Pages

Monday, January 16, 2012

Journey to the South : Last Part

As-salam,

Tadi gerak dari JB dlm kul 11pm. Then Alhamdulillah selamat smpai at my home sweet home dlm lebih kurang pukul 6pm.. Sblm smpai umah, kitorg lepak minum petang jap kat sumwhere area Section 13 restoran diberi nama Arufah C'food. To be precised, kat belakang Upin Ipin, Al-Ali Bistro.. still doesnt ring a bell? Kat belakang Tesco Extra yg dulunya Makro tu. Haa...kat area blakang2 tu la.. ;)

Kenapa pilih tmpt tu utk minum petang? Sbbnya kat situ ada pau yg didakwa sedap. *wah ayat~ ;P* Pilihan yang ada adalah seperti biasa. Tp pada petang tersebut yang available pau ayam, kacang dan kelapa. Katanya pau ayamnya sedap. So, try la.. yups, mmg sedap!

Trafik pada waktu kami pulang tadi ngam2 soi la.. Takde la lengang sgt. Tp takde la sampai jammed tak hengat. Kami berhenti rehat dan solat kat R&R Pagoh if i'm not mistaken, sblm R&R Ayer Keroh tu. First time singgah kat R&R yang ada escalator. *uisk, canggih tul! jakun sekejap*  

Since ana sudah berjanji utk share brape kos utk trip ini, berikut disediakan kiraan yang telah dikira as saya selaku juruaudit..

Details adalah kiraan bagi kos yang dikeluarkan per head (kami kongsi 3 beradik and treats our parents)

Hotel utk 2 bilik bagi 3 hari 2 malam - RM 552
Makan                                             - RM 483.35
Minyak                                            - RM 155
Tol                                                  - RM 98.90
Misc:
- Air mineral                                       RM 15.50

Total = RM440/head
If we multiple by 3 =RM1,320

Kira kurang lebih gitu la perkiraannya.. Okla, diharap, dengan perkiraan yg telah dilakukan, dptla membantu anda sekiranya anda berhajat utk membuat trip 3 hari 2 malam ke Johor seramai 5 org.







Sunday, January 15, 2012

Journey to the South : Part 2

As-salam and guten nacht!

Wah, dpt create entry pun dah lewat malam, sbbnya si broadband agak lemb la..adeh..tensen tul.. Tp mata ni digagahkan jugak la utk mencoret apa yg terlintas dek fikiran time memalam sunyi sepi lagi mendamaikan di kamar hotel ini.. *wah lao weih.. ;P* Owh ya, sebut pasal kamar hotel, smlm I langsung tak mentioned kan di mana we all bermalam? Ok, later will inform, k! Orait, selain drp nak cite psl hotel, nak cite gak psl The Zon, JPO, n expenses selama kami berada di Johor, okeh! *kena tulih kat sini, baru ingat nak cite apa satgi..hehe.. ;P*

Kami bermalam di Hotel Sentral yang terletak di Jln Meldrum, belakang Hotel Grand Blue Wave. Atau dulunya dikenali sbg Naza Taliya Hotel. Kini, ia telah diambil alih oleh pengurusan baru. Biliknya cantik, baru renovate kot sbbnya deco lantai n bilik airnya terkini punya trend. Saya pulak lupa nak snap gmbr masa awl2 masuk. Ni bilik dah bersepah, cam tak best lak nak snap n dipertontonkan di sini ya! ;P Kami sewa 2 bilik connecting room utk 2 mlm pada harga RM582 including breakfast. Hotelnya selesa, cumanya kekurangannya adalah pd hidangan breakfastnya. Too bad la.. Baked bean yg tinggal tuang dari dlm tin pun, tak sedap rasanya. I dunno, maybe guna yg takde brand punya kot, tp for me sesimple hidangan baked bean tu supposely blh dpt markah tinggi la, tp menghampakan. Tp takpe, mkn kenyang di pagi hari pun, time lunch dah lapar semula kan? So, abaikan je la..

Aktiviti kami pada hari kedua ialah ke Kompleks Bebas Cukai The Zon yang terletak tak berapa jauh dari hotel tempat kami menginap. Bayaran parking sebnyk RM1.50 dikenakan pada jam pertama. Saya membayangkan ianya adalah seperti di Duty Free kat Bkt Kayu Hitam nun! Rupa2nya ia tak ubah seperti shopping mall ala lama *ala, mcm Summit USJ tu..* Kami berada di sana dlm sejam suku je, kerana tak tau nak buat apa dah kat dlm tu. Puas cuci2 mata kat situ, kami ambil keputusan utk terus menuju ke Johor Premium Outlet seperti yg telah diperkatakan pada hari smlm..

JPO ini terletak di Kulaijaya. Jika anda dari JB, anda perlu menuju ke Senai dan kemudiannya exit di Kulaijaya. *ikut je signboard and byr tol RM3.90 kot..then korg jumpelah JPO tu. Ambil masa lebih kurang 30-40minit dari JB*. Pemandangannya seperti di Factory Outlet di UK. Cumanya anda perlu berjalan pd iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun, pada suhu sekitar 38 darjah Celsius kot tadi. *quite panas bahang jugak la tadi* Dikenakan bayaran parking sebyk RM3 utk sekali masuk, maka kami pun mencari parking yg paling dekat dgn ruang niaga JPO ni. Terdapat lebih 50 designer outlet di sini. Antaranya Calvin Klein, Padini, Salvatore Ferragamo, Braun Buffel, Burberry, Polo Haus, Adidas, Fossil, Pink Jambu, Levi's dan lain-lain lagi. Takde gmbr pun yg I snap, sbb rasa mcm kekok lak nak snap2 gmbr kat negara sndiri.. hahaha.. :P so mmg takde gmbr pun kat JPO ni yg kami ambil utk kenangan.

Berkenaan harga yang ditawarkan pula, saya berpendapat kebanyakannya adakan sales sempena opening sales. Contoh mcm outlet Braun Buffel, mereka memang menawarkan potongan harga dari 20%-70%. Tapi saya diberitahu bahawa brgn yg dijual adalah koleksi lama. Tp, who cares kan.. Beli jela sbb mmg berbaloi. Contoh ada satu handbag ni last time i bought it at RM700+. Saya still tak guna pun lagi, still elok dlm kotak. Sekali tgk kat situ, dorg buat potongan 20% lagi..sabar je la.. if tak, saya dah jimat RM140++ dah. Tp takpe la, benda dah lepas.. So, just let it be je la kan.. My sis bought bag sandang kat sini. I? I just tgk je la dia flashed her cash..hahah.. Kena bajet la weih..takpe la, next time la baru i beli kat sini ya! ;) Lagi satu outlet kasut Pedro. Yang ni pun ada buat sales gile2 punya. I dah berkenan nak bli kasut ni, yela nak buat ganti kasut tumit ofis. Tp sayangnya my size dah out of stock.. too bad.. nak buat mcam mana kan, i berkaki Cinderella.. hahah.. *Peh. :P* Kemudian I ada la usha2 cardigan, dah berkenan satu ni, bila ditanya takde ke design yg lain kat one girl ni, then the SA said, 'Yg ni je yg outlet KL hantar kat kitrog' Dlm hati i mcm wonder la, 'ke kat sini sume brg2 yg reject from KL?' hurm...musykil gak.. =)

Selepas 2-3 jam jugakla kami berada di sini, since kitorg pun berpecah, then my mom rasa tak sedap badan. My mom demam uols... =( Yela, cuaca kat luar panas berdengkang, pastu keluar masuk kat dlm butik outlet yg ber-aircond, so mcm bdn pun terkejut dgn perubahan suhu yang tak stabil kan.. tu yg my mom demam n shivering.. So, my sis and me accompanied my mom ke kereta utk bg my mom rehat kat dlm kete. Takde la kami habis pusing kat JPO tu. Cuma dah last tu, sempatlah i bought some chocolates as tanda hati for my partner masa nak bayar tiket kat autopay.

Setelah my dad settled membeli kasut sport Nike yg beliau berkenan, kami pun straight away balik hotel. So, we drop off our parents kat hotel, then kitorg having our dinner at Sushi King, pekena salmon sashimi yummy and tapao la foods for my parents kat stall area The Zon tu. And skrg, my sis n bro dah sedap berdengkur but me still lagi trying hard utk completekan entry ni.. heheh.. k la, i think tomorrow je la i give u overall expenses kitrog for this trip k! Mana la tau, leh jadikan panduan utk korg. WOrait, till the fingers meet the keyboard, nanite~ para mucho!mucho!

Mcm dull plak entry if tak tepek apa2 gmbr.. Ni gmbr snap di pagi hari, masa otw ke JPO. Fresh and ayu2 gitu.. ;)

Senyuman manis, menghiris kalbu, di pagi nan indah! Morning everyone! ;)





p/s: Kat sini ada menyediakan kemudahan solat dan food court. Just FYI je la.. then, esok just straight away balik hometown.. ;)

Saturday, January 14, 2012

Journey to the South

As-salam and hi uols!

Macam mana dgn tahun baru? Adakah anda berazam baru? atau berwajah baru? berkereta baru? berpekerjaan baru? berbaju baru? or berboyfren/bergurlfren baru perhaps? huhu.. I don't mind la if korg ada apa yg baru pun, sbbnya sumerang berhak utk buat pilihan and keputusan utk membarukan apa yg diingini.. ;)

Ok, dah seminggu lebih kot tak beronline. Online pun just belek2 fb je, then ada baca gak la paper online, singgah2 sat kat blog hiburan etc.. Kerajinan utk create entry ni sedang berada pada paras sederhana tinggi, oleh yg demikian, entry kali ni nak cite psl my first family trip for 2012. Iaitu, kami ke selatan tanahair.. hao yeah!! hao leng aaaa~~ Huhu~~ ;D

Tajuk entry pun dah mcm drama cina je kan..eekekek..saja nak bg catchy sikit.. *peh! ;P* Ok, ni merupakan trip yg pertama kami utk 2012.. Insya Allah ke tempat2 lain akan dijelajahi, didoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Actually takde plan bercuti utk the whole year pun. Tp, ada rezeki lebih, boleh la nak panjangkan kaki ni melawat ke tempat org kan.. Jauh perjalanan, luas pengetahuan, ramai kenalan, byk pengalaman. 

Sbnrnya saja je pilih minggu ni utk bercuti sbbnya minggu dpn dah CNY. Tau2 je la kan, if cuti CNY ni, memasing pun sibuk nak balik kampung, ada yg tak kurang jugak plan nak bercuti. Yela sbb cuti sekolah jugak kan.. So, kami tanak la bersesak2 kat jammed, tu yg kami pilih minggu ni utk bercuti.

Persoalan kenapa negeri Johor yg dipilih? Sbnrnya kali ni merupakan kali kedua saya ke Johor. Tahun lepas or 2 tahun lepas ada pernah gi Johor, tu pun jenjalan gak.. Jenjalan with my siblings and beronggeng ke Singapore. So jawapan bg soalan yang saya sendiri gubal tadi ialah, sebenarnya nak gi jenjalan kat Johor Premium Outlet (JPO). Dpt tau kewujudan JPO ni pun thru paper. Then tgk mcm menarik je, sbb ia merupakan gedung branded yang lebih kurang mcm factory outlet kat UK yg saya penah cite kat entry seblum ni. Cuma tak pasti la harganya mcm mana. If mmg ditawarkan harga kilang, then should be worth la.. But ada jugak blog yg saya pernah browse mengatakan bahawa harganya lebih kurang dgn harga kat KL je and ada jugak yg lebih mahal drp harga di kaunter (which kat butik dia la). So, sifat inkuiri yang tinggi tu la, yg membuatkan kami sepakat utk dtg tgk sendiri mcm mana la rupa JPO ni. *Kami akan ke JPO ni esok, so will update bout it.. ;)*

Owh ya, kami bertolak dari Shah Alam tadi pukul 11am dan selamat tiba di Johor dan check in pada jam 5pm. Mcm lambat kan? hhehe..kami singgah beli kerepek la, lalu jalan dlm la..tu yg takes time tu.. if korg direct naik highway tu, rasanya dlm 3 jam pun dah sampai.. ;)

Kami singgah pekena nasi briyani kat Batu Pahat di sebuah restoran yg diberi nama BP Bariani Power Sdn Bhd yg terletak di Jalan Tukas 2, Taman Soga, Batu Pahat. Katanya paling sedap la. Kami sampai di restoran tersebut pada pukul 2pm mcm tu. So, just ada briyani ayam je. Yang lelain dah habis sold out. Even perut saya dah menangis kelaparan, ingatkan bila pekena nasi briyani leh mkn sedap la kan..tp, saya just leh bagi 3/5 bintang je la.. Sorry guys, tak kena dgn lidah saya kot.. Di bawah adalah nasi briyaninya.. ;)

Nasi Briyani Ayam
Acar & Gravy
Harga: RM9





p/s: we all dinner at Senibong Cove, Permas Jaya.. mmg terbaek~ will update soon.. ;)

Sunday, January 1, 2012

Welcome Happiness

As-salam,

Happy New Year everyone!

May this year will bring happiness and blessing to me and my whole family.

Goodbye Sadness, Hello Happiness! Amin, Insya Allah. ;)






p/s: sayonara 2011, konichiwa 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...