Pages

Thursday, October 27, 2011

Deepavali Gathering

As salam readers,

Entry kali ni nak update psl gath yang diorganized oleh Pn Izah baru2 ni. Tarikh 26 Oktober dipilih utk diadakan perjumpaan kawan2 kat ofis lama ni sbbnya tarikh tu je yg sumerang cuti sempena Deepavali.

Pn Izah telah memilih Las Vacas, Kelana Jaya sebagai tempat kami utk bertemu, melepaskan rindu dendam di hati, bersembang sambil mengupdate diri memasing. Pertemuan yang diatur seawal pukul 4.30-7.30pm telah mendapat sambutan quite hangat dari team kami. Antara yang hadir; Amrul, Army, Kak Lina & hubby, Ucop, Poji, Naurah, Lin, Kak Mus, Zu, Pn Izah & V, Kincik and Me! ;)

Saya dan Kincik tiba agak lewat iaitu dlm pukul 6.15pm sbb ada urusan lain yang perlu dihadiri. *cewah, ayat skema gile.. :P*

Sesampai je kat restoran ini, terus je tanpa segan silu saya order Beef Wrap *setelah mendapat advice drp my besties, Shida* and Mango juice. Oh ya, buat pengetahuan restoran ini terletak berhampiran dengan Wisma FAM, blok hujung deretan kedai tayar. If familiar with kedai Subang Ria, then this restaurant would be deret belakang dia.

Menawarkan western dishes, which kita kena pergi pilih daging, determine the grammage then suh la dia nak masak apa as you wish. Shida oso suggested me to order steak too. But since siang tu I already ate heavy lunch, tu yg I order ringan2 je. Ni pun sepbaik Kincik ada, so leh la share dgn dia.

Tada~ Beef wrap at RM18.00

Photobucket

Fyi, beef wrap ni basically hirisan carrot+kacang panjang+mozarella cheese yang disusun and dibalut dengan daging dan kemudiannya ia dipanggang. So mozarella tu akan melt and lagi menambahkan ke-juicy-an daging tu, since daging tu pun dia grill tak kering sgt. Itu yg kita mahu sekiranya ingin menikmati sajian daging yg sebenar! ;) Utk yg lain, saya tak pasti apa yg mereka order. Tp saya diberitahu, bahawa most of them pun order beef wrap tu jugak which mmg signature menu kat situ and ada juga yg order Ribeye Steak.

Dah habis kami bergebang and baby V pun dah ngamuk2 penat, so sebelum bersurai kami ada la snap a pic together-mether. Tahun dpn panjang umur and murah rezeki, boleh jumpa lagi. Harapnya tahun dpn pun ada cerita baru, status baru and apa2 je la yg baru yg blh diupdate bila berjumpa ngan kawan2 nnt, kan.. :)

Fabs teammate, ever! Sempoi habis.. =)

Photobucket

Sesudah bersurai, kepada yang telah berkeluarga, mereka terus pulang. Manakala geng ahli solo teruskan perjumpaan bujang kami di Kopitiam Chawan yang terletak di Citta Mall, Ara Damansara.

Photobucket

Kat sini kami just lepak minum, borak n ber-wifi. Citta Mall ni sebuah mall yang baru, berkonsepkan open air. *yeke open air namanya tu?* Sbbnya dia ada corridor and along the corridor ada kipas. Once you enter the outlet, dptla menikmati deru aircond outlets yg korang masuk tu.. Apa yg ada kat sini? Yg saya nampak supermarket Presto, restoran Chilli's.. Yg tu je yg sempat mata ni rakamkan. Since dis was my 1st time smpai sini, and smpai pun malam hari. So mata pun tak brape nak ligat melihat panorama apa yang ada kat dlm mall ni.

Saya kira kopitiam ni specialtiesnya adalah air kopinya kerana ia menyediakan pelbagai pilihan jenis kopi. Antaranya; Kemaman, Tenom, Kulim, Cap Tupai, Kapal Api, Hang Tuah dll. Since kopi Kemaman dilistkan paling atas sekali, and after I asked kat waiter tu, then dia pun kata Kemaman is the best kopi, so I pun order la Iced Kemaman Coffee. Kincik order Hot Honey Lemon and Kaya+Butter Bread. Ucop pula, Hot Tenom Coffee while Zu, she ordered campuran Nescafe+Fresh Milk+Batu Pahat coffee (if tak silap la).

Iced Kemaman Coffee. Mmg ngam even layan time hujan!

Photobucket

Hot Honey Lemon

Photobucket

Kaya+Butter Bread

Photobucket


My fren, Poji said if nak order makanan kat sini, boleh share. Sbb portionnya quite byk. Byk macam mana, eden pun taktau sbb eden sndiri tak try lagi apa yg best kat sini. Maybe next time la.. ;)

As usual, ber-camwhoring dgn Kincik, ;P

Photobucket

Snipsnap sementara tunggu Poji n Naurah smpai

Photobucket

Mlm tu, tak terasa pun yang mlm tu adalah cuti tengah minggu. Rasa mcm lepak time hujung minggu je sbb customer kat situ pun quite happening! Setelah hujan pun dah reda n tinggal renyai2, so kami pun beransur pulang.




p/s: Esok lepak minum ngan member lain pulak, Insya Allah.. ;)

Perasaan Yang Acapkali Terjadi

Salam readers,

Nak share Q&A yang dipetik from my fren's wall. Yups, perasaan ni selalu je happen to me. Feels sad, but dunno why. Of course la, sumtimes mmg ada perkara yg membuatkan rasa sedih menjalar kat hati. Tp kekadang tu, dah ketawa and did perkara yang happy2 seharian pun, but somehow tetiba tu rasa cam gloomy je.. Meh baca soal jawab ringkas ini! ;)


Q : Ustaz, kenape ye hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tau rindu pada siapa..


A (Ustaz Azhar Idrus) : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR... :-)







p/s: Bykkan zikrullah, tu la penawar utk hati.. ;)

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali

As-salam and Uyirutan everyone!

Semalam I ada gi Plaza Masalam with my sis. Kitorg lepak minum petang kat Starbuck. I ordered Iced Mocha and Classic Donut while my sis Hot Caramel Machiato and Marble Cheesecake. Donut di Starbuck normally item yang wajib saya order after cashew cookie, potato crisp and lemon lollipop since saya dapati tu la satu2nya donut yg best in Shah Alam. Kat bakery lain, takleh challenge la.. Tp still mencari and try-test gak donut kat bakery n tmpt2 lain. Mana la tau, leh dpt donut yg sedap n murah. After a while, my sis punya kawan sampai. Dia ordered chicken sandwich. Rasanya sandwich tu, menu baru kot. Sbb barista tu recommend gile2 sandwich tu. Dia siap gerenti lagi, "Sedap kak yg ni. If tak sedap, akak panggil saya." Memandangkan convinced yg diberikan, tu yg order sandwich tu. Tp mmg sedap sandwich tu! Nama penuh sandwich tu apa? Aiseh..lupa la.. ;P

Owh ya, untuk makluman, kat Masalam skrg lot KFC and Pizza tu dah ditukar kepada Nando's and Papa John. Since saya ada dapat free voucher 1/4 of chicken kat Nando's yang will be expired on 4th Nov, so saya pun redeem la voucher tu ptg tu jugak. Boleh dikira lama jugakla kitorg lepak kat situ, walaupun jauhnya antara mall tersebut dengan rumah kami hanya diselangi dgn 1 roundabout and 1 traffic light. Lepas lepak kat Nando's, saya berpecah ngan kakak saya. Saya gi ke Guardian utk cari sumthing kat sana.

Then saya ronda2 kat floor bawah Masalam tu, ada jual baju2 uols! Tak pasal2 je, booked baju kurung Pahang 2 pasang kat situ. Sepasang RM100. Buat pengetahuan, saya tak byk koleksi baju kurung ni. So, since mmg pernah beli baju kurung utk raya baru ni kat situ, and saya rasa selesa je dgn jahitan dia, tu yg takde hesitation utk repeat beli kat situ. Sepbaik la bhai yg jaga booth tu dia kesian kat saya. Dia promise utk simpankan baju tu, even tho I tak bg deposit. Memula dia offer utk saya amik dulu baju tu, kira mcm 'Ambil dulu, bayar kemudian' punya skim la. Tp I kata, tanak la camtu. Prefer utk dah bayar, baru amik baju tu. So, I promised kat dia utk amik esok! Sbb I kata, belum gaji lagi.. withdraw bank pun belum lagi. So, mana la nak dpt pitih utk bayar kat dia, kan?

Lepas je booked baju kat dia, then saya ronda2 kat booth2 lain. N booth2 lain takleh challenge la harga baju yg I booked kat bhai tadi. Sumenye RM160-180 sepasang. Huhu~~ Pastu sementara nak jumpa balik dgn kakak saya, ada la ternampak pihak Plaza Masalam ni buat kolum sempena Deepavali yang bakal disambut oleh rakyat Malaysia yg menyambut perayaan tu pada esok hari. Cantik kolum tu! Meh tgk bawah ni, suke tgk kaler yang digunakan utk menghasilkan kolum yang super cantik ni.. ;)


Cantik kan! ;)

Photobucket


So, dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Happy Diwale kepada semua kaum yang menyambut perayaan ini. HAPPY DEEPAVALI!;)

Apabila Perempuan Menangis

As-salam readers,

Suka saya nak share kat sini artikel ni. Enjoy reading! ;)


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...


Photobucket


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai seseorang, dia mula merendahkan egonya semata-mata kerana lelaki itu..

Apabila dia menangis di hadapan lelaki istimewa di hatinya,

Apabila dia menangis kerana lelaki itu,

Pandanglah matanya,

Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?

Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,

Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,

Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati,

Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Wahai Adam,

Cuba ambil masa untuk berfikir,

Jika si dia menangis hanya kerana anda,

Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,

Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Kerana suatu hari nanti, ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,

Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “Maafkan saya…”

Wahai Adam,

Jika seorang perempuan menangis kerana anda,

Janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.

Beradalah disisi dia,

Temani dia,

Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Wahai Adam,

Jika seorang perempuan menangis kerana anda,

Janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.

Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Wahai Adam,

Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.

Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...





p/s: Perempuan ibarat ikan. Jika anda berjaya mengail ikan, jgn dilepaskannya semula di lautan. Kerana anda akan menyeksanya apabila kail telah menyebabkan dirinya luka berdarah, tak daya utk makan dan akhirnya ia mati di lautan luas itu.

Friday, October 14, 2011

Movie Review: Johnny English Reborn

Guten Tag everyone!

Dah lama ek tak update blog ni. Rindu pun iye nak berkarya.. *Wah~~ poyo je ayat..huhu... :P* Since dah lama tak update, so kali ni I terasa nak start this month nyer entry with movie review.

Maybe dah quite lambat la untuk saya keluarkan review since movie ni dah dilaunch seawal 15 September 2011, and I just can manage to watch it on 2nd October and only have time to give my review today.

Actually, mmg plan nak tgk movie ni but taktau kat mana, I mean kat panggung wayang mana.. TGV ka? GSC ka? TheCurve ka? So, since I dah promised with my partner utk bawak dia ke tmpat the best cendol I ever taste, which I pun dah lama tak pekena cendol and the cendol as for me is nice and quite cheap. Menawarkan harga RM1.50 utk cendol biasa, dan RM1.80 for those yang nak tambah pulut or tapai. Kat gerai tu pun jual laksa berharga RM3. Tak sempat nak snap the pic. Owh ya, lokasi lori-gerai-bergerak *erk, betul ke terms yg saya guna ni?*, ia bersebelahan dgn PharmaNiaga dan berhadapan bangunan TAMCO. Ok, selesai menikmati kesedapan dan kesyahduan rasa santan lemak cendol ni, kami pun bergerak utk menonton wayang.
Yang saya ni pun takde la tergerak hati nak belek surat khabar or booking online. So, main terjah je la kiranya. Memula plan nak gi tgk kat Jusco Bukit Tinggi, tp since saya teringat yg ofis saya tak berkunci, so dengan rasa penuh tanggungjawab, saya minta my partner utk singgah dulu di ofis, KJ utk kunci pintu apa yg patut. So, if dari KJ nak patah balik ke Bukit Tinggi, mmg dah jauh tersasar sgt. So, since my sis ada bgtau yg kat Subang Parade dah ada wayang iaitu MBO, ia dibuka di lot Toys R Us dulu. So, cepat2 la kami ke sana. Sampai je dah pukul 4pm. Bergegas ke MBO yg dimaksudkan, dan terus membuat pesanan di kaunter. Wayang start pukul 4.15pm, and single seat sume dah penuh smpai ke bawah2. Tinggal satu je lagi couple seat iaitu BB-9 & BB-10, so we dun waste any time, just grab je seat yg ada.


Dah panjang lebar duk melalut, nak bg review ciput je sebenarnya..heheh.. ;P Perjalanan cerita ni, laju. Awal2 lagi dah ketawa pecah perut. Ada part yang Rowan Atkinson tetap bawakan karakter Mr. Bean seperti ekspresi wajah selenga dia, and bajet dia je la yg betul n hebat *Ala, standard dalam watak Mr.Bean tu!*. Gadget yg dibekalkan dlm filem ini tak brape byk. Yg paling menarik kereta Rolls Royce dia. Guna sensor suara je utk hidupkan kereta tu. Kira mcm cite Knight Rider dedulu tu.. ;) Seriously, mmg tak rugi kalau nak mengubat hati yg lara, pergi menonton cerita ni. Dari awal smpai ke akhir duk gelak je..Puas hati sgt! Rating I bagi 4.5/5 bintang. *See! kan dah kata, ciput je review dari saya. heheh... :P *



















p/s: Teringin nak tgk teater musical.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...