Pages

Wednesday, June 27, 2012

Lepaking @ O'Briens Irish Sandwich Cafe

As-salam,

Wokeh, ni another entry yg nak cite psl siri jelajah makanan.. Suatu hari, I lepak ngan my sis.. *as usual la..sape lagi yg i slalu kuar lepak if bukan dgn my sis yg gojes and baik hati, tul tak sis? huhu,, moga dirimu dimurahkan rezeki dan tercapai apa yg dicita2kan dlm hidup, amin.. ;))*

O'Briens Irish Sandwich Cafe ni ada kat Empire Gallery, Subang. Bersebelahan dgn Coffee Beans and berhadapan dgn The Loaf *Tokdet punye kedai roti tu..* Jasad I kat sini, tp I guna wifi Coffee Beans, boleh gitu? huhu.. ;P

Sbnrnya I bukanlah penggemar makanan yang berorientasikan sandwich. Tp, hanya di O'Briens ni je yang i leh layan sandwich dia and  jatuh cinta tak boleh berpaling kat sandwich lain setelah diperkenalkan oleh my sis *tgk, my sis lagi! nama my sis mmg menjadi sebutan la..huhu..*

Haritu kitorg amik hi-tea set or breakfast set ntah.. i pun dah lupe bila i lepak kat sini.. Tp yg pasti, kitrog amik set E.. So, utk set E, leh dpt 1 sandwich, 1 slice kek dan jugak air utk 2 org. Pilihan air adalah espresso/americano/tea. Senang nak cite; kopi susu/kopi o/teh.. haa... melayu punya translation..heheheh.. ;P Cake pulak, bleh je korg nak pilih scone or donat or pie if korang tanak cake..terpulang kpd korg..

So, my sis amik Chicken slice sandwich, Ipanema Cake dan jugak Americano Coffee.. While saya amik my favorite iaitu Triple Decker
Chicken slice Sandwich with Ipanema Cake

Chicken slice sandwichnye simple je penyediaannya; just roti tu disapu mentega, then dia letak chicken salami pastu digrill kemudian dipotong 3 segi dan disusun sedemikan rupa. Which leh je buat sndiri, huhu.. ;P Ipanema cake tu, dia bukan buttercake la..dia sponge cake.. i suke buttercake..

Triple Decker Sandwich

Haaa, ni la dia always be my favourite; Triple Decker!! Tadaa~~~ Haa, kat sini dia ada letak chicken slice, sayur mayur coleslaw and kepingan turkey rangup *tu yg buat sedap tu* and i request to add on cheese *kena tambah RM3.50* Sgt heaven~ Cer korang bg chance utk try.. Leh tak



Monday, June 25, 2012

Restoran Big Taste

As-salam,

Tahukah anda, bahawasanya Section 7 baru *lot area Jakel tu* adalah syurga makanan dan juga lokasi terang mata bagi fashionista yang gemar kepada hijab instant dan juga abaya? Woih..jika anda tidak tahu, segera la buat rondaan di sana. Mcm2 ada, beb~

Kali ni, nak cite pasal Restoran Big Taste. Jika anda tidak tahu di celah selit manakah restoran ini? Ia berada di deretan Bubu Ikan Bakar, sebelah butik tudung Fareeda. Memang anda sukar utk cam kedai dia ni. Sbbnya ia terletak di immediate lot, dan kecik je.. Mata anda lebih terdorong utk melihat restoran Jemari yang berada di lot sebelah. Jika anda telah terjumpa restoran Jemari, segeralah arahkan mata anda ke kiri lagi, sehingga mata anda yang bundar itu terlihat signage Big Taste, kaler oren tulisannya, if tak silap la.. *i pegi mlm..so ada excuse la, ye tak? ;P* Sekiranya anda ternampak Paparich, lebih baik anda pulang ke pangkal jalan semula..  *eden maleh nak ckp lebih, dah bgtau deretan Bubu Ikan Bakar, tp if gatei nak tgk Paparich, sukati kome la, nyah..hahah.. ;P*

Restoran ini pengusaha dia Bumiputera dan muda lagi. I tau pun sbb penah kuar dlm rancangan Safiyya. Konsep mknannya adalah western dan ada jugak la yg menu melayu. So, since saya kan kekadang gatai nak mewesternkan diri I ni memalam, jadinya I pilih utk makan Lasagna and Fresh Mango Juice. 
Lasagna

Nampak menyelerakan kan? Sedap and worth! Kenyang den mlm tu.. Price dia boleh dikatakan affordable. Leh ulang makan lagi kat sini. Next time nak try yang size Jumbo. My sis bagitau, if order Jumbo, leh mkn utk 2-3 org. I guess, mmg big portion la if gitu.. So, okla camtu kan, order 1 dish jumbo, mintak extra plate and air pun Jumbo, mintak dia letak 2 straw. If ada straw yg pintal2 tu, lagi best! Romantik gitu..wah~~ kikikikiki... ;P

Bila mau lagi ke sini? Bila tiba masanya.. *hahahah... ;P*


Sunday, June 24, 2012

Lunch @ Asam Pedas Restoran

As-salam,

Hoih... Entry bulan ni penuh dengan aktiviti makan je ek! hehe.. ;P

Kali ni nak share ngan korg, menu yang saya mkn tatkala lunch time, ketika saya kena kerja di luar.. Ala, bukan outstation mana pun.. Kat Shah Alam jugak, jumpe client.. Uih, sgtla tak best bila mkn sorg2.. cam tak tau nak tuju ke mana je jadinya.. *buat pengetahuan, saya tak ske mkn sorg2..takde selera jadinya..*

Tatkala taktau nak tuju ke mana, kaki ni pun menekan je la pedal minyak, manakala tangan berada di stereng, mata meliar utk mencari destinasi mkn yang tak brape crowded and agak tenang and mudah carik parking.. *yups! salah satu tabiat saya, apabila dah lone ranger ni, mmg tak ske gi tmpat yg kena pikir byk.. if berteman,kena rempuh gergasi pun i okey jer...ahakss ;P*

Since saya dari salah sebuah syarikat di sekitar Seksyen 7, Shah Alam, makanya saya pun carik la kedai mkn yg berada kat area situ, lunch di sana sebelum bergerak masuk ke ofis. Mata ni nampak la Hailam Kopitiam.. 'Aih, lunchtime lepak kopitiam? cam tak sesuai je..' Jenjalan lagi, then nampak la satu restoran ni yang diberi nama Asam Pedas. Lokasinya bersebelahan dgn My Mydin, Pak Ali Freshmart dan juga butik tudung Najjah ke apa ntah nama butik tudung tu.. Kat area2 situ la.. So dpt je parking, terus la melangkah masuk ke restoran ini.

Dah nama pun asam pedas, so menu dia sume asam pedas je la yg ada.. Asam pedas sotong, asam pedas tenggiri, asam pedas pari dan sume jenis yang boleh diasampedaskan ada tertera dalam senarai menu.

So, saya order ala carte Asam Pedas Pari + Nasi putih. If set, anda akan menerima sambal belacan, ulam dan apa ntah.. Saya bukan tidak gemar kepada sambal belacan, cumanya saya alah pada sambal belacan.. *resdung dik oi..* Air pulak, saya ordered carrot susu..

Carrot susu & Set Pari Asam Pedas = RM12

Rasanya? Sajiannya ada rasa masam, pedas n masin. Carrot susunya, manis. Kenangan pula pahit.. Jadinya, lengkap la kesemua zon deria yg ada kat lidah tu. HUhu.. ;P

Sorry, not suit with my tastebuds.

Lepas buat bayaran di kaunter, saya singgah sebentar di MyMydin utk membeli susu segar dan juga cornflakes. Suatu sajian yang bekhasiat pemberi tenaga di pagi hari! ;)




p/s: Bila mau pergi itu shopping mall Paradigm dan juga Setia Mall ek?hurm...tunggu gaji la..

Thursday, June 21, 2012

Papa Beard

As-salam,

Ni lebih kurang sambungan entry sebelum ni. Pada hari yansa sama, sambil2 kitorng mencari buku, sesambil tu, my sis and me buat jalan2 cari makan (JJCM).

Kan nak gi ke Dubu Dubu tu, kena turun escalator kan? Okeh, if dari escalator tu, korang akan nampak kedai yang jual cream puff iaitu Papa Beard begitu ramai pelanggannya duk beratur. So, saya ckp la kat kakak saya,  "Sedap sgt ke cream puff tu? Kemain ramai!" so my sis pun kata, "Jom try nanti!" Set!

Lepas je berkorea, so kami pun gi la sibuk beratur jugak kat kedai Pakcik Janggut ni.. If menengokkan para pelanggan yang duk beratur dpn kitrog, memasing order 5pcs, satu kotak etc.. Hati dah cuak dah, 'Aih, takde ke jual sebiji ke? Nak try rasa je pun.' So bila sampai my turn, sepbaik la org yg attend kitorg tu baik hati, dengan senyum dia tnya, "Nak berapa?" selamber badak saya jawab, "Satu. Nak coklat yer.." Setelah dah bayar RM4.80, kami pun beredar.. Yeay! Cream puff sudah berada di tgn!

Chocolate Cream Puff Papa Beard @ RM4.80

Then kami jenjalan lagi, pastu terserempak ramai yg pakat duk pegang minuman Chatime tu.. Sekali lagi, kitrog tak puas hati, "Isk, sedap ke Chatime tu? Try jom!" Pulun la kami pun cari kiosk Chatime.

Sesampainya di kiosk tersebut, kami blur nak order apa. Kami buat undian berdasarkan customer yg beratur dpn kitorg. Memasing order lelain. So dah sampai je turn kitorg, kitorg order Tea Citrus Peach Ice.. hahaha.. ;P Derr..air ni kat Starbuck pun ada den rasa...tak pun, beli  Teh Boh Songket pun ada jual tea perasa ni..kehkehkeh.. ;P Klakar je..huhu... So, sesapa peminat Chatime, tolong la recommend minuman mana yg jadi favourite and mesti cuba kat saya.. Leh la kasi chance nak try sekali lagi..huhu.. ;P

Okeh, apakah review saya terhadap cream puff tadi? Owh, saya rasa blurry gile time mkn cream puff tu.. Saya tau, payah nak buat cream puff ni, adunan dia sensitif, kena ngam2 soi je setiap step nak buat dia.. Bukan saya tak menghargai, tapi siyes, saya tak dapat menikmatinya. Cream dlm puff tu, tasteless.. Konferm tak bli dah pasni.. Sorry, Papa.. ;((





p/s: Pasni nak try hot roll pulak

Wednesday, June 20, 2012

Dubu Dubu Seoul Food

As-salam,

Waaaaaaaaaa~~ Lamanya tak update blog! Cepat penat la skrg.. Lately ujung minggu pun dah jarang kuar. Apo den buek kek umah? Den rehat sajo la.. Nak berblogwalking? berblog? *apa tu?kuih ke?* hahaha.. siyes den maleh.. tambah ngan panas n berjerebu lg.. *bersyukur nak...kamu masih hidup di dunia ni lagi..* Haaa, kan dah kena tarbiyah se-line.. ;P

Okeh, entry kali ni nak cite psl pengalaman saya berkoya Korean..hakhakhak.. Suatu ketika dulu den minat terhadap cite2 korea ni..kecur liur je la melihatkan para pelakon berbimbap la, berkimchi la, berwhat evaa *sila guna nada Kim Kardashian, okeh!*  Skrg ni jela, hajat tertunai melihatkan sudah byk penambahan bilangan korean food restaurant di persada tempatan.

Pada hujung minggu yang bile entah which saya pun tak ingat, tp yang pasti, ketika itu, saya masih mengalami masalah ruam di sekitar muka dan leher *ala, mcm baby tu.. panas dlm mungkin* So, selepas saya mendapatkan rawatan kali kedua di klinik berhampiran, my sis yg berhajat nak beli buku kat MPH which waktu tu pun saya kena beli ubat titis mata kat farmasi yg dicadangkan oleh doktor disebabkan kat klinik tu stok dah habis..  *yups, mata saya pun effect jugak time ruam2 tu kluar kat sekitar leher, berair mcm sakit mata gitu* So, alang2 nak cari MPH, my sis cadang nak gi MPH yang terbesar. So, dalam fikiran ni just terbayang Midvalley je la.. kat situ kan MPH ada 2 lot.. Makanya kami pun pecut and drift ke sana. Sesampai di sana dah pun tengah hari. So, saya ckp la kat kakak saya, "Weh, kita lunch dulu la.. lapaq la.." So my sis dengan sportingnya menjawab, "Boleh! Nak lunch kat mana? Teringin makan apa?" Saya dengan nada yang tanpa segan silu menjawab, "Kita try mkanan Korea nak? Tingin nak rasa kimchi laa.." Lantas, kami tamau membuang masa, terus tnya kat kaunter pertanyaan, maka petugas di sana memberitahu bahawa di Midvall, ada 2 restoran Korea. Yang halal adalah di Dubu Dubu Seoul Food iaitu berada di tingkat bawah, turun escalator, belok kiri. Kami berjaya menemuinya! Yeayy!! *wink2!*

Memula tgk menu, as usual, buat muka cool je.. *cool je la,, nak buat pe gelabah, tul?* Listing menu tu tak byk and ringkas je. Dia dah ada kategori dan jugak pilihan ala carte or set. So, for that lunch, saya ordered set Bulgogi Beef and dessert mende tah. *lupe la nama dia* My sis lak she ordered Bibimbap set and tea citrus ice? *aiseh, lupe gak nama air dia.. Bianne ;P*

Tgk gaya keadaan org sekeliling, and saya dapati memasing bagitu enjoy eating the food. Tu yang lagi tambahkan getaran jiwa dan debar di dada tu! *eceh, over lak..haha.. ;P* Dlm hati dah berangan jadi awek Korea la konon yg berlunch date Lee Dong Wook *Oppa Wookie!Saranghae~~ ahaks!mode gatai.. ;P*

Bila lunch set tu dah ada depan mata, then tgk chopstick besi and sudu panjang ada bersama, lagi la rasa mcm dah kat Korea betul2! *yeay~ tercapai jugak aku nak mkn guna sudu panjang n chopstick besi ni..baru feel Korea tu lebih, bhai!* Tinggal lagi, tak dgr org speaking Korea je.. if tak, mmg dah berfeeling mcm dlm drama Korea tu! ;P *jika anda menyampah, sila baca perenggan seterusnya, okeh!hahah.. ;P*

Set Beef Bulgogi
Meh nak kasi review terhadap makanan yang saya order ni. Yang sebelah atas kiri sekali tu, dia mcm sayur bayam yang dicelur tak brape nak masak sgt then digaul dgn pes cili. Then sebelahnya pulak: Kimchi. Sebelahnya lagi: Tauge yang digaul dengan pes cili mcm yg pertama tu *agaknya digunakan pes cili sama ngan kimchi tu jugak kot.. rasa dia masam2 pedas power!* Then yang kanan sekali; sup lebih kurang mcm miso sup kat japanese restaurant tu.. Then bawah tu, adalah nasi yg rupanya mirip mcm nasi dagang, cuma dia kaler purple *mcm nasi dagang kacuk nasi kerabu, plop ;P* THen yang seblh nasi tu la the real bulgoginya! Kat bawah telur mata tu, ada kepingan daging yang dimasak dengan bawang and halia yang byk! More kepada taste melayu la.. So, if korang 1st timer, leh je try yang ni, konferm korang leh enjoy the food! SIyes, sedap! Rasanya ala2 daging masak kicap.

Dessert *Taufu fah ala Korea*
Dessert yg saya lupe namanya ni, adalah mirip taufu fah yg biasa kita jumpe kat bazaar Ramadhan n pasar2 tu.. Yg bezanya adalah, dia guna sweet syrup instead of palm sugar, and dia letak ais kemudian kat atas nye tu, dia ada letak marmalade. So ada masam2 limau marmalade and maneeeeeeeeeees gula sirap. Siyesly, manis tak hengat.. if dah manis sgt ni, saya namakan sebagai manis gigil..  At first taste, sedap.. tapi bile dah lelama tu, rasa meluat sikit dengan kehadiran marmalade tu.. best lg yg kat pasar yg selalu kita beli 1 bekas = RM2 tu yg just ngam2 soi je manis gulanya kan.. ;) *terpikir gak, manis gaya mcm ni ke org Korea mkn?*

Beef Bibimpap Set
Haaa, ni la Bibimbap! *dah bunyi mcm kau lembap pun ada kan?hahah.. ;P* Basically yg line kat atas tu, sama je mcm Bulgogi Set tu. Bezanya kat sini sos seblh kanan bawah tu, dia pedas and ada masa rasa mcm kuah yong tau fu *tu kata kakak saya la..* Dlm bowl besar tu plak, adalah hirisan sayur-mayur yg diricih halus antaranya; carrot, kobis purple, jagung, kobis and daging yg mcm menu yg saya order jugak. Di sebalik sayur-sayan tu, ada terselit telur gegar *telur yg mata kuning tu tak masak habis* and ada nasi kat lapisan bawah.

Apakah perasaan saya menikmati makanan Korea?
- Owh, saya sgt teruja! Kimchi sgt la super duper howt and pedasss uols! Tp bile disulam mkn dengan hirup sup tu, boleh bagi balance la dlm mulut tu.. No wonder la tgk pelakon2 Korea tu if tang scene mkn tu, mcm gelojoh je gayanya, mcm sedap sgt.. tp sebnrnya bukan la gelojoh kerana sedap, tp gelojoh kerana menahan pedas dan hotnya kimchi yg duk ada dlm mulut.. Saya setuju if ada peserta Losing Weight tu bgtau, cara nak naikkan metabolisme bdn dia hanya dgn amalkan diet mkn kimchi je.. Siyes, perut rasa berbahang, dah mcm nak panggil bomba Gaviscon tu je..hahah.. ;P *for those yg perut melayu yang bercita2 utk amalkan kimchi sbg diet harian, sila2 lah tnya nasihat pakar dietation.. bimbang jadi mudarat plak kat diri nanti*

Saya sgt sronok dpt try mkn makanan korea. Utk try kali kedua, errk, bile ek? huhu.. ;P

Owh ya! utk pengetahuan, MPH di Midval kini tidak lagi sebesar dan sehebat dulu... *sedeih kan?!* MPH dah pindah kat Burger King. Tempat MPH dulu tu kini telah diambilalih oleh Uniqlo.. Fahrin Ahmad ada launch branch kat Midval ni.. Kini MPH Bookstores yg terbesar adalah di One Utama!




p/s: Ada lagi entry psl mkn, after this.. Mkn apa? Just for munching2 time minum petang boleh la nak layan mknan ni kot..

Sunday, June 3, 2012

Homemade Pizza In Da House

Wazzap wazzap~~ Huhu!

As-salam,

Hari ni nak share menu lunch+hi tea+dinner. Kira 3 in 1 punya menu for today.. Disebabkan pagi tadi dah sarapan heavy iaitu nasi goreng, makanya kitorg ber-late lunch dengan piza homemade.. Fuh, gile tingin pizza dari air tangan ibu saya! And umpama impian tercapai sekelip mata, kepuf! tadaaa~~

Pizza with full loaded cheese on top.. yummeh~~

My mom baked 2 pans.. Utk sesi petang je, 1 pan dah licin.. and still ada lagi 1 pan lagi.. Maknanya, esok berbreakfast ngan pizza la uols! huhu.. ;)) FYI, kitorg mkn sekali je iaitu pada waktu lunch. Dinner lak jarang mkn.. if makan pun for those yg lapar.. and kadang2 saya pun termasuk gak dlm kategori tu.. ;P If tgk2 kat dapur dah takde mende, as usual, saya akan bancuh milo and mkn dgn biskut.. Takpun, belasah mi segera la jawabnya.. tp memandangkan diri ini tak biasa mkn mi segera sbb saya slalu je demam or rasa nak demam selepas mkn mknan itu *tp if tingin, bedal jgk.. ;P* tu yg kadang2 mlm2 leh je tingin nak mkn burger la.. oblong la.. haih..western la sgt.. *tangan di bahu, mata pandang ke atas..ahaks.. ;P*




p/s: projek buat risotto masih tak jalan2 lagi..adeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...