Pages

Saturday, November 24, 2012

MAHA 2012

As-salam,

Pernahkah anda menerjah ke ekspo MAHA sebelum ini? Tahukah anda, bahawa ekspo MAHA ini diadakan setiap 2 tahun sekali? Jika bagi kedua-dua soalan ini, anda menjawab 'tidak pernah' dan 'tidak tahu', 2 tahun akan datang, anda perlu menjejakkan kaki anda ke MAEPS untuk merasai kemeriahan ekspo MAHA ini. *wah, dah mcm promo Jom Heboh! lak.. ;P*

MAHA tu apa maksudnya? Aisey... eden tak amik cakne sgt la.. Tp something with Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show gitu.. BERNAS merupakan main sponsor bg ekspo berprestij ini. Dan setahu saya, MAEPS merupakan tapak pameran utk MAHA ini. *rasanya tahun2 mendatang pun tetap akan buat kat MAEPS ni jugak.* Baiklah, dalam entry kali ni, saya akan share my experience and also tips yang berguna tatkala diri anda membuat keputusan untuk melangkah dan merasai kemeriahan ekspo ini.

Memandangkan ini adalah kali pertama saya ke MAHA, saya telah membuat beberapa persiapan.. Antaranya, merisik2 khabar daripada teman2 yang telah ke sana pada tahun sebelum ini. Menurut mereka, *mereka ni merujuk kepada geng bas skolah saya; Pojie, Lin, Naurah, Mekzah* jika berhajat utk ke sini, seawal selepas subuh anda perlu bertolak dari rumah kerana bimbang dpt parking lot yang jauh dan juga for sure untuk mengelakkan kesesakan lalulintas yang amat mencabar kesabaran.

Saya dan partner bertolak dari bandaraya Anggerik ini pada jam 7.00pagi, tp sebelum itu, saya telah siap sedia menggoreng dan menapao nasi goreng dan juga teh o panas baeek punye sbg bekal utk sarapan pagi tersebut. Ini bagi menjimatkan masa dan juga kos. Seperti yang telah dijangka, lepas je masuk exit Kajang tu, trafik dah mula perlahan.. *nasib baik slow moving, derr.* Kelihatan byk kenderaan yang melekatkan sticker "Pempamer" *exhibitor la tu dalam bahasa omputihnya* berpusu2 untuk memasuki Pintu 2, MAEPS. Rasa seperti satu perasaan yang aneh tatkala tayar depan kereta telah melepasi garisan pintu pagar MAEPS tu *peh, ayat cannot go btul.. ;P* sbbnya rasa mcm chances nak parking kat tepi jalan mcm tinggi je.. *padahal  leh dikira awal lagi tu, so korg dpt bayang la kan betapa ramainya manusia.*

Usai memakir kereta, kami berdua menikmati nasi goreng dari air tgn saya terlebih dahulu *mkn berjemaah ala2 picnic dlm kete, heheh. ;P* Nasi goreng tu, saya sengaja isi penuh dlm kedua-dua bekas kerana memikirkan byk tenaga yang akan diperlukan. Agak seksa jugaklah nak menghabiskan, tp dengan azam yang tersemat kukuh, saya berjaya menghabiskannya. *buurpppppppppppppppppppppppp, kenyangg..* Setelah konferm perut takkan mengongoi kelaparan, kami pun mula berjalan kaki membuat lawatan ke setiap ruang pameran yang ada. Ok, ni tips yang saya nak share:

1. Sila pakai pakaian yang santai dan juga serap peluh. *tak payah nak bercardigan, heels n mekap bagai..buat ketiak menangis je, you!* Cukup sekadar pakai tshirt dari kain kapas dan kasut flat yang selesa.

2. Bawak payung atau topi. *sediakan payung sebelum hujan, sediakan payung sebelum kulit kegelapan.*

3. Bawak air mineral. *yups, mmg ada byk air yang berjualan di situ, tp mana yg boleh jimat, kita jimat la..if air yang dibawa habis diminum, then nak beli, terpulang okeh.. ;)*

4. Sila bawa troli pasar or beg tarik balik kampung sekiranya anda berhajat utk membeli brg yang dijual kat situ *perkara yang istimewa adalah buah2an la, beb!*

Okeh, buat masa ini, ni je tips yang terpikir nak dikongsi, nanti bila ada lagi, saya bg tips lagi ek! Jom, kita sambung ekspedisi menawaf ruang legar MAEPS tu lagi.

First khemah pameran yang kitorg terjah, adalah pameran haiwan ternakan. Ada rabbit yg berbulu mcm karpet, kambing, lembu, kancil etc. Subhanallah, Maha Suci Allah.. Betapa agungNya ciptaan Allah tu.. Biasa tgk lembu yang meragut rumput kat kampung2, tapi kat MAHA ni, leh tgk lembu yang besar2 and tinggi2! Siyes tak tipu weih! Tak dpt nak bayang if lembu tu dibuat korban, agaknya brape tenaga manusia la ek yg diperlukan untuk tumbangkan dia?hurm.. Ok, kemudian kami beralih menuju ke bahagian yang mempamerkan spesies burung termasuklah ayam, burung merak etc.. At the same time, kami terserempak pulak dengan skuad lawatan PM, apa lagi, dptlah tgk PM kita dari jarak dekat. Jam telah menunjukkan pukul 12pm, dah terik kulit dibakar bahang mentari. Kemudian, kami plan utk ke dewan besar MAEPS tu, dpt berteduh sikit, ye tak!
Lembu limousin

Tido2 ayam
Untuk ke dewan besar tu, ada disediakan perkhidmatan tram dan juga bas CItylink. Pada mulanya, kami boleh lagi bagi chance kat org2 tua dan juga keluarga yang ada anak kecil.. Daripada muka tak berminyak, dah jadi berminyak.. daripada badan elok kering, dah start berpeluh *sbb berasak2 dengan org ramai*, daripada air bekal yang dibawa penuh 1 botol termos tu dah surut airnya, tp kami still lagi tak dpt turn nak naik bas mahupun tram tersebut. Since, geng bas skolah saya dah smpai dan mereka telah menunggu di Tapak Pameran Perikanan, makanya saya dan partner mengambil keputusan utk berjalan kaki sahaja. Pada ketika inilah, payung Marry Poppin memainkan peranannnya.. Perjalanan  yang diambil utk ke tapak pameran perikanan mengambil masa dalam 10-15minit berjalan kaki. Tapi, sambil2 jalan, kami sembang2, jadinya tak terasa pun penat berjalan tu.. *eh, yeke? ke sbb berjalan ngan buah hati, so perjalanan yang 5jam pun leh jadi mcm 5minit je rasa? kehkehkeh..sgt exaggerate!hakhakhak.. ;P*

Tapak pameran perikanan ini berdekatan dengan Ladang Nenas dan juga Laman Padi. Di tapak ini, anda dpt melihat pelbagai ikan hiasan dijual dan dipamerkan. Ada juga pertandingan memancing udang di kolam yang disediakan. Di sini juga anda berpeluang untuk melihat Rangka Ikan Paus yang terbesar di Asia Tenggara. Byk info yang dikongsikan berkenaan ikan paus ini yang anda boleh lihat dan baca sendri. Di sini jugalah titik pertemuan kami berdua dengan geng bas skola saya iaitu Naurah dan Pojie.
Salah satu tarikan - Rangka Paus
Kami bergerak lagi ke pavilion negeri dan seterusnya beransur ke dewan utama MAEPS. Terdapat 4 dewan kesemuanya, iaitu dewan A, B, C dan D. Yang sempat saya dan partner tawaf adalah dewan A dan B je. Yang lelain dah tak larat dah kaki berjalan, plus hari pun dah petang dan kebetulan partner saya ada hal keluarga pada sebelah malamnya. Saya berkesempatan jugala untuk melawat booth BERNAS dan berjumpa dengan ex-colleague di situ iaitu Usop.
Mekzah, Me, Ucop, Pojie & Naurah
Untuk perhatian, surau ada disediakan di setiap dewan pameran if tak silap. Tapi jika nak lebih convenience, lebih baik anda ke surau yang berada bersebelahan dewan D. Owh ya, ni tips tambahan dari saya *sambung nombor yang atas tadi la ek*:

5. Kepada yang perempuan, anda dinasihatkan untuk membawa telekung sendiri sama ada telekung yang travel yang dari indon tu or telekung harian. Terpulang kpd keconvenienan anda.

Jika lapar, anda tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai stall2 jualan makanan. Terserah kepada anda utk tentukan selera anda pada hari tersebut. Since saya dah berheavy breakfast, makanya utk lunch, kami tidak terasa lapar. So, kami just have an oblong daging cap Sempoi dan juga frappe dari lori bergerak Kopie Satu. Sedap woo!! Gambar tak disnap, kerana faktor kesedapan yang tak terhingga sehingga terlupa utk mensnap menu lunch kami.. ;P

Niat di hati mmg nak tawaf semua dewan tu, tapi dek kerana penat, maka kami membatalkan hajat tersebut, dan kami mengambil keputusan utk pulang. On the way nak ke carpark tu, ada nampak gerai lelong 15tongkol jagung just for RM7 or RM10.. hilang akal betul! Ingat nak beli, tp memikirkan nak menapak jauhnya, maka niat membeli tu dipadamkan dan hanya berlalu sepi je di hadapan gerai tersebut..uhuk uhuk.. *dats why, saya pesan if korg ada niat nak membeli or memborong, better bawak troli or apa2 je yg memudahkan utk korng membawa barang belian ke tmpt parking kete.*

Barang yang saya berjaya pancing adalah madu tualang yang dipesan oleh ibu saya. heheh.. ;)) Kesimpulannya, MAHA ini sesuai utk dilawati oleh seisi keluarga. Dpt beri pendidikan kepada kanak2 secara tak langsung, tp jika anda mempunyai anak kecil, saya sarankan utk anak datang pada sekitar jam 4pm ke atas kerana pada ketika ini, cahaya matahari pun dah tak terik, and anda pun blh bersantai smpai ke malam tanpa rengekkan si anak.. Bukan apa, ada je pengunjung mendukung anak kecil di bawah sinar mentari, buat hati saya rasa kesian.. sbb panas, terpaksa berasak dan membuatkan si kecil tidak selesa.. Jadi, pilih waktu yang sesuai dan sayangilah keluarga anda. ;) Owh ya, bayaran tiket parking dikenakan sebanyak RM3 per entry ya!
Tiket parking dah terkena air.. ;P


p/s: Big Bad Wolf, i'm coming!

Tuesday, November 20, 2012

Sentuhan kalbu Birthday Girl...

Salam,

Di saat kau pergi tak berpaling..
Kaki ini tak bisa bergerak mengejarmu..

Di kala hati ini suram sepi..
Dikau gembira mengulit bahagia..

Bila hati ini telah tenteram kembali..
Kau menerpa menjelma tiba-tiba..

Tatkala mata melihat dirimu..
Seakan langkah terpaku..
Nafas lesu..
Kudrat terasa amat kaku..

Ku telah lepaskan dikau pergi..
Pergilah menjauh..
Bebaslah dikau menjauh dariku..

Berilah ketenteraman jiwa pada diriku..
Cukup dengan tiupan doa..
Usah kau menari berlegar-legar di hadapanku..
Mengertilah..
Ku telah sekian lama menderita..
Berilah diriku ruang untuk merasa bahagia..
Dan juga nikmat cinta..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...