As-salam,
Last Sunday, lepas je i attend satu kursus ni, *kursus apa? biarlah rahsia.. yg pasti bukan kursus kawen* kitorg pun singgah makan kat Restoran Al-Rawsha yang terletak di Kg. Pandan. Dulu if tak silap tahun 2008 or 2009, I penah gi yg kat area Jalan Ampang sana, kat area2 kedutaan tu.. Saje kongsi rezeki dgn family bukak puasa kat situ.. ;)
Ok, bangunan restoran ni besar, ia bersebelahan dgn Restoran Dragonboat kot namanya kalau tak salah *restoran cina*. Masa kitorg smpai pun dah kul 2pm mcm tu, so customer pun tak ramai. Decoration kat situ ok la.. i suke deco kat part tmpat cuci tgn kat situ *tp i tak snap la plak gmbrnya.. ;P* Pada bingkai dinding tu ada mcm ukiran drp plaster siling, cantik! Suatu idea jugak if suatu hari nak renovate rumah kan.. K la, nak cite lelebih pun, korg kena gi tgk sndiri, then korg akan dpt faham..sbb susah korg nak imagine mcm mana ukiran yg i nak cite sbb gmbr pun takde utk ditunjuk.. *Biannata*
Lets continue. Kami ordered Lamb Mandy, Lamb Kabsa, Lamb Madghud n Fish Grilled for main dish. Minuman pulak Mango Juice, Al-Rawsha Special and Al-Rawsha Cocktail. Sbnrnya saya tingin sgt nak makan ayam *lama dah tak makan ayam*, tp mcm tak terluah plak time my sis n mom decide nak order lamb tu, so redha je la. For me, 1 plate nasi tu pun dah cukup utk makan 4 org. Tp kalau tank memasing besar, maybe 1 plate tu just share 2 org la kot.. Portionnya besar sgt, sampaikan ada satu plate ni leh makan utk 7-8 org. *so korang bayangkan kami order 3 plate nasi dan pemakannya hanya 4org kami je*
Lamb Mandy - Ni la yang eden koba kan tu, leh mkn 7-8 org- |
Even dia guna beras yg sesuai utk hidangan nasi briyani, tp rasanya dull dan kering, tiada berperisa. Ketiga2 jenis nasi ni for me, same je rasanya. Tak sure la whether my taste bud dah numb ke apa, tp saya tak makan byk eventho at dat time, mmg siyes lapar giler.
Lamb Maghdud |
Lamb Kabsa |
While the drinks plak, my one was Al-Rawsha Cocktail. Dalamnya ada puree mangga+syrup strawberry dicampur dgn potongan pisang, buah epal dan buah lai yg dihiris saiz dadu yang kecil and 2 potong strawberry. Kemudian di letakkan whipped cream kat atas. Rasa? Mmmm..konfius sikit rasanya, sbb mcm takde rasa, and minuman tersebut bukan la utk penghilang dahaga but dlm pada takde rasa tu, tp ada jugakla rasa sedapnya if nak dibandingkan dgn Al-Rawsha Special. *owh ya, if dlm list menu tu ada double entry nama menu yang sama, korg kena bgtau korg nak size apa. sbbnya if korg tak bgtau, nnti dia taramnya size besar and paling mahal harganya. mmg la beza just RM2-3, tp tu duit kita and hak kita utk memilih kan*
Al-Rawsha Cocktail |
My sis punya minuman, lebih kurang sama je isi kandungannya dgn minuman saya, cuma buah pisang tu diganti dgn hirisan buah kiwi. Rasanya? tasteless and confucius *heheh..leh gitu? ;P*
Al-Rawsha Special |
For me, hidangan yang sedap pada lunch tersebut adalah Fish Grilled tu. Tu je yg i leh bg credit. So nasi yg 2 pinggan tu, kitorg mintak tapao.
Fish Grilled |
Di samping itu, yang boleh dipuji juga adalah penjaga security di situ kerana begitu effisien dlm menentukan hala tuju utk kita parking kereta. Selain tu, beliau juga memberi kerjasama dgn bertindak sbg penjaga lalulintas, iaitu, mereka menahan kereta dari arah mainroad bg membolehkan kereta pelanggannya melintas dengan aman. *means, takyah la kita nak tunggu trafik tu clear then baru kita leh susur kluar dari halaman parking restoran tu*
Utk pengetahuan, Al-Rawsha telah membuka cawangan keduanya di i-City, Shah Alam. *if baca kat banner yang digantung kat situ la.* So, penduduk di sekitar Klang, Shah Alam, Subang dan area2 yang berdekatan, leh la gi yg kat i-City ni. Dekat sikit jika nak dibandingkan yg kat Kg Pandan ni kan.. ;)
For those yang nak try makan makanan arab ni, leh jugak try kat ZamZam, Seksyen 9. Kat situ, pada saya nasinya lebih berperisa. Saba pun rasa cam dan kureng. Tp ingin dinyatakan kat sini, review makanan adalah pandangan peribadi saya. Mungkin time korg gi and try, kena plak dgn selera korg.. Lain orang, lain ragam. Lain lidah, lain tastenya.. Ewah~~
p/s: if nak gi kursus kawin pun, nak gi bersama bakal husband, teman hidup, kawan baik, insan yang leh terima diri ini seadanya..pewwiitt~~ ;)