Tak sabar rasanya untuk bersantai,
(kusam kan? tu la orang dah bgtau, korang tanak caye...)
Bukan je handbag je yang baru, malah pencil box pun boleh tahan baru gak..sebabnya pencil box tersebut akan ku kelek setiap kali diri ini menjawab soalan SPA, KPLI dan sewaktu dengannya.. So, malam tersebut carian handbag sudah berjaya, maka pada ketika itu dalam hati bermonolog sendiri,
'Esok aku nak pakai baju kurung yang mana ek?'
Belek-belek gobok tu, last-last baju kurung pink cotton menjadi pilihan. Sebelum tidur, ku pastikan semua telah tersedia supaya keesokan paginya saya tidak kelam-kabut.
(Tada~ ni la dia pencil box ku!)
(Pencil box merah dalam handbag - CHECKED!)
Tarikh : 13 Mac 2010
Tempat : Sekolah Menengah Teknik, Klang
Masa : 9.00 pagi
Pagi tu saya ditemani kakak bertolak dari rumah sekitar pukul 7.45 pagi (awal seih!) dan sampai kat kawasan sekolah tersebut yang berhampiran dengan Save More Bukit Tinggi berdekatan dengan Bayu Perdana sekitar jam 0800. Alhamdulillah saya pun quite familiar with that area, so takde masalah untuk ke sana. Perjalanan kami pun dipermudahkan. Saya cari tempat parking yang feng shui dan bersarapan bekalan yang ibu tapaokan iaitu bihun goreng. Setelah kenyang, kami menuju ke bilik-bilik darjah yang gah terbina untuk mencari tempat yang telah diatur untuk orang bertuah iaitu saya. Kali ni, saya senang banget dengan kedudukan yang telah ditentukan iaitu baris keempat, lajur pertama dari muka pintu. (hey, mesti dlm hati tu terkebil2 tanya; minah ni bape kali amik mtest ni? kan..kan..eleh, tak ngaku konon.. :P)
Sementara tunggu cukup time, saya ronda-ronda kawasan sekolah lagak bagai seorang nazir bebas yang membuat lawatan ke sekolah-sekolah. Setelah itu, tatkala menunggu urusetia membenarkan 'bakal-bakal guru' (bajet dpt je..takpe, kena confident!) ni masuk ke dewan peperiksaan, masing-masing kelihatan gusar jelas terpancar di wajah mereka, bibir terkumat-kamit menghafal formula barangkali. Tapi, ada seorang hamba Allah ni, bergelak-gelak sakan tak hengat macam takde exam je. Siapakah orang itu? Klik di sini.
Selesai menjawab kesemua set soalan, saya dan kakak drift ke Sunway Pyramid untuk mencuci-cuci mata. Window shopping di Sunway Pyramid akan saya share pada entry yang lain yer..
Tiket ke gala bakal guru..huhu!
Inilah dia buku yang saya study..huhu bukti yang mengatakan saya study! jia you!
* Gadis kampung di Sunway Pyramid
No comments:
Post a Comment