Assalamualaikum
Wah... rindu nak berblog.
Disebabkan workload yang agak banyak sejak Disember 2017, sekarang baru lah dapat nak berblog kembali.
Kalau FB insha Allah mel ada update setiap hari.
Ok, kat mana nak start ni ya?
Sebab dah lama tak berblog tetiba macam blur pulak nak up entry apa.. heheh..
Orait, harini mel terpaksa ambil emergency leave. Sebab anak mel demam.
Mel lebih senang untuk namakan si budak kecik bagi merujuk anak mel ya!
Si budak kecik demam sejak semalam.
Dapat mesej dari taska, bagitau yang badan si budak kecik suam-suam dan asyik merengek. Susu minum pun tak habis.
Then, husband mel terus ambil dari taska dan bawa ke klinik.
Panas badan si budak kecik ni tak sekata. Bahagian kaki dan kepala sejuk.
Hanya bahagian badan je yang panas.
Jadi, mel buat telahan mungkin ada urat yang tersimpul akibat lasak bermain atau jatuh.
So, mel decide untuk urutkan si budak kecik malam tadi.
Ya, mel berketurunan jawa. Jadi, orang jawa gemar untuk berurut kerana percaya urat yang bersimpul akan beri impak juga kepada kesihatan.
Then malam tadi si budak kecik rilek je rela badannya diurut. Serah diri.
Balik daripada berurut, mel bagi si budak kecik minum air kosong, makan ubat doktor dan lap badan dengan tuala basah.
Mel tidur pun tidur-tidur ayam je.
Then pagi ni, si budak kecik masih lagi hangat badannya.
Minta dirinya dipeluk dan didukung sentiasa.
Jadi, mel dapatkan mutual agreement dengannya terlebih dahulu.
Iaitu izinkan mel bancuh susu untuknya dan juga mel nak bancuh sarapan mudah mel iaitu ESP.
Tapi, kali ni mel tambahkan juga Cinch Shake.
Mel suka gabungan ni kerana bukan sahaja ia mengenyangkan, tapi ia juga memberikan tenaga di samping merawat kulit supaya kulit lebih lembab dan sihat.
Manakala, Cinch Shake pula ia memejalkan otot.
Jadinya, bila kita pakai seluar atau baju, nampak terletak je.
Takde gelebeh sana sini.
Ni dia rangkaian perasa Cinch Shake.
Mel paling gemar perasa Vanilla dan juga Caffe Latte. Aromanya auummmm..!!
Jadi, andai anda seorang yang super busy.
Busy dengan tugasan harian sama ada di pejabat mahupun di rumah, mel cadangkan untuk ambil ESP ataupun Cinch Shake sebagai sajian sarapan anda.
Sangat-sangat berbaloi dan memudahkan anda.
Untuk order, boleh hubungi mel di nombor tertera ya! ☺
www.wasap.my/60123732589