Pages

Thursday, September 14, 2017

Order semalam, harini sampai

Assalamualaikum

Order semalam, harini dah sampai.

Hehe.. centu la cerita untuk harini.

Semalam ofismate mel sebelum ni ada roger-roger. Nak order set basic pantang katanya.

So, mel suggestkan untuk ambil Vitamin C, Alfalfa dan pil kalsium bersesuaian dengan budget dia.

Then, once kawan mel ni dah transfer payment.. cepat-cepat mel klik-klik order.

And harini, dalam pada mel kalut busy mizi kat ofis.. dapat wasap dari dia, bagitau yang supplement yang diorder dah sampai.

Oh, girangnya rasa hati! Sebab biasa mel akan check status delivery petang-petang sikit. Hat ni, tak dan mel nak checkkan, kawan mel yang dah tolong updatekan. Alhamdulillah. Kita mudahkan urusan orang, insha Allah urusan kita pun akan dimudahkan jugak!

Korang yang nak cuba supplement Shaklee, feel free untuk roger mel ya!

Xoxo,
Love mel
012 373 2589

Wednesday, September 6, 2017

Kari daging vs sup tulang

Assalamualaikum


Yang mana satu pilihan kalbu?
Kanan kari daging, kiri sup tulang?

Haha.. berpagi-pagian dah mel share gambar makanan. Ni cite semalam.

Surau kat ofis mel buat gotong royong perdana untuk masak daging qurban. Dan ini lah hasilnya! Makan panas-panas.. Nyummss..!!

Dah, toksah nak berfantasi dengan makanan. Ni rerasa macam dah naik 2kg je ni.

Xoxo,
Love mel

Tuesday, September 5, 2017

Trip to Johor Part 2: KSL D'Inspire Residence, JB

Assalamualaikum

Hi Joho..




Throwback short trip aritu dan merupakan sambungan entry yang mel singgah makan kat Restoran Kari Kambing 40 Hari.

Kita sambung journey kita ya!

Setelah kami kenyang burpp makan nasi arab 1000 tahun, kami teruskan perjalanan untuk check in. Tapi, before check in.. kami singgah di Kedai Roti Salahuddin, Jalan Dhobby.

Kami tiba di sana pun dah petang. Niat di hati nak beli roti freshly baked from the oven. Tapi, rupanya bila dah petang, pilihan yang ada pun dah terhad.

Jadi, kalau korang nak mencari roti di situ, korang pergi pagi k! Sebab production dia start after Subuh. Ni je balance yang tinggal..


Dah alang-alang sampai, kami beli jugak la a few products daripada bakery ni iaitu Sugee Cookies yang warna putih tu.. then kek pisang.. roti kelapa. For taste wise, mel rasa biasa je.


Then, terus kami shoot ke rumah penginapan kami di JB.

Apartment hotel tu ada 3 bilik, 2 bilik air dan dapur yang boleh untuk kita masak. Fully aircond so sesuai untuk yang ada budak kecik.






Apartment ni ada kolam renang. Dan kami pilih untuk sama level dengan kolam renang iaitu di tingkat 5.

Kolam renangnya pula ada 2 saiz iaitu kolam kanak-kanak dan juga dewasa.

Ni je kot untuk entry kali ni. Nanti mel sambung lagi. Ada lagi tempat jalan-jalan kumpul lemak yang mel pergi untuk trip ni. Tunggu ya!

Xoxo,
Love mel

Monday, September 4, 2017

Penat membantai daging

Assalamualaikum

Uih.. harini dah insof dah walaupun harini masih lagi dapat daging Qurban. Kita stop dulu masak daging. Sebab esok kat ofis ada gotong royong masak Sup Tulang dan daging bakar.

Haih.. tingat masa sekolah kat Kedah dulu.. popular dengan menu daging bakaq cicah ayaq asam. Perghh.. boleh leleh weih.. pergi surau, pergi prep malam, cium tangan.. fuh.. menusuk tikam kalbu bau air asam yang digaul dengan belacan bakar dan cili padi potong. Nyummss!

So, apa menu harini?

Harini sarapan roti telur mix veggie dan nescafe.

Then lunch dengan siakap stim, tomyam ayam.

Pehtu minum petang pulak karipap dan kepok lekor bersama kopi o kaw kaw piaw miaw. Memang ngaamm!


Orait, esok dah start kerja macam biasa.. tadi dah shake shake Vanilla Cinch sebagai bekal untuk ke ofis esok.

And as usual, before tido.. mel tak lupa telan Lecithin, Omega Guard, Alfalfa, Vita C dan harini mel add on Vivix.

Xoxo,
Love mel

Lauk daging hatrick

Assalamualaikum

Ohoiii.. cuti 5hari, direct bantai daging.

Berbuka sempena Merdeka dengan kambing bakar.

Raya Haji pulak menunya ketupat palas segera, ketupat nasi segera, nasi ayam, kari ayam.

Semalam pulak, homemade pizza, burger daging dan smoothies vanilla shake.



Then harini, nasi daging, daging masak kicap dan cendawan campur tumis. Tadi nyaris nak tambah 2 pinggan.


Fiuhhhh... supplement intake kali ni kena tambah agen detoks herblax la gini. Dasat sangat menu yang dihadap dua tiga hari ni.

Korang nak order supplement Shaklee, sila-silakan roger-roger mel ya! Anytime sis mel akan reply insha Allah.

Xoxo,
Love mel

Friday, September 1, 2017

Selamat Merdeka & Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidiladha!

Panjang cuti weekend ni, ditambah pulak PM announce cuti tambahan Isnin ni sempena Malaysia perform pada Sukan Sea 2017 memang betul-betul syiok!

Semalam kita sambut Merdeka dan kebetulan merupakan Hari Arafah dalam kalendar Islam. Sunat untuk kita berpuasa pada Hari Arafah. Dan alhamdulillah mel, husband dan ibu mel berpuasa. So plannya nak berbuka dengan nasi ayam.

Elok je mel selesai sediakan bahan-bahan, abang mel offer untuk berbuka di rumahnya. Menu western katanya. Haruslaa join berbuka kan.. terus simpan balik semua bahan-bahan then kitorg gerak pukul 6.30pm.

Setelah sampai, juadahnya wallllahhh..! Gugat iman oii.. kambing bakar, spegethi aglio olio, corn in cup, air lemon, kordial rootbeer, dan nescafe panas. Dasatt kan?

Lagi dasat, mel berbuka tanpa tahan-tahan nafsu. Lama tak pekena kambing bakar.. sekali ada depan mata.. 3 slice sekali hadap, corn in cup 2 kali ceduk. Spegethi je mel share dengan si budak kecik. Husband mel jeling je tengok kelaku wife dia. Kahkahkah.

Dah kenyang tu, tersandar jela wei.. tu gambar kat atas tu, take away packet. Siap tapao bawak balik.. huhu..

Before tido, mel urut dada. Muhasabah diri, apa buruk lantak benar tadi? Hahaha.. hati kecil berbisik, 'ala sekali-sekala.. lecithin and omega ada. Top up dengan alfalfa sekali'

Then, pantas mel bangun dapatkan rangkaian supplement tu dan zuppp telan.

Korang nak dapatkan supplement yang sama macam yang mel ambil, roger mel ya!

Oh lupa nak habaq.. khasiat daripada berpuasa pada Hari Arafah adalah moga dosa kita tahun lepas dan tahun depan Allah ampunkan.

Xoxo,
Love mel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...