Pages

Wednesday, October 3, 2012

Lunch at Khaana Peena

Salam,

I'm working in Mont Kiara right now, which consider as high end area. Parking slot je for 8 hours = RM20.. Makan? Feuw, gegiler expensive.. Tp still ada gak food court, mamaks, kopitiam and kedai malay. Every Thursday, there will have a flea market, starts from 3pm-8pm.. *yippie! i loike! ;)*

Tanak cite pasal flea market, tp nak cite pasal my experience lunch with my officemate, Yasmin at Khaana Peena, one of North Indian Cuisine yang terletak di blok E, Plaza Mont Kiara.


Ada byk pilihan dishes, but as or me dah tentu saya akan pilih makanan yang ekonomi yang sesuai with my budget or keberadaan poket.. So i amik set C which consist appetizer, entree and also dessert.

As for appetizer, i have Chicken Tandori Salad. Simple je ingredient dlm tu. Ada hirisan bawang, cebisan ayam tandori, lobak merah yang di potong dadu, timun and ada la sikit daun2 salad yang kaler purple. Digaul together then diletak sos. *nak buat sendiri pun boley*

Chicken Tandori Salad

Kemudian dalam set tersebut juga, saya mendapat hidangan Tadka Dhal *kuah pekat*, Curry Lamb *dagingnya lembut, sedap!*, Naan Bread *utk dicicah either dengan Tadka Dal or Curry Lamb tu* and lastly Aiskrim Mango *utk pengetahuan, eskrim ni homemade.* Rasanya sedap, rasa pure santan ada kat dlm eskrim tu. Berikut adalah gambar hidangan yang saya terima.

Tadka Dhal
Naan bread+Curry Lamb+Nasi
Mango Icecream

So far, kira ok la utk sesekali nak lunch yg agak keterlaluan. Sbbnya, sgt kenyang, uols! *yela, dah mkn msti la kenyang kan? if mkn rasa lapar, tu something wrong dah tu.. ;P*

p/s: Mau mencuci mata di flea market.. ;))

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday

As-salam,


Wednesday, August 8, 2012

Resepi : Risotto

As-salam,

Sekian lama duk peram je kan konon nak buat risotto, akhirnya minggu lepas, termeterai la janji utk masak risotto sebagai sajian berbuka puasa di hujung minggu.

Ok, apa itu risotto? Risotto ni lebih kurang mcm bubur lambuk ala western la.. Saya penah buat risotto ni guna beras biasa yg kita duk mkn tu, hasilnya menjadi! So kali ni, i guna beras yang Jamie Oliver guna iaitu Arborio Risotto Rice.

Beras ni pun dah setahun dah duk tersimpan elok je *beli time vacation ke UK April 2011, huhu.. ;P* Saya beli beras ni kat Tesco UK, tak sure whether Tesco Malaysia ada ke tak, aritu try carik2 mcm takde.

Ni rupa packaging berasnya

Kalau dilihat pada saiz dan bentuk berasnya lebih kurang mcm beras Japonica yang sesuai dibuat sushi tu..

Close up

Basically, bahan2 nak buat risotto ni tak byk, cuma proses nak masak tu mungkin takes time la.. Since uols pun dah tau mcm mana rupa beras yang i gunakan, so jom kita tgk resepinya! Anda tak perlu risau, eventho korang tak dpt carik beras yang i gunakan ni, uols still can use beras yang sedia ada kat dapur anda. Insya Allah menjadi, saya pernah buat dan hasilnya tetap tak mengecewakan. ;)

Bahan-bahan:
500gm beras arborio yang telah dicuci bersih
1 mangkuk besar stok ayam
2 labu bawang merah yang telah diricik halus
2 ulas bawang putih yang juga telah dihiris halus
1 biji kentang dipotong dadu saiz kecil *supposed celery, tp since saya takde celery, so saya gantikan dgn kentang*
Brokoli *supposed carrot, tp dah takde so saya ganti kepada brokoli, kasi ada warna sket*
Mentega
Minyak zaitun
Cheese yang diparut *terpulang kepada individu utk letak or tak pada part last*
Garam
Lada hitam

Cara-cara:
- Sediakan stok ayam, renehkan
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega, masukkan kentang yang dipotong dadu, kemudian tumiskan bawang merah dan juga bawang putih hingga layu *api perlahan ya! sbb tanak bg mentega and garlic tu caramelize sgt*
- Masukkan beras, tumis lagi. *kali ni, kuatkan sikit api tu. Sentiasa kena kacau, sbb tanak beras tu melekat and terbakar*
- Bila dah tgk beras tu mcm dah lama bersemi dgn bawang2 tadi, masukkan stok ayam sedikit demi sedikit *senang cite, sesenduk demi sesenduk*

** Bukan terus tuang continously tau! just tuang 1 senduk stok ayam, then kacau, bagi dia mendidih, kemudian masukkan lagi stok ayam..sampai la habis stok ayam tu, and beras tu pun dah bertukar jadi nasi

- Setelah ia telah bertukar jadi nasi yang rupanya mcm ala2 bubur lambuk tapi lembap punya version, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian masukkan brokoli, kacau sehingga brokoli tersebut layu sedikit dan sedia dihidang!

Dah siap!



p/s: If nak replace kentang tu  dgn jagung pun ok.. Masak ni just ikut suka ati and apa yang ada kat peti ais tu.. if sume nak ikut sebijik mcm kat dlm buku, mmg tak dpt la nak buat adhoc punya masakan, stuju?

Monday, July 30, 2012

IFTAR at Sime Darby Convention Centre

As-salam,
If aritu dah cite pasal berbuka bersama my collagues kat SACC Exhibition Hall. Kali ni nak share berbuka bersama Papa Rock, uols!! huhuuu~~

Ok, actually aktiviti berbuka ni sbnrnya by invitation.. I tak pernah dpt invitation yg semacam ini, jadinya, keterujaan amatla memuncak dan eden sgt berbesar hati utk memenuhi undangan ini..huhu! *excited dowh!*

Majlis diadakan di Sime Darby Convention Centre iaitu di Mont Kiara.. Berdekatan dgn KLGCC, INTAN dan Pusat Sains Negara.. If tak sure, leh je tanya kat Paksu Google, nnti dia bgtau la camana nak ke sana.

Kami sampai sana just ngam2 soi dengan waktu berbuka. Makanya tak perlu la nak tunggu lelama. Sampai je, ronda2 stall jap then dah azan..

Meja i bersebelahan ngan meja Ramli Sarip *aiseh, lupe lak nak tngkap gmbr penanda meja tu kot2 ada yg tak caye, hehe.. ;P*


Ada byk stalls kat situ; dim sum, tempura, aiskrim goreng, kerang bakar, briyani, tandori, laksa belut, bubur lambuk, goreng2 seperti cempedak, kepok lekor, pancake dll. If nak list kan sume, mau terliur balik ni..huhu.. ;P

Overall, ok2 jela rasa mknannya. My sis dpt lucky draw, uols!


Box tula lucky drawnya!
FYI, Papa rocks mmg sempoi i told you, uols! Down to earth nyer person.. Best2! ;)

With Papa Rock! *i senyum smpai ke telinga, ;P*



p/s: Mode teruja gilos! huhu!! :)))

Thursday, July 26, 2012

IFTAR at SACC

As-salam,



First time buka puasa utk Ramadhan tahun ni bersama ofismate baru, di tempat baru. Pengerusi kelab kitorg pilih utk adakan majlis Iftar cawangan pada awal minggu puasa.. Ini bagi mengelakkan ada pelanggaran jadual masing2 yang dah berkeluarga dan juga tak nak ganggu aktiviti ibadat di sblh malam.

Kali ni, ofismate pilih utk berbuka di SACC yang menawarkan konsep Rasa Nusantara. Kitorg beli kupon awal iaitu sekitar bulan Jun lagi. Ini bermakna, kami dapat kupon pada harga RM55 per head. Jika beli lewat, makanya harga yang ditawarkan turut berlainan seperti yang tertera pada gmbar di atas.

Majlis iftar kami ini turut disertai oleh kakiktangan Les Copaque dan beberapa lagi syarikat lain. If nak diikutkan, pelakon2 Upin Ipin tu ada la, cuma kitrog taktau siapa pemegang suara Tok Dalang, Raju dll..huhu.. ;P

Antara makanan yang ada adalah seperti tauhu bakar, koewtiaw goreng, kambing kebuli, sate, dan pelbagai jenis pencuci mulut, buah2an dan juga pelbagai juadah lain. If korg nak tau, semua booth saya try makanan yang tersedia, dlm pada duk menyumbat tu, ada gak ternampak kelibat pelakon Esma Danial pun berbuka di situ..huhu ;)

If ditanya pada saya, apakah keistimewaan makanan yang tersedia, saya leh kata, 'nothing special' Sbb makanannya rata2 kita leh dpt kat baram or param.

Utk pengetahuan, kambing kebuli merupakan signature dish kat SACC ni kot, sbbnya tahun lepas pun kambing kebuli ni pun ada. Cuma tahun ni, bahan perapan yang digunakan terdiri daripada rampah dan juga herba2 tempatan seperti TOngkat Ali, Kacip Fatimah dan lain2 *saya tau pun sbb tgk rncngan Safiyya*

Kami bersurai pada jam 9pm. Owh, lupa nak bgtau, anda boleh parking kat basement bawah tu pada kadar bayaran RM5 per entry ya!


p/s: Baram = Bazar Ramadhan / param= Pasar Ramadhan

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday

As-salam,









p/s: Kucing tdo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...