Pages

Friday, June 5, 2015

Kerana teringat

As-salam,

Ada terbaca caption ni:

Perempuan kalau sekali dah sayang, memang nampak macam terhegeh2. Tapi kalau sekali dia dah takde hati, dah benci.. kau koma nak mampos sekalipun dia tak heran.

Betul ke?
Betul la kot..

Sbnrnya ada je perempuan yang jenis annoying. Mengada2akan cerita.. Isu kecik dibesarkan. Byk komplen.. Kupas bawang pun amik masa berjam2.. Isk, mmg rasa nak lempang laju2 je.. But depends. Tak semua perempuan camtu.. But, once dah hurt hati pempuan tu, she never can be the same person anymore. Totally changed. Sbb dah hurt sgt2.. This is what i have experienced. Try utk find or jadi like before, but cannot. Sbb the hurt is damn deep.

Apa yang berubah? Behaviour maybe. Nak terangkan in details pun susah la wei. But i noticed when im facing certain situation. Supposed if i were yang dulu, saya akan amik tindakan A. But, since i;m not my previous me anymore, so saya amik tindakan B. Perkara ni saya realize, and even dah cuba utk kembali mcm my previous me,  but tak blh.. Sbb teringat..

Haa.. contoh la kan..
Tunggu waiter datang amik order, tp tak sampai2.. so tunggu lagi.. bg chance.. fikir positif and waiter pun datang.. Ok, dah buat order sume, dah tentu amik masa utk mknn yang kita order sampai, ye tak?Tunggu...tunggu..tunggu.. tak jugak sampai.. tunggu lagi sekejap, but tak sampai lg, So ni dah the ultimate, saya takkan tunggu lg.. saya akan blah je without notify the waiter yang saya nak blah.. Sbb? Tetiba saya akan teringat, masa aku kapel dulu, tunggu punya tunggu.. blh sabar lagi.. then tunggu lagi sampai 7 tahun, tak jgk kawin2.. pastu tunggu lagi..punya la pasrah dan setia menunggu.. tetiba dpt phone call and end up kena tinggal.. oh demmm... Haa.. mcm tu la.. So daripada tetiba tunggu punya tunggu sekali waiter tu dtg, "Kak, makanan yang akak order out of stock la.." or "Kak, akak blh tunggu tak, sbb bahan kena marinate bla bla.." or waiter tu sbnrnya lupa nak antar order kat bahagian kitchen.. Tu lagi sakai.. So, daripada buat hancur luluh berkecai je nafsu nak mkn, baik i angkat kaki dulu.. haaa, macam tula perasaannya.. Macam paranoid kan? Pdhal dgn waiter and makanan je subjectnya.. Tp yes, saya taknak benarkan hati saya dirobek lagi.. Cukup2la.. Dah2la..

Tu sume sbb teringat.. but, that is life.. Ada yang kena tinggal.. ada yang meninggalkan.. Balance.. Yang kena tinggal, mmg sedih pedih la.. tu blum masuk kes curang.. tp my old me, masih lg setia.. Kekadang rasa, mcm i ni bukan perempuan normal pun iye. Kekasih curang, i blh steady lagi, iye, i masih blh terima u.. sbb i cintakan u... phuiii la weih.. bila pikir, nyesal pun ada.. apesal la bodo duk tunggu.. dahla dia dah curang.. blh plak duk tunggu lg.. haih..

Kekadang, i terfikir jgk, org yg meninggalkan org yg kena tinggal ni, hidup dia aman tenteram ke ek? Kes meninggal dunia tu terexclude la dari situasi ni, okey.. Ni kes yg clash tetiba ni.. Bahagia ke dia? Blh ke dia bahagia? Bahagia atas kesengsaraan org lain? Hidup ni ada putarannya.. sampai masa, akan merasa jgk.. Tula, dek sbb teringat..

Teringat pesan arwah ayah saya, "Biarla org buat kita.. kita jgn buat kat org.." Yup, my late father slalu didik kami supaya beralah n mengalah. Dah bergenang airmata ni.. dek sbb teringat.. Al-Fatihah buat ayah.. anakmu ini merinduimu.. nnt kita jumpa ya kat sana.. In Sha Allah.. T_T


Candy Crush

As-salam,
Kegilaan game apakah yang melanda diri anda?
Clash Of Clan? Candy Crush?

Macam saya, saya skrg sedang bertungkus lumus dalam menjayakan level-level dlm game Candy Crush. Memula kakak saya yg main game ni. Waktu tu, saya tak terjebak lg dlm memana industri game ni. Lepas tu, kakak ipar saya pun terjebak dlm kancah game CC ni. Saya still maintain tak install game tu dlm handphone saya. Waktu tu, saya just main game Pao je.. game bodo-bodo yang takde keje bela menatang apa pun tatau la. Bentuk lonjong2 mcm telur.

Jadi, bilakah saya terjebak dan lemas dlm CC ni? Sejak saya dalam pantang. Malam-malam takleh tdo and sambil nyusukan baby, saya main CC. Siang saya sibuk pam susu and tgk online shopping. ;P

Dari hari ke hari, confinement period pun dah habis, tanpa sedar saya meniti setiap level CC tu dgn jayanya. Siap tgk kat cheat dlm internet lg if dah berbulan2 if stuck kat certain level.

After 11month ++, saya kini berada di level 445. Another 55 level more to go! Hehe.. Sanggup saya tak tukar handphone uols! Ada skali tu, sangkut kat level brape ntah dah tak ingat. Ikut petua cheat kat internet pun still tak berhasil. Saya siap tnya kat my bestie lg mcm mana dia blh lepas level yang saya sangkut tu... Hahaha.. gigih tak gigih usaha saya tu? huhu..

Reason nape suke main CC ni sbb game ni bukan je main suka2 je collect point. Tp dia ada mission. So from there kita kena strategize. Tu yg sonok and addicted tu.

K la, nak sambung main level yang duk sangkut ni.

Daa..~~ 

Thursday, June 4, 2015

Melaka Trip (Day 3)

Assalamualaikum,

Day 3 di Melaka which is last day we all kat Melaka.

We all bgn awal. Sbb nak packing utk balik Shah Alam.

Bayangkan, anak baru sorg. Tp begnya dah 3-4 beg. Nak turun dari tingkat 29. And for sure 4 beg tu, my asben jela yang kena bawak. Dah saya dukung si kecik kan. So, saya mmg full utilize ruang yg ada. Mana blh sumbat, saya sumbat.

Check out pukul 12pm. Si kecik blum bgn tdo lagi. Kami dah lapar kemain dah. Bancuh la milo.

Pukul 10am, baru si kecik bgn. Terus kitorg mandikan and siapkan dia and asben kata, "Kita breakfast kat Starbucks jela. Dah pukul bape dah ni. Takut tak sempat nak check out."

Sesi terjahan Starbucks pun bermula.

Saya order Chicken Toastie + 3 layer frape and asben request lamb stew pocket pie + iced cappucino. Si budak kecik tu? Heinz pasta and tuna mornay + warm water.

Kitrog habis sarapan pukul 11.45am, sbb mknan yang diorder lambat sampai. Then, cepat2 naik, utk check out.

Ok, time nak check out ni la debar. Sbbnya, lif ada 4. Yang berfungsi 3. 1 lif tu dlm special service tulis situ. Dah memasing nak check out kul 12pm, jadinya lif tu sentiasa full load. Per angkut 17pax. So, saya plan utk naik je lif yg bukak tak kisah la lif tu nak naik ke tingkat yg lebih atas pun. Tp saya sedar, yg anak saya ni tak suke duk dlm lif lama2. Jadi mana mungkin utk saya buat plan gitu. Dan seperti memahami pulak lif tu dgn perasaan anak saya. Sbbnya, setiap kali lif yg nak naik atas tu terbukak, mmg takde space dah utk menyelit. Kat kawasan lif takde aircond, jadinya saya jadi cepat mual. Dah rasa nak pitam berpeluh2 dgn tgn mendukung si anak. Lama jgk la nak menunggu turn lif, dan akhirnya, setelah 15-20minit menunggu, barula ada lif yg boleh memuatkan kami bertiga.

Kat kaunter check out dah ramai dah yg beratur utk buat payment. Saya duduk di sofa di ruangan menunggu. Dah habis setel sume, kami pun beransur gerak menuju ke kenduri kawen dan bergerak pulang ke Shah Alam pukul 3pm.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Shah Alam dalam pukul 6pm. Jem weih~ Tu la dia, crita trip hujung minggu baru ni.. Simple and leisure trip.



   

Wednesday, June 3, 2015

Melaka Trip (Day 2)

Assalamualaikum,

Huwargghhh~~
Eh, pukul bape ni? 9am??!!!

Tgk, betapa selesanya hotel yg kitorg inap..kikiki..
Si kecik saya pun, nyenyak bebenor dia tdo..

Hari kedua, kami plan pada asalnya nak hunting for nasi lemak sedap kat Jalan Mata Kuching. DIsebabkan kelewatan yang kami hadapi dalam bangun pagi, jadinya, plan utk terjah nasi lemak pun dihentikan dan pencarian diluaskan ke arah Kota Laksamana. Kat sini, port roti nan sedap punya baq hangg~~ Tp port nan sedap ni, mula beroperasi dari pukul 5pm ke atas. Dari akal fikiran logik, kat situ pun ada deretan kedai lain, jadinya, moh la kita godek pulak deret kedai selainnya tu ya!

Sesampainya kami di kedai roti nan Pak Putra, seperti yang dijangka, mmg kedai tu tutup. Maka, kami drive ke depan lalu terjumpa sebuah restoran yang diberi nama Hajah Mona Asam Pedas terletak di Jalan Laksamana 2. Yezza! Kedai ni penah masuk rancangan Best In The World.

Sekali tengok, tak ramai org. Tp bila perut dah berkeroncong sakan, tak kisah la tak ramai pun, mehla kita singgah.

"Dik, ada jual apa yer?"
'Nasi lemak ada.. asam pedas nanti baru ada.'

Nanti? bukan ke yg menggelegak sakan dlm periuk besar tu asam pedas ke? Kenapa mesti nanti? *nampak tak gelojoh di situ? hahah ;P*

"Nanti tu pukul brape ye? Sbb belum tengah hari lagi ke?" Cepat2 tgk jam, pukul 11.30am.

'Lagi 10minit.'

Dah alang-alang, Melaka popular dengan asam pedasnya, maka saya dengan sabar order asam pedas pari. Hasben saya pulak order nasi lemak ayam.

The taste?
Seriously sedap! Both ok! Both was so sedap! Nasi lemak dia pun sedap.. Asam pedas dia pun terangkat beb!
Dia come in set. Mmg dah dia bg nasi putih with sayur + telur masin.

Tak lama kemudian, customer dah mula membanjiri kedai mkn ni. Orang putih pun dtg weih!

Sebelum blah tu tnya kat adik tu, "Dik, mlm bukak tak?" 'Malam bukak..ada goreng2..'

Kami? Cayalah! Mlm ni mkn sini~~

Kemudian, kami teruskan perjalanan kami. Cadang nak ke A Famosa. Tapi cuaca terik, kami batalkan niat kami lalu terus masuk Mahkota Parade.

Kat Mahkota Parade, saya mmg dah pasang niat nak blikan baju utk anak. Kebetulan parking pun mudah nak dapat dan Parkson pun ada sale. Dapatla rembat 2 seluar dan 1 romper. Pusing kat dalam mall tu penat jugak. Sekali-sekala kami berhenti dan teruskan perjalanan window shopping kami ke Dataran Pahlawan Mall yg terletak berhadapan dengan Mahkota Parade.

Kat sini, saya shopping sakan. Sbb jumpa Heritage Gallery kat bawah sana. Saya shopping, getah rmbut 2, cekak 1, bag 2, ole2 utk family berupa makanan, penggaru belakang n head massager.

Kami pusing2 kat sini sampai la pukul 3pm. Kemudian kami bergerak ke Klebang sbb kononnya nak pekena coconut shake yg ramai org tu.

Nak ke Klebang, jem plus byk trafik light. Kami sampai kat tempat tumpuan coconut shake tu sekitar pukul 4.20pm.. Bila dilihat barisan yg beratur, Ya Rabbi... panjang weih!! Tak sanggup nak join beratur. Siap ada RELA lagi yg jaga lalulintas. Dahsyat tak dahsyat. Skali tgk memasing bondot 5-10 cawan smapai tak cukup tangan. Mmg sakan dorg shopping coconut shake kat situ.

Disbbkan tak jadi nak pekena coconut shake, kami pun patah balik. Sebelum tu, singgah solat jap kat masjid berhampiran dan terus shoot ke Pak Putra. Yummeeehhh~~

Pastikan Pak Putra, baru ngam!


Sampai di Pak Putra, terus saya order Nan Egg Cheese + Tandori and Mango Lassi. My hubby lak dia order Garlic Cheese Nan with Teh O Ais. Tandori tu kitorg share. Sepinggan tandori RM8, Nan pulak if tak silap RM4 each. Mmg sedap oi! Ni my 2nd time mkn sini. Sbb sebelum tu, masa awal2 kawin mmg ada g Melaka, tp kitorg tak jumpa kedai ni. Puas tnya sedara, sume blur pasal Pak Putra. Tu yg heran. Pdhal sedara ramai je kat Melaka. Yang boleh buatkan terjumpa Pak Putra ni, masa kitrg punya trip si Amer kawin. *Amer is kawan hasben saya* kebetulan mmg ada visit my fren yg also kat sini, Kak Mus. Dia la yang tunjukkan arah. Since then, mmg terus cekap nak ke Pak Putra ni.. hoohoho~~ Thanks Kak Mus! ;)

Nampak tak? Mango lassi duk selfie dgn teh o ais. Pastu Garlic Cheese Nan buat tatau je kat ujung tu.. sama perangai dgn tandoori. Haa, yg interframe kat dpn tu la Egg Cheese Nan.. wohoho..heaven bhai~~


Lepas je kitog mkn, jam dah pukul 6.30pm.. Dah nak Maghrib. Cepat2 singgah kat kedai Mona tadi, utk tapao dinner. Then terus kitorg balik hotel sbb cadang nak kluar balik utk naik beca, naik cruise and naik Menara Taming Sari. Masa nak masuk parking hotel, ternampak ada signboard Jetty, Melaka River Cruise. Terus ckp kat asben, "Eh, rasanya kita tak payah kluar balik la nanti. Kita turun je, naik bot dari sini then turun kat hentian yg ada beca etc tu. Pastu kita balik sini naik cruise tu balik."

So, we all pun excited la bersiap. Pukul 8pm, kitorg turun semula, kekonon nak naik cruise. Sekali bila turun, tgk2 ticketing booth tu pun blum beroperasi lg. Cis.. Tp kitorg still tgk jgk la kat jetty tu, then baru tau, rupanya ada Festival Sungai Melaka. Bykla bot yang dihias dengan lampu duk berlayar kat sungai tu.



Malam tu, kami just amik angin je berjalan sampai ke fun fair yg tak jauh dr hotel, pukul 9.30pm dah balik hotel semula. Makanan yang ditapao tadi? Kami mkn pukul 11pm setelah anak pun dah lena.

Dah setel day 2..

Ni la dia bangunan hotel kitorg from fun fair view


Daa~~

Tuesday, June 2, 2015

Melaka trip (Day 1)

As-salam,

Cuti sekola dah mula. As usual, jalan nak g kerja pun tak jem.. wahh~~ heaven beb!

Bila cuti sekolah, maka kenduri muri pun byk la jugek.. So, kami pun tak ketinggalan la mendapat jemputan. Kali ni jemputan sepupu sebelah hasben saya di Melaka.

Kendurinya diadakan pada hari Ahad, 31 Mei, so kami decide utk berada di Melaka 2 hari lebih awal. Sbb dah sahih akan jem. Jadinya, saya cuti pada hari Jumaat, 29 Mei tu, sbb roadtax pun dah 2 hari expired. Sebelah paginya, saya setelkan renewal roadtax and insurance kereta di Pejabat Pos Shah Alam, and balik tu baru sibuk packing. We all gerak sebelah ptg selepas Jumaat.

Kalau diikutkan dari segi kesihatan, saya tak berapa nak sihat. Selsema and batuk. Badan pun rasa mcm nak demam je. Tapi bila pikir hotel pun dah booked, jadinya rasa sayang pulak nak cancel last minit. And of course if cancel last minit, akan kena charge jgk.

Blk dari post office, singgah Speedmart jap utk bli biskut my son and baru balik rumah. Dah sampai rumah, konon nak packing beg, tp alahai rasa letih je badan. Rehat jap. Dalam pukul 12pm baru sibuk mencari mana baju anak, mana baju sendiri yg nak dipakai sedondon dgn asben.. Tuptaptuptap, pukul 12.30pm dah siap packing.

Asben saya pun balik dari solat Jumaat, and we having lunch. Dlm pukul 3pm baru kitrg gerak.

The journey was smooth, takde jem. Byk kereta, but all in order. Alhamdulillah, kitorg sampai Melaka and terus check in around pukul 6.30pm.

We all stay kat Swiss Garden Hotel, pilih king size bed, But breakfast not included ya!

Ni la biliknya..

Katil king size. bilik ngadap matahari terbenam, so bahang sikit ptg tu

View from our room, from level 29

Coffee corner. Yang kaler hitam tu, dapur untuk panaskan makanan. Tapi den tak reti nak onkan camana

Cozy couch. Direct kena aircond if duduk kat kerusi ni

Hotel kitrgo ada mall kat bawah. Blh la nak cuci mata if boring2 kat hotel. Kat bwah ada Tangs, Focus Point, Sakae Sushi, Pasta Zanmai, FOS, Starbucks, La Bodega and apa tah lagi, lupa nak snap gmbr. ;P

Since we all dpt parking pun cun, so my asben kata lets have dinner kat bawah je la. Sbb perut pun dah lapar sgt, jadinya takleh nak pikir nak terjah lokasi mana.

We decided to have Nando's as our dinner and balik bilik then tdo.. End for day 1. ;))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...