Pages

Thursday, December 31, 2015

Nasi Kukus RZ, Seksyen 7

Assalamualaikum

Entry sebelum-sebelum ni ada janji nak share review makan kat RZ Nasi Kukus kat Seksyen 7 tu kan?

Ok, ni baru berkesempatan untuk share setelah kali kedua lunch kat situ. hehehe..

Lokasi RZ Nasi Kukus ni berada di Seksyen 7, Tadisma Business Centre. Kalau anda kurang arif Tadisma Business Centre ni kat mana, ia berada di blok yang ada KFC & McD tu. Sebab saya yakin, anda mesti tau kalau sebut je Seksyen 7, kepala terus fikir kat Jakel.. kan? kan? hehe..

Restoran ini berada di lot belakang, sederet dengan balai polis dan juga stall Pirate Coffee.

Jika anda berhajat untuk ke restoran ini, mohon kerjasama untuk datang awal atau siapsiagakan kesabaran yang tinggi kerana kebiasaannya, anda perlu beratur panjang. Like my 1st visit haritu, kitorang dah datang awal, tapi nasi pula boleh habis but, customer tak putus asa. Tetap juga line up dan saya perhatikan tidak ada seorang customer pun yang keluar dan tinggalkan barisan dengan wajah hampa. Masing-masing tekun dan sabar menunggu giliran. Tu diaaa, penangan nasi kukus RZ. 

And this is my 2nd visit, still ramai, but kali ni, saya sampai agak lewat around 2.30pm macam tu. Customer still beratur, tapi since ayam goreng dan nasi ready stock, jadinya tak lama pun kami perlu menunggu giliran.

Apa yang istimewa tentang nasi kukus RZ ni?
  • sambal belacan yang superb dan tidak merenyamkan hidung. *for those yang ada resdung*
  • ayam goreng rempah yang sentiasa fresh *sebab sentiasa baru diangkat dari kuali*
  • kuah yang sedap
Jika tak silap, hidangan ini berharga RM6.50. *saya tak pasti sebab kedua-dua visit ni, dibelanja oleh kawan saya..heheh ;P*

Dan semestinya, bila dah sedap, maknanya, wajiblah brown paper tu licin. Tak percaya? Gambar membuktikan segalanya.. hahaha ;P

Nasi kukus ayam rempah RZ
Untuk menikmati hidangan ini, anda perlulah makan menggunakan tangan. Supaya bila balik ofis, bau sambal belacan masih lagi terngiang-ngiang melekat kat tangan anda.. Sudu dan garfu di atas saya gunakan untuk saya korek ayam yang super panas.

Sedap weih, terliur dibuatnya bila upkan entry ni.. huhu..

Dare to try? hahah.. try la weih! Tak rugi mencuba. Bangsa cina pun layan juga nasi kukus ni. Orang kata, kalau orang cina datang makan tu, maknanya sedap.. betul ke idak? Anda harus cuba sendiri.

Nanti, saya akan upkan entry another place yang menyajikan nasi kukus juga. Lokasinya di mana? Tungguuuuu~~~

Oh, by the way.. For those yang ada masalah resdung, boleh roger-roger saya untuk saya suggestkan supplement yang sesuai untuk anda atasi masalah resdung anda. WA Milia - 012.373.2589

~love~

Shaklee: Mulakan hari anda dengan ESP & Alfalfa

Assalamualaikum

Mulakan hari anda dengan ESP dan Alfalfa.

Alfalfa Complex & ESP

Kebiasaannya, ini adalah supplement yang saya akan consume ketika saya berada di ofis. Nak sediakan ESP, mudah saja.

Kebiasaannya, saya akan campurkan ESP bersama Tamar Cocoa atau Ribena pada malam hari. Shake-shake dan simpan dalam peti sejuk. Keesokan harinya, saya akan grab and go ke ofis.

ESP sedap untuk dinikmati sama ada panas atau sejuk.

Kebaikan ESP adalah, perut akan rasa full setiap masa.. dapat mencegah gastrik dek sebab kesibukan menghadiri meeting sana-sini dan ia on the go. Pemberi tenaga untuk seharian bekerja.  Grab, slurp and go!

Manakala Alfalfa pula, berperanan seperti jamu moden. Ia bagus untuk rawatan dalaman wanita kerana berfungsi seperti kacip fatimah untuk merawat masalah keputihan dan mengetatkan miss V. Oh ya, selain daripada jamu moden, Alfalfa juga dikenali sebagai Vitamin Wanita. 

Banyak kebaikan dan kelebihan yang bakal kita dapat dengan consume ESP dan Alfalfa ni selain daripada pelengkap nutrient. Best kan?

Masih belum terlambat untuk anda mencuba dan rasakan kebaikan Shaklee. Feel free to contact me untuk sebarang pertanyaan. Consultant percuma ya! Silap-silap haribulan, supplement pun saya akan bagi percuma juga. WhatsApp: Milia | 012.373.2589

~love~



Wednesday, December 23, 2015

Lazada: Lego Games For Kids

Assalamualaikum

Dah nak Krismas ni, dan result exam anak-anak pun dah keluar, boleh la nak bagi reward kat anak-anak yang dah lulus exam dengan cemerlang. Ye tak?

Antara hadiah yang berbentuk toys yang sesuai untuk dijadikan hadiah adalah Lego. Lego bukan sahaja boleh create daya imaginasi anak-anak, tapi bagus sebagai rangsangan motor dan perkembangan otak yang sihat rather than permainan video yang lagi membentuk anak-anak kurang rangsangan dan memilih untuk tidak diganggu.

Lego ni pun ada banyak edisi. Untuk kanak-kanak lelaki sesuai untuk edisi Star Wars, Mine Craft, Lego City, Super Heroes. Kanak-kanak perempuan pun masih boleh lagi nak main lego ni ye anak-anak.. jangan risau.. Lego takkan pernah bias terhadap gender kanak-kanak..heheh.. Yang girls ni boleh main edisi Elsa Frozen, Simpsons dan lain-lain.. Hey, banyak lah weih..

Nak lagi jelas lagi bersuluh, klik je kat sini. Lepas tu, order la weih apa lagi! Bonus dah masyuk...gaji pun masuk awal.. Apa salahnya bagi anak-anak gembira.

~love~

Tuesday, December 22, 2015

Resepi: Bubur Jagung

Assalamualaikum

Walaupun dah lama tak berblog sebab demam dan sibuk kerja. Tapi gigih juga siapkan entry. Kalau discroll-scroll pada gallery dalam handphone ni, banyak entry yang boleh dicreate. Kena manage masa je untuk upkan entry-entry baru.

Baiklah, kali ni nak share resepi bubur Jagung. Resepi yang sangan simple, boleh dimakan sejuk (chilled) ataupun hangat ketika minum petang.


Bahan-bahannya pun mudah. Jom tengok bahan-bahan yang digunakan serta step mudah untuk menghasilkan bubur ini.

Bahan-bahan:

  • Setengah kotak santan Kara
  • 1 tin krim jagung manis brand Adabi (terpulang kepada anda untuk pilih brand apa)
  • 1 cawan jagung frozen (saya guna brand Watties)
  • 2 sudu sagu
  • Gula melaka (ikut citarasa)
  • sedikit air untuk merebus jagung frozen
Cara-caranya:
  1. Basuh jagung frozen dan rebus seketika dalam lebih kurang 2-3minit.
  2. Masukkan gula melaka dan kacau untuk pastikan supaya gula tersebut hancur
  3. Masukkan jagung krim manis dan santan. Kacau rata.
  4. Rasa kepekatan dan kemanisan rasa.
  5. Masukkan sagu, Biarkan ia mendidih atau apabila sagu sudah kelihatan jernih.
  6. Matikan api dan sedia dihidang.
# Tips: Perlahankan api ketika ingin memasukkan santan kerana jika santan dimasak dengan api yang kaut, ia akan menyebabkan santan pecah minyak. 

Bubur jagung ni paling win bila ia dipasangkan dengan air teh o panas. Fuh, memang ngam-ngam ho weih!

Jangan lupa untuk mencuba ya!

~love~



Jamu Moden: Alfalfa Complex

Assalamualaikum

Pengambilan jamu bagi wanita yang belum berkahwin mahupun yang telah berkahwin adalah penting dan perlu.

Ini adalah kerana jamu memberi kesan yang baik terhadap kesihatan dalaman. Namun, pengambilan jamu jarang untuk dititikberatkan oleh segelintir wanita kerana tidak gemar terhadap rasa yang penuh dengan herba.

Siapa sini yang tak suka makan jamu? Saya ada penyelesaiannya.. heheh.. Jamu moden, yang tiada bau herba akar-akar kayu iaitu Alfalfa Complex.


Apakah tugas Alfalfa Complex ni? Antaranya adalah:

  1. Melegakan keletihan
  2. Membantu melawan alahan
  3. Bertindak sebagai kacip fatimah
  4. Merawat keputihan
  5. Membantu menghapuskan lemak
  6. Mengurangkan masalah sembelit
  7. Meneutralkan asid dalam badan
Pengambilan Alfalfa ni biasa saya ambil setiap pagi, 2-3biji sehari sebelum saya start kerja. Sebab tu, memang ada 1 botol saya simpan dalam laci kat ofis saya ni. Kadang-kadang lupa nak makan kan.. yela sibuk dengan meeting, tu yang memang standby kat ofis sekurang-kurangnya Alfalfa & Vitamin C. Boleh grab dan ngap terus.

Untuk dapatkan harga istimewa dan sample percuma, boleh WhatsApp saya : Milia | 012.373.2589

Serious, saya rasa bersalah bila tak sebarkan kebaikan Shaklee ni. Cuba dulu, dan anda akan rasai Shaklee Effect. Saya sudah, anda bila lagi? Jangan tangguh-tangguh lagi, sendiri yang rugi!

~love~

Lunch at Tanah Aina, Batu Tiga

Assalamualaikum

Ni nak share pengalaman luncheon kat Restoran Tanah Aina. Restoran ini terletak di Batu 3, Shah Alam. Kat tisu bawah ni ada alamat penuhnya untuk korang wazekan location.



Restoran ini berada di corner, dan anda pastinya tidak akan terlepas laluan kerana terang-terang dah ada sign board dia beserta wismanya.

Menyajikan hidangan western dan tempatan, restoran ini menarik untuk dikunjungi seisi keluarga bagi yang inginkan suasana yang cosy dan romantik.



Hidangan yang kami order adalah nasi goreng kampung, bihun sup, pasta aglio olio dan juga lasagna. Menariknya di sini, sajian yang disajikan kebanyakannya dihias menggunakan ulam-ulaman.

Nasi goreng kampung dalam lesung batu bersama jari si pemakan

Bihun sup
Pasta Aglio Olio
Lasagna bersama si pemakannya






Churros
Waiter yang bertugas di sini adalah orang Egypt dan khabarnya tukang masaknya juga merupakan orang Egypt juga.

Boleh la anda di luar sana untuk mencuba hidangan di sini.

Owh, komen saya: bihun supnya terlalu heavy rempah ratusnya kerana begitu terasa bunga cengkihnya. Pasta dan lasagnanya ok. Churros juga sedap!

Since saya makan sup untuk hari tersebut, makanya, saya hanya mengambil Lecithin sebanyak 2 biji bagi membantu mempercepatkan penguraian minyak di dalam badan saya.

~love~ 

Monday, December 21, 2015

Helo

Assalamualaikum

Hohoho... Sekian lama tak jengah blog. Busy wey, bila dah hujung-hujung tahun ni.

Time hujung tahun la sibuk nak audit, nak revise SOPP, nak kena buat AMP budget untuk year 2016/2017.. Dah lepas buat budget, ada session challenge lagi. 2 minggu saya demam. Tu yang dah lama tak berblog. Batuk, selsema dan sakit tekak pun masih lagi bersisa ni.

Next entry, saya share resepi dan testimonial-testimonial Shaklee k.. *lama jugak tak up entry pasal Shaklee kan?*

Ok, sayang you all!

~love~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...