Semalam selepas tetamu dtg beraya rumah dah balik, saya and family gi Midvalley. *Plan asal nak gi Signature Garden awalnya. Tp dah lewat, so jenjalan kat MidVall je la..* Saja teman my mom yg nak cuci2 mata. Kitorg gi pun dah agak lewat, area pukul 5pm. Duk ingat jalan tak jammed. Tp jalan jammed jugak dari kedua2 arah. Menengoknya penumpang2 kat dlm perut kereta, semuanya bergaya sakan. Agaknya masing2 dari open house la kot. ;)
Sesampainya kat Midvalley, terus gi Metrojaya since my sister nak renew membership card MJ alang2 my mom pun nak cari cadar and my dad pun nak beli tali pinggang. Lepas rayau2 kat area situ, my parents pun dpt apa yg nak dibeli, so perut pun terasa lapar. So, my sis pilih utk ke Bumbu Desa sbb my dad mmg nak pekena nasi.
Bumbu Desa ni kat tingkat 3 or 4 tak silap, kat area lot MPH and ToysRus tu. ;)Restoran ini menghidangkan masakan Sunda dan Padang. Kami order nasi putih utk 3 org, lauk Ayam Tangkap, Asam Pedas Patin, Paru Tusok and Terung Bumbu Pedas. Air pula; Coconut Juice, Young Coconut, Soursoup Juice and Es Campur.
My review towards the dishes; I LOIKEEE! ;)) Super sedap! :) Ayam Tangkap ni ialah ayam yang diperap dgn rempah2 and then digoreng. Paru Tusok pula, macam rasa paru goreng yg biasa kita jumpa. Asam Pedas Patin dia sedap walaupun ni la kali pertama saya mkn ikan patin. Then Terung Bumbu Pedasnya pula pun sedap! Me loike the sambal. Ada rasa manis2 pedas. Enjoy the pictures taken!
Ayam Tangkap
Asam Pedas Patin
Terung Bumbu Pedas
Airnya pula; kalau anda nak minum air kelapa yg dlm biji kelapa tu sendiri, kena order Young Coconut. Sbbnya kalau anda order Coconut Juice, ia adalah air kelapa yang isinya telah diblend bersama. So, tak feel la bila minum. Es Campur pula, ia adalah campuran; santan+gula merah, cendol, nata de coco, buah kabung and isi kelapa. Sedap! Highly recommended! ;)
Es Campur
Pekerjanya terdiri daripada local dan juga dari Indon tu sendiri. Mereka berkebaya sebagai unifom, dan juga bagi pekerja lelaki, mereka pakai Belangkon. *Signature bg org Jawa*
Ambience kat situ, tenteram sbb byk guna dimmed light. Menariknya, bidai kat belakang tu digunakan kain batik yang dilekat pd gulungan kayu. *Isk, mcm mana mana nak cite ek? Tgk je la gmbr kat bawah ni..hihi.. :P*
Cantikkan lampu kat kaunter yg hidang lauk2 ni? ;)
Antara patung2 yang boleh dikatakan sbg signature kalau kita gi Indonesia ada disusun kat side tepi sbg deco
Pendek kata, mereka telah berjaya men"Sunda" dan mem"Padang"kan kami! Highly recommended! Yummeyh! ;)
p/s: Seperti biasa, my sis la yang belanja! ;)
p/s: Seperti biasa, my sis la yang belanja! ;)
No comments:
Post a Comment