Pages

Friday, December 20, 2013

Resepi : Telur Bistik Ikut Citarasaku

Salam,

Kali ni nak share resepi Telur Bistik yg saya amend sendiri mengikut citarasa dan keberadaan bahan. Ni resepi yg i buat ni utk mkn 2 org. Tp without gambar la uols! Dah kelam-kabut masak pastu terus nak shoot gi HUKM, tu yg lepas je masak, bergegas den naik mandi, solat and bersiap. Tu pasal la yg tak dapek nak berphotoshoot si telur bistik ittew~ K, moh kita tgk resepinya yer~~

Bahan-bahan:
1. 2 biji telur
2. 2 biji cili padi yg diketuk
3. 4 biji bawang putih diketuk
4. 1 biji bawang merah dihiris
5. 5 sudu sos cili
6. 1 sudu sos tiram
7. 2 sudu sos tomato
8. Air
9. A touch of oregano spice

Cara-cara:
- Gorengkan 2 biji telur tersebut dalam bentuk mata kerbau, kemudian ketepikan
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan cili padi, bawang merah and bawang putih.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan sedikit air (kuantiti air adalah mengikut kadar kepekatan kuah yg diinginkan ya!)
- Perlahankan api, dan akhir sekali masukkan sedikit rempah oregano.
- Masukkan telur mata dan gaulkan
- Tutupkan api dan sedia utk dihidang

Mudah kan? Jom la try wey~ Tak perlu letak garam dan gula. Sbb kat bahan2 yang digunakan utk buat kuah tu, dah penuh dgn bahan pengawet dan perasa tambahan, huhu.. :P


p/s: jgn lupa try ya~ sedap weih walaupun simple dan tiada daging cincang atau ayam cincang dicampurkan. :))

Saturday, December 14, 2013

Disember 2013

As Salam,

Dikeheningan malam ini,
aku dihimpit kenangan,
sejarah cinta mengajarku
sepanjang hari, sepanjang malam

huhu.. tetiba jiwang kejap memalam ni ;p

Dah ngantuk mata den ni sebenarnya, tetapi duk tunggu sang suami balik dari menonton perlawanan Arsenal menentang New Castle bersama abang-abang den di mapley berdekatan. Tatkala den menaip entry ni, den guna tab my mom sambil memerhatikan anak-anak buahku yang sedari tadi duk ralit main xbox.. 

k la, takde mende nak cite n nak merapek, saje nak singgah kat blog den ni.. bersih-bersihkan apa yg patut..

k la, den chow dulu.. layan tgk dorg ni main game jap.. daaaa~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...