Pages

Thursday, October 29, 2015

Nasi RM3

Assalamualaikum,

Dunia kini penuh dengan pancaroba. Nak makan pun kena bajet-bajet. Overspent, kang shot di tengah bulan. Rakyat marhaen yg tiada elaun COLA, takde elaun perumahan dan elaun2 yang indah yang dinikmati oleh sesetengah masyarakat, mungkin sukar utk anda di luar sana nak terjemahkan betapa kusut dan peritnya nak menjalani kehidupan yg dahagakan wang ringgit dari poket gering ini.

Jadinya, lunch bajet mmg menjadi santapan di tghari. Tiada order minuman manis. Cukup dengan minum air kosong yg dibawa bekal dari rumah.

Beginilah lauk yang menjadi santapan saban hari. *heh, takdela..* kekadang mkn roti.. kekadang puasa. Tapi ni lauk legend la.. simple but tasty. Makan panas-panas woh, menjilat jari weih! Murah kot, RM3.. kira ok la.. kalau nak nasi goreng n lauk ayam goreng kunyit, RM4.. 

Menu paling win! Nasi putih + ayam goreng kunyit = RM3

Siyesly, dgn GST yang dikenakan, nak beli apa2 pun pikir 2-3 kali.. siap tnya lagi, ni harga dah termasuk GST belum ni? Nightmare kot.. kot tang nak bayar, tetiba tak cukup duit.. but if saya berada dlm situasi mcm tu, saya sanggup letak balik barang yg nak dibeli tu and ckp kat cashier tu utk voidkan je purchase tu.. tak nak la sampai pokai n sengkek.

Ok la, nak cite pasal nasi lauk ayam goreng kunyit yg harga RM 3 ni je pun sebenarnya. Tp dah merapu smpai ke tahap perbincangan dasar ekonomi baru je gayanya. Haha..

Chow.. ~love~

Wednesday, October 28, 2015

Wordless Wednesday

As-salam,



~love~

Tuesday, October 27, 2015

Please .. Minta Tolong Sat

Assalamualaikum,

Huhuuiii... idea..please come to me!

Biasanya akan jadi kering idea bila nak buat something yang mmg dah bajet nak bagi tumpuan dan fokus serta perhatian tanpa berbelah bagi.. *hahah...nampak tak, penggunaan perkataan yang sama maksud tapi diulang2 adalah salah satu petanda yang mmg takde idea nak merapu apa.*

Kontang weih kalau takde idea nak merapu. Nak2 bila tgh buat approval paper.. Warghh,, kekadang taktau nak elaborate mcm mana dah supaya mudahkan bos baca skali and terus sign approved. 

So, samala dengan kes saya skrg ni. Takde idea nak update apa.. So merepek bebel jela kat sini. And korg pun layan je baca kan..hewhew..

K, korg ada nampak tak kat tab sebelah kanan tu, ada my email address kan? What if, korg drop la email and dalam email korg tu, bg la tajuk.. Takpun, tanya la apa2 yg korg nak tnya. So kurang2 ada la idea n idea tu blh dikembangkan dlm next2 entry.

If nak mintak i buat product review pun boley jugak! ;)

Ada masa i tak busy, mmg saya akan try utk upkan entry walaupun entry yg merapu, mcm entry kali ni..heheh ;P

K la, nak isi form ni kejap then nak bagi email.. pastu nak reply email org lagi.. then boleh balik!

~love~

Monday, October 26, 2015

Lunch at Bert's

Assalamualaikum,

Rasa-rasanya macam dah lama tak up entry pasal food review kan. Yela, jerebu2 ni, malas nak kuar  n mmg sengaja kurangkan aktiviti luar.. Even g pasar pun, my hubby je yg g..

Lunch bebaru ni, saja la ngedate with my mom n sis. Ofismate pun memasing bizi miting sana sini. So, langkah panjang la sikit utk lunch kat luar. Lokasi yang dipilih adalah di Restoran Bert's yang terletak di Seksyen U12. Bersebelahan dengan bengkel kereta.

Kecik je sbnrnya kedai dia. Staf dia pun tak ramai. Dalam 3-4 org je *tu yg nampak la..*

Kami order:
  • Chiken Kapten
  • S'mores
  • Pasta *lupa nak snap gmbr*

Mine: Lupa dah nama dia.. something with meatball and peas

come together with the rice n plain soup

Chicken kapten

S'mores

My review: Not recommended and nay for 2nd visit.

~love~


p/s: this is my own review ya.. and those meals are paid by my sister. takde tajaan dari mana-mana pihak. sila jgn kecam saya.. hehe..peace!

Friday, October 23, 2015

Donush

Assalamualaikum,

Presenting, donush from The Loaf!

Sedap! Rasa dia sgt manees, and kena mkn cepat.. if simpan lama, dia akan soggy dgn minyak. Basically dia donut tp mcm diperbuat drp filo pastry if tgk pada layer2 yg ada tu *tehehe..teka je..kikikiki *.. Worth to try! Ada byk flavour. Rasanya yang ni, i amik flavour chocolate donush kot..


The Loaf ni slalu jgk buat happy hour dia and promo for card members. So, boleh la try!

~love~

Thursday, October 22, 2015

Resepi: Pasta Untuk Si Kecil

As-salam,


Meh nak share resepi utk kanak2 riang. Cekidaut!

Bahan-bahan:
  • Pasta bunga-bunga *blh jmpa kat Giant.. brand Heinz pun ada*
  • 1 biji bawang putih yang hiris halus
  • 1 baby carrot yang dipotong memanjang *nak guna brokoli pun blh*
  • 1 sudu kecil minyak zaitun
  • 1 cubit garam
Cara-cara:
  1. Rebus pasta dan carrot sehingga empuk dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih seketika
  3. Masukkan pasta dan carrot
  4. Perasakan dgn garam.
  5. Siap!
Kalau nak letak hirisan ayam pun blh jgk. Ni resepi yg tak payah nak defrost bagai, more into vegetarian la.. Orait, selamat mencuba!

Tuesday, October 20, 2015

Resepi: Sayur Campur

Assalamualaikum,

Kali ni nak share resepi sayur campur cincai boncai je namanya.



Meh tgk bahan-bahan dan caranya ye!

Bahan-bahan:
  • Sejemput ikan bilis
  • 2 biji bawang putih
  • Sayur-mayur: cauliflower, sawi, carrot
  • Air
  • Garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan ikan bilis dan bawang putih.
  2. Masukkan sayur mayur. Gaulkan.
  3. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam.
  4. Siap!

Monday, October 19, 2015

Lunch at Fresco, Jaya Grocer Empire

Assalamualaikum,

Ni quick update. Luncheon with my mom kat Fresco. Memula blur jugak, sbb saya 1st time mkn kat sini.. But my mom dah few times jugak dia visit kat sini, so my mom la yg guide.

Fresco ni konsep dia, u choose ur main ingredient then bgtau yg uol nak dorg masak. Faham tak ni? Still blur jgk mcm saya? Ok, blh continue baca step-step yg saya akan provide kat bwh ni..

1st step - uol g kat kaunter yg jual barang basah tu. For my case, we all chose to have salmon. Then buat bayaran immediately kat kaunter tu sbb dah inform nak dine in kat situ

2nd step - Tunjukkan resit beserta salmon yang dah dipilih tadi *if u wish to have steak, then pilih la korg nyer lamb etc, okay!* kat kaunter utk tentukan nak suh dorg masak apa.. We decided utk dorg masakkan grill salmon. Then blh tambah order air dan makanan lain. Buat payment kat situ.

3rd step - If you wish to have salad or lasagna yg dah precook, blh pegi kat kaunter dpn. Then bgtau meal apa yg korg nak. Macam saya, kitorg minta fresh salad, chicken pea salad & vege pasta. Immediately bayar. 1 portion RM8. So, kalau amik 3 item tu, RM24 la kena bayar.. *kemon, sifir mudah saja bro!*

4th step - Tunggu order sampai dan makannnnn!!

Simple as that. Just need to follow these 4 steps je utk anda menikmati makanan yang lazat lagi sihat!

Grill Salmon.. Yang lukisan dedaunan tu mayonis

Fresh salad, Chick pea salad & Vege pasta

Grilled salmon dia superb beb! Chick pea salad dia tu, lebih kurang chick pea kat Jibby & Co.

K, next time, nak try dia punya piza n steak.. My mom kata, pizza dia crispy, steaknya pulak marinate dia ohsemm~~


Thursday, October 15, 2015

Assalamualaikum,

Scents creates moments..
Moments creates memories..

So, my mission is to get rid all my perfumes yang mencipta memories masa zaman luka, dilukai dan terluka.. huhu..

Byk collection perfume yg saya ada.. and mmg susah nak habis sbb slalu sembur sikit2 je..hee..

After bape lama tak pakai perfume, tetiba rasa nak pakai.. then bila pakai, teringat.. eh, perfume ni masa aku keje kat bla bla..n masih lg in relationship dgn dia.. *paling tak suke bila teringat ni..haih*

Haih, nak buang, sayang..sbb bli sendiri n mahal kot.. so, slowly la saya main sembur2 kat toilet.. bawak g ofis pun bg je kat org pakai.. sbb nak bg cepat habis and blh buang.. *tu yg tak sabar*

Hope, blh la habiskan sume perfume tu before my birthday, yeahhaa~~~


Tuesday, October 6, 2015

Resepi: Butter Prawn

As-salam,

Yeehaa, menjadi jugak! This is my 2nd trial.. 1st trial aritu, dah jadi mcm telur dadar je.. Mana taknya, kuali je yang digoyang2 sakan.. Teknik salah la rupanya..

So, my 2nd trial alhamdulillah menjadi! So lepas ni tak payah la nak order butterprawn dah. Kita order shark fin soup ataupun sechuan sup je.. Saya kalau g kedai makan ni, biasanya akan order makanan yang rare or yang saya sendiri tak reti nak buat. So, one of them is butterprawn la.. 

Macam mana boleh timbul idea nak buat butterprawn ni? Meh, ikuti conversation di bawah:

Nadia : Kite rasa mcm nak bukak order pavlova la utk raya haji ni.. kwn mak kita nak order, sbb aritu kite ada buat masa open house raya aritu..

Me     : Buat jela Nad.. nak jual bape ringgit?

Nadia : Yang tu taktau lagi.. Tp kalau dah buat tu, kena minta husband kita beli udang la.. mesti dia suh kite buat butterprawn..

Me     : Nad reti buat butterprawn? Siyesly?

Nadia : Siyesly.. ala, senang jela.. mcm ni.... *bla bla bla..sambil memberitahu bahan dan cara-caranya*

Haa... tutorial melalui verbal je tau.. take note bahan dan teknik. Then praktikal sendiri buat, main aci redah je.. 

There you go gambar and resepi!

Mcm senget je kan snap gmbr ni? Walaupun senget, tp rasa dia sedap okeh



Bahan-bahan:
  • 8 ekor udang
  • 3 biji kuning telur yang telah dikocak
  • 1 biji cili padi
  • 3 urat daun kari
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit
  • Minyak
  • Butter
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak bersama sedikit mentega. *dah nama pun butterprawn..mesti la kena letak butter...if guna marjerin, anda telah menipu diri sendiri or pelanggan anda..haip, tak baik tipu kerana menipu adalah perbuatan yang sangat keji.. teheheh.. ;P*
  2. Make sure minyak panas. Tuangkan kuning telur pada ketinggian yang paling tinggi anda boleh tuang tadi sambil tgn sebelah lagi kocak laju2 ikut arah jam. *heheh...sbbnya nak bagi kuning telur tu jatuh sikit2.. ataupun, blh je guna penapis..lagi mudah sbnrnya.. saja nak bagi korang thrill sikit*
  3. Biarkan smpai berbuih dan telur tu garing.. *time ni, korg dah boleh slowkan api..kang hangit pulak sarangnya..*
  4. Angkat dan saringkan guna kitchen towel dan ketepikan.
  5. Dengan lebihan minyak kat kuali tadi, tumiskan cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan udang yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan garam.
  7. Tunggu sehingga udang masak dengan balik2kan dia atau nak mudah detect, udang tu akan kerekot bentuk bulat gittew..
  8. Tabur dan gaulkan gula ke dalam sarang kuning telur yang telah ditapis minyaknya..dan gaulkan bersama udang tadi.
  9. Siap utk dinikmati.. Nyumms!
~love~






Sunday, October 4, 2015

Egg Tart

Salam,

Egg tart in the house yaw!!

Gambar blurr la pulok.. Blur2 pun, habis dah uols!

Simple and sedap! 100pcs habis gitu je.. alhamdulillah.. ;)) ~love~

Thursday, October 1, 2015

Shaklee : Promosi Oktober - GLA & Omega Guard

Assalamualaikum,

Mulakan permulaan hari dan bulan anda dengan senyuman, ;)))

Promosi Shaklee bagi bulan Oktober sangat ohsem weyyy~~ GLA ada... Omega Guard ada... Vitalea for kids pun ada... 




Haih... byk rugi kalau tak grab! Nak share tong-tong dengan kengkawan pun blh.. Byk membeli, lagi banyak jimat. Sape yang tak nak bila dpt membeli sambil bermanfaat dengan tawaran yang super jimat.

Dahla jimat, untung lagi..
Mau ka nak?

Sebarkan kebaikan Shaklee.
For order boleh WA saya, k!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...