Pernah makan tak popcorn Garrett yang super manis tapi sedap ni?
Ya Allah, saya punya la teringin nak makan popcorn ni.. sampai terngiang-ngiang je kesedapan dan kerangupan popcorn ni.
Untuk pengetahuan, outlet Garrett ni tak banyak.. a few location je yang ada. Antaranya yang saya tau kat 1Utama dan KLCC. Nak ke 1Utama tu, memang takdela.. KLCC apetah lagi..
Sekali tu, terjumpa outlet ni kat KLIA 2 semasa saya anak beranak fetch my mom kat sana. Apa lagi, cepat-cepat la grab! Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang pepatah melayunya.
Tips untuk dapatkan extra isinya adalah korang cakap je yang korang nak makan popcorn tu immediately, then sales assistant tu akan isi penuh-penuh.
Sebabnya, saya plan untuk tapaokan aje pop corn ni. Then si sales assistant tu yang ckp, "Makan terus la puan.. lagi untung.. saya akan isi penuh. Kalau puan nak take away, saya isi half je, sebab nak tutup packet ni.."
Best kan? Ada orang share tips perkara yang menguntungkan kita.. heheh.. ;)
~love~