As-salam,
Sudah lama rasanya tidak bercuti seisi keluarga. Kali ni nak jenjalan kat Cameron Highland. Fuh, rasanya dah bertahun dah tak jejak ke sana sejak darjah 3 lagi kot.
Kami mengadakan percutian selama 4 hari 3 mlm ke Cameron Highland. 2 buah kereta bergerak secara konvoi. Memandangkan saya ni pun tak berapa boleh dengan jalan yang berkelok2, jadi kami amik keputusan utk naik dari Simpang Pulai. Perjalanan mengambil masa dalam 4-5jam jugakla since ada byk kamera AES yang sedia mengambil picture anda sekiranya didapati anda melebihi had laju.
Sesampainya kami di sana, kami check in di apartment panel Ambank *yup, my sis in law dia keje Ambank*. Sgt selesa apartmentnya, eventho hanya lot rumah kedai. Terdapat 3 bilik tdo, 2 bilik air, dapur dan juga ruang tamu. Fridge dan microwave turut disediakan bersama dengan perkakasan lain seperti pinggan mangkuk etc.
Me with my anak fruits di ruang tamu apartment |
*Aci tak if saya nak backforward sat* Sementara kami nak sampai ke Brincang utk check in, kami ada singgah di Bharat Tea. Di sini kami ingin berehat sambil menikmati teh segar. Kat sini jugak, sempatla saya grab beberapa kotak teh uncang sebagai tanda hati dan juga menambahkan stok teh kat umah tu..erm..apa lagi ek.. *sbnrnya den tak ingat dah apa benda lagi yg den jumpo kek sini.. hahah..tu la, tak buek catatan laie..* ;P
Di ruang hadapan Bharat Tea |
My mom and sis setelah selesai berBharat Tea, ;) |
Hari kedua, kami mengunjungi ladang strawberi Al-Mashoor, *konon nak petik sndri stroberi kat situ* tp sayang seribu kali sayang, kat ladang tu, takleh petik la pulok.. Sudahnya, kami membeli jem strawberi dan jugak eskrem kat situ. Eskremnya sedap! RM2 satu bekas puding tu. ;)
Pada ptg tersebut, kami mengunjungi pasar malam di sana. Sgt happening yols! Ada mcm2 jual.. Ayam golek, bunga2an segar, sayur2an, buah2an, kaktus, jagung bakar, stroberi, baju sejuk yg bundle etc. So, since kitorg mmg ada bawak rice cooker and periuk bagai, makanya kitrog just beli bahan basah la kat sini. Yg sgt menggeramkan tgk sayur2nya yg segar dan murah. So, kitorg rembat ubi jepun, sayur-mayur, jagung, tapao ayam golek seekor dan jugak pokok kaktus. Pokok kaktus dijual pada harga 6pasu kecik = RM10. Ayam goleknya, sedap! ;)
Keesokan harinya, kami sepakat utk melawat Tapak MARDI. Dlm MARDI ni anda dibawa ke pelbagai taman pameran antaranya Laman Orkid, Taman Rose dan pelbagai lagi. Tujuan kami ke MARDI ni adalah utk mencari anak pokok, my sis in law tgh smangat nak tanam pokok kat keliling umahnya, so kami pun bagi la sokongan moral yg tidak berbelah bahagi. hehehe.. *ayat poyo giler ;P* Oh, bila anda ke sini, jgn lupa utk membeli teh MARDI yang berharga RM3.20 or RM2.30 mcm tu. Sedap dowh tehnya! Siyes, ni i tak tipu. ;)
Map kat MARDI |
Kat tapak MARDI ni jugak, anda berpeluang utk melihat serta mengenali pokok yang anda sendiri taktau nama panggilannya dan jarang skali anda jumpai. Contohnya seperti bunga yang bergantungan seperti dlm gambar ni. Cantik kan! Ia berbntuk kasut. Tu pasal namanya Lady SHoes. ;D
Cute kan! |
Erm, rasanya cukup sampai kat sini je kot citer kat Cameron Highland. huhu.. Tggu nanti update di lain trip ya! ;)