot you...
...
It's because i got tired of crying for you.
If you see me living again,
It's not because i've moved on...
It's because i hate the fact you can live without me
So if I fall in love with someone else,
It's not because i want to...
It's because you weren't there to catch me..





p/s: times goes by, its time to move on..

Monday, December 19, 2011

Minum Petang Di Suatu Petang

As-salam!

Minggu lepas rasanya mcm langsung tak post entry. Eden outstation kat Melaka la weih.
Ini kali, mau post crita makan2 petang bersama abg saya. Citenya mcm ni:

'Di suatu petang, sang abg mengajak adiknya utk pergi ke Plaza Alam Sentral bagi mendapatkan casing dan juga screen protector handphone sang abg yang baru. Si adik yg sememangnya takde nak buat mende pada ketika itu, bersetuju utk ikut meneman abgnya. Sedang berjalan2 di Plaza Alam Sentral itu, perut rasa lapar. Maka, dialog tersebut terjadi,

"Dik, lapo la..ang lapar tak?"
-Lapar!Tp ibu masak la kat umah..sian lak ibu dah masak, kita mkn kat luar lak..-
"Tu la kan..takpe, kita mkn yg ringan2 je..Haaa, kwn abg mi ada bgtau popia kat dpn ni sedap, jom!"
-Popia sedap bukan ke kat SACC ke?-
"Tak, kwn abg mi dari Kedah tu sanggup mai sini semata2 nak mkn popia kat dpn Alam Sentral.. bangunan yg kita pergi ni Alam Sentral la kan?"
-Yups!-

Maka, dua beradik ini pun menuju ke tempat yg dimaksudkan. Nama stallnya Popiah Al-Ali *kot..tak ingat la* tp kedudukannya berhadapan dengan kedai Dunkin Donut, stallnya bersebelahan dengan Big Mug, menghadap Hotel Quality *eh, yeke?* Tp kat celah2 yg mcm taman cantik kat antara bangunan Alam Sentral, MRCB, tu la.. ;)
Kami order Mi Rebus, Karipap Telur, Popiah Basah, Tembikai Laici dan jugak Teh Ais Kaw.

Mi Rebus *harga tak ingat, RM5 kot*
Photobucket

Karipap Telur *sebiji RM1*
Photobucket

Popiah Basah *3 ketul - RM3*
Photobucket

My review:
Mi Rebus : Biasa2 je.. Kuahnya tak pekat maybe kandungan keledek kurang dlm gravy tu. Mi nya pun tak brape byk, byk dia letak cucur2 dan tepung goreng tu.
Karipap Telur : Tak fresh. Rasa peti sejuk. Karipap IKEA lagi sedap n terbaeek!
Popiah Basah : Maybe saya mmg bukan peminat popia la.. For those yg suke udang geragau, anda mungkin suka terhadap popiah ni. Rasanya lebih kurang sama dgn popiah yg kat dpn Giant kat SACC tu.
Teh Ais Kaw : Tak kaw pun, ceroi je.. Tak dpt imagine let say if saya mintak tapao teh ais tu. Rasanya just rasa minum air yg sejuk tapi berwarna je kot..



p/s: bianne..

Friday, December 16, 2011

Suntikan HPV.. Ouuch!

As-salam,

In previous entry, eden dah berjanji nak crite apa itu suntikan pelalian HPV kan? HPV ni atau nama penuh dia Human Papiloma Virus adalah penyebab utama kanser servik yang kebarangkalian dijangkiti kepada org yang telah berkahwin. In my case, saya yang stil single and available ni just nak prevent, tu yg saya amik suntikan ni awal2. Memandangkan pada ketika saya mengambil suntikan ini, umur saya tidak lagi berumur 13tahun, maka saya perlu la mengeluarkan kos suntikan dari poket saya sendiri. ;)

Terdapat 3 fasa suntikan yang perlu diambil dan wajib patuhi jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya anda terlepas utk mendapatkan suntikan seterusnya pada tarikh yang telah ditetapkan, anda perlu mengulang kembali suntikan yang pertama.

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama kali diterima
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan ketiga - 6 bulan selepas suntikan pertama

Mungkin macam konfius, meh saya bagi contoh jadual suntikan saya, k! ;)
Suntikan pertama - 29 Oktober 2011
Suntikan kedua - 29 November 2011
Suntikan ketiga - sekitar bulan April 2012

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis suntikan yang anda boleh pilih iaitu Cervaric ataupun Gardasil *sorry if salah spell*. Bagi Cervaric, kosnya dalam RM199 hanya untuk ubat suntikan tu je, tak termasuk dengan consultant fees doctor (depends pd hospital/klinik yg korg pergi la), manakala Gardasil pula kosnya sekitar dlm Rm250++ *ni pun ubat inject tu sahaja.*

Apakah beza Cervaric dgn Gardasil ni? Kedua2nya menjalankan fungsi yang sama iaitu prevent daripada kanser servik. Cumanya Gardasil ni ada additional lagi iaitu menghindar daripada warts/ketuat/polips kat area situ. Tp based on my doctor advice, dia kata if amik yang Cervaric pun dah ok. ;)

Sekiranya anda mendapatkan suntikan ini di klinik or hospital swasta, lebih baik korang call dulu utk ensure availability stock injection tu and jgn lupa utk mention suntikan ke brapa yg korg nak amik.

Diingatkan, suntikan ini agak sakit. Masa doktor cucuk jarum tu, takde masalah pun, even korg takkan terasa apa2.. Tp ketika doctor start tekan picagari utk masukkan vaksin tu, baru korg rasa sakit.. Untuk suntikan pertama, saya ok lagi. Suntikan kedua, agak sakit dan terkesan ingatan sakit tu walaupun saya dah smpai kat umah and ada bengkak sikit. And diberitahu bahawa suntikan ketiga/terakhir tu adalah lebih sakit dan pedih.. *fuh, ni yg buat eden takut ni.* As usual, kita pun mcm baby juga, lepas je dpt suntikan tu, korg ada rasa mcm nak demam..just rehat kat umah n bykkan minum air.. If takut melarat, boleh la if nak makan Paracetamol.

Rasanya tu je kot nak cite psl HPV ni.. If ada apa2 info yang tersalah ke, just bgtau je.. sbbnya info yg saya dpt ni pun drp doktor jugak n drp pengalaman saya sendiri.



p/s: Isk, mana nak dpt durian ni ek..tingin laa~~

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday

As-salam n Morning!


Photobucket

Monday, December 5, 2011

Mere Mehbuba

As-salam,

Tajuk entry mcm ala2 hindustan tp isinya stil berkenaan makanan.. huhu~~ Sabtu lepas, like entry sebelum ni, kami bertiga iaitu; my mom, sis n me keluar together-mether. Keluar kali penuh dengan tujuan iaitu tujuan utk setelkan urusan kami bertiga dan juga urusan saya..hik2.. ;P Saya akan cite psl makanan, tp nak jugak cite sikit aktviti kitorg sebelum tu..

Seawal jam 9am, kami telah pergi ke KPJ Shah Alam utk dapatkan suntikan HPV dos kedua. Apakah suntikan HPV ini? Next entry Insya Allah I will tell you, okeh! ;) Setel urusan kat hospital quite lama, setelah setel buat pembayaran, kami menuju ke bangsar. Kat Bangsar ni ada urusan nak amik barang. Kebetulan jalan jammed la plak kat Subang, so kami berjaya sampai di Bangsar sekitar jam 12.45pm mcm tu.. Lebih kurang 20minit mcm tu, perut pun dah terasa lapar.. Jeng jeng jeng! wuut~~wuutt~~~

Bila dah lapar, kita pun gi la carik makan, ye dak? ;) Alang2 dah sampai Bangsar, then i planned nak gi bank kat area my previous company kat Phileo Damansara tu, so my sis suggest utk mkn kat area Bangsar Village Mall. Dlm duk saya sibuk nak berasak2 mencilok, then my sis ternampak satu restoran yang diberi judul Restoran Mahbub [RM] *tgk tu..initial RM tu..RM maknanya duit tu bhai..huhu.. ;P*

Kedudukan restoran ni, terletak di belakang bangunan Bangsar Village Mall, kat Lucky Garden, area pasaraya TMC, dkt2 jugak dgn gerai kari kepala ikan yg femes tu. Nak lagi specific, bersebelah CIMB.. *fuh, dah byk kot clue..if tak jumpa gak taktau la..*

Photobucket

Sini hidangan istimewanya ialah Nasi Biryani Ayam Madu. Tgk je la kat dia punya signage, The Best Briyani Ayam Madu since 1970's tu..~~

So, i pun order Nasi Biryani Ayam Madu dan Teh O Ais. For me, if mkn dah sedap, minumnya cukup teh o ais pun dah layanzz dah.. While my sis plak amik Nasi Biryani Bukhara Kambing, side order sotong kari dan air Kelapa Muda. My mom pula Nasi Biryani Bukhara Ayam dan Lassi Mango.

Cite byk tak guna, meh tgk gmbrnya yea.. jgn kecur liur dah la ek! ;P

Nasi Biryani Ayam Madu *mantap beb!*

Photobucket

Sebelum...

Photobucket

Sebelum...

Photobucket

3 sekawan

Photobucket

Minumannya; Kelapa Muda & Mango Lassi

Photobucket

My review?

Nasi Biryani Ayam Madu: Fuuuiyoo...terbaek bhai~~ Ayam madunya marveles n mantap *dunno la maybe sbb dah lapo sgt kot* Tp siyes sedap! Nasinya plain means, takde rasa rempah.. so mcm enjoy je la korg mkn, takde tensen2.. if nak pedas, letak la sikit kuah2 kari n dalca tu..

Nasi Biryani Bukhara Kambing & Ayam: Sedap! Recommended gak! nasinya penuh dengan rempah. So rasa hot2 and korg mmg kena struggle nak habiskan, sbb leleh airmata beb.. *diberitahu oleh org yang order la..ekekek.. ;P*

Mango Lassi: Pekat n sedap! Recommended! ;)

Entah, for me, sedap giler la..kena ngan my taste buds kot. But for my sis n mom, dorg kata mcm biasa je.. My sis siap kata lagi, yg i dah kena mandrem..hakhakhak.. ;P tp siyes, i boleh buktikan, yg my pinggan giler2 licin.. tak penah la saya makan kat memana kedai yg pinggannya selicin2 alam..huhu.. ;P Tak caye? Meh tgk sendiri..

Selepas.. *burppp...*

Photobucket

Selepas.. *ni pinggan my mom n my sis*

Photobucket

Amacam? Clearkan my pinggan? Tula, dah habaq dah awai2 tak sat.. ;D Ntah, for me, sedap la.. Korg try la.. mana la tau, kot time hari yg kami pergi tu, tukang masak tu buat sedap, serba-serbi cukup bahan2nya.. If korg nak tau, ramai org mkn kat situ.. Omputih pun ada mkn kat situ! ;)




p/s: as usual, thanks sis! ;)

Thursday, December 1, 2011

Girls Outing!

As-salam,

Rasanya entry utk November dah cukup byk review psl makan kan? Disember punya entry pun nak citer psl mknan gak which happened on November month..huhu~~ Nov was bulan makan2, i loikeee~~ *ngee.. :D*

Nama tajuknya girls outing! hehe.. Sabtu or Ahad lepas me, my mom and sis gi Sunway Pyramid. Kiranya, Pyramid ni dah jadi mcm taman permainan kitorg utk bulan November je kan.. Kitorg gi sini sbb my sis dah booked Thai Massage kat Rokaya for my mom. Rokaya ni letaknya kat area Marakesh tu.

My sis booked utk foot reflexology utk sejam setengah punya session.. If korg gi Rokaya ni, jgn lupa utk flash korg nyer JJ card tau, dpt 10% less.. Ok la tu, drp takde, ye dak? ;)

After we both sent my mom there, then kitorg rayau2 la kat Pyramid tu.. Having late breakfast kat Coffee Bean, I ordered Purely Dark Chocolate Frap while my sis ordered sandwich, red velvet cake n special brewed coffee.. *sedap wo Purely Dark Choc drinks tu! Recommended!* Then lepas je kitorg lepak situ, kitorg gi masuk L'Occitane. My sis nak carik perfume, yela since dia pun selalu kena jumpa clients. So, imej harus dijaga. She grabbed new arrival perfume berasaskan wangian rose @ RM175. If tambah lagi RM25, leh entitle for free membership card for 2 years.. Since I tak jumpa brg yg berkenan kat situ utk ditop-up, so takde la my sis jd ahli L'Occitane.. Duk belek perfume kat situ sampai tak sedar yg my mom punya session urut pun dah selesai, kalut kitorg gi kat Rokaya balik utk fetch my mom yg dah menanti kami dgn raut wajah yg segar bugar bagaikan mawar segar!hehe.. ;)

Memandangkan perut kami masih lagi full dgn late breakfast tadi, so kami just tnya kat my mom dia nak lunch kat mana. Sedia maklum, bila lepas berurut, msti lapar punya la.. *aci bet weih!huhu..* Then asked my mom whether she wanted to eat sushi or salad. Then she picked to eat salad at Delicious Restaurant.

Mengelintau gak la kitorg carik restoran ni, yela kat map ada, tp kami tak jumpe route nya.. And lastly, we've made it! Hao yeah~~ ;D

Photobucket


Kami disambut oleh waiter yg super kacak n ayu gitu.. *isk, mana la lelaki2 macho ni utk i sunting utk dijadikan suami if golongan2 ini semakin bertambah? adeh..den risau la..eden ni masih mencari lagi..takpe, teruskan mencari, jia you! jia you! ngee... ;P*

Kami just nak mkn yg ringan2 je and decided utk share. Sharing is caring rite? But sharing ur husband or boyfie tu bukan caring dah tu.. tu namanya daring.. Haip, mane leh share2 ni! tak penah dgr ke lagu The Boy is Mine by Monica & Brandy tu?huhu..*uiks, awat cam dah melalut jauh benar nih? ;P* Ok2, sambung balik..sori ek, teremo lak tetiba time buat entry ni.. ekekekek.. :P
Kami order apa? Ni la yg kami order..

Photobucket


Nanti saya narrow down one by one, okeh! ;) Okeh, gambaq hat pertama ni, apa dia taktau kami order..isk, saya pun dah lupa..rasanya Laksa Johor kot nama menu ni..isk, cheq dah tak brapa nak ingat la weih..


Laksa Johor *replace spegeti to vermicelli*

Photobucket


Rasanya? Biasa je.. tak brape umph sgt..
Since my mom nak mkn salad, so kami order Garden Salad for my mom.. Yela, jaga makan.. ;)


Garden Salad

Photobucket


Rasa? Kalau tgk isinya just dedaunan hijau berguguran je kan. Yeah, normal daun salad yg kita boleh beli kat pasaraya tu.. Cumanya dressing dia sedap sbb ada rasa masam2 manis n pedas. Tp if dulu mkn kat branch 1Utama, ada bunga kaler kuning n purple tau dlm salad ni. Tp yg kat sini takde lak.. agaknya bunga2 tu dah habis dipetik org kot.. ;P

Next, I ordered Hot Honey Lemon. my mom ordered Fresh Orange n my sis plak ordered Hot Lemon Tea kot.. i dah tak ingat laaaaa...arghhhh...~

Hot Honey Lemon

Photobucket


Rasa? Air lemon je la.. Whatdayaexpect? Rasa masam la.. if nak manis, letak la honey tu, tp i just minum je lemon tu.. kasi potong lemak maa.. ;)

Last but not least, this one mmg korg msti order if korg dtg sini. Apakah dia? Berri-licios Pavlova kot nama dia.. *what la, nak buat review, tp lupa lak nama dia kan? tp at least korg dah nmpak gmbr rasa dah leh imagine dah n dpt tau nama hujung2 tu dah ok kan..* Key word dia just Pavlova je, takyah nak pikir byk, sbb tu je satu2nya dessert yg ada nama pavlova..

Berri-licous Pavlova
Photobucket

Rasa? Super ohsem, babe~~ sedap!! Recommended! Gua mmg suke bendalah ni. Ngan rupa yang menawan, siapa yang lihat sudah pasti tertawan..wah lao weih~~ :P Tp pavlova ni mmg must ordered la if i step in kat Delicious ni...

So, apa lagi? Nak tunggu mendenya? Korg ingat pavlova and makanan2 lain yg i mentioned kat atas serta lelain makanan yg ada kat situ akan dtg bergolek sekiranya anda tidak dtg sndiri kat Delicious ni? Takdenye derr...korg nak, korg gi, n korg bayar la..apa lagi! ekekekke.. :P

Dah kenyang perut suka hati, kami pun pulang dengan senyuman yg penuh makna.. *peh, ayat tak selaras dgn maksud sebenar..kahkahkah.. :P*



p/s: as usual, all the bill please put under my sis's name, yea~ thank you, sis! ;P

Saturday, November 26, 2011

Spa Keretaku, Spa Kakiku

As-salam,

Ok, in this previous entry which entry siang tadi, saya ada mentioned nak hantar Ronaldo saya gi spa kan.. Nak dijadikan cite, mmg siang tadi, after work terus pecut gi hantar my car kat car wash.. Lepas je kete tu dicuci, even dlm proses mat bangla tu tgh duk lap2, tetiba hujan uols! Memula hujan gerimis2, hati ni leh tahan lagi.. dlm 2minit mcm tu, VASSSS terus hujan lebat... Waaaaaaaaaa... T_T.. luluh hati ni..tp nak buat mcm mana kan, I hulur duit RM10, then terus pecut balik umah..

Smpai je umah, my parents dah gi wedding my 2nd kazen tu.. n my sis pun takde. Yg ada just my bro. Perut lapar..tnya kat my bro, dah mkn blum? Then dia jawab, blum.. Hurm.. Bila dah lapar di kala tiada makanan ni, kebiasaannya saya akan tidur demi utk melupakan perasaan lapar.. Solat Zohor jap, then lepak kat sofa.. Dlm nak lelap2 tu, my parents pun dah balik. Wah, gembira bukan kepalang di kala menyambut kepulangan parents I.. Yela, kebiasaannya, adat org jawa *owh, lupa nak gtau..fyi, I ni mixed okeh! ;P* akan bawak balik 'bontrot.' *sebut betul2 yer!* 'Bontrot' ni makanan kenduri yg dah ditapao utk diberi kepada sedara terdekat. Tp, sekali lagi hati ini hampa apabila melihat tgn ibu saya hanya memegang kotak kenduri yang berisi coklat cadbury dairy milk yg kecik2 tu 3 ketul+2 biji choclairs bersama 3ketul kuih bahulu.. Bahulu mana leh layan time lapar2 gini.. Disebabkan tertekan dengan keadaan itu, saya makan sume coklat2 tu.. Pastu dgn manja memberitahu ibu saya, "Ibu, lapar la.." Seminit kemudian, abg saya ajak saya kluar. "Jom, dik! Teman abg mi gi SACC..nak urut kaki la..ada kan kat situ?" my mom suh saya ikut n pesan kat my bro, "Bawak adiknya makan..lapar budak ni.." huhu~~ tetiba je mata yg layu jadi terang! hao yeah!! sek fun lo! huhu~~ \(",)/

Dlm pukul 3.30pm mcm tu, saya bersiap n gi la SACC. Spa urut refleksologi yang dituju namanya KAKIKU The Power Of Touch.. Lokasinya di tingkat 3, SACC. Berhampiran dengan KK Decomart tu.. Menariknya, masseur dia adalah terdiri daripada org buta.. Ada yg buta semulajadi and ada juga yg buta disebabkan glukoma.. Abg sy amik pakej Kakiku Special iaitu 60minit for foot reflexology+30minit head & shoulder massage = RM72.. While saya memula plan nak amik foot reflexology utk 60minit = RM46. Tp dioffer dek kakak yg jaga kaunter tu suh saya amik pakej Quick & Easy II iaitu 40minit foot reflexology +20minit head & shoulder massage pada harga RM51.. Dah terlebih bajet sebnrnya.. Tp disbbkan daripada saya melangut je, so saya try kan aje la.

Saya request utk masseur laki yg urut kaki saya kerana menurut kakak saya yg pernah try urut kat sini bgtau, if masseur tu pempuan, urutannya alahai gemalai punya style.. utk tang kaki je la saya mintak laki yg urutkan. Tang head & shoulder tu saya mintak pempuan la yang urut.. huhu.. ;)

Masseur memulakan urutan kat kaki kanan saya.. Rilex je, siap saya boleh menyambung membaca novel saya dengan tenang. Sekali dia urut kat kaki kiri saya, huumangaaaiiiiii...sakit dowh..menahan sakit je la.. Selesai 40minit urutan, sblum ke bilik khas utk sesi urutan seterusnya saya sempat la bertanya kat brader tu, "Nape ek, kat kaki kanan tadi urut saya tak rasa sakit.. tp yg kaki kiri saya rasa sakit.. ada kaitan ngan jantung ke atau apa2 organ dalaman ke?" *Ewah, pnjg pulak soalan, siap tnya psl organ dalaman bagai.. ;P* Brader tu rilek je jawab, "Sbbnya kita berjalan, byk gunakan sendi sblh kaki kiri." Saya pun mengiyakan je la.. *dah den sndri pun tak tau..if fakta, terimo la yo..if auta pun, terimo la juo.*

Ok part urutan seterusnya bermula dgn muka.. Masseur pempuan ni urut kat area mata n kening. Tp ada part kat kening sblh hujung, bila dia picit, rasa geli smpai ke pinggang weih! *apesal ek?* Lepas je muka, kat area bahu pun dia ada la mcm cari2 urat, tp tak berape nak beriya.. kat area bahu ni pun dia urut rasa geli sampai ke pinggang.. tp tahan jela.. Takde la rasa best sgt, sbb 20minit, so ape je yg leh diexpect? Then dah setel, saya tunggu my bro before setelkan pembayaran kemudian kami menuju ke Restoran Uncle K. Lapar weih, siyes! Mmg selalunya mcm tu, if lepas urut je, perut automatik jadi lapar.. Tambahan mmg lunch pun I dah skip kan..

Ni la dia, muka hadapan kedai Kakiku Reflexology

Photobucket

So kat Uncle K ni, my bro order Kemaman Ice Coffee and Nasi Goreng Tenggiri & Kerang. Ni signiture dish dia. Rasanya? saya tak try rasa la dis time eventho nafsu makan rasa mcm membuak2 je time tu.. huhu..

Photobucket

Saya pula order ABC for drinks and Sizzling Wantan Mee.. Haha..yg ABC ni walaupun dah petang nan dingin lepas hujan, still nak belasah jugak ABC pasalnya dah sbulan kot tingin nak mkn ABC yang sedap.. Tp disebbkan taktau celah mana port ABC yg sedap dpt dijumpai, makanya saya pun belasah la ABC di Uncle K ni. Antara isikandungan yg ada dlm ABC ni selain drp susu pekat n sirap ialah kidney bean, kacang tanah goreng, cincau, jagung, buah laici sebutir, agar2 sagu yg bulat kaler merah n hijau tu n buah pala.. Pastu ada eskrim kat top of the mountain of the ice.. *betul ke ayatku ini?ahh, belasah je la.. hik2.. :P* Jujurnya, saya tak mampu nak habiskan ABC ni, dek perut dah penuh diisi dgn kuah sizzling yee mee..tambah plak yee mee tu pun maybe dah kembang kat dlm perut kan.. So takde ruang dah si ABC ni nak menyelit.. ;P Rasa? Tak brape best sgt..biasa je..

Photobucket

Yang ni la sizzlingnya.. masa tangkap gmbr ni, kuah dia buih2 berasap! Takde la gmbr statik kabur mcm ni je kan..huhu.. Utk sizzling ni, rasanya sedap! Rasanya tak mcm yg slalu kita makan kat foodcourt tu.. Kuah dia rasanya mcm dia guna kuah mushroom, tp sedap! yg ni pun actually signature dish kat situ. Yg ni I recommended!

Photobucket

Sesi merehatkan kaki sudah, sesi perut diisi pun sudah.. Jadi, kami pun memulakan sesi mengangkat kaki dari SACC.. wah lao weih, dh mcm rhymes la..heheh.. :P Kami pulang ke rumah pukul 6.20pm.. Sesi outing yg dikira boleh tahan lama gak la, walaupun hanya di blok belakang rumah.. ;)





p/s: I still prefered Thai massage eventho bdn kena lipat2 dek masseur tu, tp i rela je. If tradisional massage, ske yg makcik2 kat kampung duk urut tu..yg tu siap betulkan pundi kencing kita, naikkan peranakkan..mmg totally ohsem! ;)


Salam Maal Hijrah

As-salam,

Alhamdulillah, sempat saya doa akhir tahun and awal tahun sebentar tadi.. ;)

Sempena tahun baru ni, marilah sama-sama kita berubah menjadi insan yang lebih baik. (Mengingatkan diri ini jua). Buang yang keruh, ambil yang jernih. Berhijrah untuk menuju ke arah kebaikan. Kita hidup di dunia ni pun, belum tahu lagi sampai bila. Bersyukur sgt kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Dah buat checklist blum menuju akhirat? Terfikir juga, dah 26tahun aku hidup ni, byk mana ek amalan aku ni? Setarakah dengan yg dah hidup selama 26tahun or just 6tahun punya amalan je? Yela, kadang2 kita ni ambik remeh je hal2 ibadat, hal2 akhirat.. Sumtimes masih jahil lagi dengan perkara yang sepatutnya kita dah expert. Teman baik kita sebenarnya adalah mati. Jadi kita kena sentiasa bersedia untuk menuju ke arah itu. Sekiranya dah tersentak, dengan nikmat yang Allah berikan, insya Allah kita masih lagi sempat utk berubah dan bykkan amalan.. ;) Moga kita menjadi insan yang bertakwa kepadaNya, Amin.. ;)

Ni nak lencong sikit cerita.. Tadi masa berjalan2 kat mall bersama abg saya, ada terdengar perbualan telefon sorg akak ni;-

Kakak yg tidak dikenali (A), Si penelefon (B)
A: Weh, dtg la umah aku..cuti kan Isnin ni..
B: Cuti Awal Muharram ek *agaknya la si penelefon tu ckp*
A: Cuti Awal Muharram mende.. cuti Maal Hijrah laa

Saya yg mendengar tetiba cam konfius.. *Erk, Awal Muharram ngan Maal Hijrah bukan sama ke?* huhu..



Sekali lagi, Salam Maal Hijrah!

Sabtu Yang Indah... Indah ke?

As-salam uols,

Takde mende pun nak update sbnrnya. I'm at office while updating this blog actually. Disebbkan takde urgent matter, so Sabtu yg bekerja ni pun cam rilek2 n buang2 masa je.. *I jeles tau kat org yg leh buat OT tdo di hari Sabtu ni..isk..*

Lately hujan and selalu kena lalu kat area yg berdebu (yela, dah tu je satu2nya jalan nak gi keje kan..) dek construction kat area Proton yg tak pernah2 nak siap.. *Cepat la weih siapkan jalan tu..dah lama kot duk tak siap2..sejak saya keje kat UEP kot..gile zaman tok nadok* Pe bebel2 ni? huhu.. nak ghoyak ke demo hok ni sbnrnya.. keto kawe doh dop supo ghupo keto doh..doh dop hensem doh Baby Ronaldo kawe tu.. comot kemaing.. so, ingatnya pas keje ni nak terus shoot gi carwash kat area umah saya je. Sekali cuci, sekali dptkan satu cop..smpai cop yg ke-10, dpt free cuci kete tu..Bley tahan gak la marketing strategy brader tu.. tp kira ok la.. ;)

Then rasanya my 2nd cousin kawin arini.. Alang2 nak dpt mkn free and cuci2 mata amik berkat kawin, ingat cam nak join je my mom gi kenduri tu..ihik.. *mode gatai.. :P*

K la, nothing else to share.. Lagi 20minit je lagi nak balik dah ni.. 'Wahai jam, cepat la berputar ke jam 1pm..tak sabo nak balik ni..'





Thursday, November 24, 2011

VC : Patah Seribu - Shila Amzah

As-salam,

Lama rasanya tak post video clip kan. Meh nak share. Skrg lagu ni cam best je dgr. Enjoy!




Wednesday, November 23, 2011

Ada apa pada 20.11.2011

As-salam,

Meh nak cite what happened on 20th Nov lepas. Actually, dat day was my birthday. First time woo celebrate as single and available lady. Kekok jugak at first. Yela, tahun2 sebelumnya, msti tertunggu2 msg, birthday wish via phone call and parcel which contains birthday card and hadiah.. But this year, tu sume takde..bila dah takde, rasa sunyi.. a lil bit mengganggu jugak la otak waras ni. Jadi moody eventho dah pesan dah dlm diri, 'wahai diri, jgn la nak mengharap apa2 on ur birthday k!' Penyebab moody tu pun maybe disbbkan a day before my birthday tu, saya kena kerja from 8.30am-10.30pm non stop tanpa makan n minum. Sibuk bagi brochure, entertain customer, jadi cashier jap, then bg penerangan kat usahawan lagi..sampai makan minum sndiri pun lupa..takde sape yg nak tlong ingatkan..plus duit poket pun takde sbnrnya..punya la kering.. =) adeh..first time wo, dlm purse just ada RM10 je. Nak belanjakan duit tu pun, teragak2, sbb takut kot2 ada emergency ke..so, rela la diri ni tak makan..huhu.. =')

So on 20th itself, memandangkan nobody asked me out, mmg planned nak lepak umah je. Yela, penat keje straight 3 hari smpai malam kan.. Then dlm pukul 10.30am-10.45am mcm tu, my mom tnya la kat saya, "Dik, ada apa2 plan ke? kot2 ada sesapa ajak kluar.." Dengan nada rendah dan malas saya membalas, "Takde bu..takde sape pun ajak kluar.." Then my mom replied, "Jom la kluar..Abg Mi nak blanje tu..katanya nak tgk wayang.." Dengan malas, saya pun bangkit dari sofa dan bersiap. Mmg malas nak kluar, takde mood dowh..Badan penat, emosi pun tak stabil, pastu ajak kluar..camne? Tp memikirkan my bro nak blanje sempena birthday girl secara combo which my sister punya birthday pun kebetulan beza hari ngan saya punya pun tak jauh, jadinya saya pun menggagahkan la diri utk bersiap.

Lokasi yang dirancang pada asalnya adalah ke KLCC. Tp disbbkan my bro nak redeem his JJ voucher, so perjalanan dilencongkan ke Sunway Pyramid. Sementara nak dptkan parking, my bro ajak saya utk turun dulu utk beli tiket wayang. Berjalan la kami berdua ke TGV Sunway. Ingat nak tgk Puss in Boots, tp tayangannya pukul 6.50pm.. dah lewat la plak.. so, nak tgk cite komedi, Tower Heist, tp sittingnya tinggal yg plg depan la plak..mcm tak ample je, kita nk tgk wayang nak happy2kan diri..tp kalau dah sit dpn skali tu, dah mcm stress kan diri je.. so, nak tgk Immortals, masa tayangannya pun dah chantek, pukul 2.20pm, tp terlampau violence la plak.. memandangkan kami dtg bersama parents, jadi mcm tak sesuai je, so at last, kitorg cancel je la plan nak tgk wayang tu.

Kami jalan2 kat JJ, my sis teman my mom tgk kat bhgian bedding, my dad cari towel which kat area bedding tu jugak.. while me teman my bro carik kasut keje.. Sempat jugak lah pao my bro utk mkn eskrim sundae cone chocotop McD..heheh.. :P Setelah berjalan2, perut pun dah rasa lapar. Kiranya lunch lewat la haritu, sbbnya pg tu my mom dah buat nasi lemak for breakfast..Dalam pukul 3pm++ mcm tu, kami menuju ke Restoran Bubba Gump Shrimp Co.

Photobucket


Bubba Gump ni konsepnya mcm Manhattan Fish Market tu. Deco restoran ni mcm kita baru lepas tangkap ikan kat oversea. *Eceh, mcm penah je tgkp ikan kat oversea ek..ekekek.. :P* Takdela, maksudnya dia punya deco tu ada steel bucket kat atas meja. Apa yg kitrog order? Setelah belek2 menu yang diberi, kami order;

Appetizer; Boat Appetizer @ RM43.90

Photobucket


Ia mengandungi fillet ikan, udang dan jugak lobster. Tulis je situ lobster, tp yg dibagi udang lipan je..huhu..So, mereka bertiga ni digoreng dgn tepung tempura berempah rangup. Ia disertakan juga dgn coleslaw, dressing thousand island and creamy butter yg telah dicairkan. Rasanya? Sedap! Rangup.. I like part rangup tu, sbb skali dgn kulit2 udang lipan tu saya makan.. *Giler majlis bandaran saya ni. :P*


Salad; Pear & Berry @ RM28.90

Photobucket

Salad ni sedap! Berry yg dimaksudkan adalah potongan strawberry ditambah dgn buah pear yg manis. Yg bg lagi sedap tu, sbbnya dlm pada kita duk gigit2 buah n sayuran hijau tu, sumtimes ada je kita tergigit walnut or pecan goreng.. So, dia mcm bagi perasaan yg lebih mendalam la masa menikmati salad ni.

Oh ya, kami order konon ikut protokol bagai..yela ada appetizer bagai..tp kami mkn share2 yer.. Mkn sorg sikit bak org2 lama kata.. ;) Mcm salad tu, atas pilihan my mom.. ;) Rite, next, my sis ordered Lamb Rack.

Lamb Rack @ RM44.90

Photobucket

Dlm pinggan Lamb Rack ni, ada mashed potato, steamed vege and of course la ada lamb kan! Lambnya sedap, eventho I tak mkn byk pulak kali ni. Sebb siyes, takleh nak sumbat sgt la on dat day. Agaknya terbawak2 perasaan lara ni kot. Tu yang mkn pun takde selera sgt. While vege dia, I tak mkn since I tak ske brokoli.
Kemudian, I pulak ordered Mama Southern Fried Chicken. Pd asalnya tanak mkn ayam, kena plak tu part breast. Tp disbbkan dah takde idea nak order yg mana dah, tu yg pilih je la hat mana yg agak2 mcm rasa antara nak mkn ngan tidak.

Mama Southern Fried Chicken @ RM27.90

Photobucket

Dlm hidangan ni, kelihatan coleslaw,mashed potato and golden corn in cob *sepbaik dia tulis gold corn..kaler gold dia mmg menggiurkan perasaan kan bila tgk rupa dia!* Ayam tu plak, dia simbah dgn special gravy. Ayam dia rangup, rasa mcm ayam K** cuma rempah dia lebih sikit..seumpama ayam tu dah mmg diperap n direndam sebati la ke dalam rempah2 tu. Sbbnya terasa keenakan rempah kat setiap gigitan ayam tu..

Memandangkan my dad mesti kena ada nasi, and berpantang daging dan ayam, maka, kami memilih menu utk my dad iaitu Salmon & Veggie.

Salmon & Veggie @ RM36.90
Photobucket


Utk hidangan ni, salmon dia sedap! Hiasan asparagus yg memikat, mmg menambat selera utk kita terus digging kat perut kuali comel ni. For those peminat salmon, u must try this! ;)

For drinks; I just amik Ice Lemon Tea (free flow), my bro - Lemonade (free flow), my mom - Mango Juice, my sis - Jenny's Favourite and my dad - Lotsa Lava.

Jenny's Favourite @ RM11.90

Photobucket

Saya pun tak pasti sape Jenny ni sampaikan diambil menu minuman ni sbg kegemaran dia. Tp rasanya sedap! Ia campuran berry and yoghurt. Dia lebih kurang lassi la..

Last but not least, my dad's choice, Lotsa Lava! For those penggemar coconut cream, anda dialu2kan utk mengorder minuman ni. Memula rasa mcm yuck kot, santan diminum dgn strawberry syrup.. Yela, sbb biasa padanan santan ni kan dgn gula melaka.. tp setelah i took a sip, ternyata tak mengecewakan.. sedap n yumeyh,beb!

Lotsa Lava @ RM11.90

Photobucket

Suasana kat luar ketika tu, hujan and kilat sabung menyabung. Jadinya, kitorg stay lagi kat dlm Sunway Pyramid tu dengan berjalan2 kat dlm mall tu. Anda dah boleh lihat props utk Krismas dah diletak kat ruang legar. Ramai la yang bergambar sakan dengan keluarga dan kekasih hati kat props tu. Then saya singgah jap kat booth Samsung utk survey harga tablet. Setelah buat perbandingan dgn iPad, sehingga kini, saya masih lagi terfikir2 nak amik yg mana ek?huhu.. ;P *mengharapkan utk org bagi? Alhamdulillah..sgt la dialu2kan.. ;)*

Dah penat pusing2, then my mom offered utk belanja makan eskrim plak.. Yeay!!!!! So, I pakat dgn my sis utk mkn Fondue.. heheh..saja ngada2 nak makan fondue..hik3.. ;P So, kami pun tuju ke Haagen Dasz.

Photobucket


Ni la dia fondue nya!
Photobucket

Utk fondue, kita takleh minta tukar flavour eskrimnya. Kira dah fixed as stated kat dlm menu. Ia ada 3 keping biskut chipsmore, 4 kiub potongan sponge cake, 4 biskut love letter, hirisan epal hijau & strawberry, 4 ketul eskrim vanilla, 4 ketul eskrim vanilla with biscuits, 4 ketul eskrim belgian chocolate and 4 ketul eskrim strawberry. Oh ya, tak lupa topping dia, badam halus.

Memandangkan mcm tak puas je dengan hidangan fondue di atas. Maka, saya selaku birthday girl pada hari tersebut, membuat request kat ibu saya dgn mengatakan, "Bu, nak lagi leh? cam tak best plak fondue ni.." ekekkeke... :P *dah pao seround habis licin, leh plak kata tak best ek?:P* So, saya pun order la set Paradise. Yg set paradise ni, kita leh mintak tukar eskrimnya. Basically, dia ada 6 scoops eskrim yg tertenggek kat stacking waffles. Actually saya minta perasa midnight chocolate. Tp since perasa yg saya nak tu takde, so last2 saya amik 3 scoops belgian choc, 1 scoop of mango sorbet, 1 scoop of mango and 1 scoop of strawberry cheesecake.. Sangat la sedap!

Photobucket


So, bila dah kenyang2, mata pun dah ngantuk dek panahan eskrim lazat, kami pun pulang ke rumah sebelum menjelang Maghrib. Sbbnya my nephews nak dtg! so kena ada kat rumah la time dorg smpai kan..if tak, kantoi la aktviti kitorg..ekekekek.. :P

Kesimpulannya, walaupun pada hari lahir saya, saya agak tidak gembira pada awlnya..tapi, saya sgt bersyukur, kerana keluarga sentiasa berada di sisi utk beri sokongan dan selalu menggembirakan saya.. ;) I am not alone.. Allah and my family always be with me forever.. I have to remember dat.. ;)

Jadi di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang sangat tak terhingga kepada penaja birthday saya iaitu my beautiful mom yg sgt sporting! Love u la, ibu~~ hehehe... and then to my bro, "Bro, belanja lagi deh!", to my sis, "Weih, thank you la bg aku tergelak2 dgn lawak ang walaupun kadang2 buat sakit ati je..ekekekke... :P" and not forget to my dad, "Thank you, sbb selalu mendoakan kesejahteraan Milia.. and without you, I am not here.." *wah, tetiba touching lak..sob sob sob... T_T*






p/s: Enjoy ur every single moments. Past is past, leave it as memories. Tomorrow and future? we still dunno yet what will happen. So, let it be and dun be sad, dearie myself.. ;)

Wordless Wednesday #1

As salam,

Photobucket

Sunday, November 20, 2011

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Selangor 2011

As-salam uols!

Pada 18-20 November 2011, diadakan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Selangor 2011 di Stesen MARDI, Jln Kebun, Klang. Karnival ini berlangsung selama 3 hari, bermula dari pukul 9.00pagi hingga 10malam. Terdapat byk booth yang dibuka pada hari tersebut yg kebanyakannya peserta dari FAMA, KADA, MADA dan beberapa lagi agensi kerajaan serta pengusaha IKS yg turut memeriahkan karnival. Tempat saya bekerja juga tidak ketinggalan utk menyertai karnival ini.

Saya diarahkan utk bertugas pada hari kedua karnival ini berlangsung iaitu 19hb Nov (Sabtu) bermula dari 8.30am-10pm. Sehari sebelum tu pun saya bertugas utk setup booth sampai pukul 12am.


Pintu gerbang

Photobucket

Terdapat pelbagai pameran yg diadakan. Antaranya yang saya masih ingat ada laman padi, tak kurang ada juga yg bawa haiwan ternakan seperti lembu, kambing, dan kerbau. Ada satu kerbau ni menarik minat saya iaitu Kerbau Nili Ravi. Besar wo kerbau ni. Kerbau ni berasal dari India khususnya dari wilayah Punjab di daerah sepanjang Sungai Ravi. Sedikit info yang boleh dikongsi di sini iaitu ia memiliki kepala besar dan kasar, tanduk kecil dan ekor panjang dan dpt menghasilkan susu sejumlah 25-30 liter sehari.

Kerbau Nili Ravi

Photobucket

Our booth

Photobucket

Ni la booth yang saya kena jaga. Sepbaik ada aircond.. lega.. k la, taktau nak cite apa dah, otak pun dah weng dah ni.. tak cukup tdo, so pening la time buat entry ni. k la korg, chow dulu..





p/s: Nnt saya update apa yg berlaku on 20.11.2011 yer..

Monday, November 14, 2011

Odisyen.. Org belanja..

As salam,

Dlm entry sblm ni, saya penah mentioned yg saya akan mkn kat suatu tmpat kan? haa... meh nak crita bagi..

Ahad baru ni, my fren Pojee ajak gi SACC, sbb dia nak syorkan makan satu hidangan signature kat sebuah restoran ni.. Nama restoran ni Uncle K yg terletak di SACC, Shah Alam..

Saya sampai kat SACC tu dah pukul 3.15pm.. Janjinya kul 3pm.. Tp sebelum tu, saya ada selesaikan beberapa urusan, tu la yg menjadi punca mengapa saya lambat sampai. Nak dijadikan crite, nasib baik la Pojee ada bagitau yg kat SACC ada audition utk Raja Lawak musim ke-6. Dah tentu org ramai n susah utk saya dpt parking kan.. So, daripada saya nak pening2 kepala cari parking, lebih baik saya minta akak saya yg hantarkan kan.. so, saya minta la jasa baik akak n mak saya tolong dropkan saya kat SACC tu..

Sementara mencari2 Pojee n Naurah, dptla saya lihat kelibat juri utk pemilihan peserta Raja Lawak antaranya; David Teo, Sheila Rusly and ex-husband Aida Aris tu..

Dah terjumpa 2 rakan saya ni, terus kami menuju ke restoran Uncle K tu.. memandangkan mereka berdua mahu menunaikan solat Zohor, maka kitorg order dulu minuman.. Pojee order, Nescafe Tarik, Naurah pula Nescafe Tarik Ais Kaw dan saya pula Kopi Kemaman Ais.. Apabila mereka berdua meninggalkan saya utk ke surau, saya tinggal keseorgan di meja itu. Sedang saya membelek2 inbox di hp saya, datang waiter ambik my bil yg diselitkan kat kotak tisu dan berlalu ke meja belakang. Saya hairan, sebabnya kenapa dia nak ambik order list saya tu, sedangkan saya tak order pun lagi makanan. Saya memanggil waiter tersebut dan dengan sopan saya menegur waiter tersebut.

Saya:
Erm...nnti saya buat order yer.. ada 2 org kawan lagi yg belum sampai

Waiter:
Brother kat belakang nak bayarkan (sambil mengunjuk jari ke arah meja belakang)

Saya:
Eh, takpe2..cakap kat dia, terima kasih je..

Waiter:
Cik kenal kan brother kat belakang tu?

Saya:
(sambil saya tgk org yg dimaksudkan dan tersenyum) Tak..saya tak kenal org tu..

*uish, cuak weih..first time org yg tak dikenali nak belanja* Cepat2 saya text Pojee suruh dia n Naurah cepat2 dtg..huhu.. ;P

Setelah mereka berdua tiba, saya pun ceritakan la apa yg happened kat dorg.. pastu, kitorg pun order la makanan. Pojee kata antara mknn signature kat Uncle K ni ialah Nasi Goreng Kambing. Dsbbkan dah dpt recommendation, so saya pun order la menu nasi goreng kambing and mereka order mee goreng pedas.

My review towards the makanan; Nasi Goreng Kambing sedap..rasa rempah pada nasi tu.. terdapat beberapa ketulan daging kambing yang lembut.. Manakala mi gorengnya pun sedap jugak. Air Kopi Kemaman Aisnya pula, mmg kaw sampaikan saya pun tak larat nak habiskan..huhu.. Berikut adalah gmbr yg disnap..

Nasi Goreng Kambing *jari siapakah itu? yg pasti bukan jari saya..ekekek.. :P*

Photobucket


Kemaman Iced

Photobucket




p/s: Thank you Pojee for the treats! ;)


Sunday, November 13, 2011

How...Ottuke...Tim Kaiii...

Afternoon everyone!

Kali ni nak buat luahan perasaan sikit..luahan yg mungkin berbaur rungutan.. *Haip, tak baik merungut.* Tp tak tahan simpan sendiri la..


Saya seorg lady yg bekerjaya.. *cewah! poyo gile..dah mcm dlm slot Dang Anum kat Harian Metro je..hahah... :P* Setiap hari, saya ke ofis dgn melalui tol pergi dan balik menelan kos RM6.40.. Minyak kete pulak, setakat ni saya duk tuang RM50, Alhamdulillah leh la tahan seminggu. Maybe sbb perjalanan saya boleh dikatakan melawan arus. Kiranya saya tak stuck kat spot2 jammed yang selalu kita dgr penyampai trafik, Jay Hot FM tu selalu duk bg info tu.. Balik plak, supposely pukul 5.30pm.. Tp memandangkan komitednya saya terhadap kerja, maka saya selalu pulang rumah pada pukul 7pm. Paling awl pun 6.30pm, so sampai rumah je dah pukul 7.30pm.

Sampai je rumah, duduk jap tgk tv, then naik atas mandi n solat sume and biasanya dah tak turun2 dah.. Sbb bdn dah penat, so rasa cam nak terus tdo.. Tp mslhnya, saya ni if penat sgt pun, mata susah nak lelap jugak.. so apa yg saya buat biasanya saya baring n mengelamun smpai la mata rasa letih and terus terlelap.

Owh, dikala saya menaip blog ini, skrin laptop saya dah tak blh nak berdiri dgn sendirinya.. *uhuk2..betapa tua dah laptop saya ni..seusia perkenalan saya dgn si dia yg kini tidak lagi bersama.* 6 thn woo usia laptop saya ni..isk, seakan mengerti utk minta diganti je..pastu leh lak dia kuar bunyi2 mcm kucing menahan kesejukan.. 'Mr. Lappy, bertahan yer sayang..aku sayang kamu.' Tp bila skrin ni dah terbaring, dah mcm saya duk guna Ipad pun iye..cuma ipad yg versi melebar ke atas..siyes, tak tipu! ;) *aih, adakah ini satu petanda utk memiliki ipad or samsung tab? ihik.. :P*

Ok, berbalik balik kpd cerita saya seblum ni tadi. MMmm..kat mana ek kita berhenti? Jap, nak baca sat..ooo..okeh, meh sambung balik..Then, dek kerana tugas, kdg2 Sabtu bukan lagi menjadi teman baik saya utk saya berlibur.. Tatkala yang lain sibuk melayan karenah anak2, mencuba resepi baru utk yg tersayang, bersantai rehat di rumah or berdating..owh indahnya dunia mereka.. Tp saya? saya terus mencari sesuap nasi itu..

Badan ni rasa cam dah lunyai dah..letih tu..tp tak jugak kurus2..awat ntah..isk..

K la, tu je yg nak cite..pasal penat keje..tp jgn merungut..sbbnya setiap kejadian, pasti ada hikmahnya..kan! yups, be positive my dear myself.. ;)

Tp siyes letih badan ni haa.. *oops...haip, positif2!*



p/s: kena top up touch n go

Saturday, November 12, 2011

Bekerja...Bowling...Burger...

As-salam uols!

Harini saya ditakdirkan utk bekerja.. Minggu dpn keje lagi.. 'Bekojo la kito..sekueknyo..berusho la kito..sekueknya..bokojo..bokojo..pegi pagi, balik senjo.' Uisk, mmg kena la lirik lagu ni dgn jadual saya harini..
Meh nak share sikit diary Auntie Mia utk harini..

6.30am:
'Bgn pagi, gosok gigi..cuci muka, mandi2!' *wah, dah mcm lagu tadika lak*

8.00am:

Bertolak ke ofis

8.30am:

Tiba di ofis. Mula melakukan tugas2 di ofis seperti; update status, have a small discussion n present kat bos n then buat pembetulan n hantar kat bos for approval

1.00pm:

Bertolak balik dari ofis.

2.00pm:

Fetch my partner sbb plan nak main bowling. Went to bowling alley just around SA je.

2.30pm:

Bowling alley penuh sbb ada company dah booked for tournament. So just Zohor and lunch kat situ before going to another mall which kat blakang rumah I je.

3.30pm:

Terus naik ke bowling alley kat mall ni, and kena booked as waiting list. Nasib baik tak lama kena tunggu. So dpt la juga main bowling.. *Haoyeah2.. \(",)/* Just main 2 frame je.

6.00pm:

Asar sat and then singgah Al-Ikhsan jap usha2 jersey and kasut. Ingat nak cari kasut casual..jersey lak konon nak tambah koleksi la.. pdhal baru berapa helai je yg ada.. *bluwek.. :P*

7.00pm:

Pulang ke rumah di waktu senja nan merah. Bukan merah dah, dah masuk Maghrib dah pun.. So mandi n maghrib

8.00pm:

Online and main game

10.00pm:

Dpt tawaran penghantaran burger exclusive terus ke rumah tanpa sebarang caj bayaran.

10.40pm:

Burger tersebut mula dimakan and selesai dalam masa 5-7minit. Siyes sedap!

10.50pm - Skrg:

Masih lg di dpn lappy sedang beronline.

Sekian saja ceritaku utk harini. Esok? Rasanya mcm ada aktiviti mkn lagi.. Kat mana and apa menunya? Kita tungggguuuuuuuuuuuuu....~~~~



p/s: Thanks awak.. ;)

Friday, November 11, 2011

11.11.11 to 20.11.2011

As-salam,

Tarikh harini cantik.. 11.11.11.. Ramai jugak kawan saya pilih tarikh ini utk mendirikan masjid yg kebetulan jatuh pada hari Penghulu segala hari iaitu Jumaat. ;) Ada lagi satu lagi tarikh yg cantik utk dipilih utk diingati iaitu 20.11.2011. Nais rite! ;) Tarikh ni pun ramai gak yg pilih utk mendirikan masjid.. Ada 10 jemputan saya terima.. Tak pasti nak pergi yg mana. Or maybe tak dpt hadir kot. Sbbnya saya akan kerja dari pagi sampai malam on 19th tu.. So, duk umah utk rileks2 je kot..

Kalau diikutkan..diri ni ada la simpan hajat or cita2 utk adakan sumthing on 20 November ni.. Tp nak buat mcm mana, kita hanya merancang, Dia yg menentukan.. Apa2 pun, tinggal lagi 9 hari utk tiba ke tarikh ini.. Lagi mau tnya ka?

Dah la, chow dulu.. tetiba mood sedih dtg menerpa plak.. T_T

Monday, November 7, 2011

Resepi: Kuah Lemak Lodeh

As-salam,

Entry kali ni, nak share resepi kuah lodeh yang saya buat di pagi raya.


Bahan-bahan:

- 3 ulas bawang diracik halus

- 2 inci lengkuas diracik halus

- Segenggam kasih ikan bilis (ditumbuk halus)

- 3 batang serai yang telah dititik

- 4 cawan air

- 1 1/2 kotak santan Kara (brand terpulang kepada anda)

- 2 keping tauhu kering dipotong kecil dan direndam terlebih dahulu

- 3 biji kentang dipotong dadu

- 3 urat kacang panjang (dipotong sederhana panjang) *btul ke urat penjodoh bilangan bg kacang panjang ni? ;P*

- Sayur kobis

- Baby carrot dipotong panjang

- Garam secukup rasa

- Serbuk kunyit secukupnya (sbg pewarna penaik seri) *cewah!*


Cara-caranya:

Panaskan lebih kurang 1 cawan air di dalam periuk. Masukkan bawang merah, lengkuas, ikan bilis. Biarkan ia mendidih. Masukkan kentang dan carrot. Biarkan ia mendidih lagi supaya kentang empuk dan bahan2 tumbuk tadi meresap ke dlm kentang. Perlahankan api, masukkan santan+3 cawan air *depends pada kepekatan kuah yang anda suka* dan serai. Masukkan tauhu kering yg telah direndam tadi, kacang panjang dan kobis. Biarkan ia mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit supaya kuah tadi bewarna kekuningan mengikut citarasa anda. Selamat Mencuba! ;)


Inilah hasilnya! ;)


Photobucket








Resepi: Daging Masak Kicap

As-salam,

Soalan Trivia
Dalam banyak2 daging, daging apa yg sedap?

Jawapan: Daging korban la..manis sbb fresh kan! ;p

Ok, this time I will share with you my recipe of Daging Masak Kicap sempena dpt daging korban kat surau rumah saya ni.

Bahan-bahan:
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
3ulas bawang merah yang dipotong halus
1 inci halia yang dipotong memanjang (if nak rasa hot, then lebih pun ok. cuma bimbang pahit je)
Daging yang dipotong dadu (if nak cepat masak, potong kecik2)
Sedikit minyak
Garam
Kicap
Lada hitam

Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak. Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan halia diikuti bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga wangi. Masukkan daging dan biarkan sehingga keluar airnya. Tutup dan perlahankan api. Apabila air daging telah kering, masukkan kicap, tambahkan air dan masukkan garam secukup rasa. Apabila daging telah empuk, masukkan serbuk lada hitam. Jika inginkan kuahnya pekat, anda boleh masukkan sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan air ke dalam masakan. Dah siap! ;)

Dan hasilnya, tada~~~
Photobucket











p/s: If nak letak carrot pun boleh jugak. Bagi ada kaler sikit disebalik hitam pekat kicap tu.. ;) Selamat Mencuba!

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha Activity

As salam uols!

Uiks, harini dah raya! Alhamdulillah, dapat bertakbir di pagi raya Aidiladha.. Allah masih panjangkan umur utk menikmati hidup dan perbaiki diri serta amalan supaya mendapat redhaNya.

Menu di pagi raya adalah; lontong= nasi impit Nona, kuah lemak lodeh n sambal udang. My mum pun ada rebus lemang segera utk dimkn bersama serunding.

Seawal jam 7am, my sis dah turun utk assist my mum kat dapur. Saya? masih lagi diulit mimpi.. ;P Takdela, saya bangun2 tu terus mandi and sidai baju. Turun bawah dlm pukul 7.30am mcm tu and start sediakan bahan2 utk buat kuah lemak lodeh. Nanti saya share ek, resepi lodeh ikut cara saya..hehe.. :P

Sambil masak tu, mata asyik menjeling ke arah jam. My fren, Aimi akan bertunang lor.. so, dia ada minta saya tolong buatkan tart utk dia. Kira special request la.. *wah..happy2!* Majlis dia katanya selepas Zohor. Tapi dah saya bertanggungjawab menyediakan salah satu dari hantaran dia, takkan la nak dtg lambat kan.. so, saya plan utk bergerak ke rumah dia pukul 11.45am mcm tu. Okeh, sambung balik.. Dah siap2 saya masak, then rehat jap sebelum buat tart, pastu my mum request saya buat sambal udang.. so, saya pun masuk ke dapur semula utk buat sambal udang. Jam telah menunjukkan 9.45am. Nak buat sambal tu, kena masak atas masak, means amik masa yg agak lama. Lepas tu, tart pun tak buat lagi.. Pastu, baju tak iron lagi.. diri sndiri dah start gelabah dah.. So, apa lagi, mintak my sis assist me la in handling the sambal while me focus doing the tart thingy. Gedebuk gedebak, dah pukul 11.20am. Sibuk iron baju yang baru dibeli..*ingat tak baju yg I beli kat bhai tu?haa...baju tu la..* siap2 ala kadar, terus shoot gi rumah Aimi kat Kota Damansara pukul 12pm.

Sampai kat rumah dia kul 12.30pm. Time saya sampai, dah ramai jiran2 dia yg dtg tolong sediakan apa yg patut. Tema pertunangan dia adalah kaler merah.. Saya masuk bilik dia, kelihatan dia dah siap make up..tinggal nak pakai tudung je. Kali pertama dia nampak saya, dia menitiskan air mata uols! Terharu I.. *touching jap.. =')* Saya serahkan kotak yang berisi tart tu, Marya n Nana (my new fren) transfer tartlets tu kat dulang hantaran.

Keluarga psgn Aimi ni tiba pukul 2.30pm-3pm mcm tu.. Selesai majlis dalam pukul 3.30pm. Perut dah kenyang dgn hidangan nasi kandar *sndiri masak tau!special woo..* jadinya saya pun mintak diri and gerak ke rumah Izah sbb dia ada buat makan2 on dat day. Punya la rushing sbb nak kejar Zohor, jadi saya pun pandu selaju yg terdaya utk ke rumah Izah di Saujana Putra. Sedang asyik memandu tu, 'ketepak klong klong'. Aisey, saya langgar serpihan tayar celup lori tu la plak. Dalam hati, 'Fog light aku pecah ke tak ek agak2nya?'

Sampai je kat rumah Izah dlm pukul 3.50pm, sempat lagi check my Baby Ronaldo. Belek2 fog light, masih elok. Lega sat.. Then minta tumpang solat, kemudian saya pun bergebang sakan la dgn mak si V tu.. Lepak gile lama kat rumah dia, dah mcm buat rumah sendiri je. Dalam pukul 6.30pm baru balik. Owh ya, menu di hari lebaran kat rumah si Izah ni ialah Laksa Kedah, Nasi Biryani+kambing and air Tropicana Twister Epal.. Masyuk beb, pekena kambing. Laksa tu, eden tak dpt nak habiskan, dek sbb kenyang mkn kat rumah Aimi seblum tu kan..tp bila mata ni nampak kambing sbg lauk kepada nasi biryani tu.. seakan ada suatu kuasa yg luar biasa je, saya dgn slumber badak je leh je habiskan sepinggan nasi biryani+2keping daging kambing..dah mcm tak rupe org kenyang je..siyes yummehh~~

Sampai umah kul 7pm, n anak2 buah dah menanti depan pintu. Layan dorg sekejap.. Pastu sang Auntie Mia ni pun naik atas utk mandi and dptla lelap sekejap, recharge dulu sblum turun utk layan anak2 buah yg lasak tu.. Selesai melayan anak buah mewarna buku kaler dia, dgr tangis gaduh2, n saya pun ada gak la masuk campur urusan 2 beradik tu *masuk campur dgn niat utk menegakkan kebenaran..sesambil tu sempat gak la pekik2 marah dorg tu.. ;P*, jam dah pukul 11pm.. Sudah tiba masanya abg saya bersama wife n anak2nya pulang ke rumah. Memandangkan kereta saya block kete abg saya, jadinya saya pun kena la undurkan kete. Time nak undurkan kete tu, mata ni duk perhati kat side kanan dpn kaki Baby Ronaldo saya. 'Aih, awat ada lekuk ni? Mcm baru je lekuk ni..' Bila saya belek dgn teliti, yups! mmg berlekuk and background tayar yg kaler hitam tu, cam tercabut sikit.. Hati meronta2 bebel kat diri sndiri, 'Aiseh...memberi kesan jugak, aku langgar serpihan tayar lori siang tadi..hampeh tul.' Takpe, if rajin, saya snap la gmbr keadaan Ronaldo saya tu..

So, sekian je la cerita Aidiladha 2011..huhu~

To my dear fren, Aimi:

Selamat Bertunang. Semoga ikatan yang dibina sampai ke jinjang pelamin. Insya Allah, amin.. ;)



Enjoy the pictures! =)

Mini pelamin
Photobucket


Aimi with the hantarans
Photobucket


The cutie strawberry tartlets


Photobucket




p/s: Menu majlis tunang Aimi: Nasi putih+nasi tomato, papadom, ayam masak merah, daging kurma, acar jelatah, acar buah, tembikai, pisang, rojak buah, sagu gula melaka & air hijau.

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha

As salam readers,

Wanna wish you, a "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA." For those who join the 'korban', be prepared to see your lembu tomorrow, okeh! ;)


As for me, still dun have rezeki yet to join the korban. Insya Allah, someday will do. ;)


This time, wanna update you, my activity before Raya. Harini, my sis and beloved mommy puasa sempena Hari Arafah. So, my sis planned utk berbuka di luar. Saya? Just tumpang tuwi je la.. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi kan..hehehe.. Antara listing my sis buat yg sempat saya tgk tadi adalah di restoran Raktai, Belanga, Amarin Thai and a few more. Kat Restoran Amarin Thai kitorg dah pernah rasa dulu. Makanannya sedap and authentically Thai taste la. Tp seriously tension bila jamah every single bites dishes yang kitorg order. Sbbnya, super pedas.. Wah lao weih, tak pernah rasa tension time mkn, tp if korg nak rasa tension time makan, sila2 lah ke Amarin Thai ni.. huhu.. ;P


Ok, setelah dilihat listing dengan teliti oleh my sis, both sependapat utk berbuka di Spice Of India. Pada pukul 5++pm kami berangkat ke Midvalley. Jalan raya agak lengang, hanya mengambil masa 20 minit utk sampai. Parking lot pun byk yang lopong, tinggal nak pilih je nak parking kat mana. Memandangkan kami tiba awal, jadi kami jenjalan la kat Midval tu dulu. My mom nak cari tafsir Al-Qur'an manakala my bro nak cari external hard disk yang kebetulan kat exhibition hall tu ada buat IT Fair or PC carnival, sumthing like dat la. So kami berpecah, di mana my dad follow my bro to survey the IT thingy, while sis and me escort my mom to MPH Bookstores. Best giler dikelilingi dgn buku2 ni.. I took 1 book and start reading, while my sis assisted my mom to search the book dat I mentioned before.


Jam telah menunjukkan pukul 6.50pm, waktu maghrib pun dah nak dekat. Jadinya, kami pun bergerak menuju ke The Gardens Mall utk ke Restoran Spice of India. Ia terletak di Lot T-218, Tingkat 3. Masa ke sini, kami terserempak dgn anak Tokdet iaitu Dato' Mukhriz. Takpe, abaikan je..saja je nak selit, our main focus adalah makanan utk berbuka sbnrnya, aite! ;)


Photobucket



Sesampainya kami kat restoran ni, terdapat 2 meja yang diisi dengan pelanggan. Selebihnya masih kosong. Kami menuju ke meja yang boleh memuatkan 5 org. Setelah meneliti menu, maka pesanan pun mula dibuat. Antara yang kami order adalah;


Appetizer: Onion Bhaji



Main Course: Mutton Biryani, Chicken Vindaloo, Subzi Jalfrazie, Jeera Aloo (dry vegetable), Peas Mushroom (with gravy), Garlic Naan, Kheema Naan (ada minced meat), Kashmiri Naan (ada kekacang n dry fruits)



Drinks: Strawberry Lassi, Mango Lassi, Fruit Punch, Lime Juice, Hot Milo


Dessert: Gulab Jamun



My review: Jeng! Jeng! Jeng! *kasi suspen sikit.. ;P*



For Onion Bhaji: Ia adalah bawang salut tepung. Kira mcm onion ring la in omputih nyer version. Ntah, cam biasa je. Senang cite, if dia tersalut tepung lebih, dah jadi cucur bawang. Huhu..


Mutton Biryani: Nasi dia cam takde perisa sgt, means mcm kurang rempah je. Tak sure la mmg mcm tu ke style Northern and Southern Indian punya masakan kan. But the kambing, sedap! *dunno la if it is because I am a lamb lover. So maybe ada bias sikit kot.* Tp dagingnya mmg lembut.

Chicken Vindaloo: Pedas dgn rempah. Kalau tgk rupa, mcm masak opor. Sbbnya, ia berwarna coklat gelap. Rasa: mm..jap, nak pikir jap..rasa dia, biasa je la..taktau la kot lidah waktu tu dah terimmune rasa plus perut dah kenyang, sbb sblum I joined outing ni, saya dah pekena 3 slices of pizza dah.. So, full oledi lor..


Subzi Jalfrazie: Ni kononnya salad. Uniknya, salad dia bukannya daun2+balsamic vinegar. Tp ia dimasak. So, rasanya adalah pedas tanpa rasa. Cam konfius je time mkn. Cam leh kata, 'Amenda ni? if tak makan pun cam tak effect pape je..' haa...cam gitu la lebih kurang.


Jeera Aloo: Ia mengandungi kentang yang dipotong dadu bersaiz besar la jugak. Ia dimasak kering. Rupa dia mcm kari yang kita masak sampai kering tu. Terlalu byk jintan yang diletak, so saya tak berapa gemar. Kepada peminat jintan, anda mungkin suka.


Peas Mushroom: Ia adalah campuran kacang peas dan juga cendawan. Tgk nama pun dah tau kan? Then, lagi mau tnya..hahaha.. :P Anda jgn salah sangka, walaupun menurut waiter tu bahawa masakan ini berkuah, tp kuahnya bukan la cair or ceroi spt yang kita sangka. Tetapi, kuahnya adalah kuah pekat. Jadinya, mcm takde kuah jugak la mkanan ni. Rasanya? Not bad. Ada rasa pedas herbs.


Garlic Naan: Saya tak rasa pun yg ni. Sbbnya rasa kat mamak pun leh jmpa. Tp dari pengamatan saya, garlic naan ni just disapu garlic spread je kot and rasa garlic la..takkan nak rasa tomyam plak kan?


Kheema Naan: Kat description tu dia tulis, stuffed with minced meat. So I tot, rupanya dah mcm kebab kat pasar tu la.. Rupa2nya, dia mcm just sapu kuah prego time kita nak buat pizza tu. Layer nipis je. Rasanya? hehe.. saya tak rasa.. maybe sedap la kot, ada rasa daging n rempah..huhu.. ;P


Kashmiri Naan: Diletak layer nipis kekacang yg dipotong halus n dry fruits. Rasanya manis. Sesuai utk baby2 yg berusia 2 thn.


Strawberry Lassi: Masam gile rasanya.


Mango Lassi: Just nice rasanya


Fruit Punch: Rasa air tembikai je pun.


Lime Juice: Rasanya dia guna lime concentrate yang ada jual kat Cold Storage tu.


Gulab Jamun: Yang ni sedap! Diingatkan supaya tidak dimakan dgn sirapnya ye. If mkn jugak, mmg super berdarah manis mcm org baru bertunang tu.. :P


Sume dah kenyang, then what is next activity? Kitorg gi ke Jaya Jusco, nak cari strawberry and saya nak beli stock makanan utk diletakkan kat ofis. Jarang saya nak ada stock makanan ni, tp disbbkan stress kot, tu yang asyik lapar je kat ofis. Pukul 11am dah mula lapar, time meeting pun lapar. Jadi, bg mengatasi kelaparan or simptom malas nak kluar lunch or lambat balik keje, saya pun belila stock biskut dan juga minuman 3 in 1. *Hoorey!*


Sekian saja review makanan utk kali ni, mohon maaf if sape yg dah pernah rasa berpendapat sebaliknya dgn apa yg saya rasa. Sbbnya, rambut sama hitam, tapi lidah lain2! Ewah~~ ;P Enjoy the piccas!



Onion Bhaji @ RM13


Photobucket


Mutton Biryani @ RM40


Photobucket



Garlic Naan @ RM11, Left; Jeera Aloo @ RM20 and Subzi Jalfrazie @ RM20
Photobucket


Kheema Naan @ RM12, Left; Peas Mushroom @ RM20 and Chicken Vindaloo @ RM33


Photobucket


Gulab Jamun @ RM12


Photobucket


Strawberry Lassi & Mango Lassi @ RM9 and Fruit Punch @ RM10
Photobucket
Lime Juice @ RM7


Photobucket




Once again, Salam Aidiladha! Cheers~ ;)





p/s: As usual, thank you sis! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...