Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana ibu saya doctor dah bagi discharge.. lega rasa hati ni.. Since discharge pun dah tengah hari, dari HUKMSC tu, dah dekat dgn Sg. Besi kan, makanya my brother pun bawak kami ke sana utk menikmati Mi Tarik Asli.
Ni merupakan kali kedua kunjungan saya ke situ. My parents plak baru je 1st experience dorg rasa mi tarik yg ditarik secara live on the go. *wah, mcm iklan Astro lak ek.. ;P*
Meh nak share in detail la mcm mana nak gi ke kedai ni. If korg dari HUKM, anda perlu menghala ke arah nak masuk highway KESAS.. And then once the masuk ke MRR2 yang bersambung dengan KESAS tu, terus je jgn belok2 and jgn naik memana flyover. Follow je the flow, sampai anda terlihat signbord Pekan Sg. Besi, then belok kiri. Kemudian anda akan terlihat ada Balai Polis Sg. Besi di sebelah kiri anda. Teruskan lagi perjalanan sehingga anda melihat kedai Gedung Hari-hari yang signboardnya kaler purple.. hati2 drive kat situ, sbb jalannya quite busy and sempit. Kemudian, masuk ke Jalan Tasik Utama 3. Terus sampai hujung, akan kelihatan restoran Mi Tarik Warisan ni di sebelah kanan anda. Warna kedai ni kaler hijau.
Ok, apa yg special kat sini? Kat sini, mi yang terhasil adalah fresh kerana ia homemade. Anda boleh melihat pekerjanya menarik mi tersebut secara live. Kiranya resepi yang digunakan ori from China belah2 Guangzhou, Xi An mcm tu, sbbnya pekerjanya pun asli dari sana.
Specialty kat sini adalah beef lamb (dia mcm cucuk2 daging) yg ni quite big portion, so blh mkn share as snack or appetizer la.. Yg ni saya mkn during my 1st visit to this restaurant.
Smlm saya order Mushroom Beef Noodles, my mom Chicken Noodles, my dad Beef Noodles and my brother plak Lamb Noodles and Spicy Potato.
Utk yg Mushroom Noodles ni, dia kering and ada kuah sikit. Rasanya macam pasta and ada pedas2. Sedap!
Yg Chicken and Beef Noodles tu plak dia mi sup yang bergenang dengan kuah. Yang ni sedap jugak! For those yang rasa mcm tanak mi tu kembang dalam perut, better share la this one. Sbbnya mmg byk kuahnya utk dihirup.
Lamb Noodles nya lebih kurang Mushroom Noodle je if dilihat pada paras rupanya. Tp rasanya Mushroom Noodles tu lebih superb.
And the last one, Spicy Potato. Kentangnya agak keras. Erm, tu je komen dari saya.
Total for these order campur dengan air longan and laici; RM 46.
Mushroom Noodles @ RM8 |
Chicken Noodles a.k.a Beef Laman @ RM12 |
Lamb Noodles nya lebih kurang Mushroom Noodle je if dilihat pada paras rupanya. Tp rasanya Mushroom Noodles tu lebih superb.
Lamb Noodles @ RM10 |
Spicy Potato @ RM8 |
Total for these order campur dengan air longan and laici; RM 46.
Jika anda berminat, ini alamatnya:
Mee Tarik Warisan Asli
A51G, Jln Tasik Utama 3,
57000 K. Lumpur