Pages

Tuesday, June 6, 2017

Supper with ESP and Oat

My moreh
**

Tadi berbuka, sibuk suapkan budak kecik makan. So diri sendiri pun tak dapat nak suap makan dengan penuh kenikmatan.

Pastu gegas Maghrib and siap untuk ke surau. Bawak bekal untuk si budak kecik donut and air kosong. Tapao cinch tea + performance drink for me.

Balik dari surau, rasa macam lapar.. tapi takdela lapar beria sampai sepinggan nasi briyani kambing boleh nak masuk. Lapar light-light gitu.



So, capai ESP + oat.. shake and shake supaya sebati. Then slurrrppppp... until burrppppppp.. konyaaanng...!!

Moreh yang simple but berkhasiat. No sugar.. no coloring. Dah, jom pasang niat untuk puasa esok.

Nak cuba?
Mel : 012 373 2589

Monday, June 5, 2017

Cinch tea dan performance drink adalah energy booster mel di bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah sampai 10 Ramadhan dah kita. Moga dapat kita habiskan Ramadhan tahun ini hingga ke akhir.

Lama tak berblogging.. apatah lagi blogwalking.. k, mel nak cite pasal energy booster daripada produk Shaklee yang mel amalkan sepanjang puasa.

Semalam mel langsung tak update fb.. even pegang handphone pun idak.. apatah lagi nak pegang whisk untuk buat cookies.

Sebabnya apa?

Sebab mel nak test apa akan jadi bila mel tak amik ketiga-tiga produk ni..

Hari sabtu malam, mel just minum performance drink je tanpa cinch tea. Terawikh ok, tapi ada sikit rasa mengantuk.



Then sahur pagi ahad tu pulak, mel langsung tak bancuh cinch tea dan performance drink. Just minum air kosong je.

Then apa yang mel dpt simpulkan, hari ahad tu dilalui rasa sungguh panjaaang.. pukul 11am dah rasa letih.. padahal takde buat apa-apa pun.. then nak start masak pukul 3pm pun, duk blur terkulat-kulat nak masak apa.. nak berdiri untuk goreng ikan pun rasa lemaauu nye lahaaii.. serious tak rasa cargaass..

Tapi, still kentalkan diri untuk siapkan masak. Kalau ikutkan ada plan nak buat lauk tambahan pekasam ikan puyu. Dek sebab rasa letih yakmat.. menu pekasam tu mel slashed out..

Setelah berbuka, mel minum cinch tea + performance drink.. terawikh tu, cargass.. balik tu pun masih rasa ada tenaga.

So, mel dapat simpulkan cinch tea + pd menjana tenaga luar biasa untuk mel. Boleh mel katakan ini adalah energy booster mel di bulan ramadhan.

Level energy korang macam mana Ramadhan ni? Ada nak cuba gabungan set tenaga ni? Biasa-biasa atau luar biasa effectnya pada korang.

Mel - 012 373 2589

Monday, May 1, 2017

Selamat Hari Buruh

Assalamualaikum

Fiuh.. dah lama tak berblog.. Busy kemahen ke?

Busy la jugak.. Banyak visitor datang melawat ofis. Plus bebaru ni ada shooting untuk slot Sembang Sahur.

Tu yang terbabas-babas nak update blog.

Update insta & FB tu ada la jugak.

Anyway, saya masih lagi jual vitamin Shaklee ya! Mana la tau, kot-kot ada yang ingat saya dah stop sharing kebaikan supplement Shaklee kan..

Akan datang, saya akan cuba untuk upload video dan juga buat live update di FB saya.

Harini plan nak buat apam coklat.

Sunday, January 15, 2017

Vivix penawar demam tinggi

Assalamualaikum

Penawar bagi demam selain daripada Nutriferon dan Chewable Vita C untuk anak kecil, Vivix pun boleh diberi kepada mereka. Tapi dengan sukatan yang minima la ya.



Rasa masam manis anggur, budak kecik konferm tak tolak punya la.. Anak saya pun suka!

Friday, January 13, 2017

Tundukkan Perempuan Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TUNDUKKAN PEREMPUAN ITU

"Dik, anak akak tegur kulit akak makin elok dan dah makin pudar jeragatnya. Akak tak bagitau pun apa rahsianya kat dia." Sambil mengulum senyum.

Tapi si anak tak puas hati, tanya pulak si anak kepada si bapa untuk tahu apa rahsia ibunya. Jawab bapa, "Entah, mama ada makan kapsul dalam botol."

Di lain masa..
"Dik, nanti ada promo Vitamin C tu bagitau akak ya! Anak akak tu pun nak jugak la dia. Jeles katanya tengok kulit akak sekarang."

See! See!
Memula, susah juga untuk saya tundukkan akak ni untuk cuba SR Vita C Plus ni. Tapi bila dia sendiri dah cuba, orang pun boleh nampak perubahannya, tak secara langsung
terinfluence orang lain.



Ilmu dikongsi, kebaikan dirasai.
Promo Vivix bulan ni! 😚


*Awal tahun punya entry macam ngeri je tajuk kan? Hiks. 😆

012 373 2589
EMILIA

Tuesday, January 3, 2017

Antara nikmat dan rezeki

Assalamualaikum

🖲🖲Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

🖲🖲Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

🖲🖲Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

🖲🖲Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

🖲🖲Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

🖲🖲Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

🖲🖲Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

🖲🖲Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

🖲🖲Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

🖲🖲Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

🖲🖲Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

🖲🖲Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

🖲🖲Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

🖲🖲Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

🖲🖲Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

🖲🖲Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

🖲🖲Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

🖲🖲Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

🖲🖲Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

🖲🖲Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

🖲🖲Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya

CnP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...