Pages

Friday, December 30, 2016

Resepi kek oren

Assalamualaikum

Lama tak berblog. Hari Jumaat ni, nak share resepi kek oren.

Resepi ni saya ambil sebijik seketul dalam blog cik matahari ni: cikmatahariku.blogspot.my

Memang takde derhaka-derhaka. Dan hasilnya?





Hasil daripada bancuhan 3 beranak. Huhu! Seronok jugak buat kek dan diobserve dek budak kecik.

Dan hasilnya, sangat lembut dan gebu. Yang penting, officemate siap nak order. Hahha.. tapi saya kata, saya tak jual. Saje buat suka-suka.. ada bahan cukup, then jalan aje!

Monday, December 26, 2016

Kongsi ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berkongsi ilmu, tidak semestinya anda perlu menjadi seorang pendidik.

Cukup dengan pengetahuan yang ada, lalu kita kongsikan bersama teman-teman yang lain.

Dengan Shaklee, setiap kali sesi sharing ilmu, pasti menjadi saat yang sangat mengujakan!



Baru-baru ini, saya share ilmu mengenai persediaan semasa mengandung dan juga semasa tempoh berpantang.

Group Whatsapp saya gunakan sebagai platform untuk menyampaikan ilmu. Masa kelas juga sangat fleksibel.

Dari sekecil-kecil info, sehingga sebesar-besar pengetahuan dapat diperoleh. Dengan motivasi yang sentiasa dipupuk di dalam ahli kumpulan, memang sangat membantu dalam membentuk group of circle yang positif.

Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami?

Hubungi saya untuk info lanjut.
WA 012 373 2589

Friday, December 16, 2016

Kisah Orang Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Harini nak share berkenaan founder Shaklee. Seorang yang hebat dan tak salah kalau saya katakan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar.

Meh baca ya!

Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894 dan ketika beliau dilahirkan, beliau tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya.

Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka beliau hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah beliau dah give up & seolah-olah tunggu je anaknya meninggal.

Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.



Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak-gerak, tapi beliau sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!

Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak-kanak dan remaja yang happy.

Forrest menghabiskan waktu membesarnya dengan menjadi seorang pemerhati dan pencinta alam kerana beliau sukakan alam sekitar.

Beliau kemudiannya bebas daripada TB ketika remaja tetapi kesihatan beliau masih lagi tidak begitu memuaskan.

Forrest memerlukan lagi usaha untuk menjadi lebih sihat. Beliau mula bersenam dan mengkaji perhubungan antara kesihatan tubuh badan, nutrien, gaya hidup dan pemikiran. Salah satu pegangan beliau adalah fikiran positif.

Forrest sangat meminati bidang chiropractic dan beliau ingin mengubati orang ramai menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Beliau kemudiannya mendalami ilmu chiropractic dan mendaftar masuk ke Plamer School of Chiropractic dibawah kelolaan B.J Palmer.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.

Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan dan pada tahun 1915 terhasilnya supplement pertama dunia iaitu Vitalized Minerals. Hasil kajian dan usahasama dengan saintis lain.





Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa beliau. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Forrest mula aktif mengubati pesakit dan memastikan pesakitnya mengambil diet yang kaya dengan vitamin. Klinik beliau berjaya tetapi sekali lagi Forrest sakit dan disahkan kanser berpunca daripada terdedah pada X-ray. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Disebabkan itu tangan dan kaki kiri Forrest mungkin dipotong untuk mengelak daripada kanser itu merebak. 

Siapa yang hendak kaki dan tangan kudung? Disebabkan ini Forrest yang ketika sudah berkeluarga mengambil keputusan untuk menjual kliniknya dan fokus untuk kembali sihat. Beliau percaya dengan fikiran yang positif serta pemakanan yang sihat.

Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti, menyebabkan beliau pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Pada tahun 1922, sakit beliau menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh setelah setahun mengamalkan gaya hidup bergantung pada bahan semulajadi.

Pada tahun 1924, Forrest sihat sepenuhnya dan membuktikan kepentingan nutrisi itu adalah penting kerana beliau sembuh daripada kanser dengan kuasa alam semulajadi. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.





Beliau kembali aktif mengkaji dan menganalisis tentang kepentingan nutrisi. Beliau membuka kembali klinik dan merawat pesakit seperti dahulu dengan formulasi makanan tambahan yang beliau buat.

Satu demi satu kejayaan yang Forrest dapat dan kemudian bergabung tenaga dengan anak-anak untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi.

Pada 1 April 1956 Shaklee Corporation mula beroperasi menjual produk makanan tambahan dan setiap pelanggan akan diberi pemahaman tentang nutrisi sebelum mereka menjadi pelanggan kerana Dr. Forrest mahu semua orang sedar tentang kepentingan nutrisi.



Bak kata Dr. Forrest pada anak-anaknya " We'll teach some and they'll teach other".

Dengan itu bermula kisah Shaklee mengorak langkah didalam dunia supplemen sehingga terciptanya pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan orang ramai.

Semangat Dr. Forrest semasa beliau disahkan menghidap penyakit kanser memang perlu dipuji kerana terus berpegang teguh pada kepercayaan beliau yang nutrisi yang betul akan menyembuhkan penyakit. Beliau tetap menjalankan kajian serta penyelidikan walaupun sedang sakit.

Memang Forrest seorang yang cekal, bersemangat tinggi dan tidak mudah mengalah. Legasi beliau sedang diteruskan oleh ramai SID di seluruh dunia termasuklah kita. Bayangkan jika beliau sedih dan mengalah semasa disahkan kanser, padahal beliau sendiri doktor, beliau selalu membantu orang dan paling hebat, beliau telah mengeluarkan suplemen pertama pada masa itu! Tentu kita pun tidak kenal Shaklee pada hari ini!

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif, taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti.

Setiap kali kita baca tentang orang hebat apa yang kita dapat belajar daripada kisah mereka. Benda yang paling obvious adalah PENGORBANAN dan KESABARAN.

Itulah motivasi kita. Nak berbakti & berkongsi yang terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap-cakap orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Alang2 hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dgn pahala yang tak putus-putus.

Rujukan : Shaklee History 1894 - 1956 : A Fascinating History

Thursday, December 15, 2016

Macam mana korang belanja diri korang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dulu suka sangat shopping online.. tau-tau je, skirt sampai rumah.. blouse sampai kat rumah.. plastic simpan stock susu EBM sampai kat umah.. baju kurung sampai kat rumah. Mudah bebenor.. klik-klik pastu tunggu abam poslaju antar barang.

Sampai satu peringkat tu, terpikir.. asyik membeli untuk luaran je.. dalaman aku ni macam mana ek?

Start daripada tu, dah mula concern untuk ambik supplement. Supplement untuk kecantikan dalaman.. supplement untuk kekuatan dalaman.. supplement untuk tenaga.. supplement untuk upgrade tahap kesihatan.

Semuanya saya peroleh dengan vitamin Shaklee. Lengkap set kesihatan luar dan dalam.

Korang pulak macam mana? Bagaimana anda spend monthly payday korang?

Amalan Sunnah yang boleh dijadikan amalan harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

_Koleksi Simple Sunnah Rasulullah SAW._

*Simple Sunnah - 1*
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.

*Simple Sunnah - 2*
1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.

*Simple Sunnah - 3*
1. Minum dgn tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

*Simple Sunnah - 4*
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.

*Simple Sunnah - 5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama2.
4. Jangan makan & minum dalam tandas.

*Simple Sunnah - 6*
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.

*Simple Sunnah - 7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.

*Simple Sunnah - 8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian utk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yg menunjukkan simbolik seorg muslim.

*Simple Sunnah - 9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

*Simple Sunnah - 10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dgn kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

*Simple Sunnah - 11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yg ingin membentuk anak2).

*Simple Sunnah - 12*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

*Simple Sunnah - 13*
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

*Simple Sunnah - 14*
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.

*Simple Sunnah - 15*
1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas utk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

*Simple Sunnah - 16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.

Keluarga sunnah idaman kami. 😊💖💖

Semoga bermanfaat.


*Wallahu a'lam...*

Wednesday, December 7, 2016

Kifarah penghapus dosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali bersiaran.
Seminggu saya away daripada online. Sebab anak saya demam.. 2 hari EL.. kemudian saya pulak demam dan sakit mata.. 2 hari saya MC..

Moga sakit yang saya alami adalah sebagai penghapus dosa.

Collagen masih lagi promosi ya! Kat saya, ada 1 kotak lagi. Sesapa yang nak cepat untuk cuba boleh pm saya cepat sebelum saya restock lagi. Tengah sale ni, rugi kalau tak borong!

Tuesday, December 6, 2016

Adalah collagen sesuai untuk ibu mengandung?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada wanita mengandung adakah dibolehkan untuk mengambil collagen?

Jawapannya adalah wanita mengandung BOLEH mengambil collagen Shaklee kerana collagen powder Shaklee tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Dengan syarat, wanita hamil tersebut tidak mengalami sebarang alahan seafood.

Suka untuk saya kongsikan juga di sini iaitu kesan daripada pengambilan Collagen juga, secara tak langsung menambahkan elastisiti untuk kulit perut meregang. Jadinya, strecth mark pun kurang terhasil, wajah ibu sentiasa lembab dan ceria.

Uihh... memang jadi hot mama la bila mengandung, tapi masih kekal aktif bertenaga tanpa pucat lesi.

Bulan ni promo Collagen, memang rugi kalau tak BATAK untuk grab!



Sebab tersangat murah kalau nak dibandingkan pada harga yang bukan promo.

WA 012.373 2589
EMILIA

Sunday, December 4, 2016

Promosi Collagen

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tawaran beli Vivix, free Collagen dah tamat ya!

Birthday month saya dah lepas. Tapi, nak habaq ni.. bulan Disember punya promo yang tak boleh dilepaskan adalah Collagen Powder!

Wooowwwww!! Rugi siapa yang lepaskan promo ni.

Nantikan, saya akan sharekan kesan daripada pengambilan.Collagen Powder Shaklee ni k!

Love,
Milia

JANGAN BIARKAN EPUTIHAN MENGGANGGU KESUBURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KEPUTIHAN MENGGANGGU KESUBURAN



Remaja, wanita dan juga wanita hamil tak terlepas daripada mengalami masalah keputihan. Tinggal lagi sama ada serius atau tak.

Tapi kalau keputihan ini tak dirawat, ia akan menjejaskan kesuburan wanita. Selain itu masalah keputihan juga akan ganggu hubungan suami isteri.

Psst.. keputihan juga boleh berjangkit tau! Berjangkit apabila melakukan hubungan kelamin.. erkkk! Ngerinya..!!

Macam mana nak tau si suami telah dijangkiti keputihan si isteri?
Antara tanda-tandanya adalah:
💟 apabila berasa sakit dan pedih di kepala zakar
💟 terasa sakit apabila melakukan hubungan kelamin
💟 apabila suami kurang bernafsu kepada si isteri

Iskk.. takmau la ganggu-ganggu ni.. kita nak happy-happy je kan.

Jom rawat dengan mencuba set keputihan ni!

Dengan alfalfa, ia bukan sahaja merawat, malah boleh dijadikan sebagai feminin wash.



Nak cod Shah Alam area pun boleyy!

WA 012 373 2589
Emilia

#liveamazing
#SayaJualShaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...