Pages

Tuesday, September 29, 2015

Resepi: Kuetiaw Goreng

As-salam,

Setelah dah berhari-hari makan menu raya, so hari minggu baru ni buatla kuetiaw goreng as sarapan. Cer tgk gambarnya.. heheh.. ;)

Kuetiaw goreng version aci taruk je

Nyumms kan? Meh, nak share resepinya.

Bahan-bahan:
  • 2 batang cili padi yang telah dipotong-potong 
  • 2 biji bawang putih yang telah diricih halus
  • 1 baris fishcake yang telah dipotong-potong
  • 4 ekor udang yang dipotong 3 setiap seekor
  • 2 kuntum sayur sawi *kuntum ke? 2 pokok kot..ala, ikut suke korg nak letak byk mana*
  • Setengah bungkus 1kg kuetiaw 
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu minyak masak
  • Kicap
  • Garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan cili padi dan bawang putih.
  2. Masukkan fishcake dan juga udang. Tumis sebentar.
  3. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan kuetiaw dan gaulkan.
  5. Masukkan kicap dan sayur sawi.
  6. Masakkan mereka ini sehingga, kuetiaw nampak dah gebu dan sayur pun dah layu mati. Jika kuetiaw tu masih lagi nampak putih-putih, letak lagi kicap. Bagi warnanya sebati. *nak bagi gebu sbb tu tandanya kuetiaw tu dah masak*
  7. Dah siap utk sedia dihidang!
Mudah dan cepat kan?
Senang je wei nak masak ni.. yang penting, ada bahan.. If bahan tak complete skalipun, air tangan tu pun blh menyedapkan hidangan yg disediakan.

Air tangan kita utk siapa? Utk suami kita aje.. dah macam rancangan Jihan Muse la pulak..hahaha.. ;P 

Next, will share resepi lain pulak k! -love- 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...