Pages

Saturday, November 26, 2016

Perut kekenyangan dek penangan orang belanja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. syukur sangat.. mulakan pagi dengan ucapan dan kata-kata positif yang baik.. insha Allah perkara yang baik akan melantun semula kepada kita.

Semalam, saya ada share berkenaan perihal berkongsi rezeki kerana kebetulan semalam ramai yang dah terima gaji.

Jadi, saya mengingatkan sahabat-sahabat saya serta diri saya sendiri supaya sentiasa mengamalkan sikap berbahagi rezeki. Konsep berbahagi rezeki ni luas. Tapi paling tidak kita lupakan adalah rezeki yang kita terima, kita kena pulangkan semula ke jalan Allah termasuklah bayar zakat, beri kepada ibu ayah, belanja rakan-rakan, bersedekah dan lain-lain.

Dijadikan cerita, semalam, saya berbahagi rezeki saya dengan saya membawa sebotol air sirap. 1botol mengandungi 1.5liter. Dapatlah share bersama 5-6 orang.

Tapi, pulangan yang saya terima selepas itu.. Masha Allah.. melimpah-limpah rezeki yang saya terima.





Saya dapat nasi lemak ayam, pavlova, creampuff, kek lapis Sarawak, coklat Snickers dan 1 order vitamin C Shaklee.

Sungguh tak terkata saya rasa. Saya beri sedikit, tapi Allah balas banyak!

Betapa dahsyatnya power of sedekah. Jom berkongsi rezeki yok!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...