Pages

Friday, January 30, 2015

What's on Your Shoulder

As-salam,

Sebenarnya i takde idea nak update blog ni.. Sbb, bila ada idea je nak buat entry, i tgh dlm meeting. *nampak nau i tak concentrate dlm miting khenn, hahah*

So bila ada kelapangan masa ni, mcm takde idea lah pulok.

Nak cite my work life, rasanya tak perlu kot luah kat sini. Cukup la sekadar luah kepada teman jiwa ragaku.. Nak cite pasal anak, ermmm risau pun iye jgak, abih dah sume benda nak disharekan..

So, apa yg terlintas skrg adalah tajuk entry What's In Your Bag. *ewah, dah mcam contest KLIA2 tu je kan* cuma i tukar la sikit, sbbnya dlm beg i takde apa pun melainkan laptop. I jenis tak suke bawak handbag. Handbag tu ada, cuma sekadar buat koleksi. Koleksi yang diperam.. Kikikiki ..:P Pehtu, ada hati lagi nak usha handbag kat Lussonet kan mak jemah hoi~

What's on my shoulder everyday i carry to work are:

  1. Beg laptop yg sah2 dalamnnya ada laptop, kad ID *i tak suke gantung lanyard kat leher*, mouse, panadol, kerongsang *in case kerongsang tercabut ke, or ada bahagian memana yg koyak, or ada member nak pinjam ke..*, pad, pendrive ada 4, purse, coins *balance2 yang ada malas nak pikir simpan mana, i campak je dlm beg laptop*, payslip, buku catatan 2013 *penting bila ada argument, nak2 bila deal dgn org yg suke exercise taichi keje ni*, pantyliner, tisu peket.
  2. Beg pam. Dlm beg pam ni pun byk jgk gajetnya: Pam, wayar plug, 2 botol pam, plastik EBM sebeban, pen marker utk catatan, 3 botol Autumn extra, cooler beg yg ada icepack dlmnya, coklat, rechargeable battery for the pump itself, kurma, kad ID *i ada 3 kad ID*
  3. Botol air tupperware 1.5L 
Gitu la setiap hari den duk angkut. Rasa azab bila dpt parking jauh. Dgn tangga kat ofis ni 3layer, padahal tingkat 1 je pun. *Ofis i takde lif* Tu yang bila ada meeting kat Dayabumi, mmg i malas sgt nak gi. Sbb dah rasa mcm makcik jual cendol or mak bedah nasi kandar je nak mengangkut beg segala bagai ni.


Ok, till then.. Daaa~~

Monday, January 12, 2015

Pengalaman di Labour Room

Assalam,

Seperti yang dijanjikan, tadaa~~

Ni la dianya kronologi saya melahirkan baby saya. Happy reading, yaw!

9am:
Terkedek-kedek berjalan menyerah diri ke hospital setelah parody nightmare yang diacah-acah mak enon my doctor tak menjadik..teheheh ;P
Sampai2 je, kena sound dgn nurse.

"Apesal lambat dtg? Appointment patut pukul 8am." 
Alaa, rilek la nurse, dah saya pun rasa mcm taknak serah diri, tp kurelakan jua.. patut bersyukur tau.. wawawa... ;P

Nurse yang marah-marah tu arahkan saya untuk masuk ke labour room, 
"Suami tunggu luar ye"

Saya ni pun bendul, angkut la skali dgn handbag yang sahih takde bekalan makanan. Yg ada bekalan makanan kat dlm beg yg husband saya pegang. Diarahkan masuk ke Labour Room 1. Ada katil sebijik, tv seketul and rack disposable equipment seketul. Katil tu tinggi wo, so amik masa la si boyot cun ni nak manjat.. dah la saya ni rendah orangnya..

Lama menunggu..siyes lama.. then saya text my husband mintak dia masuk. Sbb mcm boring kot..mmg la mata tgk tv, tp hati ni rasa cam debar.

Nurse ada la datang sekali-sekala utk tanya progress. Sebelum tu nurse pasangkan la belt yg nak tau degupan jantung baby tu.

Pastu, nurse ada gak tanya, "Ada rasa sakit tak?"

Saya dengan yakin dan pastinya menggeleng. Takde pung..

By the time, my husband pun dah masuk, dia pun debar sama.

Saya tanya, 'Nurse, bila nak masukkan drip line?' Ewaah, ni mmg betul2 serah diri ni..hahah ;P

"Tunggu la dulu.. Bagi awak rasa sakit dulu.."

Jam dah pukul 12pm.. Tetiba nurse dtg bagitau, " Dah tak blh mkn ye..kena puasa" Hampeh betul, nurse tak kabo awal... Husband saya pun tak makan, sbb takut kot tgh kusyuk lunch, saya pulak bersalin.. Jadinya, saya mintak husband saya utk bg saya kurma and air zamzam. Ni jela bekalan yang saya ada utk tenaga meneran. Just imagine, pagi tu saya just sarapan jemput-jemput if tak silap.

Saya ada request kat husband saya utk dia ponteng solat Jumaat.. *tehheheh... ;P*
Husband saya terpegun kejap dgn permintaan saya..hahaha.. :P So husband saya direct tanya kat nurse, "Bila isteri saya ni nak bersalin ye nurse?"

Soalan tu tak dijawab..

Pastu, nurse tu dtg, 'Suami blh la pergi solat Jumaat. Belum lagi tu.."

12.30pm:
Nurse check dah 4cm loose. So dia pecahkan ketuban.
'Suami boleh la mkn dulu ke.. pergi Jumaat dulu.. ptg dalam pukul 3pm tu isteri awak bersalin..Sempat..'
Maybe nurse tu kata dalam ati, ala..ngada la pulak minah ni..hahah.

Nurse kata if dah pecah ketuban nnt akan rasa sakit.

1pm:
Sakit yang diberitahu nurse tadi, masih belum saya rasa. So i just enjoy watching tv, sambil dlm hati berzikir and selawat. Ada masa tu, saya dgr mp3 ayat Qur'an. Nurse masukkan ubat ampoule, utk cairkan najis and nurse suh buang apa yang patut kat toilet berhampiran.

Memandangkan 1pm pun saya tak start sakit, makanya, nurse tu pun start la pasang drip line tu. Dia induce. Nurse kata, nnt awak akan rasa sakit dlm masa setengah jam.

1.45pm:
Saya dah start sakit dah. Sakit every half an hour. Lama-lama sakit tu makin kerap. Memandangkan ada jam, so saya mmg dah set prediction timing sakit tu.

5pm:
Sakit dah semakin menjadi-jadi dan makin kerap. Every 15minit, then lelama jadi 10minit. Everytime sakit, alat yg pasang kat perut tu pun akan deras bunyinya.

Sakitnya mmg tak keruan weih.. Rasa nak terkeluar pinggang.. Waktu tu, saya tarik husband saya..kejap2 tolak dia.. hahah.. Dalam pada sakit tu, saya tanya kat nurse tu, "Bila blh start teran ni? Saya dah sakit dah ni"

Dgn selambe nurse tu ckp, 'Sikit lagi.. tahan..lagi 5 minit.. dah 8cm dah.. tunggu 9cm ye'

Masa tu rasa mcam nak baling je nurse tu. wohoho..siyes sakit!

Nurse suh jugak amik endorphin yg sedut tu. Saya sedut jgk walau tau kesannya akan buat kita ngantuk n mamai.

Dlm hati dah set target, nak teran 4 kali je.

Bila actual, lebih drp 10 kali weh! Terus lupa cara pernafasan yang dah blajo during pre-natal class..hahaha..

Sempat gak tnya kat nurse, time bila nak teran? Nurse kata time rasa mcm berak nak kluar tu.

Mula-mula mmg saya pegang tgn husband saya, lepas tu doktor suh saya pegang besi katil. Menunjukkan if saya pegang tgn husband saya, maybe leh tinggalkan bekas la kot.. hohoho..

After a few teran tu, memula rasa mcm give up jugak.. saya siap ckp lagi kat doctor, "Doctor, buatla apa2 pun.." Berserah sgt dah waktu tu.

Doctor kata, teran lagi, nnt doctor bantu.

Word bantu tu, saya paham kena czer. Terus rasa semangat balik. Then, sampai ada satu tahap tu, rasa mcm nak ckp kat doctor, takpela doctor, saya mengandungkan jela anak saya ni smpai dia dah sedia utk keluar.. hahah, blh gitew?

Teranan yang last tu, dah rasa kluar semua, terus saya menjerit, "Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah!"

Then, dgr my baby dah nanges, nurse letak kat dada, terus my baby diam.. Masa tu, pegang dia, hangat..fresh from oven kot wey!

Lepas je tgk baby, sempat lagi dengar doctor ckp, "Suami, boleh la azankan"

Then, terus saya mamai dan tak sedar apa-apa.. Sedar2 je, nurse kejutkan utk masuk kat wad biasa. Then malam tu, i tdo kat hospital lena gila wey~

Fuh, penat bercerita.. So, dah setel dah kan hutang cite pengalaman kat labour room kan?

Best bila diingat, tp kekadang rasa takut pun iye..hahah.






Thursday, January 8, 2015

Tips Kepada Ibu Menyusu

Assalam,

Bila mengepam atau menyusu anak di nursing room ketika di bilik nursing di shopping mall, selalu jugak la dialog mcm ni akan menjadi permulaan utk para ibu yang langsung tak kenal antara satu sama lain utk mula menyapa,
' Anak susu badan or dah campur?'
' Baby dah brape bulan?'
' Ada amik apa2 supplement?'
' Production susu mcm mana?'

Meh nak share apa yang saya lakukan terhadap diri saya utk ikhtiar bg byk susu badan. Antaranya:

  1. Makan coklat Milk Story (saiz kecik, RM4.30 perasa oren & stobery)
  2. Minum ESP *blh pm saya utk dpt best price*
  3. Mkn oat
  4. Minum air byk
  5. Minum Umma Lacto
  6. Mkn kurma
  7. Jgn stres
  8. Habbatussauda *blh pm saya utk dpt best price*
Yang penting, jgn stress and kena minum air byk. Remember, minum air byk.. Saya bekerja, jadinya saya selalu setkan KPI utk diri saya utk habiskan 1.5 L (saya bawak bekas Tupperware handolier) pada setengah hari pertama. Which start from 8am - 1pm. And another 1.5L pada 2nd half daynya.

Bila dah habis waktu bekerja, saya make sure yang tupperware galas tu kosong, if tak pun ada tinggal suku, itupun hujung2 je.

Last but not least, yg ni pun sgt penting iaitu BERDOA. Rezeki kita semua Allah tentukan. Kita usaha, ikhtiar, try itu ini, sbb cita-cita kita nak bg yang terbaik utk anak. Oleh yang demikian, jgn lupa untuk berdoa, jgn putus utk berdoa, moga ikhtiar yg kita usahakan Allah mudahkan. Insha Allah, semuanya akan baik-baik je.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...