Pages

Wednesday, June 29, 2011

Bon Voyage My Friends

Dear readers,

....
Hurm... Sayu je rasa bila ramai di kalangan my officemate yang seorang2 dah semakin beransur melangkah keluar meninggalkan halaman officeku yang tak mungkin mereka akan berpaling kembali. T_T


Takpela, kita yang masih setia di sini, mesti teruskan hidup. Insya-Allah, bila tiba masanya dah tentu giliran kita akan tiba. Biar masa yang menentukan. Kita mesti percaya bahawa rezeki Allah ni luas. Kita just laluinya dengan redha.


Ok, since hari ni kami ada la buat mini farewell for Kak Ja and Syu which kebetulan harini last day for them before they both report duty on 1st July 2011. Menu for today; KFC original and hot & spicy, potato wedges, mashed potatoes, coleslow, 4 bottles of F&N Sarsi and a mango cake.


Even though ni adalah majlis farewell, tapi still kami raikan dengan gelak tawa. Yela, hari2 terakhir untuk kami bergurau senda. K la, tanak cite byk, just tgk je la gambar yang dah disnap siang tadi.




















Bon Voyage my dear friends. Do keep in touch ya!


p/s: when I create this entry, I'm crying... susah nak dpt suasana kawan2 mcm ni kat tempat lain..sedih la.... T_T

Tuesday, June 28, 2011

My First Order

Aloha!

Good day, everyone! Woohoo~

Kali ni mcm lain sikit entrynya iaitu I'm gonna show you my entah brape kali trial, but this is my first order that I received from my friend, Kak Limah! Thank you Kak Limah because you are my first customer..heheh.. ;)

Gambar di bawah adalah sejenis kuih yang diberi nama Strawberry Mini Cheese Tart. Ye ye.. saya sedar rupanya kurang cantik. Tapi maafkan la.. sebab ni pun baru je first time dapat order. Insya Allah, akan dipercantikkan lukisan corak di atasnya yer.. ;)

Berapa harga cheese tart ni?

Sekotak ada 50pcs = RM40




Tuesday, June 21, 2011

My Vacation: Malaysia to United Kingdom (Part 4)

Salam uols!

Ok, meh kita sambung lagi crite perjalanan kita yang masih panjang lagi jalan ceritanya ni. Dah bermimpi indah utk malam terakhir di Manchester, so dah tiba masa untuk bergerak ke destinasi yang seterusnya.

Day 4
As for 4th day, we all begin our journey heading to Liverpool. From Manchester nak ke Liverpool ambil masa dalam 45 minit ke sejam mcm tu.

Since kat Manchester kami masuk Old Trafford Stadium kan? So, dah alang2 kat Liverpool ni, kami pun ambil kesempatan juga la untuk menjengah ke Anfield Stadium. Kedudukan Stadium Anfield ni sangat la town uols! Ia berada betul2 kat tengah2 pekan kecil Liverpool. Belakang dia dah rumah, depannya dah deretan kedai. Ia bukan mcm Stadium Melawati Shah Alam yang gah terbina kat tengah2 lembah Seksyen 13 tu. Macam mana ek nak bagi korg imagine.. ermm.. dia lebih kurang rumah teres kita, which jiran belakang tu dah rumah2 and jiran depan rumah tu dah deretan kedai. Haa...gitu la lebih kurang perumpamaannya. And kat sini, mmg dia dah statedkan dah, jangan tinggalkan barangan berharga kat dalam kereta kerana dikhuatiri akan berlaku apa2 yang tak diingini. Since wagon car kitorng pun mmg sarat bawa muatan, so kami pun risau juga sebenarnya nak tinggalkan kereta tu, so tawakal je la. Tp dalam tawakal2 pun, kami usahakan juga la untuk sorok2 sikit beg2 plastik yang maybe boleh menarik perhatian orang luar untuk buat apa2 yang tak diingini. Dalam beg plastik tu bukan isi apa pun, just stok2 makanan yang dibeli. ;)


Kami tiba dalam lebih kurang pukul 11am mcm tu, and kalau diikutkan if takde tiket round stadium tu, kami dah malas dah nak masuk. Tp rezeki kami masih ada. Ngam2 kami sampai tu, jualan tiket untuk Museum & Tours still dibuka. So, kami pun beli la tiket2 tersebut dengan harga GBP52 utk 5 org. Tp yang kat sini tak brape best sbbnya tiketnya just mcm resit top up tu and takde dpt apa2 free lanyard pun. Yang beli tiket tu adalah saya n my sister. So kami pun mcm, ‘?? Dpt resit 5 keping ni je?’ heheh.. :P


As usual, kat bawah tu ada merchandise outlet dia, and kat atas baru ada muzium dia. Fyi, museum Liverpool ni pun kecik je. Boleh dikatakan mcm muzium mini la. Dia just display piala2 dulu, and info2 tentang player2 lama dia. Langsung takde gambar Gerrard ka, Agger ka, habis2 koman Kuyt ka, pun takde.. Mmg dia duk crite and display tentang org2 yang dah masuk “muzium” dah pun.. *haip, tak baik ckp mcm tu.. :P*


Bila dah puas ronda2 kat dlm muzium tu, so dah tiba masa untuk kami masuk ke dlm stadium. Kat Liverpool ni, saya tak brape nak faham sgt loghat tour guide kami. Entah, dah mcm dengar org Sepanyol ckp English pun ada. So bila time dia buat lawak, saya just pura2 gelak konon faham la. Dalam hati, ‘Isk, dia buat lawak apa nih?’ *Blur*


Tour guide tu bagitau serba sedikit sejarah terbinanya Anfield tu, kedudukan kamera yang ada dalam stadium utk rakaman live semasa match dan mcm2 info lagi sambil kami dibawa ke beberapa lokasi dlm stadium itu sendiri. Lepas je tour dlm stadium tu, kami pun buat tour sendiri kat merchandise outlet kat bawah tu.












Merchandise outletnya takde buat sales utk barangan saiz dewasa. Hanya kanak2 punya bahagian je yang ada sales. Tp sales pun takde la sales sangat. Saya ada la merembat sehelai pinky shirt yang ada gambar Torres dijual dgn harga GBP3. Tu pun sbb nak perabis stok la tu, mentang2 la Torres pun dah kena jual. Tu je yang paling murah kat kids area. Baju yang ada gambar J Cole pun lagi mahal dijual.. :P My mom, dad and brother pernah sampai kat Anfield ni (time my bro konvo dulu). Tp dorg just gi kat merchandise outlet ni je means tak join pun museum tours tu. So my mom and dad dah rembat sweater dah dulu tu. Fyi my dad mmg Liverpool fan yang sememangnya my dad sgt kecewa bila Torres dipindahmilik kepada Chelsea!huhu~ ;P Siap I did the transaction, so we went to Everton. Just lalu je kat pekan Everton. Dpt juga la snap a few pictures kat luar stadium Everton. Everton dgn Liverpool ni tak jauh pun. Ia sebuah pekan sebelah-menyebelah. Pendek kata, kentut pun boleh dengar..heheh.. :P Kemudian kami sambung lagi journey ke Bristol since kami pun dah booked Travelodge Hotel kat Bristol.

Untuk ke Bristol, kami ambil kesempatan untuk lalu Birmingham. Sepanjang highway tu, akan kelihatan tanaman canola hidup subur penuh kat kiri dan kanan jalan. Memang mendamaikan suasananya ditambah pula kat Bristol ni sejuk kerana kedudukannya berdekatan dgn laut. Suhunya 11 degree Celsius masa tu. Agak tergedik2 juga la menggigil kesejukan.
Setelah sampai di Bristol, kami berhenti singgah kat shopping valley yg ada Morrison, B&Q, Currys, Allied Carpet and Sport Direct. Kami singgah sini just nak cuci2 mata. My dad je yang ada tujuan nak cari topi beret jenama Kangol, menuju masuk ke dalam kedai Sport Direct. Dalam duk my dad cari topi dia, kami ni pun pusing2 la ronda kedai sukan ni. Dalam pada duk ronda2, tangan ni cepat je pegang seluar senam. *Pasang niat nak jogging sbnrnya* Seluar tu harganya GBP6 jenama LA Gear. Kalau kat Malaysia dapat ke seluar sukan dgn harga RM30? Rasa mcm takde je. Dah habis bayar, kami pun tunggu my dad kat kereta sambil menghabiskan stok makanan yang rasanya susah nak susut.
Habis je my dad shopping dia punya topi Kangol tu, so we direct check in kat hotel utk berehat dan menikmati dinner yg walla~





p/s: Brownies and cornflakes salut coklat yang ada jual kat Waitrose sedap! Highly recommended! ;)











Monday, June 20, 2011

Lunch & Birthday Celebration May and June

Hola,

Again, boleh dikatakan every month juga la my office selalu buat makan2. Haritu ada buat potluck. (But since on that day, I'm not in a good mood, so I don't have the pictures on that event, that’s why there is no entry about it). But for this time, it’s more to makan free which *me loike!*..hehe.. ;P Basically majlis ni diadakan just to raikan farewell my colleagues which they got transferred and the effective date they will start working at the new place is on 1st July 2011. They are; Kak Ja n Fara (from KJ to Alor Setar branch), Syu (from KJ to Johor branch), Naurah (from KJ to our HQ in KL) and Yan (from KJ to her previous company *someone has told me that*). Ada sesiapa yang tertinggal lg tak? Rasa mcm takde.. But if ada, minta maaf byk sbb maybe I yang taktau. And for those yang sambut hari lahir pada bulan May and June. As been told, Kak Limah adalah salah sorang yang share birthday month dgn En. Amrul and Ain.

The organizer for this event was my department. So for preparing our meals on that day, we decided to appoint a catering to provide the foods for 50pax. Pada asalnya budget RM10 per head. But since ada yg request nak lauk daging, so the new quotation given was RM12 per head. So we just agreed and we also ordered sate; daging & ayam for 200 cucuk. Looks like byk giler! Tp habis licin all the sates! Cayalah! ;)

Ok, for the main course we have; Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap, Acar Nenas, Papadom, buah oren & tembikai and air oren. The nasi was so nice! Segala perasa dan garam serba cukup. I love it! Ayam Masak Merah pun sedap, siap ambik 2 ketul ayam untuk 1st round. *Gile tamak!LOL*, Daging Masak Kicap pun yummy.. I took 3 slices of it.. 5 keping of crunchy papadoms..heheh.. :P

Disebabkan kesedapan yang melampau, so berlaku penambahan nasi ke dalam pinggan saya, huhu! *langsung sengaja dilupakan program diet..kehkehkeh* Oh ya, the sate I just took 2cucuk je.. satu ayam n satu daging without the gravy. From my point of taste, *erk, ada ke ayat camgini?* sate tu tak brape fresh la.. sbb dia mcm ada bau sikit especially kat sate ayam tu.. and apa lagi yg I makan ek.. Ooppsss! Ya, dah nama pun birthday celebration kan, mesti la ada kek! So we bought 2 cakes from King’s Bakery; chocolate & apple cake. Erm..apa lagi yer..oh, my cheese tart.. heheh.. That was my 2nd trial baking the cheese tart. Last but not least, Tenten pudding, mango flavours! ;)

Ok, since nothing else I want to jot here, please do enjoy the picture of lauk taken, okeh! *Siyes leh buat terliur*




















My Vacation: Malaysia to United Kingdom (Part 3)

As Salam readers,

Huhu~ This time nak update the activities that we did on the third day! ;)


Day 3


Hehe.. Actually the whole day for today just shopping at Cheshire Oaks Outlet. Here got over 145 designer outlets. It is a deretan kedai yang berbentuk separa bulatan. Macam2 kedai yang ada kat sini, antaranya Nike Factory Store, Burberry, Mulberry, Gap and many more! Pendek kata, kalau anda datang singgah kat sini, pastikan anda datang dengan membawa duit yang cukup, perut yang telah kenyang diisi dan tenaga yang byk supaya mudah untuk anda berjalan dan membuat tawaf masuk-keluar di kesemua outlet2 yang ada.. heheh.. :P



Tp serius la, mmg penat kalau nak masuk setiap kedai. Tp since dah kami pun niat nak jalan, jadi, gagahkan juga la kaki melangkah.


As usual, perempuan bila bab2 shopping ni, dah tentu akan tinjau kat area baju2, handbag, cuci2 mata kat pinggan2 mangkuk, kasut, perfumes and cosmetic kan? Jgn risau, sbb kedai2 yang menjual barangan tersebut mmg ada, tinggal kita nak pilih n nak beli or not je. Menariknya kat sini, boleh dikatakan harga yang ditawarkan quite murah, sebab dia dtg dari kilang direct kpd pembeli. And kebetulan, mmg time sales pun untuk musim bunga kat situ. Jadinya, baju2 yang ditawarkan dengan harga murah tu, kebanyakannya sesuai untuk kita beli dan pakai dengan cuaca kat Malaysia.


Kalau sales musim panas pula, byk baju yang nipis2 dan jarang. Still sesuai kat Malaysia, tp untuk muslimah maybe tak berapa manis la utk dipakai.


Terdapat 2 peraturan yg I nak share which perlu diamalkan semasa shopping time iaitu:


Peraturan pertama : Jgn convert matawang dorg kepada RM
Peraturan kedua : If you do so, please refer rule number 1.


Frankly speaking, if kita convert, mmg mesti takkan membeli punya la.. Yeah, it is good for you untuk convert the value maybe to make some comparison, tp if mmg dah mencari selama bertapa bertahun2 barang tu, then dah jumpa, grab je la.. Takyah nak fikir panjang..takut nnt gigit jari and siang terbayang, malam merindu la plak brg idaman duk terdisplay je kat rack tu kan.. :P Tp kalau nak diikutkan, mmg boleh diconsider murah.. ;)


As for me, brg yg maybe berbaloi untuk dibeli, ialah handbag. Sbbnya normally handbag kat sini if stated situ genuine leather, then mmg confirmed 100% leather and harga dlm sekitar GBP70. If GBP70 x 5 = RM350. Dengan RM350, kat Malaysia mana bley jumpa handbag kulit? Kalau kulit pun dah tentu dijual kat outlet mcm Braun Buffel yang harganya sekitar RM700++. Save bukan?


Lagi satu, harga cosmeticnya pun murah.. Contohnya if eyeliner Clinique, dijual di kaunter dlm RM68-70, tp kat sini dijual pada harga GBP10. Harga kat Malaysia? Kira la sendiri, kat atas dah bagi contoh dah..huhu.. :P


Kat sini disebabkan cuaca sejuk berangin, so jalan tu tak brape nak letih. And sumerang jalan laju je, yela, masing2 nak hasilkan haba supaya dpt panaskan badan. So mmg takde kelihatan manusia yang jalan leweh2 ni. Bila dah penat keluar-masuk kedai memilih2, try n letak, ada jugak yang try n bayar, so perut pun jadi lapar.


Jadinya, tgh hari tu, kami lunch kat Harry Ramsden's Fish & Chips, World Famous Fish & Chips. Kat sini la bermulanya kami makan fish & chips and boleh dikatakan dah mcm suka juga la sang perut ni kalau diisi dgn fillet ikan. So we ordered ikan haddock and cod. Kat sini mmg akan rasa rindu la utk mkn makanan pedas sbbnya anda takkan jumpa sos cili, byk jumpa tomato ketchup. Habis2 nak pedas, tambah la pepper kat sos tomato tu. Kat fries tu pula, ditambah dengan salt & vinegar. Menarik juga la bila mkn fries dgn vinegar. *Gambar takde, sbb bila sampai je fillet2 ikan yang diorder, masing2 rakus mencarik2 isi si mangsa..heheh.. :P Maklumla, lapar..* Bila dah habis makan tu, so sambung la balik pencarian barang2 yang mmg dah ditarget untuk dicari kat sini.


A few things that I bought here are towel - towel kat sini jenis tebal (ala mcm kat Debenham tu), besar n harga dlm GBP15, a blouse from Next and also a cardigan from Jane Norman. While, my mom bought a handbag from Radley. Actually saya geram jugak tgk handbagnya yang super duper hawt. Tp disebabkan saya target nak beli kat London, so saya tahan kan saja la niat nak beli handbag kat sini.

Dah seharian letih berjalan dan membeli, so kami pun pulang semula ke hotel tempat kami menginap iaitu di Travelodge Hotel, Manchester. ;)

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

To all ayah, abah, papa, daddy, walid, abi and daddy-t0-be,

HAPPY FATHER'S DAY!


To my ayah,

SELAMAT HARI BAPA. Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dilimpahkan rezeki. Love you, ayah! ;)

Sunday, June 5, 2011

Mari Belajar Make Up

Alops!

Entry kali ni nak kongsi cara nak merias mata menggunakan dwi-warna. I am not an expertise in make up ni. Tp sekadar boleh la nak menata rias wajah sendiri. Still in learning process lagi sebenarnya. Me suka kaler2 ni, tp masih kena byk belajar lg, lebih2 lagi utk main dengan byk warna. Sebab kita kena faham juga make up tu sesuai tak dengan warna kulit kita dan jugak ke-heavy-an pada muka. Normally kalau gi function2 or dinner, sesuai utk kenakan make up yang agak tebal and bley la nak letak glittery2 tu..sbb nak bagi menonjol especially kat part mata.. So bila kita tgk org yang bermekap tebal kat function2 ni, kita faham la kenapa org ni make up gini. Tp kalau setakat nak gi ofis ke, nak gi pasar, shopping pd hujung minggu rasanya tak perlu kot utk mekap tebal2.. Tp depends pada confident level individu tu jugak. If dia rasa ok je even tho waktu tu tgh panas terik, then biarkan la dia.. Lagipun, dia punya mekap, dia punya muka..so Ada Aku Kesah ke? hehhe.. :P *ayat poyo zaman kini*


Photobucket


Kalau tgk kat gmbr di atas, me gunakan eye shadow In-2-It, Trifle colour code ED33. Simple je nak gunakannya iaitu, seperti biasa kita kena applykan moisturizer kat seluruh muka then titikkan 5 point of foundation. Me tak suke pakai foundation sbnrnya. Entah kenapa.. So normally, I just skip je tang pemakaian foundation tu. Directly tepek bedak compact. Kemudian, apply eye shadow highlight tu kat seluruh kelopak mata. Setelah rata, amik kaler yg maroon tu, letak kat hujung kelopak mata di sebelah luar.. Mulakan dari luar dan perlahan2 adunkan kaler tu ke sebelah dlm kelopak mata. Masa mengadun tu, pastikan gerakan berus/applicator tu membulat yer, supaya nampak lagi natural bila kita blend the colour. Last step is kemaskan dengan mengenakan eyeliner. Eye liner ni I guna Estee Lauder yang dipinjam from my sister. Pemakaian eye line ni, kalau nak ke pejabat normally cukup sekadar applykan kat upper eyelid. If nak gi berjalan tu, ok la kalau nak apply kat sekeliling mata. Selesai pakai eyeliner, boleh la dilengkapkan dgn mascara. Tp, in my case, saya tak suke utk guna mascara.




K, rasanya tu je kot yg mampu utk dikongsi. Daa~~

Friday, June 3, 2011

Lunch at Murni Sunway Mentari

As Salam,

Harini apa yang diplan pada hari smlm tak menjadi.. Plan asalnya nak gi mencuci mata kat Jakel. Konon nak carik kain pasang la.. since Kincik pun ada plan nak cari gak kain pasang gak.. So, plan dah cantik dah, since my bos pun takde, leh la sang tikus chumel menari berjoget2 salsa kegirangan.. But, once masuk je kat carpark ofis, mataku terlihat kereta putih itu..aduhh...bikin spoil dah pagi tu.. takpe2.. rancangan pada waktu lunch time tetap akan diteruskan..oh yeah!

Ku masuk ke ofis seperti biasa, lagak seperti seorang executive yang berjaya yang tiada sebarang masalah.. Kududuk, perlahan2 ku menarik kerusi rapat ke meja, dan skrin pc di onkan.. Ku mengecheck email di inbox, seperti biasa, ada 17email kesemuanya..ni sume email keje, takpe, bila angin rajin bertiup, email2 ini akan segera dibuka dan diselesaikan tugasnya.

Asal je mata pandang skrin, anak mata terus bertumpu ke sudut kanan bawah. Ya, di situ letaknya jam pc.. Aah, baru pukul 11.29am.. Isk, awat rasa lambat entah.. Takpe2.. Tinggal lagi sejam.. sedangku sibuk melayan pc ku itu, jam 12.15pm, rakanku Aimi tiba dan memberitahu dia perlu ke suatu tempat yang begitu familiar sgt utk mendapatkan dokumen. Plan harus ditukar.. lantas dengan pantas dan tuntasnya jari ini menari2 di papan kekunci utk mencari Jakel yang berada di ibukota Kuala Lumpur.. *pergh, gile ayat skema! :P* tertulis di situ, Jalan Masjid India, Off Jln Bunus.. aisey..bab2 kat KL ni la yg eden lomah ni hah.. ok, plan diubah, dari terus pecut ke Jakel Seksyen 7, Shah Alam kepada SYABAS Jalan Narayanan -> suatu wisma di KL (nama dirahsiakan) -> Jakel KL/Jln TAR.. ;)

Kereta mula bergerak menuju ke SYABAS.. ada masalah sikit yang memerlukan confirmation dari pihak tertentu sebelum urusan itu boleh diteruskan dan seterusnya selesai la satu mission. Ok, then ke wisma tersebut dan sampai di sana pada pukul 1.30pm. Tunggu dlm setengah jam bagi rakanku tadi mendapatkan dokumen yang dimaksudkan.. Pada jam 2pm, 2 rakanku+diriku yang tunggu kat dlm kereta masing2 tertanya.. "Mana dokumennya? kata ada dokumen?" kerana melihat rakanku tadi pulang dgn membawa sampul yg sama seperti mana dia pergi ke bangunan td.. setelah rakanku masuk ke dlm perut kereta, lantas soalan tadi terus dicampak kepadanya.. jawapan dia, "Si Tut dah amik dah semalam" perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... bengang je kami2 ini mendengar jawapan tu..ok takpe, sabar2.. jam dah menunjukkan pukul 2pm++. Waktu rehat dah nak habis.

Kami menyambung perjalanan.. Aimi tanya, "Mcm mana nak gi Jakel?" soalan tersebut dibalas, "Kita pergi minggu dpn je la. Tak sempat dah ni..nak gi makan lagi..lapar.." mmg perut masing2 dah berbunyi mcm2 lagu dah pun.. rock keras, boria anak tanjung, kopi dangdut..sume bunyi instrumen la dah kluar.. Otw tu, baru teringat kena balik semula ke SYABAS. Rakanku telah berusaha menghubungi pihak berkenaan, tetapi gagal. Oleh yang demikian, kami sepakat membuat keputusan yg dibuat dlm masa kurang 3 minit tanpa berunding dengan pihak berkenaan.. sbb kami kan Exec..heheh.. :P

Selesai satu urusan, kami pun menuju la ke Restoran Murni yang terletak di Dataran Sunway Mentari utk memujuk sang perut yang dah lama merajuk. Since my fren pun mentioned kat situ yg sedap Carbonaranya. Ku pernah terdengar nama restoran ini melalui blog rakan sekolah menengahku. Dlm blog tersebut, ada mention yang Roti Hawai super marveles.. ok, mari kita tgk mcm mana rasa makanan kat sana. Lokasinya terletak berhadapan Save More Sunway Mentari. Area belakang Lim Kok Wing kot situ. Senang nak cari sebenarnya, tp a bit tricky la if tak familiar with that area.

Pada waktu itu, pelanggan tak berapa ramai. Kincik bagitau, siang mmg tak ramai. Tp kalau malam..humangaii.. ramai! tu belum lagi kat cawangan SS2.. sampaikan kena duk ngendeng2 kat meja org utk dapatkan tempat.. giler ramai!

Ku tilik2 senarai menu, kat situ ada menyediakan makanan ala-carte malay n western. Contoh malay cuisine yg ada pelbagai jenis roti iaitu roti canai, roti bom, roti hawaii, bla..bla..bla.. dah mcm kat mamak pun iye jugak bila baca senarai menu tu.. roti hawai tu, dia mcm murtabak la kot.. since ada terbaca stuffed with minced beef/chicken, onions etc. Decoration kat atas tu diletak mayonise yg dilukis bunga, spider web and ikut kekreatifan n mood si tukang masak on that time la kot.. Kincik said, portionnya byk.. boleh mkn utk 2 org.. since I'm not in the mood to makan sgt sbb perut cramp, so I ordered Bihun Tomyam+air Pink Panther (recommended by Kincik). While Aimi (Bihun Siam+Milo Dinosour/Milo Tabur entah namanya), Kikin (Nasi Goreng Meletup+Nescafe Ais) and Kincik (Nasi Goreng Paprik+Kedondong Kat Chai Plum).

Here is the pictures taken!

.
.
.

.


.




My review: Bihun Tomyam - sedap! tp bahan dlm tu kurang; just ada sedikit ketulan ayam, 3 ekor udang.. normally tomyam penuh dgn sotong jugak kan? btul tak? and the bihunnya over-cooked. Bihun Siam - sedap jugak. Tapi as mentioned before, bihunnya over-cooked n lembik. Nasi Goreng Meletup - Mmg meletup! Sedap! Siap ada petai, udang, kerang, ayam ada jugak kot.. and pedaassss! Nasi Goreng Paprik - Sedap jugak, kuahnya pedas2 manis.. and tukang menyediakan bahan tu terlebih rajin.. sbb carrot tu dipotong 4segi siap ada bunga2 lagi kat tepi..takpe, abaikan..yang penting sedap..kalau cantik tp tak sedap, hampeh jugak kan..hehe.. :)
Airnya pula: My Pink Panther - Sedap! Ada buah longan, potongan tembikai kiub, nata de coco n laici. Airnya maybe campuran minuman youghurt strawberry and apa lagi ek? Entah, tak brape nak trace sgt la, sbb tak dpt nak focus sgt masa mkn tadi.. Kedondong Kat Chai Plum - Sedap, rasa kedondong la kan.. tapi at first sip, I rasa mcm green apple.. heheh..punya la tak dpt nak focus kan.. :P oh ya, dia letak 2 biji asam boi jugak.. Milo Tabur and Nescafe Ais dia, tak rasa la plak tadi..

Ok, kesimpulannya, semua menu yg ditry tadi sedap. And nak jugak try menu yang lain. Tp bile time gaji la ek! Tadi pun dah rasa mcm boleh 3kali mkn lunch kat gerai.. hehe.. :P Then we went to CIMB Kelana Jaya since Kincik nak cashkan cheque utk salary cleaner. Tp dah lewat, so, last2 Kikin berhenti jap kat Speedmart utk grab a chocolate as a dessert la tu..hehhe.. ;)

Last but not least, kesimpulannya di sini, perjalanan kami selama lunch hour tadi; Ofis -> SYABAS -> KL -> SYABAS -> Restoran Murni -> CIMB -> Ofis.. Jakel?? takde dlm senarai..heheh.. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...