Pages

Sunday, September 11, 2011

Dinner @ Bumbu Desa, Midvalley

As Salam readers,

Semalam selepas tetamu dtg beraya rumah dah balik, saya and family gi Midvalley. *Plan asal nak gi Signature Garden awalnya. Tp dah lewat, so jenjalan kat MidVall je la..* Saja teman my mom yg nak cuci2 mata. Kitorg gi pun dah agak lewat, area pukul 5pm. Duk ingat jalan tak jammed. Tp jalan jammed jugak dari kedua2 arah. Menengoknya penumpang2 kat dlm perut kereta, semuanya bergaya sakan. Agaknya masing2 dari open house la kot. ;)

Sesampainya kat Midvalley, terus gi Metrojaya since my sister nak renew membership card MJ alang2 my mom pun nak cari cadar and my dad pun nak beli tali pinggang. Lepas rayau2 kat area situ, my parents pun dpt apa yg nak dibeli, so perut pun terasa lapar. So, my sis pilih utk ke Bumbu Desa sbb my dad mmg nak pekena nasi.
Bumbu Desa ni kat tingkat 3 or 4 tak silap, kat area lot MPH and ToysRus tu. ;)



Restoran ini menghidangkan masakan Sunda dan Padang. Kami order nasi putih utk 3 org, lauk Ayam Tangkap, Asam Pedas Patin, Paru Tusok and Terung Bumbu Pedas. Air pula; Coconut Juice, Young Coconut, Soursoup Juice and Es Campur.

My review towards the dishes; I LOIKEEE! ;)) Super sedap! :) Ayam Tangkap ni ialah ayam yang diperap dgn rempah2 and then digoreng. Paru Tusok pula, macam rasa paru goreng yg biasa kita jumpa. Asam Pedas Patin dia sedap walaupun ni la kali pertama saya mkn ikan patin. Then Terung Bumbu Pedasnya pula pun sedap! Me loike the sambal. Ada rasa manis2 pedas. Enjoy the pictures taken!

Ayam Tangkap

Paru Tusok


Asam Pedas Patin


Terung Bumbu Pedas


Airnya pula; kalau anda nak minum air kelapa yg dlm biji kelapa tu sendiri, kena order Young Coconut. Sbbnya kalau anda order Coconut Juice, ia adalah air kelapa yang isinya telah diblend bersama. So, tak feel la bila minum. Es Campur pula, ia adalah campuran; santan+gula merah, cendol, nata de coco, buah kabung and isi kelapa. Sedap! Highly recommended! ;)

Es Campur


Pekerjanya terdiri daripada local dan juga dari Indon tu sendiri. Mereka berkebaya sebagai unifom, dan juga bagi pekerja lelaki, mereka pakai Belangkon. *Signature bg org Jawa*

Ambience kat situ, tenteram sbb byk guna dimmed light. Menariknya, bidai kat belakang tu digunakan kain batik yang dilekat pd gulungan kayu. *Isk, mcm mana mana nak cite ek? Tgk je la gmbr kat bawah ni..hihi.. :P*


Cantikkan lampu kat kaunter yg hidang lauk2 ni? ;)


Antara patung2 yang boleh dikatakan sbg signature kalau kita gi Indonesia ada disusun kat side tepi sbg deco

Pendek kata, mereka telah berjaya men"Sunda" dan mem"Padang"kan kami! Highly recommended! Yummeyh! ;)





p/s: Seperti biasa, my sis la yang belanja! ;)

Wednesday, September 7, 2011

Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda - Hujan & Raihan

Salam readers,
Huhu~ Nah, seperti yg dijanjikan tempoh hari, ni dia lagu raya pilihan saya! Ia sebuah lagu baru, tp sedap utk didengar. Rasanya ia dilaunch sekitar tahun 2010 tak silap.

Lagu ini megisahkan tentang keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibu bapanya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran. Walau apa pun cara yang dilakukan untuk membalas jasa orang tuanya, ia tidak mampu membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si ibu dan ayah. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibubapanya.
Enjoice! Oh ya, disertakan lirik serta chord gitar,k! ;) *Boley la praktis n goreng gitar masa buat persembahan time majlis jamuan raya kat ofis..huhu~~ ;P*








Am F
Terkenang Di Ketika Itu
G C
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
F Dm
Apa Saja Kemahuan Diri
F E
Akan Cuba Dipenuhi
Am F
Walau Hidup Dalam Kesukaran
G C
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
F Dm
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
F E
Kau Berdua Kan Berkorban
Dm G
Tetapi Baru Kusedari
C Am
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Dm G
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
C E
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Chorus:
A Dm
Salam Aidilfitri
G C E
Ayah Bonda Yang Dicintai
A Dm
Maafkanlah Anakmu Ini
G E Am E
Kerna Belum Cukup Berbakti

Am F
Pabila Menjelang Lebaran
G C
Baju Baru Kan Disediakan
F Dm
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
F E
Keperitan Saat Itu
Dm G
Namun Wajahmu Terus Barcahaya
C Am
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Dm G
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
C E
Andai Anakmu Bahagia

(Ulang Chorus)

Monday, September 5, 2011

Jiwang di bulan Syawal

Hello readers!

Di bulan Syawal yang mulia ni, jom layankan lagu jiwang seround! ;)






Bagaikan tiada lagi
Mentari pagi hari
Suram dan kelam
Dan aku pun menyendiri

Perginya entah kemana
membawa hati luka
Kerna kucurang
Pada cinta yang kau serah

Dan bagaimanakah
Harus kubawa engkau semula
Kembali bersama
Menyusuli cinta kita dulu

Kugenggam baramu
Walaupun panas tak ku terasa
Demi mu kuingin kembali
Pasti tak kuulangi

Pulanglah oh sayang
Bersama salju rindu kasihmu
Izinkan ku kembali lagi di hatimu

Biarpun payah kau terima
Pasti kucuba







p/s: VC lagu raya saya takde buat entry pun kan? Takpe, bakal menyusul kemudian! ;)

Friday, September 2, 2011

Raya ke-4 di Jepun

As salam readers,


Heheh.. jgn terkejut bila membaca tajuk entry kali ini. Saya bukan beraya di Jepun. Tapi di restoran yang menyediakan makanan Jepun. Heheh.. :P

Dah nama pun raya kan, mesti la juadah yang disediakan pun antaranya terdiri daripada lontong, ketupat, lemang, rendang, sate, soto dan pelbagai aneka masakan yang enak2 kan. Kalau difikirkan diet, mmg sayang sgt nak 'menyumbat' makanan2 tu ke dalam perut ni. Tapi bisik hati pula berkata, 'Ala..dah nama pun raya, letak tepi dulu la soal diet2 ni.. Setahun sekali je pun nak jumpa makanan2 istimewa mcm ni.' Mmg betul la kata org2 tua dulu, "Ikut hati, mati.. Ikut rasa, binasa." Dlm konteks ayat yang dpt dipraktikkan dlm situasi ini ialah, bila nak ikut hati, semuanya kita nak makan. Dalam bila semua benda kita nak makan, kadang2 benda yang kita patut pantang pun kita bedal jugak. Bila ikut rasa sgt, akan binasa la bentuk badan kita *Yela, lemak tertempel sana sini.* Dan bermula dari situ la wujudnya pepatah moden skrg iaitu, "Pantang jumpa! Kalau jumpa, mesti kena rasa/mkn." *Bley plak gitu ek? ;P*

Tapi kalau dah sampai tiga hari berturut2 nak makan lauk rendang, ketupat tu smua, adakalanya timbul jugak rasa jemu. So, apa yg saya and my siblings buat adalah, kitorg beraya di Sushi King, Subang Parade! ;)

Kitorg order 4 set Salmon Sashimi, Ika Meshi Curry (nasi Calrose disumbat ke dlm sotong. Rupa dia mcm ketupat sotong yg byk jual kat Terengganu tu), Fry Roll and 2 set of Soft Shell Crab Temaki. Yang temaki ni ada promotion, iaitu buy 2 at RM6. Mmg super jimat sbb kalau takde promo satu temaki tu je RM5 dah harga dia. Then yg kat kaiten belt tu kitorg ambik Edamame, California Maki and Salmon Skin Piri Piri. Air pula, hot green tea.

Ni la promotionnya


Ni la Salmon Sashiminya! ;)



Wah! Kenyang mmg kenyang tak hengat la. Cicah ngan kicap Nitsume+wasabi+chilli powder then mintak pulak ginger. Mmg terbaekk la.. ;) And seperti biasa, my sister yang bayar, lagi bertambah2 kenyang la kan! hehe... ;P
















p/s: Thank you my sis!Belanja lagi deh!kehkehkehkeh.. ;)

Thursday, September 1, 2011

Selamat Merdeka Raya!

Salam readers,

Huhu~ Maybe agak lewat untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka, tp saya nak jugak ucap kat sini. Heheh... pdhal entry sblum ni ada je wish kan?hehehe.. ;)

So, macam mana raya? Raya tahun ni, saya dapati ramai yg pakai bertemakan purple. Pattern baju mcm biasa, takde yg kelihatan pelik atau unik. Kalau diikutkan yg jual kat bazaar2 raya tu pun mostly pattern yg sama je. Agaknya masing2 pun dah kering idea kot nak cetuskan design yg unik and terbaru. Owh, maybe tahun ni trend manik2 kot. Yups, even saya sendiri pun teringin nak cari baju yg ada manik2 bagai ni. Tp bila dilihat2 pada harganya, 'Humangaaaaiii...bagaikan letakkan kaca mata hitam berjenama Gucci melekat di badan je..' ;P Mahal weih... ;p

Tahun ni preparation untuk raya mmg saaaaangaat low profile. Baju raya saya beli last minute shopping. Kira gamble je la. If ada berkenan, beli. If takde just pakai je la baju mana yang ada. Luckily, ada jugak la terjumpa yg berkenan, so rembat je la. *Sebenarnya ada crite sedih pasal baju raya ni. Tp taknak crite kat sini. Bimbang tambahkan dosa je. So, biar jela saya je yg tahu apa yg jadi sebnrnya..huhu..R A H S I A... :P* Then bab2 beli kuih pulak, tahun ni saya tak menghebat membeli. Semuanya kakak saya yg sponsor. Saya just sponsor kek kukus yang dibeli daripada Kak Nita and beras istimewa dari India.

Apa lagi yer nak crite? Rasanya tu je kot. Penat tak hilang lagi ni. Tadi beraya sampai ke ptg, Maghrib baru smpai rumah. Alhamdulillah cuaca baik je harini. ;) Esok ada plan yang perlu dilaksanakan. ;) Chow sin chi~~~







p/s: *Gudnite*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...