Pages

Wednesday, December 21, 2011

Bonsai

As-salam,

Huhu~~ Lately i've been busy melayan perasaan and karenah manusia. So, saya menghappykan diri dengan berhujung minggu dengan my family.

Entah hari Sabtu bile entah *tak ingat la weih*, my bro ajak teman dia utk gi pameran dan jualan orkid yg diadakan kat berhadapan Galeri Tasik Shah Alam tu. My bro ada niat utk cari bonsai if ada. So alang2 nak kluar tu, kami pun ajak la our parents utk join sekali. Ala, if tak beli pun at least cuci2 mata tgk bunga2an cantik kan.

Lokasi yang dituju hanya mengambil masa 5-10minit perjalanan menaiki kereta, kerana rumah saya pun tak jauh dari tempat yg hendak dituju. Alhamdulillah, sampai je kat situ, terus dpt parking.

Terdapat pelbagai warna dan pilihan serta jenis orkid yang dijual. Saya yang bukan peminat orkid terus tertawan dengan kecantikan tumbuhan tersebut apabila melihat orkid2 yang dijual, dan saya pasti kepada sekalian peminat orkid pun dah tentu rambang mata utk membuat pilihan. Terdpat pelbagai harga yang ditawarkan bagi setiap orkid mengikut jenis dan saiz umur. Pada saya, harga yang ditawarkan juga reasonable.


Cantik tak?
Menawan bukan?
Selain daripada jualan orkid, terdpat juga pelbagai jenis baja yang dijual utk "orked/tumbuhan yang malas." Menurut penjualnya, hanya siram di pangkal pokok, terus berbunga.. Wah lao weih! hebat betul formula baja tu.. heheh.. ;P

Kami berjalan smpai ke hujung deretan khemah, akhirnya berjumpa juga dgn sang bonsai yang abg saya cari2 seblum ni. Hanya pakcik ni je satu2nya yang menjual bonsai kat situ. Ada bonsai yang mmg dah ditrim and mungkin dah berusia 5tahun ke atas kot, dijual pada harga RM1,800.. Memula saya tak dapat nak menikmati apa yg best sgt kat bonsai ni.. Yela, tgk mcm serabai and mcm sampah je.. Tapi setelah ditelek2 beberp ketika, saya dah reti nak menghargai nilai estetika yang ada pada tumbuhan bonsai ni. Pakcik tu menawarkan sepokok bonsai dijual pada RM30. Tp jika anda beli 2 pokok, ia dijual dengan harga RM50. Pelaburan yang amat menguntungkan! Murah tu beb! Then pakcik tu ada la bg tunjuk ajar mcm mana nak membentuk pohon bonsai tu.. Setelah mendapatkan beberapa tips daripada pakcik tadi, kemudian perhatian my mom beralih kepada anak pokok cili dan juga sayuran lain yang dijual di khemah lain. *byknya 'lain' ;P*

Ni la dia antara bonsai yang ada. Belum elok ditrim lagi ni. Masih anak lagi usianya.. ;)
Terdpt pelbagai jenis anak pokok sayuran yang dijual. Antaranya; cili, terung, bendi dan lain-lain. Yg ni dijual secara kombo.. 5 anak pokok RM10. Kiranya satu pokok tu jatuh pada harga RM2. My mom amik 2 anak pokok cili rawit jawa dan juga 1 anak pokok terung. Hehe.. my mom dah ada hobi baru la nampaknya, bercucuk tanam! pewwiitt~~ heheh.. :P My mom bukan je beli anak pokok malah beli sekali dgn tanah sabut dan juga baja utk anak2 pokok tu. We'll see d results okeh! ;)



p/s: bilakah saya mau menyukai utk bercucuk tanam? Mungkin bila dah ada suami and anak2 yang berusia sekitar 4-5 tahun.. bahgianya kan, petang2 beriadah dengan keluarga..huhu~~ insya Allah..amin.. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...