As-salam,
Hoih... Entry bulan ni penuh dengan aktiviti makan je ek! hehe.. ;P
Kali ni nak share ngan korg, menu yang saya mkn tatkala lunch time, ketika saya kena kerja di luar.. Ala, bukan outstation mana pun.. Kat Shah Alam jugak, jumpe client.. Uih, sgtla tak best bila mkn sorg2.. cam tak tau nak tuju ke mana je jadinya.. *buat pengetahuan, saya tak ske mkn sorg2..takde selera jadinya..*
Tatkala taktau nak tuju ke mana, kaki ni pun menekan je la pedal minyak, manakala tangan berada di stereng, mata meliar utk mencari destinasi mkn yang tak brape crowded and agak tenang and mudah carik parking.. *yups! salah satu tabiat saya, apabila dah lone ranger ni, mmg tak ske gi tmpat yg kena pikir byk.. if berteman,kena rempuh gergasi pun i okey jer...ahakss ;P*
Since saya dari salah sebuah syarikat di sekitar Seksyen 7, Shah Alam, makanya saya pun carik la kedai mkn yg berada kat area situ, lunch di sana sebelum bergerak masuk ke ofis. Mata ni nampak la Hailam Kopitiam.. 'Aih, lunchtime lepak kopitiam? cam tak sesuai je..' Jenjalan lagi, then nampak la satu restoran ni yang diberi nama Asam Pedas. Lokasinya bersebelahan dgn My Mydin, Pak Ali Freshmart dan juga butik tudung Najjah ke apa ntah nama butik tudung tu.. Kat area2 situ la.. So dpt je parking, terus la melangkah masuk ke restoran ini.
Dah nama pun asam pedas, so menu dia sume asam pedas je la yg ada.. Asam pedas sotong, asam pedas tenggiri, asam pedas pari dan sume jenis yang boleh diasampedaskan ada tertera dalam senarai menu.
So, saya order ala carte Asam Pedas Pari + Nasi putih. If set, anda akan menerima sambal belacan, ulam dan apa ntah.. Saya bukan tidak gemar kepada sambal belacan, cumanya saya alah pada sambal belacan.. *resdung dik oi..* Air pulak, saya ordered carrot susu..
Rasanya? Sajiannya ada rasa masam, pedas n masin. Carrot susunya, manis. Kenangan pula pahit.. Jadinya, lengkap la kesemua zon deria yg ada kat lidah tu. HUhu.. ;P
Sorry, not suit with my tastebuds.
Lepas buat bayaran di kaunter, saya singgah sebentar di MyMydin utk membeli susu segar dan juga cornflakes. Suatu sajian yang bekhasiat pemberi tenaga di pagi hari! ;)
p/s: Bila mau pergi itu shopping mall Paradigm dan juga Setia Mall ek?hurm...tunggu gaji la..
No comments:
Post a Comment