Pages

Saturday, January 14, 2012

Journey to the South

As-salam and hi uols!

Macam mana dgn tahun baru? Adakah anda berazam baru? atau berwajah baru? berkereta baru? berpekerjaan baru? berbaju baru? or berboyfren/bergurlfren baru perhaps? huhu.. I don't mind la if korg ada apa yg baru pun, sbbnya sumerang berhak utk buat pilihan and keputusan utk membarukan apa yg diingini.. ;)

Ok, dah seminggu lebih kot tak beronline. Online pun just belek2 fb je, then ada baca gak la paper online, singgah2 sat kat blog hiburan etc.. Kerajinan utk create entry ni sedang berada pada paras sederhana tinggi, oleh yg demikian, entry kali ni nak cite psl my first family trip for 2012. Iaitu, kami ke selatan tanahair.. hao yeah!! hao leng aaaa~~ Huhu~~ ;D

Tajuk entry pun dah mcm drama cina je kan..eekekek..saja nak bg catchy sikit.. *peh! ;P* Ok, ni merupakan trip yg pertama kami utk 2012.. Insya Allah ke tempat2 lain akan dijelajahi, didoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Actually takde plan bercuti utk the whole year pun. Tp, ada rezeki lebih, boleh la nak panjangkan kaki ni melawat ke tempat org kan.. Jauh perjalanan, luas pengetahuan, ramai kenalan, byk pengalaman. 

Sbnrnya saja je pilih minggu ni utk bercuti sbbnya minggu dpn dah CNY. Tau2 je la kan, if cuti CNY ni, memasing pun sibuk nak balik kampung, ada yg tak kurang jugak plan nak bercuti. Yela sbb cuti sekolah jugak kan.. So, kami tanak la bersesak2 kat jammed, tu yg kami pilih minggu ni utk bercuti.

Persoalan kenapa negeri Johor yg dipilih? Sbnrnya kali ni merupakan kali kedua saya ke Johor. Tahun lepas or 2 tahun lepas ada pernah gi Johor, tu pun jenjalan gak.. Jenjalan with my siblings and beronggeng ke Singapore. So jawapan bg soalan yang saya sendiri gubal tadi ialah, sebenarnya nak gi jenjalan kat Johor Premium Outlet (JPO). Dpt tau kewujudan JPO ni pun thru paper. Then tgk mcm menarik je, sbb ia merupakan gedung branded yang lebih kurang mcm factory outlet kat UK yg saya penah cite kat entry seblum ni. Cuma tak pasti la harganya mcm mana. If mmg ditawarkan harga kilang, then should be worth la.. But ada jugak blog yg saya pernah browse mengatakan bahawa harganya lebih kurang dgn harga kat KL je and ada jugak yg lebih mahal drp harga di kaunter (which kat butik dia la). So, sifat inkuiri yang tinggi tu la, yg membuatkan kami sepakat utk dtg tgk sendiri mcm mana la rupa JPO ni. *Kami akan ke JPO ni esok, so will update bout it.. ;)*

Owh ya, kami bertolak dari Shah Alam tadi pukul 11am dan selamat tiba di Johor dan check in pada jam 5pm. Mcm lambat kan? hhehe..kami singgah beli kerepek la, lalu jalan dlm la..tu yg takes time tu.. if korg direct naik highway tu, rasanya dlm 3 jam pun dah sampai.. ;)

Kami singgah pekena nasi briyani kat Batu Pahat di sebuah restoran yg diberi nama BP Bariani Power Sdn Bhd yg terletak di Jalan Tukas 2, Taman Soga, Batu Pahat. Katanya paling sedap la. Kami sampai di restoran tersebut pada pukul 2pm mcm tu. So, just ada briyani ayam je. Yang lelain dah habis sold out. Even perut saya dah menangis kelaparan, ingatkan bila pekena nasi briyani leh mkn sedap la kan..tp, saya just leh bagi 3/5 bintang je la.. Sorry guys, tak kena dgn lidah saya kot.. Di bawah adalah nasi briyaninya.. ;)

Nasi Briyani Ayam
Acar & Gravy
Harga: RM9





p/s: we all dinner at Senibong Cove, Permas Jaya.. mmg terbaek~ will update soon.. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...