Pages

Thursday, April 14, 2011

Selamat Hari Lahir & Salam Perpisahan

As Salam,

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa..
Hilang di mata di hati tidak lupa..
Berdoalah kita agar aman dan sentosa..
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa..
Semoga kita berjumpa lagi di lain masa..

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..

Dua lagu di atas walaupun pendek, ringkas dan selalu diulang bait2nya, ia bukanlah dilagukan dengan melodi yang sama. Perenggan pertama, ia adalah sebuah lagu yang sering dinyanyikan apabila meraikan majlis perpisahan. Ia juga boleh dikatakan lagu malarsegar. Ternyata kita mula mendengar lagu ini apabila menyertai pasukan Pengakap di zaman sekolah dulu. Manakala, perenggan kedua pula dilagukan apabila menyambut hari kelahiran seseorang. Sudah pasti ia dinyanyikan dengan nada yang gembira. Tapi jika dua lagu ini dinyanyikan pada masa yang sama, perasaan suram dan gembira bergabung, apa yang berlaku yer? Suasana apa yang terbentuk ye?

Hurm.. kalau nak tau, suasananya ketawa dalam tangisan la kot.. isk, apa la melalut dari tadi ni? Heheh.. :P Sebenarnya just nak citer kat sini, my department again makin berkurangan orgnya. Kalau sebelum ini Ida dan Zura, skrg ni giliran Aizat pulak. Dia dapat transfer ke Penang. Berkat doa dan usahanya sebenarnya. Lagipun jawatan yang ditawarkan di sana lebih sesuai dengan bidang yang diambil masa dia belajar dulu. Roha pula dia ni practical trainee. Student dari UiTM Shah Alam. Dah tamat dia punya session trainee kat my office, so we all pun buat la majlis farewell for both of them and kebetulan pulak birthday Pakji pun ngam2 time nak buat majlis ni. So apa lagi, kita sekali kan aje la. ;)

Ok, menu utk majlis ni pizza hut delivery. Canggih tak? Canggih la..sebab kita telefon je, terus makanan tu sampai kat kita.. tak payah la kita sibuk nak gi naik kete, start kete, drive, carik parking, bayar duit parking, tolak pintu pizza hut tu, beratur, buat order, tunggu lagi, bayar, angkut mkanan2 tu yang berkotak2, tarik pintu pizza hut, bukak pintu kete, bawak mkanan yang berkotak2 tu masuk dlm kete, start kete lagi, drive ke ofis, parking kete, bukak pintu kete, angkut mknan2 tu yang berkotak2, tutup pintu guna kaki (yela tgn dah tak cukup), mana nak tekan alarm kete lagi, bawak naik lif, nak touch IC kat pintu masuk lagi..haish..letih den! :P

So, yg buat order ni Ema. Beliau telah mengorder pizza Super Supreme, Peperoni, Seafood and Hawaiian Chicken. Appetizernya pula Buffalo Wings, Fried Calamari and Garlic Bread. Air pula Limau Ais. Lepas tu, ada la buah2an iaitu tembikai, rockmelon (adik beradik honeydew, tp yg ni rangup punya, kaler oren isinya) and anggur. Lepas tu, dah nama pun sambut birthday, mestila ada kek! So kek tu tak silap beli kat Cottage’s Bakery takpun King’s. Kek ni sedap! ;)

Okla, taktau nak melalut apa. Tgk je la gambar yang dah disnap. Enjoice!




















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...