Pages

Saturday, April 2, 2016

Shaklee: Mari Bermasker Dengan ESP

Assalamualaikum

Morning!

Huhuuuiiii... nyamannya lahai... Berpagi-pagian ni , sangat sesuai untuk kita tempek masket kat muka.

Tapi takde idea macam mana nak menggayakan ESP ni untuk dijadikan masker?

Paling simple sesimple simple cara adalah dengan menggunakan lebihan bancuhan ESP yang kita minum tu. *Paham tak apa yang cuba saya sampaikan ni?* Kita bancuh ESP tu, mesti ada lebihan kat cawan kita tu kan? Haaa...guna lebihan ESP tu untuk ditempek di muka. Biarkan kering dalam 15minit macam tu, then boleh lah dibilas.

Pastikan istiqomah, sudah pasti anda akan dapat rasa perbezaannya.

Ni saya sharekan lagi cara lain yang boleh anda gunakan ESP sebagai masker:



Nak cuba, nak cantik, nak order?

Mudah je, WA saya, SID Emilia | 0123732589

#shakleemalaysia
#sayajualshaklee
#sayajual

~love~

Friday, April 1, 2016

Restoran Tasik Indah, Seksyen 14, Shah Alam

Assalamualaikum

Dah lama juga kan tak buat food review. Ok, kali ni nak share pengalaman saya makan malam dengan vendor. Lokasi yang kami pilih adalah di Restoran Tasik Indah yang terletak di Tasik Shah Alam. *dulu dikenali sebagai restoran terapung Shah Alam kalau tak salah saya*

Gambar tisu pun nak ambik kan? ;P
Pada mulanya plan nak makan kat Shell Out. Tapi bila skodeng dia punya location, restoran tersebut berada di Kota Damansara. Memang takdela kami nak meredah jem di kala pulang ke ofis untuk makan kat situ kan.. Since, vendor kitorg ni dari Korea, dia memang suka makan seafood *tu yang idea asalnya nak terjah Shell Out tu* dan tak kisah berapa pun harganya. Sebab memang dorang dah ada peruntukkan dan dorang jenis tak kedekut lagi-lagi bab makan ni.

Since nak berShell Out terpaksa dicancel, so kami plan untuk makan di Grease, restoran yang menyediakan makanan gril-gril ni.. Tapi, bila ditanya, sama ada terima kad kredit ke tak, restoran tu prefer cash. Disebabkan memang kitorg plan nak makan gile-gile, so memang tak rasa vendor tu ada cash.

Dah alang-alang, takkan nak makan kat Mohd Chan or Adam Lai kan.. Tu yang call untuk buat reservation kat Restoran Tasik Indah ni.

Ambiencenya mendamaikan. Kalau bernasib baik, boleh nampak turtle berenang dalam tasik tu. Sambil-sambil menunggu yang lain tiba ke lokasi, kami dihidangkan kacang sebagai tidbits.

Kami booked 2 meja yang boleh memuatkan 10pax untuk setiap meja. Pada mulanya nak order set. Tapi kawan saya, Hanif lebih bijak dalam mengaturkan menu. Kami memilih untuk order asing-asing. Makanya, berikutlah hasil makanan yang kami order.

Lauk utama yang kami order:
  1. Durian Crab
  2. Sotong Sambal
  3. Lobster Baked with Cheese
  4. Butterprawn - Fresh water prawn
  5. 1 jug jus tembikai
  6. 3 mangkuk ABC

Saya yang dah try menu ini, mengatakan Durian Crab memang terbaaaeekkkk~~~ Giler sedap weih! *Highly recommended!*

Kuah durian tu, pekat memang kaw! For those yang ada darah tinggi, dinasihatkan jangan makan banyak sangat. Sebab, saya yang insha Allah takde darah tinggi ni pun, ada satu masa tu, rasa macam nak pitam pun ada. Kombinasi seafood yang tinggi dengan kolesterol dengan durian yang kalori banyak, bersifat panas. Pergh...!!

Untuk pengetahuan, bagi sajian Durian Crab ni, ia dihidangkan bersama roti. Tujuan roti ni diberi adalah untuk kita cicah roti pada kuah tu. *kiranya macam fefeeling kita makan serawa durian tu la* Ketam yang digunakan adalah ketam nipah k! Saya yang tak pernah makan ketam nipah, memang sangat teruja nak try. Sedap jugak ye ketam nipah ni..huhu ;))

Durian Crab. 

Roti untuk dimakan bersama Durian Crab
Sotong sambal ni pulak, buat syarat je untuk kitorg order, sebab dah taktau nak order seafood apa lagi. hehe.. The taste? Not bad! ;)

Sotong Sambal
Lobster Baked with Cheese ni pun, sajian kedua champion! Sedapnya lahai.. sampai terjejeh-jejeh airliur tatkala menaip entry ni.. hahah.. Dapat bayangkan lemak manis masinnya.. Yang ni, saya amik 2 ketul. Bila makan ramai-ramai macam ni, pastikan anda ambil part yang banyak isinya ya! Jangan disangka besar, tu banyak isi. Takut terkena tang ekor, memang tak dapat apa-apa la jawabnya.. heheh..

Lobster Baked with Cheese
Last but not least, udang galah yang dimasak butter. Sedap tak terkata! Yela, mana la kehidupan seharian makan udang galah kan.. Paling-paling pun beli kat pasar udang ternak saiz L.. Udang galah ni kalau beli, mau simpan lama kat peti ais tu, sebab sayang nak dimasak kan.. hahah... ;P

Butterprawn

Selepas kitorng kekenyangan duduk tersandar, tetiba datang pula dihantar ice cream.. Yang ni memang diberi percuma. So, okla boleh la layankan aje makan 1 scoop aiskrim vanila tu. Tup-tup, datang lagi bawa 3 mangkuk ABC. Masing-masing dah nganga, sape nak habiskan ni? Boleh pulak si Faiz buat tanya, "Eh, sape yang order ni? Kitorg tak order.." Amboih kaaauuu... masa order tadi, semua menu nak disapu kalau boleh, bila dah kenyang sendat, buat-buat tak mengaku pulak ABC tu dia yang salah sorang yang order. ;P Apa lagi, kitorg balun jugak la habiskan. Share dengan meja sebelah, sebab memang tak mampu sangat nak habiskan ABC tu.. huhu..

Overall review, saya bagi 5bintang!! Anyway, thank you Mr. Yoon, for the treats! 

#foodreview

~love~




Shaklee: Collagen Powder

Assalamualaikum

Ramai yang confuse macam mana nak consume collagen powder dari Shaklee ni.

Untuk pengetahuan, collagen Shaklee ini adalah dalam bentuk serbuk.

Setiap kotak mempunyai 15sachet.

Dan setiap sachet pula mengandungi kebaikan yang dapat membantu:

  • melembapkan kulit - memasing keje kat aircond kan? Balik dari keje pun, dalam kereta pasang aircond.. sampai rumah, nak tidur malam pun pasang aircond. Akibatnya, kulit akan menjadi kering. Itu pasal la kena consume Collagen Powder ni! ;)

  • mengembalikan keanjalan - kulit yang kedut dan menggeleber perlukan collagen untuk bina semula tisu kulit. Faktor usia menyebabkan collagen yang terhasil daripada badan berkurangan. Sebab tu kita kena bantu dengan pengambilan suppliment ni! ;)

  • mengegang - bagi ibu yang menyusu, adalah disarankan untuk mengambil collagen bagi tujuan menegangkan Ms Boobies

  • meningkatkan pergerakan - collagen berfungsi untuk menguatkan sendi dan tulang. Barulah boleh aktig dan bekerjda ke sana ke mari.. Takdelah jalan pun lalalalala je nengoknya.. ;P

  • anti penuaan - membantu untuk mengecilkan pori dan menghilangkan kedutan di wajah

  • menyuburkan rambut supaya lebih kuat dan sihat serta bersinar

Macam mana nak consume collagen ni?
  • Anda boleh mencampurkannya dengan minuman kegemaran anda seperti jus buah, ribena etc
  • boleh juga untuk dijadikan masker. bancuh dengan sedikit air, then tepek-tepek di wajah

Saya menikmati collagen saya dengan jus nenas. Anda pula?

Saya sudah berCollagen Powder, anda bila lagi?

WA terus saya di 0123732589| Milia

#shaklee

~love~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...