Pages

Wednesday, September 17, 2014

Aktiviti Selama Berpantang

As-salam,

OOhhhoooiii~ Kalau dah mata bertentang mata... Hati di dada bagai rasa nak gila... heeeyyyy~~

Haha.. Sape yg gile skrg ni? Teheheh :P
Member ada bertanya, "Camana, best ada baby skrg ni? Merengek tak baby malam2?"

Huhu.. so far, alhamdulillah, best sgt ada baby skrg ni. Even till now pun, saya masih rasa tak percaya dah ada anak sendiri, rasa mcm 'What, dah jadi ibu?!'

Masa berpantang, sgt la heaven. Cuti 2bulan, tp gaji jalan. Jadinya mcm rasa kaya la utk tempoh tu. Bulan pertama pantang, tak brapa nak enjoy sgt rasa cuti berpantang. Sbbnya masih lagi rasa sakit luka and badan pun belum fit. Bulan kedua berpantang, hoyeaahhh~ Siap gi bercuti ujung minggu kat Avani Gold Coast Sepang lagi uols! Merasa la konon g Maldives or Pulau Bora-Bora bersama si kecik and suami. Tehehe..

Even though kengkawan yang datang melawat ada ucap, "Selamat berpantang and beronline shopping, Mel!" Ohooii.. Den takdan nak mengonline shopping pung. Minggu terakhir cuti je sempat beli palazo sehelai kat www.nile.com.my. Kononnya nak renew wardrobe and amik mood utk masuk keje. Phui.. ;P

Tapi, saya dah ketagih jgkla online shopping ni. Antara listing website yang selalu den berkunjung cuci2 mata and terklik add to cart adalah; nile.com, lazada, mysale & lussonet.. Sepbaik telefon den ni masih lagi menggunakan prepaid. If guna postpaid, mau instagram pun den terkunjung and terklik buy! Huhu..berat ni kesnya.. Kes naya pun iye gak.. naya tang my online banking.. haishh... ;P

Rutin ketika dlm tempoh berpantang adalah;
- bangun pagi utk berurut *3hari berturut2 mak bidan dtg umah utk urut. Tp, den tak rekemen la mak bidan ni.. urut macam acah2 mak enon je gayanya*
- menyusukan baby
- pakai bengkung
- pam susu
- tido
- makan; lauk ikan haruan bakar/goreng, sup lobak putih

Ni jela keje den dari pagi smpai ke malam.

Apabila sudah masuk bulan kedua, which dah bulan Syawal
- menyusukan baby
- pam susu
- pakai bengkung
- tdo
- terima kedatangan tetamu yang dtg melawat
- mandikan baby
- tgk tv
- collect duit raya *best woo part ni! Rasa mcm bendahari pun ada*
- menghitung hari utk masuk keje *horror je part ni..yela, projek tak siap lagi walaupun den dah bercuti 2bulan..hampeh betul.. ;P*

For those yang masih lagi mengandung, sabar2.. Nikmatnya akan anda rasai nnt. Best tgk anak sendri kita pangku and susukan. Si kecik lena dalam pelukan kita.. Fuh, experience yang sonok, susah nak cite.. Kengkadang rasa nak buat novel pun iye.. Teheheh... ;P

Masa berpantang ni, suami perlu mainkan peranan. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sgt memahami and byk membantu. Love you, my love! Love you till jannah.. Amiiinn.. ;)) 

Resepi: Serunding Cheese Roll

Assalamualaikum,



Ni nak share resepi di kala otak blur2 nak buat sarapan apa, sambil mata menengok apakah bahan yang ada di dlm freezer yang boleh dijadikan santapan sarapan di pagi hari.

Meh nak share resepi when east meet west edisi saya! Joms cekidot~ Portion yang saya sediakan adalah utk 2 orang dewasa.

Bahan-bahan:
6 keping roti yang dileperkan menggunakan kayu pencanai
Serunding
Parutan cheese
2 biji telur yang telah dikocak
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Ambil roti yang telah dileperkan
2. Letakkan serunding dan cheese di bahagian hujung roti supaya mudah utk proses penggulungan
3. Gulungkan roti tersebut
4. Rendamkan seketika roti yang telah digulung ke dalam bancuhan telur
5. Gorengkan mereka.
6. Siap dihidang

Menu ini saya hidangkan bersama air nescafe tarik. Mmg mengancam dan terancam..Bahahah... Cubalah! ;)


p/s: Maaf atas kekaburan gmbar hidangan..hahha..poyos~ ;P



Friday, September 5, 2014

Item yang Perlu Dibeli dan Disediakan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum,

Fuh, panjang benor tajuk entry. Hahaha.. For mommies-to-be out there, mesti agak blur kan nak bli barang apa as persediaan utk menyambut kelahiran bayi?

Yerp, been there and i've experienced that. Memandangkan skrg zaman dah canggih maklumat di hujung jari, maka berkat kerajinan saya utk menggoogle, so dptla sikit idea barangan yg perlu dibeli sebagai persediaan menyambut kelahiran baby.

Apa yang perlu saya katakan, first thing first, kenala survey and beli breastpump! Sgt perlu, dik oii.. Kurang2 if tak confident nak beli brand yang mana, korg leh usha kat mudah.com.my. Sbb ada jgk yg sediakan perkhidmatan sewa breastpump.. Perkhidmatan sewa breastpump ni boleh dikira berbaloi jugak if dicuba. Sbbnya, before kita nak beli something, mesti kita akan cari and baca review utk tahu pro and cons. Pastu nak jugak tau whether kita berkenan or not dgn functionnya and nak tau whether sesuai ke tak and last but not least, kita leh tau how does the fizikal looks like. Sbbnya kebnykkan breastpump ni mahal weyh. Okeh, cite pasal breastpump ni, biar kita cite kat entry yg lain la ek!

Okeh, lets back to our topic. Antara barangan yang saya beli before deliver:
- Breastpump - 1unit
- Pampers for newborn *beli by package during expo kids & baby kat SACC*
- Blanket - 1helai
- Lampin - 12 helai *utk bedung baby tu*
- Baju tido; set lengan panjang & seluar panjang - 2 helai
- Baju harian + mitten & booties - plus minus about 10 helai
- Botol susu - 1 unit
- Susu formula - in case susu badan tak keluar *saya beli susu Karihome*
- Minyak telon - 3 botol *beli dgn kawan so dpt murah*
- Baby wipes - 3buku
- Tuala - 1 helai
- Barut - 10helai
- Set bersalin
- Set appointment with mak bidan for urut purpose

Ni pulak item yang perlu disediakan sbg persediaan utk ke hospital:

Bakal ibu:
- Kain batik
- Spender
- Air zam-zam *utk tenaga for push2*
- Kurma *sumber tenaga yg paling best*
- Pad
- Air selusuh

Peringatan:
Sila tanggalkan semua barang kemas yang anda pakai seminggu sblm EDD. So takdela nnt kelam kabut nak pikir cincin kahwin nak simpan kat mana bagai.. Sbb time deliver tu, mmg pikir nak beranak jek, takde pikir sape nak bayar bil, anak lahir ikut muka sape, nak letak nama apa bagai.. masa deliver tu, aim just nak kluarkan baby dlm perut je weh

Bakal ayah:
- MP3/apps bacaan Qur'an
- Duit/kad kredit utk bayar bil hospital

Bayi:
- Lampin
- Pampers
- Susu
- Botol susu
- 1set baju
- Bedung/blanket

So yg ni adalah list preparation yang saya buat. At least bley la jadi rujukan korang di luar sana, k! ;) Happy Bersalin! Teheheh.. *saya dah lepas dah..anda bila lagi?*





Wednesday, July 16, 2014

Sakit Kena Seluk?

As-salam,

Seperti yang dijanjikan, ini adalah entry yang bakal den citekan pengalaman sewaktu berada di dalam labour room. *Oh sebelum tu, nak bgtau saya bersalin di Hospital Salam, Seksyen 19 under Dr. Siti.*

25 Jun 2014, pukul 2.30pm
Last check up dengan Dr. Siti. Happy je waktu nak jumpa Dr. Siti.. Sbbnya plan lepas check up, nak gi beli pisang goreng kat Seksyen 19 *tempat yang i pernah mention dlm entry aritu* as minum petang sambil memanja dgn husband. Masa menunggu turn tu, tak lama pun sbb patientnya pun mcm tak ramai lak on that day. Dalam duk syok saya bergelak sakan dgn husband, tibalah masanya saya dipanggil utk diperiksa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"Hai! Awak ok?"
' Ok je doctor..heee...'
"Bila awak nak bersalin ni.. geng2 awak sume dah selamat bersalin dah.. Sri, tolong buatkan saya nescafe.. saya ngantuk la.. dah mai petang mcm ni, ngantukla kan? Ok, boleh baring. Saya nak check" *Sri tu, dia punya assistant nurse*

"Saya tak akan scan, cuma nak dengar degupan jantung baby, check bukaan and ukuran perut."

Lalu, saya pun baring dan seperti yang doktor mentioned awal tadi, dia pun check degupan jantung, ukur perut.

Brup brap brup brap *bunyi jantung baby*

"Ok ni bunyi jantung baby. Mmg biasa di hujung kehamilan pulse baby akan drop sikit."
Saya ni pun anggukkan ajela. *Next*
Doctor pegang perut sambil ukur2 perut.
"Dah masuk laluan dah ni.. hai la baby, bila awak nak keluar ni?"
Saya pun sengeh jela dgr doktor komen gittew. *Next*
"Ok, saya nak tgk bukaan. Bukak seluar ni.. rileks..rileks.."
ZZUuuuuupppppppppppPPP!
*Doctor tu seluk uols! Sakit weh!!*
"Dah bukak 3cm.. Ni kira mcm selusuh la ni.. Ok! blh pakai balik"
Reaksi saya? Saya? Saya nanges sebak sedu sedan sume ada.. nak bangun pun tak leh.. So i panggil husband i utk mintak dia tolong bangunkan saya.

"Time ni jela ada chance nak manja dgn husband.. nnt baby dah kluar, awak pun husband dah tak pandang. Husband asyik tgk baby je kang"

Reaksi saya? *Ah, whatever!*

Sakit weih.. jam2 tu jgk rasa mcm nak ckp kat doctor tu,
'Tanak kawan dgn doctor'

Siyes, sakit tak blh blah. Trauma ngilu sume ada.

Masa saya duk sibuk pakai seluar, doktor duk bincang ngan husband utk tentukan tarikh admit. Dengan selamber husband saya commit tarikh tanpa runding or tnya kat tuan punya badan. *Aiyoh!*

'Last nak admit isteri awak ni bila? Nak tunggu seminggu jugak ke?'
"Erm, tak payah la doctor.. admit jela tarikh yg dah diestimatekan"

Saya? ... *taktau nak ckp apa.*

Sebelum keluar dari bilik doctor tu, doc tu sempat ckp lagi.
"Ok, see you malam ni! If malam ni tak jumpa, kita jumpa esok. Takpun lusa." *sambil tersenyum meleret*

Saya? Erk..mlm ni bersalin? biar betul??
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam kereta saya diam je. Sepanjang perjalanan nak beli pisang goreng, saya diam and menitik2 airmata. Sakit wei... rasa tak happy dah nak makan pisang goreng fevret waktu tu. Dalam kepala terus pikir, ape bnda yang belum dibeli lagi. Then baru tingat, set bersalin belum beli lagi. Nak order kat officemate mmg dah tak sempat dah. Yela, dah doctor kata, kemungkinan mlm tu akan bersalin.

Balik umah, makan pisang goreng sekeping jek. Then kuar semula gi PKNS utk carik set bersalin. Ada 3 brand yang duk berlegar kat kepala nak beli, sama ada Nona Roguy, Anugerah or Salindah. Disbbkan ni first baby, so decide nak beli yg ada bacaan Qur'an iaitu set bersalin Anugerah.

Dalam set ni mengandungi;
- Minyak pilis
- Minyak selusuh
- Set mandian herba
- Bengkung
- Tungku
- Krim losen panas
- Minyak urut panas
- Pencuci kebersihan wanita
- Minyak telon
- Minuman kesihatan wanita

Kaki dah rasa lenguh2 dah. Walaupun byk baju2 cantik berjualan di ruang legar PKNS tu, dah takde hati nak belek2 tgk. Terus nak balik je.

Apakah yg berlaku seterusnya? Adakah saya bersalin seperti yg Dr. Siti tuturkan? Miahaha..to be continued. ;P

Sunday, July 6, 2014

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t, 

Salam Ramadhan uols!

Harini genap seminggu kita berpuasa.. Lagi 3minggu ke lagi balance..dah 1/4 way kita berpuasa..means, saya pun dah 1/4 jugak la den tinggal puasa.. Kenapakah? Because i already a mother right now! Huhu! 

Apakah perasaan? Fuh, memacam perasaan yg tak dapat diluahkan dgn kata2.. *haha..over taw!* I akan share dgn uols experiance I kat dlm labour room in the next entry k! Pasalnya baby duk tido on my chest right now. So nak berkarya pun tak berapa nak feel.. Bluerkkk!


P/s: ermm.. Nak makan apa ek pasni? Hohoho




Sunday, June 1, 2014

Resepi: La Cucur Udang Kentang Berdaun Bawang

As-salam,

Kali ni nak share lagu mana nak buat cucur udang hasil campak-mampak saya. Cucur udang ni sukatannya main taram saje. Cukup utk 3-4 org makan. Moh ler kite tgk bahan and caranya ya!

Bahan-bahannya adalah:
  1. Suku tupperware tepung gandum Faiza
  2. 12 ekor udang yang telah dipotong kepada 3 bahagian
  3. 1 biji kentang yang dipotong dadu
  4. Daun bawang yang dipotong pendek2
  5. Sedikit garam
  6. Sedikit gula
  7. 1 sudu makan minyak masak
  8. Air secukupnya 
  9. Minyak untuk menggoreng 

Cara-caranya:
  1. Gaulkan kesemua bahan dari no. 1,3,4 hingga 8.
  2. Setelah semua sebati dan kecairannya menjadi seperti yang diingini, bolehlah masukkan bahan no. 2-4.
  3. Panaskan minyak utk menggoreng di dalam kuali. Setelah minyak panas, tukarkan api kepada api sederhana.
  4. Jemput2kan adunan tadi ke dalam kuali yang telah ready utk menjalankan tugasan menggorenya.
  5. Balik2kan La Cucur anda tadi, sehingga ia bertukar warna menjadi warna keemasan.
  6. Angkat dan toskan minyak.
  7. Sedia dihidang bersama sos kesukaan anda.

Tadaaa~~~

Rangup di luar, lembut di dalam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...