Pages

Monday, November 28, 2016

Vitamin untuk anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menjadi ibu bapa, bukannya suatu perkara yang mudah.

Biasanya kita titik beratkan cara pergaulan anak, dengan siapa mereka berkawan, makanan apa yang diambil oleh mereka.

Sama seperti saya. Saya cuba sedaya upaya untuk elakkan pengambilan makanan rapu yang ternyata tiada tersenarai dalam piramid makanan.

Maka, saya berikan supplement yang terbaik yang telah menjalani ujian klinikal, organik dan selamat iaitu semestinya vitamin Shaklee.

Jadi, mengapa mahu berkira dan begitu cerewet untuk berikan yang terbaik untuk anak? Benda baik kan.. suka untuk saya kongsikan di sini, Shaklee juga memiliki rangkaian vitamin yang sesuai untuk anak-anak.

Bukan apa, apa yang saya dapati.. ada di kalangan ibu bapa tidak mengambil endah nutrisi yang terkandung dalam makanan rapu. Tetapi tetap diberi kepada anak.

Bila tibanya pemberian makanan yang berkhasiat, ada ibu bapa yang membandingkan harga dan sebagainya. Makanan rapu memang murah, tapi khasiat yang diperoleh adalah kosong.

Sebaliknya, jika supplement yang betul diberikan, walaupun mahal sikit, tetapi banyak khasiat yang bakal diperoleh. Bukan sahaja membantu tumbesaran anak, malah menyumbang kepada kemajuan pelajaran dan kesihatan anak tadi.

Mana yang anda inginkan? Murah tetapi tin kosong berbanding labur sedikit tetapi berisi?

Pm saya untuk dapatkan cadangan vitamin yang sesuai untuk permata hati anda!

Anak adalah amanah kita.

012 373 2589
EMILIA

#liveamazing
#SayaJualShaklee

Kulit kusam menghantui diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Dulu kulit saya kusam, menggerutu, parut jerawat dan kulit tak sekata pernah menghantui diri. Kulit gelap dan tona tak sekata tu jangan cerita la.. memang pakej lengkap duk sedia.

Tapi setelah menggunakan produk Shaklee, kulit kusam alhamdulillah tiada.. parut jerawat apatah lagi. Facial pun dah lama tak buat.

Nak tau set mana yang saya ambil?

Wasap tepi meh! Saya akan cadangkan set kulit yang buatkan kulit saya berubah menjadi glow, moist dan flawless seperti kini.

#liveamazing
#SayaJualShaklee

012 373 2589
EMILIA

Saturday, November 26, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk mendapatkan lebih umphh apabila anda
menikmati kari, kicap adalah pasangannya.

Kari dimakan tanpa kicap umpama lagu tanpa irama.

Begitu juga jika anda ingin usaha untuk kurus, Lecithin dan Omega Guard lah jawapannya.



Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Ingin lebih umphh dalam pecutan akhir azam untuk kurus 2016? Jom dapatkan gabungan hebat ni.

Lecithin promo bulan ni saja ya! Cepat borong.

012 373 2589

Perut kekenyangan dek penangan orang belanja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. syukur sangat.. mulakan pagi dengan ucapan dan kata-kata positif yang baik.. insha Allah perkara yang baik akan melantun semula kepada kita.

Semalam, saya ada share berkenaan perihal berkongsi rezeki kerana kebetulan semalam ramai yang dah terima gaji.

Jadi, saya mengingatkan sahabat-sahabat saya serta diri saya sendiri supaya sentiasa mengamalkan sikap berbahagi rezeki. Konsep berbahagi rezeki ni luas. Tapi paling tidak kita lupakan adalah rezeki yang kita terima, kita kena pulangkan semula ke jalan Allah termasuklah bayar zakat, beri kepada ibu ayah, belanja rakan-rakan, bersedekah dan lain-lain.

Dijadikan cerita, semalam, saya berbahagi rezeki saya dengan saya membawa sebotol air sirap. 1botol mengandungi 1.5liter. Dapatlah share bersama 5-6 orang.

Tapi, pulangan yang saya terima selepas itu.. Masha Allah.. melimpah-limpah rezeki yang saya terima.





Saya dapat nasi lemak ayam, pavlova, creampuff, kek lapis Sarawak, coklat Snickers dan 1 order vitamin C Shaklee.

Sungguh tak terkata saya rasa. Saya beri sedikit, tapi Allah balas banyak!

Betapa dahsyatnya power of sedekah. Jom berkongsi rezeki yok!

Thursday, November 24, 2016

First aid kit di rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap rumah pasti akan ada first aid kit memasing. Dan dalam.first aid kit tersebut mengandungi beberapa keperluan asas yang digunakan atau yang dicari di saat memerlukan.

Ada yang menyediakan panadol sebgai bantuan pertama apabila demam dan sakit kepala.. ada pula menggunakan eno sebagai rawatan kembung perut dan minuman isotonik 100plus sebagai minuman tambhan apabila mengalami cirit birit dan muntah-muntah.

Bagi saya pula, saya menggunakan produk Shaklee sebgai first aid kit saya. Kiranya, vitamin wajib ada adalah seperti:
1. Nutriferon
2. Peppermint ginger plus
3. Performance drink
4. Herbal blend
5. Vitamin c


Nutriferon, lazim saya gunakan apabila badan terasa nak demam. Ia berbentuk serbuk, sangat mudah untuk dibawa ketika travel. Saya juga selitkan nutriferon ini dalam beg taska anak. In case pihak taska maklumkan anak saya demam.. ternyata, nutriferon ini sesuai untuk.setiap peringkat umur.


Peppermint ginger plus pula, saya gunakan ketika mengalami sakit perut, kembung perut dan sebu perut. Apabila ambil vitamin ni, angin jahat yang meliar di dalam perut akan dihambat keluar segera. Best! Kesan serta merta.




Performance drink. Uish, tengok gambar pun dah terliur..hehe.. ini adalah minuman isotonik yang lazim saya ambil.ketika terasa badan terhidrat sangat-sangat. Contoh terhidrat ni seperti selalu terdedah pada cuaca panas.. sentiasa berada dalam keadaan yang beraircond. Ia amat sesuai diamalkan oleh orang yang aktif sukan juga terutama yang rajin join pelbagai larian jogathon yang dianjurkan pelbagai pihak.

Selain itu, ia handy kerana berada dalam bentuk serbuk. Jadi, sangat sesuai untuk pendaki gunung untuk dibawa dan dijadikan sebgai bekalan ketika mendaki.

Ia disajikan ketika berbuka puasa pun sedap jugak!

Ok next is herbal blend.

Herbal blend ni biasa saya gunakan ketika mengalami gatal-gatal ringan. Ia juga berupaya untuk.menghilangkan parut bagi kanak-kanak dan bertindak sebagai lotion kepada yang dewasa.

Next ialah vitamin C!

Vitamin c ni adalah penyelamat saya ketika saya dilanda selsema yang kuat. Ia juga membantu untuk pastikan kulit sentiasa lembab.

Eh, lg listing..mcm lagi banyak pulak nak dimasukkan dalam listing vitamin MUST HAVE ni. Tp siyes, BEST vitamin Shaklee ni!

Anda nak cuba dan dapatkan khidmat nasihat ekslusif, boleh hubungi saya.

Kakak manees,
012 373 2589

Wednesday, November 23, 2016

Nutriferon meningkatkan immune system badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Biasanya di penghujung tahun macam ni, negara kita lazimnya di kawasan pantai timur akan mengalami musim tengkujuh. Namun, di beberapa tempat di pantai barar juga tidak ketinggalan menerima tempiasnya iaitu turut mengalami hujan yang tak menentu volumenya.

Tapi, kita harus berjaga-jaga dalam memastikan kesihatan kita sentiasa sihat dan berada pada tahap yang cemerlang. Oleh yang demikian, kita perlu jaga pemakanan dan minimumkan diri daripada terdedah kepada persekitaran yang boleh menjadi faktor demam dan sebagainya.

Bagaimana kita mahu minimumkan diri daripada terkena jangkitan patogen?

Kita perlu minum air yang banyak. Kerana melalui air jugak la dapat menyingkirkan toksin secara semulajadi.

Namun, digalakkan juga untuk mengambil supplement supaya dapat membantu badan melawan unsur jahat atau patogen dari menyerang sel-sel baik.

Untuk itu, apa kata kalau saya cadangkan pengambilan Nutriferon. Nutriferon ini terdiri daripada 4 bahan yang telah dikaji oleh saintis Jepun bahawa ia berupaya utk melawan patogen atau perosak.



Jom cuba NF!

Sunday, November 13, 2016

Krim Herbal Blend membantu pudarkan parut

CREAM MAGIC

Ceritanya bermula macam ni..

Anak saya mengalami demam campak pada bulan lepas.

Tau jela,.bila budak kena demam campak, dah konferm tak boleh nak hantar ke taska. Kena kuarantin duduk di rumah.

Saya dan suami bergilir-gilir cuti menjaga anak. Ada tarikh yang saya tak boleh cuti sebab perlu siapkan managemnt report . Ada tarikh yang suami saya tak boleh cuti kerana perlu generate closing report. Jadi memang rekod cuti saya dan suami tak cantik. Tak cantik sebab memanjang status EL.

Walaupun bos saya memahami dan bagi kebenaran untuk cuti, tapi system e-leave tak paham pun keadaan yang mendesak untuk saya apply cuti sebab nak jaga anak yang kena demam campak.. yela, sapelah sangka yang nak terkena demam campak. Mana la nak boleh plan cuti 3 hari sebelum kan..

Sepanjang tempoh anak saya demam campak, macam-macam usaha saya buat utk bagi keluar semua campaknya. Termasuklah bagi air kelapa.. adakala konfius juga dengan tips yang dibaca dan kawan-kawan share.. tp aci redah jela.. bila bintil-bintilnya dah habis keluar, lagi miang dialami oleh anak saya. Menangis-nangis mengadu gatal..

Bila dia sendiri tgk badannya yang penuh dengan bintat-bintat, dia dah resah..jadi, saya tak tunjuk pun muka dia di dpn cermin. Takut lagi dia sedih.

Bila demam dah reda, bintil campak pun dah keluar habis dan mengering, saya sapukan dengan Cream Herbal Blend.

Rasa nyaman berangin yang dirasai adakala buat anak saya konfius.. dia ngadu pedas... haha.. nak tergelak bila dia cuba ekspreskan apa yg dia rasa..

Alhamdulillah, rajin sapu herbal blend di tubuh dan wajahnya, parut beransur kurang. Sebulan yang lalu comot, sekarang dah berseri sikit. Tak percaya boleh tengok gambar. Sorry, ibunya over interframe. Gambar tu anak saya yang snap selfie.



Ni la yang dikatakan shaklee effect. Nak turut merasa shaklee effect? Kacau je wasap saya.

Emilia | 012.373.2589

#shakleeeffect

Friday, November 11, 2016

Kurang inci setelah mengambil SET KURUS KURANG INCI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Badan semakin berisi?

Time tangkap gambar jenuh tarik nafas control supaya perut tak nampak bulat?

Masalah keboroian?

Masalah apa yang lazim berlaku apabila telah berkahwin dan beranak-pinak kalau lain tak bukan adalah kegemukan.

Bila kita sedar yang kita ni dah gemuk?

Kita takkan sedar wei.. masa makan tu, mmg tak sedar dan tak amik port langsung paasal kalori intake. Lagi-lagi yang style suka pakai baju saiz besar-besar.

Yang dah habis pantang, sila-silakanlah lipat simpan baju mengandung, seluar mengandung, seluar dalam mengandung, segala bagai jubah yang pakai ketika mengandung besar 7-8bulan tu.

Sebab apa saya suruh simpan koleksi uniform mengandung 9bulan tu?

Supaya,

Kita akan tersentak sedar bahawa baju sebelum pregnant masih lagi tidak dpat untuk disarung walaupun telah habis tempoh berpantang.

Then barula followed by mendapat teguran daripada kawan.. kawan pula style mulut takde insurance.. selamba dia je ckp, "Weh, awat ang nampak gemuk wei?" Time tu jugakla sentap tak hengat. Dan dan tu terus pasang niat nak kurus, nak diet..

Oleh itu, saya cadangkan untuk anda mengambil SET KURUS KURANG INCI SHAKLEE. Dengan pengambilan konsisten, anda akan dapat rasa perubahan.

Perubahan yang saya maksudkan adalah perubahan dari segi size portion makanan yang diambil akan menjadi lebih sedikit. Kalau dulu 1 senduk setengah. Tapi, selepas ambil set kurus kurang inci ni, anda hanya akan ambil setengah senduk nasi pun dah cukup memadai. Kekenyangan seperti terover load pun ada.

Walaupun dari segi angka atau jarum di penimbang berat tidak begitu ketara, tetapi pengurangan inci akan dirasai. Kalau dulu pakai baju kemeja kelihatan sendat sampai nal tercabut butang, kini anda akan tampil bergaya jelita. Tak perlu risau lagi dengan perut yang berbonjol-bonjol. Tiada lagi kelihatan spare tayar di pelipat-pelipat.



Selain manfaat memberi rasa kenyang sepanjang masa, manfaat lain yang diperoleh adalah kulit akan terasa lembap. Tiada lagi kulit kering dan tidak bermaya.



Yang mencemuh akan terpesona melihat perubahan yang ketara. Mereka boleh simpan kata-kata cemuhan yang sering menjadi zikir di bibir mereka. Dan anda boleh tersenyum lebar gembira. Tampil menawan.

Jom bertindak! Sampai bila mahu diri menjadi bahan usikan rakan? Sampai bila diri ingin paksa rela dengan perlian teman?

Buat yang bergelar isteri, tak nak tampil cantik dan segar kah di mata suami? Buat sedikit pelaburan, pelaburan bukan untuk diri semata. Tetapi pelaburan untuk menambat hati sang suami. Usah benarkan diri dibeza-bezakan dengan wanita lain. Sendiri jugak yang makan hati nanti.

Jom cuba SET KURUS KURANG INCI sekarang kerana anda bakal mendapat harga yang istimewa sempena promosi bulan November.



Jangan lepaskan peluang.. dan jangan kata akak tak payung ya!

Love,
012 373 2589

Monday, November 7, 2016

Tips mudah berniaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Betul ke orang kata, kalau nak menggoreng ikan, susunannya mestilah bersilang apabila di dalam kuali. Jika disusun sepadan, nanti ikan akan gaduh.. hahahaha.. kelakar je dengar justification gitu.

Sebenarnya, tak kisah nak susun ikan dalam kuali ketika menggoreng tu perlu selari atau bersilang. Yang penting, bila minyak dah cukup panas, perlahankan api buat seketika kemudian, dengan selawat dan lafaz basmalah, masukkan lah ikan tu. Insha Allah tak melompat ikan tu. Redha je kena goreng.

So sebenarnya, kena tau teknik dan cara yang betul.

Sama seperti manusia.. rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.. apa niat dalam hati setiap orang, kita pun taktau walaupun di depan kita senyum meleret. Ibarat berkasih hingga 6 tahun lamanya sekalipun, tapi kalau tiada kejujuran, tiada komitmen untuk menyelamatkan perhubungan, bagi la seribu kebaikan pun, kelemahan kita juga yang akan dihighlightkan.. keburukan kita tu jugakla yang dijadikan punca kepada keretakan hubungan.

Sama jugak la dalam bisnes. Sekiranya betul teknik dan caranya, insha Allah bisnes yang kita jalankan boleh pergi jauh! Kerana dalam bisnes, perlu ada komitmen yang tinggi, sanggup berkorban dan jujur kepada diri sendiri serta kepada pelanggan.

So, adab meniaga adalah kena betulkan niat. Kita niatkan setiap produk atau servis yang kita sediakan adalah untuk kita membantu dan memudahkan orang lain kerana Allah taala.

Kemudian, kita share. Share pengalaman kita sendiri atau testimonial. Dengan share pengalaman kita dan pelanggan lain, akan membina keyakinan orang lain untuk berurusan dengan kita.

Sentiasa jujur dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kerana jujur ni bukan sahaja perantara antara kita dengan makhluk je. Tapi, secara tak langsung antara kita dengan Allah. Mungkin kita rasa, kita boleh auta sesama makhluk kita akan terlepas. Tetapi, perbuatan tak jujur ni, Allah tahu.. kesannya, membuatkan diri saangat tak tenteram jiwa. Gundah tak memasal.

Pandai mengambil hati merupakan satu bonus dalam bisnes. Ambil hati dengan curi hati lain ya! Hehe.. ambil hati ni, mungkin dengan cara kita beri reward kepada loyal customer. Atau mungkin kita berikan sampel percuma. Dengan pendekatan sebegini, customer akan terus tanam dlm mindset bahawa seller ni tak lokek. Dalam pada tu, kita niatkan sedekah. Kita dapat gembirakan customer, dan pada masa yang sama akaun pahala kita mudah-mudahan bertambah.

Ermm.. rasanya setakat ni je kot sharing yang saya dapat kongsikan. Insha Allah,, di lain masa, saya akan kongsikan lagi ya!

Sorry la, gambar dengan entry macam takde kaitan. Hehe..

Salam sayang,
Emilia

Sunday, November 6, 2016

Suri Hati Mr. Pilot

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa di kalangam pembaca blog saya ni yang mengikuti drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang ditayangkan di saluran Astro baru-baru ni? Sampai jadi viral dan mencecah 5juta penonton!

Saya bernasib baik kerana tidak terjebak dengan drama bersiri sebegini. Cukuplah masa bujang saya dulu yang tersangkut ikuti drama Filipina, Sanay wala nang wakas ke apa ntah tajuknya.. drama Korea, My Girl dan Full House.. drama Latin; Rosalinda, La Usurpadora, Maria Mercedes.. uish, terer juga saya ye boleh ingat tajuk-tajuk drama zaman dulu kala.. hahah..

So, bila dah berkeluarga ni, aktiviti menonton drama bersiri yang ditayangkan di kaca tv memang bukan jadi kebiasaan saya. Kalau tukar-tukar channel, then berhenti tengok sekejap tu ada lah. Tapi kalau keesokan harinya saya nak terpacak dpn tv pada jam yang sama demi untuk mengikuti kisah yang terjadi pada episod seterusnya sangatlah bukan saya.

Jadinya, saya akan jadi orang yang paling tertinggal tren kalau bab-bab sesi ulangkaji drama bersiri yang ditonton di kalangan rakan sepejabat.

Paling latest drama yang saya tonton pada episod terakhir ditayangkan adalah Patahnya Sebelah Sayap (PSS) lakonan Umi Nazeera dan Izzue Islam serta Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) lakonan usahawan selebriti Neelofa dan Fattah Amin.

Hasil daripada apa yang saya tonton melalui kedua-dua drama terbabit, beberapa nilai positif yang boleh diambil dan inspired diri saya adalah;

◇ perlu ada usaha untuk move on. Meaning, cuba merubah diri supaya tidak berada di takuk lama. Di mana, Umi Nazeera berniaga frozen food utk tampung hidup supaya lebih baik dan Ejaz (Fattah Amin) sedaya upaya berusaha untuk cuba berjalan semula setelah dirinya terbabit dalam kemalangan semata-mata ingin tampil sempurna sekiranya dia bertemu semula dengan Warda (Neelofa)

◇ Fokus dan bersungguh-sungguh amat perlu untuk berjaya. Umi Nazeera fokus terhadap perniagaan frozen foodnya sehingga berjaya membuka kedai. Manakala, Ejaz fokus untuk menjernihkan kembali hubungan dan akhirnya hubungan mereka kekal sebagai suami isteri.

◇ sokongan orang keliling sebagai pemangkin. Dalam drama PSS, Ariel Zafrel memberi sokongan penuh kpd Umi Nazeera dalam usaha mengembangkan bisnesnya dengan cara memasarkan frozen food tersebut ke pihak hotel. So, daripada karipap yang berjualan di tepi jalan, bila dah masuk hotel dah tentu harganya pun akan jadi lain kan.. manakala dlm drama SHMP pula, ahli keluarga kedua-dua pihak tidak campur tangan dalam permasalahan antara Ejaz dan Warda. Sebaliknya, mereka support dengan memberi nasihat dan tidak sikit pun dialog yang dilontarkan mengeruhkan keadaan.

◇ kesabaran yang tinggi, insha Allah bahagia akan menanti walaupun perit dirasai pada awalannya. Dalam drama PSS, walapun Umi Nazeera dipenjarakan atas kesalahan yang bukan dilakukan olehnya dan mendapat kecaman buruk walaupun selepas dibebaskan. Namun, akhirnya dia berjaya bangkit dan capai apa yg diimpikan. Manakala SHMP pula, berkat kesabaran Ejaz menanti Warda selama 4 tahun berhasil apabila Warda bersetuju utk kembali bersama.

Macam jauh je melencong kan? Tapi ni nak cite , macam tu jugaklah nilai positif perlu ada untuk orang yang menceburi bidang perniagaan.

Kutukan, cemuhan, aura negatif tetiba menebal memang sentiasa menjadi makanan bagi setiap peniaga. Tapi, sekiranya point-point besar yang saya sharekan kat atas tadi betul-betul kita kimpal dan sematkan dalam diri, insha Allah segala cemuhan dan kutukan yang diterima akan menjadi perisai malah ia membantu utk melonjakkan diri kita ke suatu tahap yg lebih baik.

Untuk anda yang berniaga seperti saya, saya doakan kita sama-sama bersemangat waja bagaikan laksamana dalam mengemudikan hala tuju perniagaan. Yang penting, setkan goal, insha Allah mudah untuk kita capai.

#surihatimrpilot
#PatahnyaSebelahSayap
#sayasurihatiimamku

Wednesday, November 2, 2016

Mudah sentap tanda kurang vitamin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Andaikata anda berhadapan dengan orang yang mudah sentap, maka anda boleh mula untuk menasihati mereka supaya mengambil vitamin. Hehehe..



Sentap atau mudah tersinggung dalam bahasa dewan dan pustaka kebiasaannya dialami oleh wanita mengandung. Dan ia juga dikaitkan dengan ketidakstabilan hormon. Namun begitu, gejala sentap menyentap ni bukan sahaja berlaku kepada kaum hawa sahaja. Ia juga berlaku kepada kaum adam.

Seperti saya, saya bekerja boleh dikatakan dikelilingi oleh kaum adam. Dan pada mulanya saya merasakan bahawa lelaki jarang untuk sentap ni. Sebab bagi saya, lelaki jarang mengalami gangguan emosi dan juga jauh sekali nak ada budaya sentap mentap ni.

Namun, dakwaan saya amat meleset. Kerana baru saya ketahui bahawa lelaki juga kuat sentap. Sekali sentap, mak oiii... dibawa sampai ke mana-mana sentapnya tu.

Oleh itu, jika anda berhadapan dengan orang yang sentap. Maka, bolehla anda tunjukkan keratan artikel yang saya share di atas kepada mereka dan sarankan supaya mereka hubungi saya. Tahula saya mcm mana nak buat kat dia.. heheh

Perasan tak, wanita mengandung lazim tersinggung. Orang tua-tua kata pembawakkan budak. Dan disebabkan itu jugaklah doktor pun biasa akan bekalkan vitamin B sebagai penambah darah.

Jika anda mengambil Vitamin B Complex daripada Shaklee, anda bukan sahaja mendapat bekalan vitamin B, tapi folic acid juga turut bakal anda terima.

Berlainan dengan folic asid yang dijual di luar, anda akan dapat 1 je manfaat.

Dengan sebotol B complex shaklee, anda bakal menerima 120tablet yang tahan untuk penggunaan selama 4bulan. Sebiji atau sehari, anda laburkan sebanyak RM 0.47 jika hendak dibandingkan dengan manfaat yg diterima.

Manfaat lain:
¤ Anda tidak akan mudah tersinggung
¤ Hormon stabil dan anda lebih ceria
¤ Mengelakkan stress

Jadi, buat apa nak biarkan diri anda atau orang yang rapat dengan anda mengalami kemurungan?

WA saya untuk konsultasi percuma dan cadangan vitamin yang sesuai untuk anda!

Xoxo,
012 373 2589

Tuesday, November 1, 2016

Stok terhad si Vitamin tua

Assalamualaikum dan salam sejahtera



PERHATIAN!
PENGUMUMAN!


TudiĆ aaa aihh..

Limited stok wei si vitamin tua ni. Haritu stok up, ada kejap.. then out of stock. Pehtu tunggu lama sikit, stok ada balik.. then out of stock balik.. boleh kata 3 kali jugak laa ..

Bulan November ni pulak, dah keluar lagi notis limited stok. Uishh.. memang berhantu betul Vitalea ni. Fenomena apakah ini?

Kat saya ada sebotol yang dah ready stock! Siapa nak, cepat-cepat grab k!

Xoxo,
012 373 2589

Promosi Shaklee November 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Promosi November ni sangat wow cik jah! Ada set slim lagi dengan harga promo! Untung tak untung? Untung la wei.. double untung kalau anda dah beli omega guard pada promo bulan lepas.. sangat berganda untungnya.. kalau tak slim lagi tak tahula nak cakap apa dah..hehe

Promo November ni, kita ada:
♧ LECITHIN
♧ ALFALFA for both sizes
♧ NUTRIFERON
♧ VITALEA FOR KIDS

Vitalea for adult kena cepat-cepat grab ya! Sebabnya stok kat HQ yang ada sangat limited. Memang Vitalea berhantu ni.. dah 3 kali dia buat hal asyik out of stock je.

Kat saya yang ada ready stok pun 1botol je ni.. saya kena top up stok saya.

Maklumat lanjut, boleh pm saya k!

Xoxo,
012 373 2589
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...