Pages

Monday, May 25, 2015

Dip n Dip

Assalamualaikum,

As promised, ni nak tepek gambar Dip n Dip.

Ok, ni kira sambungan lepas makan kat La Bodega la ek! Walaupun perut dah kenyang, tp still ada ruang utk selit2 dessert.

Internal deco
Bila dah buat perkara yang unplanned, jadinya saya pun tawakal jela if kantoi dgn bos saya. Jam waktu tu dah pukul 2.45pm mcm tu. Street tu pun dah beransur lengang, tu yang mudah utk kitrog dpt parking kat Dip n Dip tu. Maknanya, mmg kena laksanakan jgk lah plan yang unplan tu.

Kitorg masuk kat Dip n Dip ni, and customer pun tak bape ramai dah.

Kalau dilihat dari segi suasana, tempat ni sesuai utk lepak santai or gossip gathering.



And kitorg order:


kasi zoom sket~



Tak sure whether saya salah pilih menu ke apa.. Tapi biasa je apa yg saya rasa ni.. takdela make me smile sgt..heheh.. but nak try 2nd trial kat curve if tak salah.. Nnt kena google.

Ok, so takde hutang dah kan? Dah cite psl Dip n Dip.. Nanti saya buat review food lain pulak k!

Daa ~~






Tuesday, May 19, 2015

La Bodega, Bangsar

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak buat entry pasal food hunting kan?

Let see, apa yang boleh nak disharekan k.. jap yer.. I'm viewing my picture folder. Loads of food picture yg ada dalam pendrive or external hd and mmg berhajat nak share kat blog with you all, tapi kekadang lupa nama food yg diorder la.. Pastu, kekadang lupa mkn kat mana, lokasi pun tak hengat. So camano? Tu blum alasan takde masa untuk berblog, takde idea nak merapu apa.. haish...

Haaa.. ok, dah jumpa dah.. since i'm in the office, so saya share picture yang sikit je k!

Picture taken at La Bodega in Bangsar. We had this meal during lunch hour. So imagine, kat Bangsar yang pack tu nak carik parking kat tmpt yg dah tentu sesak, nak2 time lunch hour? Phew, sgt mencabar i tell you!

I went here with my sister and brother in law. Kebetulan, my sister n me takde meeting, so my brother in law pun fetch us kat office and pekan paling dekat dgn ofis adalah Bangsar. Itu pasal la kitrog tuju ke Bangsar.

ANd memula, my sister teringin nak mkn burger kat satu kedai ni. Kedai burger ni berhadapan dgn La Bodega ni jgk. Since she has read review yg burger kat situ sedap, tu yg buat dia terliur nak try. And rasanya dia pun early pregnancy masa tu.. Kitorg dpt parking jauh, sekali dah penat menapak, tgk2 kedai burger tu tutup... Aduiihh.. kecewa sungguh.. Tu yang ternampak La Bodega, and terus je kitorg masuk and tgk menu. *Yela, masa dah suntuk plus perut pun dah lapo.*

So these are the lunch menu that we chose:


Pizza

Lamb shoulder

Salad. Come together with the lamb

Paella mixtas seafood
The pizza and paella, sgt sedap! Tatau la kalau we all lapar ke apa kan.. And the lamb, also sedap.

Bila kenyang perut, hati pun ceria, we went back to office. But on the way nak kluarkan diri dari kesibukan pekan Bangsar tu, ternampak la pulak kedai Dip n Dip.. Terus, i kata, "Oooooo...kat sini ke kedainya.. ramai kawan kata sedap.. nnt nak try la."

Then my sister replied, "Nanti tu bila dik? Kita try skrg je la."

Then, kitorg pun stop by kat Dip n Dip tu. Nak tau apa yg kitorg try? Wait for the next entry k!



Thursday, May 14, 2015

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum,

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu.

First time meraikan hari ibu ni. Takde la eksaited ke apa, tp dengar kat iklan radio, sume pakat dapat hadiah sempena mother's day ni kan..

Teringin nak dpt fresh flower sbnrnya. Haha.. masa konvo dulu my mom yg bg saya jambangan bunga. Tp bukan fresh flowers, but at least dpt jgk bunga kan..

Then masa bercinta, mmg sekuntum bunga pun tak penah terima apatah lagi tetiba ada mamat blooming.com datang buat surprise tu mmg  jauh sekali la.

Nak, tp takkan nak mintak kan.. Ada sekali tu, dpt bunga kantan.. Yes, mmg its fresh sbb petik kat tepi umah without ada ribbon2 and all that. But, tak kena la wey.. Maybe tu la kot petanda my love relationship future was. But saya je yg tak paham. Bunga kantan manade harum subur mewangi, ye dak?

Penah skali tu saya tershare with my bos. Reaction dia was, "Omaigod Milia, takkan you tak pernah dpt bunga? Even from your boifren? My wife slalu je dpt bunga dari I." *krik..krik..krik..sgt menyampah.* ok, untungla your wife kan..

Anyway, takpela.. tak dpt bunga pun takpe.. dpt cincin bentuk bunga pun best jgk.. huhu.. But, i tell you, i rasa if one day i dpt bunga, mau bagaikan kera mendapat bunga iols nnt.. hahah..

K la, nak chase other dept to get some document for submission.

Daa~~

Wednesday, May 13, 2015

Harummanis

Assalamualaikum,

Sekarang ni kat negeri utara tanahair ni, sedang musim buah harummanis. Yang herannya, buah ni tak penah nak menjengah pasaran selatan tanahair.. haih, eksklusif bebenor. But, if dpt ni..sedap gak kan.. *huhu..terliur dah nih.. ;P*

Ada je nampak org iklankan, sekilo dalam julat harga RM26 - RM35. But tak sure whether tu betul2 harummanis ke tak. Sbb penah sekali tu beli, rasa mcm buah pelam biasa tu and rasa ia diperam. Means, ia tak masak secara semulajadi. So, eventho isinya kaler kuning, tp tak harum n tak manis seperti namanya. And if tak silap, harummanis isinya sepatutnya kaler oren kan? Tu yg rasa mcam dah terbeli yg tak ori.

Ada jgk tanya kat brader pasar mlm, nape tak jual harummanis. Duk nampak mangga waterlily, mangga madu, chokanan and keluarga mangga yg lain. Then brader pasar malam replied, "Huih..harummanis tak laku dik kat sini. Mahal sgt.. Takde org nak beli nnt."

Hurm, awat kat utara tanahair ada je org nak bli? Padahal harga kat sana bukannya tolak harga singgit dua je kan?

Sesapa yg ada jual harummanis original, meh la bgtau. Saya mesti nak!




Monday, May 11, 2015

Selamat Pengantin Baru

As-salam,

Sebulan tak jengah blog cumel ni, tup2 ucapan Selamat Pengantin Baru lak jadi tajuk entry.

Wish ni ditujukan utk crush saya, yg pernah suka kat saya tapi takmo mengaku.. Last2 sendiri frustrated.

Smlm dpt WA dari dia, then dia menjemput utk ke majlis kawen dia.. Iols ok je and reply if takde aral, akan smpai la di hari bahgia dia...

Then tetiba je dia termengaku yg dia penah suka kat saya..Aisey, parah ni weih.. apesal lak baru skrg mahu buat itu konfesion?

But, we are profesional. Dia pun dah moved on and dah jumpa jodoh yg terbaik.

Ceritanya camni.. *kamera alih ke langit..*

Dulu, saya penah keje kat bank. Kebetulan team kat cawangan tu, mmg sgt kekurangan staf pempuan. So, dengan adanya saya, maka menjadi penyeri la kepada kaum adam di bank tu.

Masa memula report duty tu, branch manager dah suh saya duduk belajar ngan dia ni. Dalam hati waktu tu, dah doa dah, jgn la kena belajar dgn org yg dah kawein.. huhu.. sbb ntah, rasa cam tak selesa lak.

Pastu PA bos tu pun suh saya tunggu kat meja org yg akan ajar saya. Tunggu punya tunggu, staf yg lelain pun ada gak tegur2 saya then bgtau yg org yg akan ajar saya tu ada kat pantry. Tengah sarapan.

Hati debar2 dah, mana satu la org yg nak ajar ni? Pastu, sebaik je pintu terkuak, nampak la dia ni berjalan dengan tenang kat meja yang tgh saya duduk which is meja dia jugak la.

Fuh, lega! Muda n bujang. tehehehe.. *wink2*

Saya dulu jaga unit loan. So, waktu tu, mmg saya carik customer kaw2 punya la..dah jadi mcm along pun ada.. aci redah je suh org apply loan.. Mmg terpaksa buat muka tebal tp enjoy sbb takde stres and takde kekangan deadline. Cuma saya tetapkan utk sekurang-kurangnya dpt customer 5 org sehari.. Memula sehari 5 org, then bila dah timbul rasa konfiden, saya naikkan kepada 10 org.. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan.

Branch manager tgk saya perform and memasing kata si dia ni la yg bagus ajar saya. Sbb kebetulan saya pulak jenis yg cepat pick up and sumenya smooth je. Target bank pun selalu achieved and dorg kata saya lah punca sbb aktif cari customer.

Bila saya dah dpt meja sendiri *sbb saya selalu keje luar, tu pasal meja tak disediakan utk saya*  , meja saya selalu la jadi tmpt dorg ni menyinggah. *yela weihh, waktu tu saya la pempuan yg solo.*

Setahun jugak la keje kat bank tu and at the same time saya ada jgk apply keje kat tmpat lain. As time goes by, saya dpt tawaran kerja kat tmpt lain. Mmg rasa sedih nak tinggalkan team ni, tp bila saya mintak utk dipermanentkan, branch manager kata belum ada kekosongan. So, saya pun nak jugak securekan kerja saya.. So dlm dilema utk blah ke tak blah dr bank tu, saya pun dah start close dngn dia.. Reason tanak blah tu sbb:
  1. Teammate energatic, sgt sempoi sbb sume team lelaki. 
  2. Close sgt dgn geng2 laki yg sume bengong2..
  3. Dekat dgn rumah
  4. Hati dah timbul rasa seronok jadi along
  5. Zero stres. Agak2 rasa tanak kluar, lepak jela kat bank.. Pastu agak2 bosan, kluar la carik mknan ke, pastu bawak balik utk teammate makan.


Since we are close, dia ada share yg dia penah suke kat sorg awek ni.. dia dah siap bg cincin, skali awek tu kawin ngan org lain.. so dr air muka dia, mmg tau la yg dia frust, tp still tak putus asa chase awek tu.. saya ckp kat dia, buat apa nak chase org yg reject and terus lari dari kita? *sbnrnya tujukan kat diri sndiri jugak time tu.* But dia still tak putus asa nak jgk try awek tu, saya pun layankan ajela jiwa sedih dia ni.. Nak buat camana, dh bg nasihat tp tanak makan nasihat kita.

Kitorg kat bank mmg takde kuar mkn sesama. *cover beb! ;P* Tp di luar waktu keje tu, ada gak kitorg kuar mkn kira cam dating la..

Until, saya tnya kat dia, "Ko ni suke kat aku ke tak?" *daring kan soalan saya kat dia?* 

Sbb mcm nampak bunga2 yg dia suka, tp tanak ckp.. so, skali zass jela soalan tu direct straight to the point weih. sbb malas nak buang masa dah.. Serious wey..serik.. yela, dulu punya cerita, beria cinta cintun 7 tahun, tp habuk pun takde. Yg dpt airmata and kesedihan cuma. Dari org tu takde master, dah ada master, takde keje, dah ada keje.. kata nak bg elaun once dia dpt keje ,tp takde pun bg elaun, minta no acc kita ni pun takde.. takpela, setia punya pasal, tup2, kena tinggal jgk.. hurmm.. janji tinggal janji weih.. So, kali ni, mmg malas dah nak play around bagai ni..

Then dia reply, 'Aku suka kat ko? Mmg tak la weih..aku takkan lepaskan.'

Dia ni suke guna ayat yg negatif and dia positifkan balik. So, saya pun tak sure sgt whether dia suka ke tak sbnrnya... Eeee,, penat la nak diagnos manusia yg berlapik2 sgt ayatnya.

But bila diajak datang beraya, dia ada dtg.. and again, terpikir balik cinta lama pun dulu ada je dtg umah.. Tp cincin tak jgk tersarung kat jari..hurmm.. 

So, we all still go along as a fren. Bila kat bank buat2 mcm takde pape.. Tp bila balik umah, sibuk tnya resepi kat dia.. *dia ni pandai masak.* Hari-hari kitorg dtg keje, then gelak2 pastu sambung balik buat keje.. Bila boring2, saya buat air kat pantry bg dorg minum etc.. zero stress weih..zero stress.. Ofis mana nak dpt environment keje gini..

Until one day, saya pun dah dpt tawaran keje lain, so saya pun bgtau la kat dia.. Share la berita gembira ni.. And bila dia dpt tau, dia suh saya stay. Dia kata dia sedeih if saya takde.. katanya, takde la teman dia nak gelak2..takdela org yg nak buat air tak sedap kat pantry, *see, mulut jahat kan?* takdela org yg nak sibuk menyibuk kat meja dia.. takde la org yg nak habiskan borang yg ada atas meja dia.. huhu..

And 2nd time, saya tnya dia skali lagi.. "Ko suke kat aku kan?" and he replied, 'Cantek sikit!! Ko tu tak cukup cantik utk aku.' Reply dia mmg menyakitkan hati tp feedback from kawan2 yg duk kenenkan kitorg, dorg ckp mmg dia ada hati kat saya. 

'Dia ckp je kasar2 camtu kat ko.. Panjang tu suka kat ko Mi.. kat pantry slalu je duk cite pasal ko.. jeles kitorg, nyampah pun iye asyik2 cite psl ko je..' Ok, Panjang adalah nama gelaran dia kat ofis... sbb dia tinggi.

Bila dah memasing dah kenen2kan kitrog, saya dah tak bape nak layan dah..sbbnya, dah 2 kali tnya still dia dlm mode penafian, jadinya bila member2 ni duk kenen2, dah rasa mcm angin lalu je gosip2 tu..

Until at 1 point, dia start kutuk2 saya.. uik, kutuk saya? yezza, dia kata saya tua dan tak sesuai utk dia. *yerp, kitorg ada beza umur 4 thn.* Sbnrnya, alasan utk dia tangkis gosip2 dan kenen2 member ofis.. saya pun dah lebih kurang mcm fedap dah la dgn permainan dia ni, until satu petang tu, hujan lebat sgt.. and saya penah ckp kat dia, 

"Wey, doa org teraniaya cepat makbul lagi2 time hujan camgini. Ko ckp la aku tua, tgk la nnt ko kawin dgn org tua jugak.. Pastu nnt, jam tu jgk ko akan tingat kat aku and baru ko tau langit tu tinggi or rendah.." 

Waktu tu, dia gelak2 je and maybe dia tak jangka kot. Budak darah muda..camgitu la kan.. ngata org tak hengat..

Yang mcm kelakar tu, doa saya bagai terkabul.. mihmihmih... *isk, tak baik gelakkan org kan.. ;P* Smlm dia bgtau yg dia nak kawein. Bila ditanya, "Tua kan bakal wife ko ni?" Terus dia kata, 'Tanak jawab soalan tu.' Sekali bila selidik kaji punya korek, yesszzaa, bakal isteri dia tua 2 tahun dr dia.. huhu~~

Then smlm la bila nak end our conversation, tetiba dia ckp, 'Aku suka kat org Shah Alam tu..tp dah terlambat..'

My reaction was, 'Gulp..apehal baru skrg nak ngaku??' 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...