Pages

Tuesday, April 24, 2012

Ya Ampun~~~

*Baca tajuk entry dgn jeritan yang penuh kekesalan okeh!* blurghh...

As-salam,

Huish.. lately entah kenapa la malas betul nak mengupdate blog.. Tp tgk blog2 org, rajin la plak..heheh.. ;P

Dunno, boleh dikatakan bulan April ni mcm bulan kemalasan saya kot.. Segala segi malas.. Nak make-up malas, nak jogging, malas..  nak kuar beli top up, malas.. *ye, saya pengguna tegar pre-paid, setelah postpaid I tidak lagi mendapat tajaan* <oh diriku, sila lupakan kenangan yang terindah hanyalah sementara, okeh>  Oh lagi apa yg malas? Yaa, konon nak potong rambut, tp end up = malas, even nak makan pun malas.. siyes!

Cerita pasal malas ni, I ada pepatah cina yang i nak kongsikan kat uols. Org cina kata, "Semua perempuan di dunia ni cantik, kecuali mereka yang malas."

Fuh, dramatik betul ayat kan? huhu.. Maksudnya kat sini adalah, sekiranya ada di kalangan kita yang rasa diri tak berapa nak cun, maka rajin2 la untuk berhias & berdandan. Tak kisah lah sama ada berhias dgn tempek make up tebal tu ke or gi spa or facial utk mencantikkan diri. Sbb manusia kan suke pada kecantikan.

Jadi, peringatan utk semua dan jugak diri I ni jugak, rajin2lah berhias diri. Mana tau, kot terjumpa jodoh time kita tgh kusyuk pilih ikan di pasar.. Kurang2 walaupun pertemuan 4 mata tu berlaku di pasar, tidak di tempat yg glemer seperti di Pavi, kurang2 pakaian kita molek cantik, sejuk mata si dia memandang..terus terpaut tu gitu~~ Yelah, jodoh pertemuan ni kan tanpa dijangka.. hik3.. ;P

Ok la, berhenti dulu di sini. If i ada pepatah lain yang ingin disharekan, I will do okeh!



p.s: Tgk, nak publish entry ni pun malas. So, simpan kan draft dulu je la.. nnt bila angin rajin sudah bertiup, akan bertebaran lah abjad2 yg i taip tadi..heheh.. *pe melalut ni? bluwekk*

Monday, April 16, 2012

My Last Suntikan HPV

As-salam,

Last week I've already took my last suntikan for HPV. It happened on Wednesday where sumerang cuti for Hari Pertabalan Agong tu.  I took the suntikan at KPJ Shah Alam and as usual I made a called to confirm that dos HPV tu ready stock la. And Alhamdulillah, ngam2 ada utk 3 org.. Then apa lagi, cepat2 la terus ke KPJ waktu tu jugak.

Memandangkan hari itu adlh hari cuti, makanya sume doktor pun takde. So nurse yg i called tu ada pesan, gi kat bahagian Emergency means nurse yg bertugas je la yg cucuk..hehe..jimat duit i utk consultation fees.. ngee... :P

Parking mudah utk dicari, patients pun tak ramai. Duduk tunggu jap dlm 15minit mcm tu, nama kami pun dipanggil.. huu...berdebar beb! *yela, sbb doktor pakar yg cucuk kami utk suntikan kedua tu ada mentioned yg suntikan terakhir ni sakit..*

Nurse tu tnya, "Sape yg nak kena cucuk dulu ni?" Dgn pantas dan tuntas my sis n me sebut, "Ibu" *hahaha...gile tak bley blah kitorg mengelat..ekekekek.. ;P* So my mum la yg kena cucuk dulu.. tgk drp reaksi n kerut wajah, mmg nampak mcm sakit.. then followed by my sis and me.

When it comes my turn, as usual, saya pejamkan mata, cuba membayangkan saat2 indah, suasana yg tenang dan damai.. *padahal dlm hati, cuak!* FYI, i ni seorg yg tak suke & takut nak mkn ubat serta kurang suke nak jumpa2 doktor ni.. ;P Dlm masa beberapa saat je, dah selesai operasi cucuk mencucuk2 ni.

Apakah perasaannya? Hehehe..ia tidaklah sesakit yg digambarkan.. siyes! just mcm amik suntikan biasa tu je.. Owh ya, nurse tu sempat ckp, "Sedap cucuk..masing2 daging!" *erk?!adakah nurse cuba memberitahu kami bahawa kami perlu kuruskan badan? hik3.. ;P*







Tuesday, April 10, 2012

Lalalala..huuuuuuuuu~~

As-salam,

Esok cuti~ hao yeahh~~ Dah lama tak menaip guna laptop pinjaman ini.. *isk, bila mau bli laptop sndri ni? dpt netbook pun jadi la..*

Sudah lama tak mengupdate blog cuteku ini. Ermm...apa nak cite ek.. Owh ya! My hp hilang.. hurm..if nak cite, panjang sgt citenya.. so just bgtau je la kat sini yg my hp dah hilang.. So, all the contact numbers, gambar2, lagu2 yg didonlod and etc pun turut hilang jugak la kan.. Semoga ada rezeki yang lebih baik diterima selepas ini, amin.. ;)

Apa lagi yea nak taip kat sini.. isk, takde idea la.. Selalu gini tau.. bila time lepak kat ruang tamu or tgh tgk tv.. ada je mcm2 benda konon nak cite kat dlm blog ni.. Hurm..takpela, next time will update lagi yea! ;)



  p/s: abaikan je tajuk entry, kerana siyes takde idea nak diletakkan kepada beliau.. ;P

Monday, April 2, 2012

Testing

Salam, Testing2..ni konon update guna hp..jakun sebentar

Wednesday, March 7, 2012

Makan-makan di Restoran Arab

As-salam,

Last Sunday, lepas je i attend satu kursus ni, *kursus apa? biarlah rahsia.. yg pasti bukan kursus kawen* kitorg pun singgah makan kat Restoran Al-Rawsha yang terletak di Kg. Pandan. Dulu if tak silap tahun 2008 or 2009, I penah gi yg kat area Jalan Ampang sana, kat area2 kedutaan tu.. Saje kongsi rezeki dgn family bukak puasa kat situ.. ;)

Ok, bangunan restoran ni besar, ia bersebelahan dgn Restoran Dragonboat kot namanya kalau tak salah *restoran cina*. Masa kitorg smpai pun dah kul 2pm mcm tu, so customer pun tak ramai. Decoration kat situ ok la.. i suke deco kat part tmpat cuci tgn kat situ *tp i tak snap la plak gmbrnya.. ;P* Pada bingkai dinding tu ada mcm ukiran drp plaster siling, cantik! Suatu idea jugak if suatu hari nak renovate rumah kan.. K la, nak cite lelebih pun, korg kena gi tgk sndiri, then korg akan dpt faham..sbb susah korg nak imagine mcm mana ukiran yg i nak cite sbb gmbr pun takde utk ditunjuk.. *Biannata*

Lets continue. Kami ordered Lamb Mandy, Lamb Kabsa, Lamb Madghud n Fish Grilled for main dish. Minuman pulak Mango Juice, Al-Rawsha Special and Al-Rawsha Cocktail. Sbnrnya saya tingin sgt nak makan ayam *lama dah tak makan ayam*, tp mcm tak terluah plak time my sis n mom decide nak order lamb tu, so redha je la. For me, 1 plate nasi tu pun dah cukup utk makan 4 org. Tp kalau tank memasing besar, maybe 1 plate tu just share 2 org la kot.. Portionnya besar sgt, sampaikan ada satu plate ni leh makan utk 7-8 org. *so korang bayangkan kami order 3 plate nasi dan pemakannya hanya 4org kami je*
Lamb Mandy
- Ni la yang eden koba kan tu, leh mkn 7-8 org-
Even dia guna beras yg sesuai utk hidangan nasi briyani, tp rasanya dull dan kering, tiada berperisa. Ketiga2 jenis nasi ni for me, same je rasanya. Tak sure la whether my taste bud dah numb ke apa, tp saya tak makan byk eventho at dat time, mmg siyes lapar giler.


Lamb Maghdud

Lamb Kabsa
While the drinks plak, my one was Al-Rawsha Cocktail. Dalamnya ada puree mangga+syrup strawberry dicampur dgn potongan pisang, buah epal dan buah lai yg dihiris saiz dadu yang kecil and 2 potong strawberry. Kemudian di letakkan whipped cream kat atas. Rasa? Mmmm..konfius sikit rasanya, sbb mcm takde rasa, and minuman tersebut bukan la utk penghilang dahaga but dlm pada takde rasa tu, tp ada jugakla rasa sedapnya if nak dibandingkan dgn Al-Rawsha Special. *owh ya, if dlm list menu tu ada double entry nama menu yang sama, korg kena bgtau korg nak size apa. sbbnya if korg tak bgtau, nnti dia taramnya size besar and paling mahal harganya. mmg la beza just RM2-3, tp tu duit kita and hak kita utk memilih kan*

Al-Rawsha Cocktail
My sis punya minuman, lebih kurang sama je isi kandungannya dgn minuman saya, cuma buah pisang tu diganti dgn hirisan buah kiwi. Rasanya? tasteless and confucius *heheh..leh gitu? ;P*

Al-Rawsha Special
For me, hidangan yang sedap pada lunch tersebut adalah Fish Grilled tu. Tu je yg i leh bg credit. So nasi yg 2 pinggan tu, kitorg mintak tapao.

Fish Grilled
Di samping itu, yang boleh dipuji juga adalah penjaga security di situ kerana begitu effisien dlm menentukan hala tuju utk kita parking kereta. Selain tu, beliau juga memberi kerjasama dgn bertindak sbg penjaga lalulintas, iaitu, mereka menahan kereta dari arah mainroad bg membolehkan kereta pelanggannya melintas dengan aman. *means, takyah la kita nak tunggu trafik tu clear then baru kita leh susur kluar dari halaman parking restoran tu*

Utk pengetahuan, Al-Rawsha telah membuka cawangan keduanya di i-City, Shah Alam. *if baca kat banner yang digantung kat situ la.* So, penduduk di sekitar Klang, Shah Alam, Subang dan area2 yang berdekatan, leh la gi yg kat i-City ni. Dekat sikit jika nak dibandingkan yg kat Kg Pandan ni kan.. ;)

For those yang nak try makan makanan arab ni, leh jugak try kat ZamZam, Seksyen 9. Kat situ, pada saya nasinya lebih berperisa. Saba pun rasa cam dan kureng. Tp ingin dinyatakan kat sini, review makanan adalah pandangan peribadi saya. Mungkin time korg gi and try, kena plak dgn selera korg.. Lain orang, lain ragam. Lain lidah, lain tastenya.. Ewah~~






p/s: if nak gi kursus kawin pun, nak gi bersama bakal husband, teman hidup, kawan baik, insan yang leh terima diri ini seadanya..pewwiitt~~ ;)

Tuesday, March 6, 2012

Sudahkah Anda Mendaftar?

Wah tajuk mlm ni, walah~ hehe.. ;P

As-salam,

Haha.. adakah anda seorang rakyat Malaysia? Jika ya, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Huhu! Pilihanraya ke-13 dah nak dekat beb.. Marilah sesama kita jalankan tanggungjawab kita.. ;)

Hehe..sebnrnya I pun baru je mendaftar. Tu yang sibuk nak ajak korg sume join mendaftar sekali. Saya daftar kat kaunter SPR di PKNS yang terletak berhadapan dgn Guardian dan juga kedai buku. Tak susah pun, just bgtau yg kita nak daftar, pastu bg IC kita. Kemudian staf kat kaunter tu akan isikan borang dan kita just kena sign and isikan no phone. Urusan tu hanya memerlukan 10minit je. Jadi, for those yang belum mendaftar, ambil sikit masa anda, pergi la mendaftar.

Okeh, dah habis baca entry ni, enjoy this vc. VC ni pun my ex-schoolmate masa skola rendah, Asrul Afwan a.k.a Bear Boss yang tagged kat profile saya. Layan~~~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...