This time, wanna update you, my activity before Raya. Harini, my sis and beloved mommy puasa sempena Hari Arafah. So, my sis planned utk berbuka di luar. Saya? Just tumpang tuwi je la.. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi kan..hehehe.. Antara listing my sis buat yg sempat saya tgk tadi adalah di restoran Raktai, Belanga, Amarin Thai and a few more. Kat Restoran Amarin Thai kitorg dah pernah rasa dulu. Makanannya sedap and authentically Thai taste la. Tp seriously tension bila jamah every single bites dishes yang kitorg order. Sbbnya, super pedas.. Wah lao weih, tak pernah rasa tension time mkn, tp if korg nak rasa tension time makan, sila2 lah ke Amarin Thai ni.. huhu.. ;P
Ok, setelah dilihat listing dengan teliti oleh my sis, both sependapat utk berbuka di Spice Of India. Pada pukul 5++pm kami berangkat ke Midvalley. Jalan raya agak lengang, hanya mengambil masa 20 minit utk sampai. Parking lot pun byk yang lopong, tinggal nak pilih je nak parking kat mana. Memandangkan kami tiba awal, jadi kami jenjalan la kat Midval tu dulu. My mom nak cari tafsir Al-Qur'an manakala my bro nak cari external hard disk yang kebetulan kat exhibition hall tu ada buat IT Fair or PC carnival, sumthing like dat la. So kami berpecah, di mana my dad follow my bro to survey the IT thingy, while sis and me escort my mom to MPH Bookstores. Best giler dikelilingi dgn buku2 ni.. I took 1 book and start reading, while my sis assisted my mom to search the book dat I mentioned before.
Jam telah menunjukkan pukul 6.50pm, waktu maghrib pun dah nak dekat. Jadinya, kami pun bergerak menuju ke The Gardens Mall utk ke Restoran Spice of India. Ia terletak di Lot T-218, Tingkat 3. Masa ke sini, kami terserempak dgn anak Tokdet iaitu Dato' Mukhriz. Takpe, abaikan je..saja je nak selit, our main focus adalah makanan utk berbuka sbnrnya, aite! ;)
Sesampainya kami kat restoran ni, terdapat 2 meja yang diisi dengan pelanggan. Selebihnya masih kosong. Kami menuju ke meja yang boleh memuatkan 5 org. Setelah meneliti menu, maka pesanan pun mula dibuat. Antara yang kami order adalah;
Appetizer: Onion Bhaji
Main Course: Mutton Biryani, Chicken Vindaloo, Subzi Jalfrazie, Jeera Aloo (dry vegetable), Peas Mushroom (with gravy), Garlic Naan, Kheema Naan (ada minced meat), Kashmiri Naan (ada kekacang n dry fruits)
Drinks: Strawberry Lassi, Mango Lassi, Fruit Punch, Lime Juice, Hot Milo
Dessert: Gulab Jamun
My review: Jeng! Jeng! Jeng! *kasi suspen sikit.. ;P*
For Onion Bhaji: Ia adalah bawang salut tepung. Kira mcm onion ring la in omputih nyer version. Ntah, cam biasa je. Senang cite, if dia tersalut tepung lebih, dah jadi cucur bawang. Huhu..
Mutton Biryani: Nasi dia cam takde perisa sgt, means mcm kurang rempah je. Tak sure la mmg mcm tu ke style Northern and Southern Indian punya masakan kan. But the kambing, sedap! *dunno la if it is because I am a lamb lover. So maybe ada bias sikit kot.* Tp dagingnya mmg lembut.
Chicken Vindaloo: Pedas dgn rempah. Kalau tgk rupa, mcm masak opor. Sbbnya, ia berwarna coklat gelap. Rasa: mm..jap, nak pikir jap..rasa dia, biasa je la..taktau la kot lidah waktu tu dah terimmune rasa plus perut dah kenyang, sbb sblum I joined outing ni, saya dah pekena 3 slices of pizza dah.. So, full oledi lor..
Subzi Jalfrazie: Ni kononnya salad. Uniknya, salad dia bukannya daun2+balsamic vinegar. Tp ia dimasak. So, rasanya adalah pedas tanpa rasa. Cam konfius je time mkn. Cam leh kata, 'Amenda ni? if tak makan pun cam tak effect pape je..' haa...cam gitu la lebih kurang.
Jeera Aloo: Ia mengandungi kentang yang dipotong dadu bersaiz besar la jugak. Ia dimasak kering. Rupa dia mcm kari yang kita masak sampai kering tu. Terlalu byk jintan yang diletak, so saya tak berapa gemar. Kepada peminat jintan, anda mungkin suka.
Peas Mushroom: Ia adalah campuran kacang peas dan juga cendawan. Tgk nama pun dah tau kan? Then, lagi mau tnya..hahaha.. :P Anda jgn salah sangka, walaupun menurut waiter tu bahawa masakan ini berkuah, tp kuahnya bukan la cair or ceroi spt yang kita sangka. Tetapi, kuahnya adalah kuah pekat. Jadinya, mcm takde kuah jugak la mkanan ni. Rasanya? Not bad. Ada rasa pedas herbs.
Garlic Naan: Saya tak rasa pun yg ni. Sbbnya rasa kat mamak pun leh jmpa. Tp dari pengamatan saya, garlic naan ni just disapu garlic spread je kot and rasa garlic la..takkan nak rasa tomyam plak kan?
Kheema Naan: Kat description tu dia tulis, stuffed with minced meat. So I tot, rupanya dah mcm kebab kat pasar tu la.. Rupa2nya, dia mcm just sapu kuah prego time kita nak buat pizza tu. Layer nipis je. Rasanya? hehe.. saya tak rasa.. maybe sedap la kot, ada rasa daging n rempah..huhu.. ;P
Kashmiri Naan: Diletak layer nipis kekacang yg dipotong halus n dry fruits. Rasanya manis. Sesuai utk baby2 yg berusia 2 thn.
Strawberry Lassi: Masam gile rasanya.
Mango Lassi: Just nice rasanya
Fruit Punch: Rasa air tembikai je pun.
Lime Juice: Rasanya dia guna lime concentrate yang ada jual kat Cold Storage tu.
Gulab Jamun: Yang ni sedap! Diingatkan supaya tidak dimakan dgn sirapnya ye. If mkn jugak, mmg super berdarah manis mcm org baru bertunang tu.. :P
Sume dah kenyang, then what is next activity? Kitorg gi ke Jaya Jusco, nak cari strawberry and saya nak beli stock makanan utk diletakkan kat ofis. Jarang saya nak ada stock makanan ni, tp disbbkan stress kot, tu yang asyik lapar je kat ofis. Pukul 11am dah mula lapar, time meeting pun lapar. Jadi, bg mengatasi kelaparan or simptom malas nak kluar lunch or lambat balik keje, saya pun belila stock biskut dan juga minuman 3 in 1. *Hoorey!*
Sekian saja review makanan utk kali ni, mohon maaf if sape yg dah pernah rasa berpendapat sebaliknya dgn apa yg saya rasa. Sbbnya, rambut sama hitam, tapi lidah lain2! Ewah~~ ;P Enjoy the piccas!
Onion Bhaji @ RM13
Mutton Biryani @ RM40
Garlic Naan @ RM11, Left; Jeera Aloo @ RM20 and Subzi Jalfrazie @ RM20
Kheema Naan @ RM12, Left; Peas Mushroom @ RM20 and Chicken Vindaloo @ RM33
Gulab Jamun @ RM12
Strawberry Lassi & Mango Lassi @ RM9 and Fruit Punch @ RM10
Lime Juice @ RM7
No comments:
Post a Comment