Pages

Friday, August 4, 2017

Minor injury

Assalamualaikum

Akhirnya minor injury.. hukhuk

Heheh.. kan tadi cite pasal bisa udang di jari. Then tadi lepas isyak ke klinik untuk dapatkan rawatan. Sebab rasa bengkak and ngilu. Then tak selesa untuk buat kerja-kerja rumah.

Seperti yang saya jangka adalah tepat. Warna tompok putih tu adalah nanah. Dan nanah tu jugak la yang timbulkan rasa berdenyut.. nyutt nyutt rasa diaa.

So tadi doktor bagi 2 options je sama ada:
1. Cucuk dan tekan supaya nanah tu keluar
2. Doktor bagi ubat surut bengkak dan nanah akan kering serta surut.. tapi ambil masa.

Since doktor consider mel untuk lakukan kerja-kerja rumah, jadinya dia suggest untuk pilihan option pertama.

Ngeri jugak pada mulanya. Tapi bila difikir itu adalah option yang terbaik, then redah ajela.

So doktor cucuk jari mel tu dengan jarum then tekan slowly. Banyak jugak nanah yang keluar. Doktor kata dalam bisa udang tu. Habis doktor tekan untuk pastikan nanah dah takde, then doktor sapu cream antibiotik.

Maka, terjadilah jari mel cenggini..



Moral of the story, jangan ambil ringan bila tercucuk bisa udang atau ikan k!

Xoxo,
Love mel

Bisa udang

Assalamualaikum

Siapa kata bisa udang tak bisa?



Jari telunjuk mel terkena bisa udang. Ingatkan sakit biasa-biasa je.. tengok harini bengkak tak surut-surut dan berdenyut.

Risau nanah je yang kat kawasan putih tu.

Nanti lepas kerja, singgah klinik kita jumpa doktor. Kita tanya apa kata doktor?

Jom prepare untuk zohor.

Thursday, August 3, 2017

Ostematrix untuk ibu mengandung dan menyusu

Assalamualaikum

Siapa yang time mengandung pernah alami lenguh-lenguh pinggang?
- Mel

Siapa yang bila malam atau sejuk hujan kaki rasa sejuk dan kejang?
- Mel

Siapa yang dulu pernah accident patah kaki/tangan?
- Mel

Siapa yang sakit tumit bila lepas bersalin?
- Mel

Siapa yang susah nak tido lena bila malam?
- Mel

Siapa yang makan makanan sejuk atau panas, gigi cepat rasa ngilu?
- Mel

Siapa yang kebanyakan soalan di atas, jawapan korang sama macam mel?

Jeng jeng jeng!

Maknanya tubuh badan korang mungkin kekurangan kalsium.

Bila korang ambil sesuatu pil kalsium, perhatikan label yang tertera pada botol supplement kalsium tersebut mestilah ada kandungan Magnesium.

Ini adalah kerana penyerapan kalsium secara optimum dan menyeluruh perlu adanya kehadiran Magnesium. Barulah aliran penyerapannya lancarr.

Apa jadi kalau kita ambil pil kalsium yang tiada Magnesium?

- Kalsium tersebut tidak dapat untuk lakukan penyerapan dengan baik dan sekata. Tu yang nanti jadi benjolan pada tulang dan juga sebagai salah satu punca batu karang.

Ostematrix ni ada Magnesium ke?

- Yup! Ostematrix dah lengkap gandingan Kalsium dan Magnesium. Tinggal telan je tabletnya.

Then, apa jadi kalau kurang kalsium lebih-lebih lagi kepada preggy mommies?

- Preggy mommies akan rasa cepat lenguh-lenguh kesan daripada kesan penyerapan kalsium oleh fetus yang ingin membesar. Kemudian, gejala cramp di waktu malam turut berlaku pada usia kandungan mencecah 6bulan ke atas.

Preggy mommies out there, sediakan persiapan diri sendiri. Pastikan badan fit sepanjang tempoh kehamilan sebab kita bukan je nak bawak diri sendiri, tapi ada nyawa lain dalam tubuh kita yang perlu dijaga juga.

Apa yang mel buat dulu di awal usia kandungan adalah mel check kesihatan gigi mel dan diikuti dengan persiapan-persiapan lain.

Daripada soalan dan tips-tips di atas, siapa yang sama macam mel, mel sarankan jom cuba Ostematrix sekarang.

Belum cuba, belum tau. Dah cuba, bikin jatuh cinta macam sis Linda ni. Mel sharekan testimoninya ya!



Silakan share link blog mel andai memberi manfaat.

Xoxo,
Love mel

Steady berfutsal dengan Performance Drink dan Cinch Tea

Assalamualaikum

Malam semalam husband mel berfutsal. Since siang tu dia travel ke Seremban untuk meeting, pehtu gegas balik amik si budak kecik.. mel agak tertanya jugak la, "Aik, jarang bila outstation then malam nak main futsal?"



Then husband mel kata ada friendly match dengan Bank Islam.. selepas bertanya lokasi and so on, mel pun sediakan bancuhan penuh kasih sayang Performance Drink dan Cinch Tea sebagai bekal dia berfutsal.

Kalau dulu masa belum ada anak, memang mel akan ikut teman husband mel berfutsal. Nak bagi semangat dan komen membina. Kekadang mel yang ajar skill kat dia *ewahh... over tau.. hahah.. *

Then bila dah ada anak ni, dah kurang dah ikut teman. Ada sekali tu bawak jugak, tapi budak kecik dah kepanasan. Walaupun budak kecik tak merengek, tapi kita rasa kesian.. tu yang lepas tu mel dah tak ikut teman husband berfutsal.

So, apa yang mel buat supaya husband rasa mel selalu ada?

🎀 Call setiap kali husband nak jaringkan gol? *isk, tu melampau..*
🎀 tempek gambar mel kat dinding futsal court tu? *ni memang betul-betul wajahmu di mana-mana nyanyian Azlina Aziz ni.. haha *

No! No! No! Hehe..

Mel bekalkan air yang ada air tangan mel sebagai penghilang dahaga untuk dia.. tak kisahlah walau tapaokan air kosong semata.. yang penting air tu mel yang isikan..

Since semalam husband bagitau awal, jadinya mel dapatlah bancuh Performance Drink + Cinch Tea siap simpan dalam fridge lagi uols! Segar bila lalu kat tekak time dahaga penat berfutsal kan..

If tak, bancuh guna air panas mati tu je pun boleh! itu pun dah sedap sangat dah wei..

Minum air campuran Cinch Tea, akan membuatkan badan kita rasa bertenaga. Masa Ramadhan haritu pun mel bawak bekal Cinch Tea semasa terawikh.. alhamdulillah, tak rasa ngantuk atau lemau.

Korang tak caye? Meh nak share testimoni sorang ticer taska yang kena jaga kanak-kanak riang dan aktif. Mau lunyai kalau ticer ni tak ambil apa-apa supplement.



So korang yang alami masalah keletihan dan ingin ikhtiar dengan supplement Shaklee, meh kasi roger mel. Insha Allah mel akan bantu cadangkan supplement yang sesuai.

Kita berikhtiar, selainnya kita serahkan kepada yang di Atas.

Xoxo,
Love mel

Wednesday, August 2, 2017

Menabung di Tabung Haji

Assalamualaikum

Weeehaaa.. tadi lepas meeting, cepat-cepat gegas ke Tabung Haji. Nak masukkan duit raya si budak kecik.

Bila sampai je tadi, huiiiiii... ramai betul orang. Memasing sibuk nak buat pengeluaran. Yela, nak tunaikan ibadah haji. Alhamdulillah dan tahniah kepada sesiapa yang dah dijemput menjadi tetamu Allah. Moga dapat haji yang mabrur.

Oh ya, untuk cepat dan jimat masa.. kita boleh masukkan duit thru CDM bagi bank Bank Rakyat, CIMB dan Bank Islam. Asalkan ada no akaun. So, tadi mel pun guna jalan pintas ni. Cumanya tak dapat nak updatekan buku je laa bila guna CDM ni.

And one more thing, Tabung Haji juga beroperasi pada setiap Sabtu minggu yang pertama setiap bulan. Dari 9am - 12pm. Convenience sangat!

So, korang yang belum simpan duit raya anak tu, cepat-cepat simpan. Pehtu, daftarkan haji sekali.

Okeh, nak order vitamin Shaklee.. kasi roger hp mel ya! 012 373 2589

Bebas deodarant dengan Alfalfa Complex

Assalamualaikum

Baru-baru ni, mel dengar ceramah Ustaz Kazim bersempena "Amalan Menyambut Ramadhan" tak salah tajuknya.

Dalam intro ceramah tu, Ustaz Kazim ada cerita..
"Cuba tuan-tuan tengok drama Hindustan.. depa duk golek-golek ataih padang rumput.. menari-nari sampai salin 50 pasang baju, tang ketiak depa mesti basah. Tak percaya, balik rumah nanti tuan-tuan cuba tengok."

Ustaz Kazim tambah lagi, "Rilek je hero dan heroin tu menari dengan ketiak basah. Kalau kita? Pulun duk sapu deodarant. Tu yang la jadi macam-macam penyakit.."

"Tuan-tuan, ketiak kita ni tempat perkumuhan.. kita buang toksin melalui peluh.. salah satunya ketiak la.. lagi, nak buat apa sapu deodarant? Buat halang sistem semulajadi dan kemudian bawak mudarat kat kita.."

Korang dapat bayang tak macam mana gaya dan nada suara Ustaz Kazim melantunkan ayat-ayat kat atas tu? Heheh.. sape yang follow dia, mesti dapat bayang macam mana intonasinya.. hihi..

Berbalik daripada pesanan tu la, mel terfikir.. betul jugak kan? Kat ketiak ada bulu.. bila ada bulu, kita tak boleh biar 40hari gitu je.. kang ada benda yang bergayut.. so kita akan cukur atau waxing. Bila dah cukur atau waxing, liang roma akan terbuka. Pastu, kita sapu deodarant.. cecair kimia, tu meresap ke dalam liang-liang. Sehari dua maybe time mandi akan terhapus dek mandi. Tapi kalau bertahun?

Kat ketiak ada banyak kelenjar.. bila bahan kimia banyak dalam badan, dah kacau sistem badan.. akan jadi penyakit! Nauzubillah..

Tu yang mel start untuk tak pakai deodarant walau pergi ke tempat kerja. Sebelum ni, mel tak pakai deodarant waktu hujung minggu je. Tapi sekarang weekdays pun mel try untuk tak pakai.

BIAR BETULL? BERANINYAAA.. !! Takde bau ketiak ke?

Alhamdulillah, sejak mel amalkan semula Alfalfa Complex, bau badan dapat dinyahkan. Mungkin sebab Alfalfa ni ejen detoks.. jadinya,dia bantu untuk buang toksin badan punca masalah bau badan.. Kalau dulu?? Giler tengikk weii.. tak selesa nak duk sebelah orang. Nak gapai tangan memang tak la kan.. hehe..



Then, perut pun mudah untuk membuang.. which is iols suka sangatt!

So korang, jom kita cuba untuk tak gunakan deodarant. Guna bedak Hibka je lepas ni. Murah pun murah. Nak buang bulu pun senang.. haha.. *macam tak senonoh je kan cite pasal bulu ketiak? Hahaha.. *

So korang ada bau badan tak? Cer angkat tangan tu sikit, and rendahkan kepala supaya hidung tu tuju ke ketiak korang.. *isk, jangan angkat tangan tu tinggi sangat.. kang orang perasan.. *

Amacam bau? Boleh nak handle tak? Kalau tak boleh, cepat order dengan mel.. alang-alang mel pun tengah nak kira ada berapa biji lagi balance Alfalfa yang tinggal dalam botol ni. Dah nak habis dah mel punya.. Jom selit order dengan mel sekali jom!

#alfalfa
#baubadan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...