Pages

Thursday, March 20, 2014

Lunch at Tat Nasi Ayam, Seksyen 19

Salam,

Lunch tadi, since member project team yg lagi satu mcm bengang and tahap kesabaran dah takde dah, makanya, saya sebagai rakan yang bertanggungjawab  meredakan amarah mereka, mendecide utk bawak mereka berdua ni mkn kat luar dari kafe kat ofis ni.

Tempat yang dituju adalah di Tat Nasi Ayam, Seksyen 19, Shah Alam. Dapat parking cun2 depan kedai, so kami pun memilih meja yang vacant. Customer quite ramai *dah nama lunch time, ye dak* So, setiap meja saya perhatikan memasing kusyuk mengunyah santapan mereka iaitu nasi ayam. So, saya ni yang baru pestaim menerai mkn kat sini pun membuat keputusan utk try nasi ayamnya jugak. Hanisah dia try kuetiaw sup, manakala Wani hanya melihat kami berdua makan. *dia puasa tp gatai nak ikut sbb bengan punya psal*

Terdapat nasi ayam special dan nasi ayam. Nasi ayam special berharga RM9. Dek kerana den sekarang ni sedang berbadan dua, makanya, mata ni pun sibuk nak carik yg special2 aje.. So den meringankan mulut utk bertanya kat mamat yang amik order ni, "Apa beza nasi ayam special dgn nasi ayam?". Maka, jawab si pemuda, 'Nasi ayam special, ayam lebih, nasi lebih.' Owh, itu aje ka... Cheq duk ingat special sbb dpt papadom 3keping ka, pastu ada tauhu bakar sbg makanan iringan ke apa kan.. *sgt mak jemah :P* Makanya, bakal ibu ni pun just order nasi ayam biasa aje beserta teh o limau suam. *akak batuk dik oii*

Pada pemerasaan lidahku ini, rasa nasi ayamnya biasa je.. taktau tang mana yang sedapnya. Sambalnya manis, manakala supnya pula biasa2 saje.

Total makan lunch saya pada hari ini adalah:

  • Nasi ayam = RM 6.00
  • Tehvo limau suam = RM1.50
Adik-adik totalkan la sendiri yer..ikut rumah dan titik perpuluhannya k!

Oh ya, jika anda suka mengunyah sambil buat kerja kat ofis, dan mencari2 tempat utk beli goreng pisang yang sedap, saya mencadangkan anda menuju ke restoran Tat Nasi Ayam Seksyen 19 ini, kerana di hadapan restoran ini, terdapat gerai yang menjual goreng pisang yang sedap. Amaran! Gerai goreng pisang yang dicadangkan ini adalah khusus utk anda yang bekerja di sekitar Shah Alam yang terdekat dgn area sekitar Seksyen 19 la ek.. jika korang punya ofis kat Seksyen 7, and anda berusaha jgk utk beli kat Seksyen 19 ni, mmg anda adalah gigih. Muahahahah.. :P

K la, bye!


3 comments:

  1. teruklsh mutu nasi dan ayam hari ni

    ReplyDelete
  2. nasi agak mentah dan guna rangka yg tak berdaging. kslau boleh beri cakar lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg tak paham, nape popular sgt nasi ayam tat ni..sbb rasanya, if masak sendiri lg sedap..huhu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...