Pages

Wednesday, August 8, 2012

Resepi : Risotto

As-salam,

Sekian lama duk peram je kan konon nak buat risotto, akhirnya minggu lepas, termeterai la janji utk masak risotto sebagai sajian berbuka puasa di hujung minggu.

Ok, apa itu risotto? Risotto ni lebih kurang mcm bubur lambuk ala western la.. Saya penah buat risotto ni guna beras biasa yg kita duk mkn tu, hasilnya menjadi! So kali ni, i guna beras yang Jamie Oliver guna iaitu Arborio Risotto Rice.

Beras ni pun dah setahun dah duk tersimpan elok je *beli time vacation ke UK April 2011, huhu.. ;P* Saya beli beras ni kat Tesco UK, tak sure whether Tesco Malaysia ada ke tak, aritu try carik2 mcm takde.

Ni rupa packaging berasnya

Kalau dilihat pada saiz dan bentuk berasnya lebih kurang mcm beras Japonica yang sesuai dibuat sushi tu..

Close up

Basically, bahan2 nak buat risotto ni tak byk, cuma proses nak masak tu mungkin takes time la.. Since uols pun dah tau mcm mana rupa beras yang i gunakan, so jom kita tgk resepinya! Anda tak perlu risau, eventho korang tak dpt carik beras yang i gunakan ni, uols still can use beras yang sedia ada kat dapur anda. Insya Allah menjadi, saya pernah buat dan hasilnya tetap tak mengecewakan. ;)

Bahan-bahan:
500gm beras arborio yang telah dicuci bersih
1 mangkuk besar stok ayam
2 labu bawang merah yang telah diricik halus
2 ulas bawang putih yang juga telah dihiris halus
1 biji kentang dipotong dadu saiz kecil *supposed celery, tp since saya takde celery, so saya gantikan dgn kentang*
Brokoli *supposed carrot, tp dah takde so saya ganti kepada brokoli, kasi ada warna sket*
Mentega
Minyak zaitun
Cheese yang diparut *terpulang kepada individu utk letak or tak pada part last*
Garam
Lada hitam

Cara-cara:
- Sediakan stok ayam, renehkan
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega, masukkan kentang yang dipotong dadu, kemudian tumiskan bawang merah dan juga bawang putih hingga layu *api perlahan ya! sbb tanak bg mentega and garlic tu caramelize sgt*
- Masukkan beras, tumis lagi. *kali ni, kuatkan sikit api tu. Sentiasa kena kacau, sbb tanak beras tu melekat and terbakar*
- Bila dah tgk beras tu mcm dah lama bersemi dgn bawang2 tadi, masukkan stok ayam sedikit demi sedikit *senang cite, sesenduk demi sesenduk*

** Bukan terus tuang continously tau! just tuang 1 senduk stok ayam, then kacau, bagi dia mendidih, kemudian masukkan lagi stok ayam..sampai la habis stok ayam tu, and beras tu pun dah bertukar jadi nasi

- Setelah ia telah bertukar jadi nasi yang rupanya mcm ala2 bubur lambuk tapi lembap punya version, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian masukkan brokoli, kacau sehingga brokoli tersebut layu sedikit dan sedia dihidang!

Dah siap!



p/s: If nak replace kentang tu  dgn jagung pun ok.. Masak ni just ikut suka ati and apa yang ada kat peti ais tu.. if sume nak ikut sebijik mcm kat dlm buku, mmg tak dpt la nak buat adhoc punya masakan, stuju?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...