As for 4th day, we all begin our journey heading to Liverpool. From Manchester nak ke Liverpool ambil masa dalam 45 minit ke sejam mcm tu.
Since kat Manchester kami masuk Old Trafford Stadium kan? So, dah alang2 kat Liverpool ni, kami pun ambil kesempatan juga la untuk menjengah ke Anfield Stadium. Kedudukan Stadium Anfield ni sangat la town uols! Ia berada betul2 kat tengah2 pekan kecil Liverpool. Belakang dia dah rumah, depannya dah deretan kedai. Ia bukan mcm Stadium Melawati Shah Alam yang gah terbina kat tengah2 lembah Seksyen 13 tu. Macam mana ek nak bagi korg imagine.. ermm.. dia lebih kurang rumah teres kita, which jiran belakang tu dah rumah2 and jiran depan rumah tu dah deretan kedai. Haa...gitu la lebih kurang perumpamaannya. And kat sini, mmg dia dah statedkan dah, jangan tinggalkan barangan berharga kat dalam kereta kerana dikhuatiri akan berlaku apa2 yang tak diingini. Since wagon car kitorng pun mmg sarat bawa muatan, so kami pun risau juga sebenarnya nak tinggalkan kereta tu, so tawakal je la. Tp dalam tawakal2 pun, kami usahakan juga la untuk sorok2 sikit beg2 plastik yang maybe boleh menarik perhatian orang luar untuk buat apa2 yang tak diingini. Dalam beg plastik tu bukan isi apa pun, just stok2 makanan yang dibeli. ;)
Kami tiba dalam lebih kurang pukul 11am mcm tu, and kalau diikutkan if takde tiket round stadium tu, kami dah malas dah nak masuk. Tp rezeki kami masih ada. Ngam2 kami sampai tu, jualan tiket untuk Museum & Tours still dibuka. So, kami pun beli la tiket2 tersebut dengan harga GBP52 utk 5 org. Tp yang kat sini tak brape best sbbnya tiketnya just mcm resit top up tu and takde dpt apa2 free lanyard pun. Yang beli tiket tu adalah saya n my sister. So kami pun mcm, ‘?? Dpt resit 5 keping ni je?’ heheh.. :P
As usual, kat bawah tu ada merchandise outlet dia, and kat atas baru ada muzium dia. Fyi, museum Liverpool ni pun kecik je. Boleh dikatakan mcm muzium mini la. Dia just display piala2 dulu, and info2 tentang player2 lama dia. Langsung takde gambar Gerrard ka, Agger ka, habis2 koman Kuyt ka, pun takde.. Mmg dia duk crite and display tentang org2 yang dah masuk “muzium” dah pun.. *haip, tak baik ckp mcm tu.. :P*
Bila dah puas ronda2 kat dlm muzium tu, so dah tiba masa untuk kami masuk ke dlm stadium. Kat Liverpool ni, saya tak brape nak faham sgt loghat tour guide kami. Entah, dah mcm dengar org Sepanyol ckp English pun ada. So bila time dia buat lawak, saya just pura2 gelak konon faham la. Dalam hati, ‘Isk, dia buat lawak apa nih?’ *Blur*
Tour guide tu bagitau serba sedikit sejarah terbinanya Anfield tu, kedudukan kamera yang ada dalam stadium utk rakaman live semasa match dan mcm2 info lagi sambil kami dibawa ke beberapa lokasi dlm stadium itu sendiri. Lepas je tour dlm stadium tu, kami pun buat tour sendiri kat merchandise outlet kat bawah tu.
Setelah sampai di Bristol, kami berhenti singgah kat shopping valley yg ada Morrison, B&Q, Currys, Allied Carpet and Sport Direct. Kami singgah sini just nak cuci2 mata. My dad je yang ada tujuan nak cari topi beret jenama Kangol, menuju masuk ke dalam kedai Sport Direct. Dalam duk my dad cari topi dia, kami ni pun pusing2 la ronda kedai sukan ni. Dalam pada duk ronda2, tangan ni cepat je pegang seluar senam. *Pasang niat nak jogging sbnrnya* Seluar tu harganya GBP6 jenama LA Gear. Kalau kat Malaysia dapat ke seluar sukan dgn harga RM30? Rasa mcm takde je. Dah habis bayar, kami pun tunggu my dad kat kereta sambil menghabiskan stok makanan yang rasanya susah nak susut.
p/s: Brownies and cornflakes salut coklat yang ada jual kat Waitrose sedap! Highly recommended! ;)
No comments:
Post a Comment