Pages

Saturday, December 23, 2017

Cergas Bertenaga Sepanjang Hari

Sebelum ke pasar pagi tadi, mel alas perut dengan bancuhan ESP.

Habis secawan, cepat-cepat bergegas ke pasar 17 dengan ibu mel.

Kami perlu cepat untuk dapatkan bahan basah yang fresh.

Sesampai di sana, hampa.

Gerai ikan yang ditarget tutup.

Tanya kepada peniaga-peniaga lain katanya gerai ikan cuti harini.

Frust sangat.

Then, mel dan ibu ke pasar moden Seksyen 6.

Selesai shopping barang basah sekitar jam 11.15am.

Pulang ke rumah, mel layan si budak kecik yang ajak untuk join kaler buku warna dia.

Lepas tu, sambung masak pulak.

Appointement untuk hantar barang Shaklee kepada customer, mel serahkan pada husband mel.

Alhamdulillah, husband mel ada untuk menolong.

Selesai masak, layan si budak kecik main puzzle pulak.

Huiiihh.. letih rasa, laparnya idak.

Mel ngap 1 sudu Vivix.

Untuk topup tenaga.

Supaya cergas bertenaga.

Mata yang tadi ada rasa nak lelap, bertukar cerah.

Tak jadi nak tidur.

Nak buat apa pulak lepas ni?

Masak, setel.
Main puzzle setel dengan budak kecik, setel.
Warna buku kaler otomen dengan budak kecik pun , setel.
Potong kuku budak kecik pun dah setel.

Nak cergas bertenaga?

www.wasap.my /60123732589

Friday, December 22, 2017

Melazimi kalimah Alhamdulillah

Semalam terdengar perbualan antara ibu dan anak kecilnya.

"Umar dah solat?"

'Dah!' Pantas si anak menjawab sambil mengangguk berkali-kali.

"Alhamdulillah.." sambil si ibu usap-usap kepala si anak kecil tadi.

YA,

Alhamdulillah adalah perkataan yang indah untuk kita luahkan rasa syukur padaNya.

Kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa.

Dia yang kawal segala gerak kita.

Lepas ni, bila anak kita melakukan perkara yang terpuji, jom kita ucap "Alhamdulillah" instead of pandaii.. good..

Bukan tak boleh, tapi macam mel cakap tadi, Allah pegang segala gerak.

Kita patut bersyukur kerana Allah telah jentik hati anak tadi untuk solat.

Kita pun senang hati,

Anak yang mendengar pujian tu pun lembut hati.

Thursday, December 21, 2017

STEADY VOGUE WALAU SARAT



Jalan srett sreett..

Dengan bahu rebeh sebelah duk galas handbag.

Tapak kasut pun dah haus dek sebab jalan seret kaki.

Dengan perubahan hormon, kulit kusam.

Wajah kelihatan lemah tak bertenaga.

Kesian tengok..

Jom cuba set hamil ni.

Mengandung dengan penuh gaya.

Steady je walaupun sarat.

www.wasap.my/60123732589

Tuesday, December 19, 2017

Jangan malas

Pepatah cina ada sebut,

Semua wanita di dunia ni cantik-cantik dan lawa-lawa.

Takde seorang pun yang tak cantik dan tak lawa

Melainkan sekiranya dia malas.

Betul ke? 🤔

Kena read between the line.

Kalau malas mandi, dah tentu serabai..

Kalau malas bersiap, dah tentu serabut..

Kalau malas control suara, dah hilang manisnya..

Senang cite, takleh malas.

Nanti tak lawo.

Monday, December 11, 2017

BERSANGKA BAIK PADA ALLAH

Throwback.

Sedang reply email sambil bermeeting, dapat notification WA.

Tertera no yang belum disavekan lagi.

Dengan tenang, WA dibuka.

"Salam sis, nak tanya.. set Shaklee yang mana sesuai untuk berpantang?"

Senyum mel baca.

Seronok sebenarnya.

Sebab mel percaya, ini adalah customer yang Allah hantar untuk mel bantu.

Sebab mel percaya, Allah gerakkan hati dia untuk wasap mel.

Kerana, setiap pergerakan dan perbuatan kita ni semua dikawal Allah.

Lalu, mel suggestkan beberapa produk yang sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang.

Kami bertukar beberapa soalan..

Dalam hati mel teruskan berdoa moga Allah jentik hatinya..

Mel teruskan doa

Doa

Doa

Dan doa..

Seketika kemudian, terus closed deal..

Done transfer payment,

Pantas mel orderkan barang.

Alhamdulillah..

Allah mudahkan urusan.

Sebab tu dalam hidup seharian kita ni, jangan jemu untuk berdoa.

Jangan jemu untuk berkata perkara-perkara yang baik..

Dan sentiasalah bersangka baik kepada Allah.

Kerana Allah Maha Mengetahui segala perjalanan hidup kita.

#MenulisDariHatiShaklee
#ShakleeEffect

Wanita ramai pilih ESP?

KENAPA RAMAI WANITA PILIH ESP?

Sebab:
- ESP berglisemik indeks rendah
- ESP bantu rasa kenyang lebih lama
- ESP pulihkan tisu kulit yang rosak
- ESP pekatkan susu
- ESP beri tenaga seharian supaya tak lesu
- ESP kurangkan gastrik
- ESP diperbuat daripada protein soya non GMO
- ESP cerahkan kulit
- ESP sekatakan tona warna kulit
- ESP parut czer kemas dan cepat pulih
- ESP kawal diabetis semasa hamil
- ESP bantu masalah angin dan loya


www.wasap.my/60123732589

Friday, December 8, 2017

KULIT GATAL APABILA KERING

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ramai yang sangka apabila kulit kering, perlu banyakkan buah-buahan sitrus dan minum air kosong.

Ya,

Betul!

Tapi, ada lagi 2 perkara yang jarang diambil peduli untuk atasi kulit kering ni.

Kulit kering yang macam mananya ni?

Kulit yang rasa gatal bila kering.

Macam dalam gambar yang mel share ni.

Dah refer doktor, tapi masalah yang sama masih berulang.

Meh cuba Vitamin E dan Omega 3.

Omega 3 untuk atasi keradangan.

Kekadang radang ni la yang buatkan masalah tu tak solve-solve.

Then add on Vitamin E supaya kulit berminyak sedikit supaya tidak kering dan dapat pudarkan kesan parut.

Konsisten pengamalan, insha Allah kulit gatal apabila kering tidak lagi berulang.

Cuba dulu!

www.wasap.my/60123732589

Thursday, December 7, 2017

Saka hampa penangan ESP

Assalamualaikum

Tahu tak, ibu menyusu cepat lapar dan memang akan dilihat kerap makan?

Ya!

Nak nak bila lepas mengepam.

Laparnya mak oiiiii...

Segunung nasi putih + telur dadar + kuah kari + kicap pun boleh tambah 2 kali tau!

Yess.. seriously..

Ini memang serius, mel tak main-main.. sebab sendiri lalui.

Pernah sekali tu, mel dan projek team makan nasi goreng.

Portion nasi goreng tu memang banyak. Boleh share 3 orang.

Tapi dek terlalu lapar, mel boleh habiskan kesemua nasi goreng tu tak tinggal walau sebutir pun.

Then ada sorang dalam projek team ni mulut lupa nak diinsuranskan rasanya.. hehe.. dia cakap,

"Lain macam pergi dia.. weih, ko bawak sekampung ke saka ko? Nasi punya banyak, portion gini set set bangla je yang makan.. ko boleh habiskan? Ni aku punya ni tak habis, ko nak?"

Peh, makan dalam weih.

Sentap sanubari.

Tapi, demi untuk penghasilan susu terbaik untuk anak.. mel buat derk je takde perasaan.

Lantak pi hang la..

Aku yang lapaq..

Satgi perut aku masuk angin, baby aku jugak yang ikut kembung perut jugak..

Then, roger-roger la member sekolah rendah ni. Si naimah ni suggest untuk cuba ESP.

Paduan bancuhan serbuk soya non GMO dari ESP ni, membuatkan mommies sentiasa rasa kenyang sepanjang masa.

Jadi, saka yang dikatakan sekampung tu boleh la depa balik pi pindah jauh-jauh.

Sebab ESP ni tak bagi chance untuk kita rasa lapar menggila.

Sebab GI dia rendah.

Bila kita consume makanan yang GI rendah ni, ia dapat kawal nafsu makan.

Dapat juga lambatkan rasa lapar.

Sebab tu rasa full je.

So mommies yang menyusu,

Mommies yang lapar sama tahap dengan mel selepas mengepam..

Boleh cuba set penyusuan paling bajet ni.


www.wasap.my/60123732589

Monday, December 4, 2017

TIPS AWET MUDA

Kulit kedut?

Wajah tak bermaya?

Banyak garisan halus di bahagian mata dan garis senyum?

Semua orang akan alaminya.

Baru 22 tahun, tapi wajah seperti 30 tahun.

Baru 33 tahun, tapi dah disangka berumur 35 tahun.

Mesti stress kan?

Shopping kat pasar, adik yang jual nasi lemak panggil makcik.

Time beraya, sedara dah confuse yang mana satu anak, yang mana satu mak.

Isk, dasat tu!

Untuk elak rupa kelihatan berusia daripada umur sebenar, beberapa tips boleh diamalkan. Antaranya,

💟 Banyakkan senyum. Senyum tu kan sedekah 😊

💟 Jauhi stress. Berlapang dada apabila berhadapan dengan tekanan. Dunia ini berputar.. 😃

💟 Rajin-rajin untuk rawatan wajah. Cuci muka, toner, pelembap, mask etc.

💟 Elakkan menonton cerita seram atau thriller. Sebab nanti akan berkerut-kerut kening. End up kulit cepat kedut.

💟 Amalkan sesudu teh Vivix setiap malam sebelum tidur.

Belum ada Vivix dalam simpanan sendiri?

Jom dapatkan sekarang sempena promosi Disember.

Murah bebenor ni.



www.wasap.my/60123742589

#MenulisDariHatiShaklee
#ShakleeEffect

Sunday, December 3, 2017

VIVIX & AWET MUDA

Tak larat?

Tak bermaya?

Letih?

Usia baru 25 tahun, tapi keupayaan badan dah macam berusia 40 tahun je?

Turun naik tangga, dah termengah.

Ketawa sikit, dah cungap.

Jom kita ambil makanan yang tinggi Polifenol.

Antaranya ada pada buah beri, ceri, epal, kacang dan teh hijau.

Makanan yang tinggi kandungan Polifenol ni boleh tingkatkan jumlah tenaga 'dinamo' dalam sel badan.

Seterusnya memberikan stamina yang lebih tinggi,

Dan rangsang prestasi produktiviti untuk tenaga dan kecergasan.

Tu yang jadi awet muda!

Kat mana paling mudah nak dapat cairan yang terkandung Polifenol ni?

Of course ada dalam Vivix.

Jom cergas bertenaga.

Dapatkan Vivix sekarang sempena promosi Disember 2017!

www.wasap.com/60123732589

#MenulisDariHatiShaklee
#ShakleeEffect

Thursday, November 30, 2017

MY EVERYDAY DRINKS


Lately mel suka something yang simple tapi sihat.

Kalau dulu, sarapan mel akan ambil nasi lemak.

Paling fevret nasi lemak paru, takmau kacang, bilis lebih!

Peh, sedap weih..

Tu baru hidangan sarapan.

Lunch pula kekonon light-light la macam mihun sup ke.. laksa ke..

Tapi, ada kudapan sampingan seperti kuih atau pisang goreng.

Malam pun makan lagi.. huhu..

Then terinspired dengan officemate sorang ni.

Dia cukup jaga pengambilan kalori.

Sebiji kuih samperit offer kat dia pun, kering je dia tolak.

Offer kat dia nasi lemak, selamber je dia geleng.

Offer coklat Ferrero Rocher? Kinder Bueno? Choki choki?

Gila kalau dia amik.

Rasa kalau offer dia bihun sehelai pun dia tolak jugak.. huhu..

Memang kental betul.

Tahan daulat sungguh.

Then dia cakap, gula adalah perkara yang WAJIB dihindarkan.

Katanya,
'Dalam semperit tu ada gula kan? Tak kisahlah 1 adunan tu boleh buat 50biji sekalipun.. tapi dalam 1 biji tu tetap ada rasa manis gula walau sebutir dua. Jadi, takyah lah amik. Simple calculation. Saiz perut pun jadi kecik.'

'Cuba ko genggam tangan ko.. tula saiz perut ko.'

Wahh..! 😱

Disiplin habis.

Hasilnya, memang badan dia tak naik.

Memang badan dia fit.

Cuma tak katang je.

Haish.. tu yang mel pepagi WAJIB minum ESP.

Minggu ni mel tambahkan oat dalam ESP shake mel.

Tambah serat.

Sambil boleh kunyah-kunyah sikit.

Fefeeling macam minum bubble tea gitu!

Bekal sarapan, mel bawa ke lunch atau makan petang.

Malam pula mel ratah lauk, balance suap si budak kecik.

So far, mel suka dan belum jemu lagi dengan ESP.

ESP ni rendah Glisemik Indeks (GI).

Jadi, bila ambil makanan yang GI nya rendah,

Dapat bantu kawal nafsu makan.

Dapat lambatkan munculnya rasa lapar.

Dapat bantu kawal berat badan.

Best kan!

Cuba jom!
www.wasap.my/60123732589

#melsuka
#5heart

Monday, November 27, 2017

PESANAN BUAT MOMMIES MENYUSU

Menjadi mommy yang menyusukan bayi perlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat.

Ini kerana kedua-duanya saling berkaitan untuk penghasilan susu meriah.

Untuk pengetahuan buat yang baru bergelar mommy, mommy menyusu amat mudah lapar.

Bagi memastikan diri tidak lapar, disarankan supaya mommies mengambil sumber protein yang tinggi dengan kerap.

Tolong jangan sanggup berlapar untuk kurus sampai masuk angin ya!

Apabila perut ibu telah masuk angin, potensi untuk susu yang terhasil juga akan menyebabkan bayi turut mengalami kembung perut.

Sudahnya, sendiri yang stres.

Bila diri dah stres, mula lah penghasilan susu akan berkurang seterusnya turun merudum.

Alamatnya, lagi lah buatkan mommies gelabah lebih-lebih lagi memikirkan stok simpanan Ekspress Breast Milk (EBM) yang masih belum mencukupi buat mommies yang bekerja.

Selain itu, emosi mommies perlu stabil.

Barulah bayi menyusu pun tenang je jiwanya.

Maklumlah, lancar je penyusuan tanpa sebarang sekatan.

Apabila bayi asyik menyusu, secara tak langsung bayi turut meransang untuk penghasilan susu yang lebih meriah.

Inilah yang dikatakan konsep supply dan demand.

Di mana apabila kantung susu telah kosong, automatik otak akan menerima isyarat untuk menghasilkan susu baru.

Jadi, pesanan untuk mommies menyusu,

💞 Kerapkan makan terutama daripada sumber protein.

💞 Jauhi stres. Boleh ambil vitamin B supaya emosi lebih stabil.

💞 Sentiasa kosongkan kantung susu dengan direct feeding bayi, pam atau gunakan teknik marmet.

💞 Banyakkan doa.

💞 Jangan berhenti berikhtiar dengan kenalpasti makanan yang merangsang penghasilan susu meriah untuk bayi comel anda.

💞 Jangan putus asa.

Insha Allah, mel doakan mommies menyusu yang membaca post ni tercapai cita-cita untuk menyusukan bayi sehingga usia 2 tahun, aameen..

Mommies yang nak dapatkan makanan tambahan  berasaskan sumber protein, vitamin B dan milkbooster, boleh wasap mel ya.

www.wasap.my/60123732589

#MenulisDariHatiShaklee
#ShakleeEffect

Saturday, November 25, 2017

GARIS PENUAAN JELAS KELIHATAN KERANA KULIT KERING

Kulit kering selalu terjadi apabila kulit sering terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan.

Sekiranya anda sering berada dalam persekitaran yang berhawa dingin dan tertutup tanpa cahaya matahari, jangan disangka anda tidak terlepas daripada ancaman kulit kering ini.

Ya,

Anda tetap akan mengalami gejala kulit kering.

Apa kesannya jika kulit kering ini dibiarkan tanpa dicegah?

Kulit akan lebih mudah calar..

Kulit akan lebih sensitif..

Garisan halus lebih mudah kelihatan terutama pada wajah iaitu

Pada mata..

Dan

Lazim dikesan pada garisan senyum..

Bagi menangani kulit kering ini, sangat-sangat disyorkan untuk kita menyapu losyen pada kulit dan juga sunblock di wajah.

Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin c dan kolagen juga dapat membantu kulit menjadi sihat, lembap dan anjal.

Oops, banyakkan juga minum air kosong ya agar tubuh tidak terhidrat.

Jadi, minimumkan kadar pendedahan kulit terhadap cahaya matahari, ambil diet yang seimbang, insha Allah wajah anggun tanpa garis penuaan.

Inginkan vitamin C dan kolagen?

www.wasap.my/60123732589

#MenulisDariHatiShaklee
#ShakleeEffect

Friday, November 24, 2017

SAKIT TUMIT SALAH SATU TANDA KURANG KALSIUM

Selepas proses melahirkan bayi, fasa seterusnya adalah berpantang dan  menyusukan bayi.

Semasa pembentukan bayi di dalam kandungan, bayi telah menyerap kalsium dari ibunya.

Dan apabila bayi telah lahir ke dunia, bayi akan menyerap kalsium dan nutrien lain daripada ibunya melalui penyusuan.

Benar lah,

Pengorbanan ibu ni bukan calang-calang
Pengorbanan ibu ni bukan sedikit
Pengorbanan ibu ni dialami dari awal mengandung sehingga melahirkan dan juga membesarkan.

Macam mel, semasa tempoh mengandung memang mel ada ambil pil kalsium.

Memang mel tidur lena..
Memang mel tidur takde kejang-kejang kaki..

Tapi,

Mel tak konsisten ambil sumber kalsium sesudah bersalin..

Mel ambil bila perlu
Mel ambil bila ada mood
Mel ambil bila rajin

Sudahnya,

Mel alami sakit tumit.

Sakit tumit yang fobia dan takut nak turun tangga.

Sakit tumit yang rasa susah dan payah nak solat.

Sakit tumit yang terpaksa jalan jinjit. Tak berani nak benarkan tumit menyentuh lantai.

Seksa sangat rasa.

Tanya-tanya orang, orang kata maybe rahim tak duduk terletak.

Mel pergi berurut. Sama juga.

Masih lagi sengsara nak berjalan normal.

Then ibu mel cakap, mungkin kurang kalsium.

Perasaan bagaikan ada sinar di hujung terowong pada ketika itu.

Ya, mana pil kalsium yang mel consume sebelum ni?

Mel ambil pil kalsium semula.

Mel ambil setiap malam.

Jadikan amalan seperti sebelum-sebelumnya.

Cuma kali ni lebih konsisten.

Lebih rajin.

Tanpa sedar, sakit tumit beransur hilang malah tak perasan bila hilangnya sakit itu.

Syukur sangat-sangat.

Tiada perasaan fobia menuruni tangga.

Tiada rasa susah lakukan pergerakan demi untuk tunaikan kewajipan sebagai hambaNya.

Berjalan sudah kembali normal malah yakin mengatur langkah.

Jadi, nak habaq kat sini..

Sebenarnya kalsium adalah nutrien yang masih kita perlu ambil walau usia sudah meningkat dewasa.

Jangan ambil mudah.
Usah kata tak perlu.

Mau cuba pil kalsium yang mel amalkan?
www.wasap.my/60123732589

#MenulisDariHatiShaklee
#ShakleeEffect

Thursday, September 14, 2017

Order semalam, harini sampai

Assalamualaikum

Order semalam, harini dah sampai.

Hehe.. centu la cerita untuk harini.

Semalam ofismate mel sebelum ni ada roger-roger. Nak order set basic pantang katanya.

So, mel suggestkan untuk ambil Vitamin C, Alfalfa dan pil kalsium bersesuaian dengan budget dia.

Then, once kawan mel ni dah transfer payment.. cepat-cepat mel klik-klik order.

And harini, dalam pada mel kalut busy mizi kat ofis.. dapat wasap dari dia, bagitau yang supplement yang diorder dah sampai.

Oh, girangnya rasa hati! Sebab biasa mel akan check status delivery petang-petang sikit. Hat ni, tak dan mel nak checkkan, kawan mel yang dah tolong updatekan. Alhamdulillah. Kita mudahkan urusan orang, insha Allah urusan kita pun akan dimudahkan jugak!

Korang yang nak cuba supplement Shaklee, feel free untuk roger mel ya!

Xoxo,
Love mel
012 373 2589

Wednesday, September 6, 2017

Kari daging vs sup tulang

Assalamualaikum


Yang mana satu pilihan kalbu?
Kanan kari daging, kiri sup tulang?

Haha.. berpagi-pagian dah mel share gambar makanan. Ni cite semalam.

Surau kat ofis mel buat gotong royong perdana untuk masak daging qurban. Dan ini lah hasilnya! Makan panas-panas.. Nyummss..!!

Dah, toksah nak berfantasi dengan makanan. Ni rerasa macam dah naik 2kg je ni.

Xoxo,
Love mel

Tuesday, September 5, 2017

Trip to Johor Part 2: KSL D'Inspire Residence, JB

Assalamualaikum

Hi Joho..




Throwback short trip aritu dan merupakan sambungan entry yang mel singgah makan kat Restoran Kari Kambing 40 Hari.

Kita sambung journey kita ya!

Setelah kami kenyang burpp makan nasi arab 1000 tahun, kami teruskan perjalanan untuk check in. Tapi, before check in.. kami singgah di Kedai Roti Salahuddin, Jalan Dhobby.

Kami tiba di sana pun dah petang. Niat di hati nak beli roti freshly baked from the oven. Tapi, rupanya bila dah petang, pilihan yang ada pun dah terhad.

Jadi, kalau korang nak mencari roti di situ, korang pergi pagi k! Sebab production dia start after Subuh. Ni je balance yang tinggal..


Dah alang-alang sampai, kami beli jugak la a few products daripada bakery ni iaitu Sugee Cookies yang warna putih tu.. then kek pisang.. roti kelapa. For taste wise, mel rasa biasa je.


Then, terus kami shoot ke rumah penginapan kami di JB.

Apartment hotel tu ada 3 bilik, 2 bilik air dan dapur yang boleh untuk kita masak. Fully aircond so sesuai untuk yang ada budak kecik.






Apartment ni ada kolam renang. Dan kami pilih untuk sama level dengan kolam renang iaitu di tingkat 5.

Kolam renangnya pula ada 2 saiz iaitu kolam kanak-kanak dan juga dewasa.

Ni je kot untuk entry kali ni. Nanti mel sambung lagi. Ada lagi tempat jalan-jalan kumpul lemak yang mel pergi untuk trip ni. Tunggu ya!

Xoxo,
Love mel

Monday, September 4, 2017

Penat membantai daging

Assalamualaikum

Uih.. harini dah insof dah walaupun harini masih lagi dapat daging Qurban. Kita stop dulu masak daging. Sebab esok kat ofis ada gotong royong masak Sup Tulang dan daging bakar.

Haih.. tingat masa sekolah kat Kedah dulu.. popular dengan menu daging bakaq cicah ayaq asam. Perghh.. boleh leleh weih.. pergi surau, pergi prep malam, cium tangan.. fuh.. menusuk tikam kalbu bau air asam yang digaul dengan belacan bakar dan cili padi potong. Nyummss!

So, apa menu harini?

Harini sarapan roti telur mix veggie dan nescafe.

Then lunch dengan siakap stim, tomyam ayam.

Pehtu minum petang pulak karipap dan kepok lekor bersama kopi o kaw kaw piaw miaw. Memang ngaamm!


Orait, esok dah start kerja macam biasa.. tadi dah shake shake Vanilla Cinch sebagai bekal untuk ke ofis esok.

And as usual, before tido.. mel tak lupa telan Lecithin, Omega Guard, Alfalfa, Vita C dan harini mel add on Vivix.

Xoxo,
Love mel

Lauk daging hatrick

Assalamualaikum

Ohoiii.. cuti 5hari, direct bantai daging.

Berbuka sempena Merdeka dengan kambing bakar.

Raya Haji pulak menunya ketupat palas segera, ketupat nasi segera, nasi ayam, kari ayam.

Semalam pulak, homemade pizza, burger daging dan smoothies vanilla shake.



Then harini, nasi daging, daging masak kicap dan cendawan campur tumis. Tadi nyaris nak tambah 2 pinggan.


Fiuhhhh... supplement intake kali ni kena tambah agen detoks herblax la gini. Dasat sangat menu yang dihadap dua tiga hari ni.

Korang nak order supplement Shaklee, sila-silakan roger-roger mel ya! Anytime sis mel akan reply insha Allah.

Xoxo,
Love mel

Friday, September 1, 2017

Selamat Merdeka & Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha!

Panjang cuti weekend ni, ditambah pulak PM announce cuti tambahan Isnin ni sempena Malaysia perform pada Sukan Sea 2017 memang betul-betul syiok!

Semalam kita sambut Merdeka dan kebetulan merupakan Hari Arafah dalam kalendar Islam. Sunat untuk kita berpuasa pada Hari Arafah. Dan alhamdulillah mel, husband dan ibu mel berpuasa. So plannya nak berbuka dengan nasi ayam.

Elok je mel selesai sediakan bahan-bahan, abang mel offer untuk berbuka di rumahnya. Menu western katanya. Haruslaa join berbuka kan.. terus simpan balik semua bahan-bahan then kitorg gerak pukul 6.30pm.

Setelah sampai, juadahnya wallllahhh..! Gugat iman oii.. kambing bakar, spegethi aglio olio, corn in cup, air lemon, kordial rootbeer, dan nescafe panas. Dasatt kan?

Lagi dasat, mel berbuka tanpa tahan-tahan nafsu. Lama tak pekena kambing bakar.. sekali ada depan mata.. 3 slice sekali hadap, corn in cup 2 kali ceduk. Spegethi je mel share dengan si budak kecik. Husband mel jeling je tengok kelaku wife dia. Kahkahkah.

Dah kenyang tu, tersandar jela wei.. tu gambar kat atas tu, take away packet. Siap tapao bawak balik.. huhu..

Before tido, mel urut dada. Muhasabah diri, apa buruk lantak benar tadi? Hahaha.. hati kecil berbisik, 'ala sekali-sekala.. lecithin and omega ada. Top up dengan alfalfa sekali'

Then, pantas mel bangun dapatkan rangkaian supplement tu dan zuppp telan.

Korang nak dapatkan supplement yang sama macam yang mel ambil, roger mel ya!

Oh lupa nak habaq.. khasiat daripada berpuasa pada Hari Arafah adalah moga dosa kita tahun lepas dan tahun depan Allah ampunkan.

Xoxo,
Love mel

Wednesday, August 30, 2017

Restoran Mee Tarik Warisan, Alam Avenue

Assalamualaikum

Harini last hari bekerja untuk minggu ni sebelum kita sambut Merdeka dan Aidil Adha. Ramai yang start cuti. Jalan raya pun clear je.

Then, during lunch tadi my fren from Korea ajak untuk makan mee tarik. Mel tanya dia, camana dia tau kewujudan mee tarik and why suddenly dia macam teringin kan.. then, dia kata, semasa dia outstation di China, dia dah penah try dan setiap hidangan mi tarik di sana mempunyai rasa yang berlainan.

Since dia dah tanya gitu, dalam kepala ni memang terus tune Mee Tarik Warisan Asli. Terus mel google untuk ensure kedai tu masih beroperasi dan sama ada buka ke tidak.

Pehtu, terus kami shoot ke sana iaitu di cawangan Alam Avenue



Untuk makluman, dulu restoran ni berada di corner lot. Kini, ia telah shift kepada lot immediate. Bersebelahan dengan Hot Pot King, sederet dengan RHB Bank dan berdekatan dengan Restoran Lan Kedah.

Interiornya kini dah berubah dan bertambah seri.




Kami order nafsu gajah punya style. Semua nampak sedap.

Kami order toothpick lamb, dan pelbagai jenis mee.. *haha.. lupa nama dia sebenarnya*.




Untuk air pulak, mel selalu order air herba dia iaitu air Bao Bao. *yeke nama gitu?* Tapi harga dia RM5 untuk 1 mug. Segar bila minum air tu dan manis gula batu. Sedap!

Kawan Korean mel ni kata, rupa mee ni dah sama macam yang kat tanah besar China. Tapi rasa berbeza. Then mel terangkan kat dia, maybe ada alteration sikit dari segi resipi untuk sesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia.

Bila dah balik ofis tu, tetiba rasa insaf. Rasa bersalah kat perut sendiri. Haha.. masa order tadi tak hengat kan.

And seperti biasa, omega 3 jugak la pilihan mel walau dah kenyang sendat untuk uraikan lemak dan kolesterol jahat. Hihuhu

Korang bila dah terlanjur makan, korang buat guane? Watlek watpis je ke?

Xoxo,
Love mel

Saturday, August 26, 2017

Anak korang minum susu apa?

Assalamualaikum

Anak korang minum susu apa ek?

Antara susu yang mel pernah bagi kat si budak kecik, antaranya Karihome, Dutch Lady step 2 , Enfagrow dan the latest, mel bagi susu Friso Gold.

Mel pun tak sure pun macam mana nak pilih susu yang terbaik untuk anak. Tapi, apa yang dipilih adalah berdasarkan kandungan DHA dan gula.

Lepas je si budak kecik wean off, mel bagi Karihome. Reason, sebab Karihome ni susu kambing based and katanya susu kambing ni rasanya nearly like breastmilk. So far ok.. but agak pricey. Tin kecik tu harga dalam RM50++ tahan 2 minggu camtu.

So, mel decide untuk tukar susu biasa iaitu Dutch Lady step 2 perisa coklat. Memula budak kecik suka.. tapi lelama tu, dia minum tak habis.. kekadang tengok je pun dia takmau. Haih.. yang kita ni risau la dengan kandungan kalsium untuk tumbesaran dia kan.. Then mel tukar kepada Enfagrow step 3.

Price susu Enfa ni, boleh tahan jugak la. Tapi demimu anak, kitorg ok je. Susu Enfa ni, tak lama pun.. tak sure la maybe anak mel jenis cepat jemu ke apa kan.. bila kat rumah, dia kurang minum susu. Tapi report daripada taska katanya setiap kali time minum susu, habis je dia minum. Then, kitorg tukar lagi.

So kitorg sekarang bagi kat budak kecik minum susu Friso Gold. Selalu juga susu ni ada promo. Mel suka Friso ni sebab penutup tin dia yang tak perlu kita nak tutup bagaikan tepuk kompang. Rilek je leh tekan dengan hujung jari sampai bunyi "tick"



Then, dia ada tempat special untuk letak sudu. So hygiene la and takdela tangan tu melekat terkena kat susu tepung tu kan..



Pehtu, once dah ceduk scoop tu, takyah korang nak gigih goncang sudu tu untuk bagi ngam-ngam rata sebab dia dah ada tempat untuk ratakan susu tepung tu. Jadinya, takyah la nak risau susu terlebih ke.. yela, kang poo poo keras pulak..




Mel tengok anak mel suka susu ni. Harapnya suka sampai step 4 dan seterusnya la ye.. Susu ni rasa buttery and creamy. Sedap! Boleh la guna susu dia untuk buat agar-agar coklat nanti..hihi..

Normally everytime mel tukar susu anak ni, mel akan monitor texture poo poo dia. Then kalau ok normal, tanpa segan silu la mel akan teruskan beli, bancuh dan bagi anak minum. So far, sume jenis susu yang mel tukar untuk anak mel, sesuai dengan dia. Alhamdulillah.

Korang pulak macam mana? Yg ni personal review mel je k.. tidak ditaja.. beli guna duit sendiri..hihi..setakat ni belum dapat mana-mana tajaan lagi.. hahaha..

Xoxo,
Love mel

Resepi: Spegetthi bolognese simple

Assalamualaikum

Korang sarapan apa harini?

Mel pagi ni sarapan pasta bolognese dan cempedak goreng!



Meh nak share resepi paling simple tapi sedap ni. Sonang baitu.

Bahan-bahan:
Spegetthi brand San Remo
Sos pasta cendawan brand Adabi
Isi ayam yang dipotong kecil *daging cincang dah habis.. so mel gantikan dengan ayam*
Bawang putih yang diricih halus
Sedikit minyak
Oregano
Basil

Cara-caranya:
1. Rebus spegetthi lebih kurang dalam 8-10minit. Masa merebus depends pada jenis yang korang guna. Kalau fettucini lain, kalau angel hair lain.. boleh refer pada packagingnya ya! Kemudian, toskan.. air rebusannya jangan dibuang tau. Sebab kita nak guna untuk bantu pekatkan kuah pasta tu.

2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih diikuti ayam. Jangan tunggu bawang putih tu hangit baru nak masukkan ayam tau. Tujuan kita tumis sat garlic tu sebab nak bagi minyak tu ada bau wangi garlic.

3. Masukkan sos pasta Adabi. Kalau sebelum ni korang guna brand lain, kali ni cer korang guna brand Adabi. Mel rasa lebih sedap!

4. Then kacau.. pastu masukkan air rebusan pasta sikit depends banyak mana kuah yang korang inginkan.

5. Campurkan sikit oregano dan basil. Gaulkan.

6. Masukkan pasta tadi gaul bagi sebati. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

Rasanya mantop oiii..!!

Nanti mel sharekan resepi cempedak goreng pulak.

Xoxo,
Love mel

Friday, August 25, 2017

Nasi arab 1000 tahun di Restoran Kambing 40 hari, Yong Peng

Assalamualaikum

Woot woot..

Dah lama tak bercuti.. dah lama tak senang lenangkan hati.. dah lama tak jalan-jalan cari makan.

Since lately mel stress melampau.. sampaikan kulit muka pun affected. Tak caye?



Hehe.. next next entry la mel akan sharekan bibit-bibit macam mana tetiba munculnya jerawat ni. Orang kata, bila muka jerawat tu tandanya remaja.. kahkahkah. Mel totally fully agreed! Hikhik. Sentiasa anggun berseri.. aamin.. huuu

Ok jom nak cite pasal percutian kecil-kecilan mel ni. Tajuk diberi Jalan-jalan Mencari Lemak. Hahah.. yups! Sebab missionnya memang nak try makanan yang digembar gemburkan sedap!

So ke mana kah kita?

Kita ke Johor ek..! Dulu, mel tak suka dengan negeri Johor. Dengan orang Johor pun mel racist. Mel anti sebab ada lah kisah lama skandal ex punya hal.. sampai sekarang nama dia mel still ingat. Haih, parok tak parok.

We planned for 3 days 2 nights trip. Mel akan sharekan lokasi perjalanan kitorng la ye. Senang mel nak ingat and nak tepek gambar. Oh ya, before that, walau ke mana ku berjalan.. supplement kesayangan tidak dilupa.



Buktinya, nampak tak di sebalik biskut buat bekal dalam perjalanan dalam supik gelenya tu, ada terselit serbuk teh dan juga serbuk emas yang bantu untuk boost energy dan immune system? Hampa nak, roger mel je ya!

Kitorg gerak dalam lingkungan pukul 10pagi. Cadangnya nak gerak pukul 9am sebab targetted untuk lunch di Restoran Kari Kambing 40 hari di Yong Peng. Tapi ada budak kecik yang tido lenanya mak aihh sampai bergumpal dalam selimut dengan bantal-bantalnya sekali.



Nampak tak penampakkan susuk kecil itu?



Mel tau restoran ni pun melalui rancangan Majalah Tiga dan JJCM. Memula tak teruja pun. Sampai la one day, mel order kat schoolmate mel yang memang pandai masak nasi arab untuk function kat ofis mel. Bagi mel dah sedap sangat dah tu. Tapi sorang colleague ni kata,
"Sedap nasi arab ni. Tapi tak boleh lawan nasi arab 40 hari. Yang tu, sedap dia lain macam puan.."

Ok masih tak terkecam lagi. Tapi bila staff mel pun cakap kena datang awal sebab beratur panjang and habis awal tu yang tetiba teruja! So marilah kite..weehuu

Nak ke restoran ni, mel exit kat Yong Peng (U), then mintak apps waze yang tunjukkan jalan selebihnya.

Kami ngam-ngam sampai pukul 1pm. Dah terbayang dah macam mana la gamaknya kena beratur panjang. Yela, peak hour kan time-time gitu.

Tapi sangkaan mel, salah rupanya. Takde la kena beratur pun. Just tunggu turn then korang akan dilayan. Customer Service dia tiptop!

Cepat dorang bersihkan meja.

Agak-agak nampak kurang meja, dorang tambah bukak meja.

Kat sini serba self service. Korang cop tempat. Then terus ke kaunter pesanan dan bayar.

Ada 2 pilihan. Sama ada korang nak pinggan individu atau dulang. Macam mel, mel order 2 dulang. 1 dulang kambing dan 1 dulang lagi campur. Ada kambing dan ayam.

Kalau korang beli 1 dulang, dapat free 1 jug air sirap. So macam kes mel ni, mel dapat berapa jug sirap free? *korang kira sendiri k!*

Then mel buat pembayaran and amik pinggan, cawan n senduk. If let say korang tak habis makan, polisterin and plastik pun dorang sediakan. Kita just amik dan tapao sendiri.

Tengoklah gambar untuk korang imagine macam mana la rupa dia kan..




Cer tengok nama nasi dia..



Nasi arab 1000 tahun. Ko ada?

Total damage kat sini;
2 dulang nasi arab + free 2 jug sirap = RM96
Kolesterol, lemak jahat = tak terbendung

Oh my Lecithin and Omega, come to me faster!

Btw, waktu operasi restoran ni seawal 7.30am - 3pm. Korang nak cuba, boleh lah rancang perjalanan anda.. peace!

Xoxo,
Love mel

Konsisten vs Malas

Assalamualaikum

Apa yang korang faham tentang konsisten?

Nak buat batter kuih atau kek pun, kena ada konsistennya adunan tu..

Nak amalkan apa-apa produk pun, kena ada konsistennya..

Nak bagi penilaian kenaikan pangkat pun, kena ada konsistennya kedatangan dan markah KPI.

Untuk mudah faham, konsisten ni tahap ketegaran la.. boleh diterima ke?

Nak buat batter kuih atau kek, adunannya perlu tegar. Maksudnya, tahap kepekatannya perlu seimbang.

Nak amalkan produk, pengambilan perlu tegar. Maksudnya, tak culas atau tak yangyok. Maintain je, walau badai mendatang, tapi still tegar untuk amalkan harian.

Nak promote kenaikan pangkat, markah KPI dan kedatangan tegar je cemerlang dan membanggakan.

Tapi, ada satu je yang jadi faktor penghalang untuk tegar iaitu penyakit M.. uihh.. penyakit M ni, tak boleh cakap kuat-kuat.. takut jadi doa pulak.. dah la takde ubat, melainkan diri sendiri yang kena buat perubahan.

Pepatah cina ada cakap, "Semua perempuan di dunia ni takde seketul pun yang tak lawa. Semuanya lawa, melainkan orang tu M.. " Dapat tangkap tak M tu apa? M tu M.A.L.A.S.

Kalau difikir balik, logik jugak pepatah tu walaupun sebenarnya macam ayat penyedap atau sekadar nak ambil hati je kan..

Cer imagine, kita buat ayat matematik la senang.

Tak lawa + malas mandi = haih.. dah la tak menarik.. berserabai lagi..
Tak lawa + malas nak bersiap = cuba-cuba la belajar untuk mekap bagi naik seri tu..
Tak lawa + malas masak = apa yang dia tau pun entahlah. serba-serbi kurang.

Nampak tak impactnya bila ada element malas di situ? Akan terbit unsur-unsur penghinaan yang melampau dan dengusan keluhan yang kedengaran..

Tapi, kalau tak lawa + rajin mandi = eh, wangi la awak..
Kalau tak lawa + pandai mekap = awak nampak berseri la. i suke tau!
Tak lawa + suka masak = u pandai tawan hati i..

See.. see.. pujian je kan.. memang logik la walau tak lawa, tapi kalau rajin.. tu kira kawtim jela..

So, girls out there.. jom kita cantik sama-sama!
Jom kita konsisten ambil makanan seimbang
Jom kita tegar buat amal kebaikan
Jom kita rajin sama-sama!
Jom kita buang sifat MALAS sama-sama!
Value up yourself!

Thanks for reading this entry.

Xoxo,
Love mel







Thursday, August 24, 2017

Apabila mengantuk

Assalamualaikum

Apa yang korang buat kalau korang ngantuk kat ofis?

Kalau mel ngantuk kat ofis, apa yang mel buat antaranya:

🤔 Nap.. cukup la beralaskan bantal kecik and selubung dengan jacket.. takdela sampai bentang toto.. tapi andaikata bidang tugas mel shift atau yang memang perlu bermukim kat ofis tu, mel pun akan bawak toto siap-siap.. hehhe

🤔 turun kat operation floor.. kacau budak-budak kat operation.. sembang-sembang, kenyit mata sikit.. haha.. bab kenyit mata tu memain je k! Tanya apa yang dorang perlukan.. bagai YB turun padang beramah mesra dengan rakyat la lebih kurang.. besar wo operation floor kitorg. Dapatla exercise sikit more or less kann..

🤔 jalan ke kafe atau koop untuk dapatkan refreshment. Untung-untung tokey koop atau kafe belanja. Hehuu..

🤔 paling mudah, mel bancuh teh istimewa dari Shaklee. Buntang mata tak payah nak tongkat-tongkat dah.. huhu

If korang, korang buat guane untuk redakan rasa ngantuk tu?

Xoxo,
Love mel

Friday, August 18, 2017

Tasty carrot cake

Assalamualaikum

Harini sumerang emo dan moody. Termasuklah mel. Mel pun tak terkecuali. Agaknya aura moody tu terserap pulak kan..

Tanpa disangka, before lunch ada orang bagi kek. Homemade weih! Moist and gebu je. Bukan sepotong, dan juga bukan 2 potong.. tapi sebijik kek, uols!

Nak tau kek apa yang mel dapat? Mel dapat carrot cake! Tadaaa..



Nyumss sangat! Dah free ofkos la sedap kan. Betapa creamy cream cheesenya. Lemak-lemak manis. Ngam-ngam soi je.

Memamg betul la orang kata.. bila stressed, cariklah desserts. Hehuu..

Ok, sekian.

Xoxo,
Love mel

Wednesday, August 16, 2017

Ayam penyet dan minyak ikan

Assalamualaikum

Harini alhamdulillah cuaca terang.

Tadi makan tengahari di Uniten. Teringat zaman universiti dulu. Bila dilihat student-student sekarang, canggih semuanya. Handphone di tangan menggenggam jenama iphone.. seluar jeans yang disarung Hush Puppies.. kuku dicar warna. Hipster betul.

Mel dulu, handphone pun 2nd hand dah syukur rasa. Teringin jugak nak beli Nokia sabun atau butterfly *waktu tu memang dah paling in dah handphone gitu*.. tapi, simpan ajela keinginan tu.

Terasa berumur pulak.. haha.. akak-akak sangat weii.. hihi..

Dari segi pemakaian, mel biasa aje. Ke tempat kerja selesa berbaju kurung atau blaus longgar. Dari segi penampilan mekap, mel sekadar berfoundation, bedak baby, lip balm dan juga eyeliner. Dari segi tudung, mel selesa berselendang biasa atau bertudung bawal. Selendang yang berjenama mel takde lagi dalam koleksi. *eh eh, macam ada keinginan je nak berDuckScarves kan.. haha*. Teringin tu ada, tapi dahulukan yang mana perlu.

Mel simple sangat.. jadi, sebolehnya mel nak elak daripada kelihatan keakak-akakkan. Tu yang mel agak memilih pemakanan dan titik beratkan pengambilan supplement.

Since tadi mel dah tergoda dengan set ayam penyet di kafe Uniten tadi *sedap n murah!*, then balik dari lunch tu, terus mel telan Omega 3. Kapsul Omega 3 bantu uraikan lemak dan juga unclog saluran-saluran dalam tubuh.



Dengan pengambilan Omega 3 ni, mudah-mudahan dapat la mel rendahkan risiko bacaan kolesterol tinggi dan kegemukan. *Gemuk memang perkataan yang amat ditakuti oleh semua orang, betul tak?* yup, been there.



Dulu masa study, mel pernah gemuk. Sampaikan ada kawan lelaki yang sama fakulti pernah cakap, "Milia, aku tunggu ko kurus dulu then baru aku ngorat ko.." pedih woo, sentap hati ni sampai sekarang mel ingat.



Kepada korang yang nak sama-sama kekalkan kesihatan diri dan lowkan risiko gemuk atau sakit jantung, jom kita ambil Omega 3. Mudah-mudahan dengan ikhtiar ini, kesihatan kita menjadi lebih baik.

Xoxo,
Love mel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...