Pages

Thursday, May 19, 2016

Dalam Laci anda Ada apa?

Assalamualaikum

Dulu saya pernah buat entry "What's in Your Bag" kan?

So kali ni nak up entry pasal 'Ada apa dalam laci anda!' Haha... baru menggelabah nak tarik laci sendiri lettew!

Huhu.. for those yang tak buat 5S, confirm sepah. Kikikikiki ;P

Ok, saya pula, kalau saya tarik laci peribadi saya ni, akan kelihatan 2 botol produk Shaklee sedang tersenyum dan terkinja-kinja untuk diri diambil. hehe...

;

;

;

;

;

;

;

;

;




Kenapa saya ambil Omega Guard dan Lecithin ni?

Meh nak kongsi apakah kebaikan yang akan diperoleh daripada pengambilan kedua-dua suppliment ni.

Omega Guard:
- sebagai agen utk menurunkan kadar kolesterol dlm badan
- membantu utk tingkatkan daya ingatan

Lecithin:
- pemecah lemak supaya segala macam makanan yg kita makan yg penuh dgn lemak dpt diuraikan

Lagi? Nak tau lagi, WA saya k! Emilia | 012.373.2589

Sekarang bulan Ramadhan, makanya saya akan ambil supplement mengikut cara yg sesuai sempena puasa ni ;)

~love~


Wednesday, May 18, 2016

Cendol Durian Superb Terbaik Recommended

Assalamualaikum,

Pernah dengar Cendol Durian? Huhu..Biasa yang kita pernah dengar Cendol Tapai.. Cendol Pulut..
Tapi kali ni, Cendol Durian! Pada saya, rare la.. sebab first makan cendol ni..

Untuk makluman, durian yang digunakan adalah durian original. Bukan perasa atau esen. Memang betul-betul seulas durian sekali dengan biji dia taruk ke dalam cendol ni.

Apa yang bestnya mengenai cendol ini adalah, kacang merah yang digunakan besar dan lembut. Means, kacang tu direbus sehingga empuk elok je.. Dan kacang tersebut serta cendolnya pun tokey ni letak banyak. Takde kedekut punya~

Sebab ada sesetengah stall, memang just letak cendol dan air santan tu je.. aduuuiii, memang frust betul, kalau orang meniaga macam tu.. apa la salahnya sambil berniaga, niat sedekah sikit dengan menggembirakan hati customer dengan letak aksesori seperti jagung dan kacang. Bukan cendol semata.. 

Sila lihat gambar di bawah. 
;
;
;
;
;
;


Cendol Durian Tapai

Looks yummy kan?!!
Yes, of course! Memang sedap, bhai!!

Yang saya order ni nama dia Cendol Durian + Tapai. Tapai yang digunakan adalah tapai ubi.
Harganya RM4.50.

Lepas je pekena cendol ni, terus mengantuk. So, kami gelarkan sebagai ubat tido.. heheh.. ;P

Kat mana nak dapat cendol ni?

Lokasi food truck cendol ni adalah di sekitar Seksyen 7. Berhadapan kilang Tamco, berdekatan dengan Pharmaniaga.

Kat situ memang banyak food truck yang jual cendol. Untuk memudahkan korang melakukan pencarian, sila cari food truck yang jual cendol dan mee kari.

Biasanya tokey cendol ni akan park berhadapan dengan stall coconut & mango shake.
Uih, dah banyak betul petunjuk saya bekalkan ni.
Kalau tak jumpa juga, memang berat nanang weih.. hehehe ;P

Orait, selamat mengembara dalam mencari Cendol Durian Superb ni, k!

~love~




Dah sedap bercendol-cendolan, boleh la korang bercollagen-collagen pula untuk memastikan kulit yang anjal, mulus dan gebu.

Dapatkan Collagen Powder Shaklee dengan menghubungi saya di 0123732589 kerana saya akan memberikan harga yang super jimat!




Tuesday, May 17, 2016

Akar Kopi, Kuantan Pahang

Assalamualaikum.

Lagi cerita pasal trip ke Kuantan.

Jika anda ke Kuantan, jangan lupa untuk anda singgah di kafe yang rare dan mendamaikan ni k!

Nama kafe ni Akar Kopi. Sajian yang disediakan juga sempoi. Air just ada 2 je.. Akar kopi o atau susu sama ada panas atau sejuk. Harga RM3.

Makanan pun santai. Amat sesuai untuk lepak-lepak minum petang. Atau jika anda ingin kudap sajian yang light-light.

Antara deco kafe santai ini

Antara menu yang disajikan adalah seperti:
  • nasi lemak o, RM1.50
  • maggie bodo RM3
  • kuih RM1
  • western varieties; pie, lasagna & pizza
So, kami cuba pizza. Pizza hawaiian, RM15 satu pan. Jika anda memesan pizza, anda perlu tunggu lebih kurang 15-20minit.

Untuk pengetahuan, kopi aisnya ada sedikit rasa hazelnut. Tu yang buat ianya special tu! Mana nak dapat kopi hazelnut RM3 weih?!


Kopi ais & Pizza

Rupa luaran kafe Akar Kopi

Mungkin agak mengelirukan untuk sampai ke sini bagi orang seperti saya. Tapi, jika anda sudah nampak OCBC & UOB, maknanya anda memang sangat hampir dengan destinasi.

Akar Kopi? Saya mau pegi lagi! ;)

~love~


Monday, May 16, 2016

Lagu Viral Kini: Projector - Sudah Ku Tahu

Assalamualaikum,

Harini ada event, baru lepas meeting lagipun.. So takde entry yang nak diupkan. Just nak sharekan lagu yang sedang viral kini.

Lagu ni macam ada kena terkena je.. haahaha.. ;P

Range lagu memang tinggi, susah nak bawak lagu ni.

Enjoy these 2 video clips.

1 daripada original band. Dan 1 lagi video clip daripada Eka AF9 ft Ehsan Ace duet menggunakan apps Smule.

Enjoy!





~love~

Thursday, May 12, 2016

My Mama Kitchen, Gambang

Assalamualaikum.

Ni la dia restoran yang kitorg berhenti untuk lunch tu. Kitorg singgah di My Mama Kitchen, Gambang.

Kepada penggemar nasi kukus, boleh la cuba ke sini. 

Kat sini, unik sikit cara susunan dan cara untuk anda memesan makanan anda kerana dia imitate konsep restoran makanan segera. Sistem kaunter dan tunggu giliran untuk collect order mereka gunakan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:
  1. Jika anda datang secara berkumpulan, bolehlah untuk cop atau pilih port meja sementara ada ahli kumpulan yang lain membuat pesanan.
  2. Buat pesanan di kaunter dengan menentukan menu dan air yang diinginkan. Lakukan pembayaran.
  3. Selesai pembayaran, sila beratur di line untuk pick up your order. Thats why, amat penting untuk anda determine anda beratur di kaunter yang betul ya! If tak, dah buang masa je anda beratur lama.
  4. Ambil makanan anda dan sedia dinikmati.




Nasi yang dihidangkan memang akan menggunakan brown paper tu regardless anda dine in. Jadi, jangan terkejut or tetiba nak garang-garang pulak bgtau kat cashier counter , "I nak dine in, bukan nak tapao!" Hokey?! Manala tau, kot tetiba korang tergarang pulak, mau kena usha slack dengan orang-orang di sekitar.. hikhik..

Mau cuba? Pergila cuba sendiri dan nilaikan. Tak silap saya, restoran ni tak dapat nak jumpa kat Klang Valley. Jadi, jika anda menghala ke Kuantan, bolehlah singgah. Worth to try. :)


~love~

Wednesday, May 11, 2016

Swiss Garden Beach Resort, Kuantan

Assalamualaikum,


Sekitar bulan Februari or Mac baru-baru ni, saje la gi berjalan ke Kuantan.

Kami bermalam di Swiss Garden Beach Resort. Bilik kami menghadap pool. Jadinya, pagi petang memang duk mandi kolam ajela.

Perjalanan ke Kuantan ambil masa dalam lebih kurang 3 jam. Kebetulan pula, jalan pun lancar je. Since kami tiba boleh dikira awal, jadinya kami lunch di Gambang dan menyambung semula perjalanan untuk check in di hotel.

Kami request untuk dapatkan 1 queen size bed. Tapi, yang kami dapat 2single bed. Tu yang kena sambung macam tu. But still ruang bilik hotel luas.





Memang takde plan pun nak ke mana-mana sebab minggu sebelum tu pun dah ronda Kuantan. So, minggu yang ni just lepak kat hotel. More into santai la..

So far, layanan yang diberikan kat hotel Swiss Garden Beach Resort ni memuaskan. Saya bagi 4.5 bintang!

Lagi 0.5 bintang saya tak bagi sebab baju or seluar kitorg hilang masa sidai kat balkoni.. hewhewhew..

~love~

Tuesday, May 10, 2016

Samsung Galaxy Life

Assalamualaikum

Bestlah guna apps Samsung Galaxy Life ni! Meh nak share kenapa saya kata best.

Sekiranya ada pengguna smartphone Samsung, cuba check, ada tak apps Samsung Galaxy Life. Jika takde, boleh anda download apps ni kat Google Play.

Apa yang best dengan Samsung Galaxy Life ni?

Anda akan menerima beberapa tawaran dan free gift yang boleh anda redeem di outlet yang mengambil bahagian.

Sebagai contoh, tawaran yang ditawarkan oleh Kenny Rogers ni. Buy 1, free 1. Tawaran yang sukar untuk dilepaskan! Heheh... ;)

Bagaimana cara untuk anda redeem kupon ini?

  1. Browse kat dalam apps Samsung Galaxy Life. Pilih tawaran kupon atau apa-apa voucher yang anda minat daripada senarai yang diberikan.
  2. Klik "Redeem Now" dan pastikan anda tiba di outlet yang anda pilih tu within 1hour. Sebab tawaran sah hanya 1hour selepas anda klik button redeem tu.
  3. Semasa di outlet, nyatakan yang anda ingin gunakan voucher tersebut dan tunjukkan tawaran tersebut kepada kakitangan yang bertugas di kaunter. Nanti dia akan swipe mana-mana yang patut dan mereka akan ambil no details untuk diorang rekod.
  4. Bayar lebihan yang perlu anda bayar.
  5. Dan enjoy your meal! ;D




Nin diaa~~
Best kan? Dah jimat RM27++ Buy 1 free 1. Just perlu bayar air dan 1 lagi set. Tu pun dah RM50.50.. 

Baru-baru ni pun saya dah redeem Carl's Jr burger Teriyaki Chicken Combo.

Chicken Teriyaki Combo Carl's Jr.

For those yang taktau hal ni, pergi la godek handphone sendiri tu ye! For those yang pakai iphone or Sony, takyah gatal la nak carik, mmg konferm takde.. heheh..

~love~


Monday, May 9, 2016

Hollysmoke Seksyen 13, Shah Alam

Assalamualaikum,

Food review untuk harini adalah di kafe Hollysmoke yang terletak di Seksyen 13. Rasanya kalau wazekan pun senang nak jumpa. Tapi kalau dalam handphone takde apps Waze, anda boleh cari Hospital Bersalin Umra. Restoran ini terletak di belakang blok Hospital Umra, corner lot.

Suasana kafe ini pada ketika kunjungan saya ke sini agak tenang.. TV yang dipasang memaparkan rancangan MTV Channel. Video clip yang disiarkan pula tak berapa sesuai untuk menjadi tontonan umum kerana gerak tari yang ada sedikit unsur-unsur 18SX. Komen saya, better buka rancangan sukan.

Pada ketika ini, customer tak brape ramai pun. Jadinya, kami bebas untuk memilih meja untuk kami bersantap.



Customer service di sini, saya bagi rating poor. Sebabnya, setiap waiter yang ada di situ seperti tidak begitu arif tentang prosedur dan menu set yang disediakan.

Sebagai contoh, saya ada seorang kawan yang memang tabiat dia sukar untuk menghabiskan portion makanan orang dewasa. Selalu sangat tak habis. Sudahnya, kami di sekelilingnya ni la yang akan jadi tukang menghabiskan makanan dia. Oleh itu, kebiasaannya kami akan minta set kanak-kanak untuk dia. So, dapat elakkan pembaziran dan kami juga dapat membanteras pengambilan makanan secara berlebihan ke atas kami. heheheh.. ;P

Jadinya, pada waiter pertama, kami tanya adakah dibenarkan untuk order kids meal.. Waiter A kata boleh. Setelah selesai kami membuat order. Tak lama kemudian, datang waiter B memberitahu bahawa kami tidak dibenarkan untuk memesan kids meal. So, kami terangkan la kat waiter B ni, situasi yang akan berlaku kepada kawan kami ni. "Reason kitorg nak order kids meal ni sebab kawan kitorg yang sorang ni memang jarang dapat habiskan makanan untuk portion orang dewasa. So, untuk mengelakkan pembaziran, tu yang kami nak order kids meal ni. Taknak la membazir sebab membazir tu kan amalan syaiton yang direjam." Wah, sempat selit tarbiah sekali di hujung ayat. Dengan muka keringnya, waiter B tu still tidak dapat memenuhi permintaan kami. Ok, fine...


Poppyseed cake with icecream

Apa yang kitorg order? Kitorg order poppyseed cake with icecream. From my review, keknya kering and ada rasa peti sejuk.. Paham tak rasa peti sejuk mcm mana? Rasa macam hawa peti sejuk tu dah meresap ke dalam kek. Bila kitorg bgtau and request untuk tukar another cake, jawapannya: "Boleh tukar. tapi kita tukar kek yang sama." Pastu kitorg tanya balik, "Kek flavor yang sama tapi dari kek baru ataupun awak akan slice daripada kek yang sama dengan slice ni?" "Kek yang sama daripada slice tu.." Derrrr... yennadeyy, tak selesaikan masalah la weih, no point la kalau korang tukar dengan new slice tapi from the same cake. So bila kitorg demand untuk dapatkan kek flavour lain with the same price, dah dia kata, "Boleh, tapi kita charge as new order..." Bluerghhhh... Tu yang saya kata tadi, customer service dia out.

Lasagna
Lasagna dia pulak, berdasarkan pemerhatian saya terhadap tahap kecepatan kawan saya menelan dan menceduk, adalah di tahap yang sangat slow. Seperti, telan tak mahu, diluah terasa sayang.. Hahah.. ;P

Nachos & Mee Muar
Nachosnya pula tak best. Rasanya kawan saya si Nadia tu buat lagi sedap. But mee muar dia, boleh dipuji. Sedap!

Mac & Cheese
Mac & Cheese ni pulak, kurang creamy and kurang garam. Jadinya, dia seperti tasteless. So kawan saya ni agak frustrated dengan menu yang dipilih. Sebab beliau seorang penggemar cheese dan mendambakan kuah yang creamy and cheesy. So, dia hampa terhadap menu tersebut.

Burger Hollysmoke
Burger ni pula, saya punya order. Nothing special. Tapi kira boleh la.. Takde la teruk rasa dia.. Still boleh makan.

Overall, saya bagi 3 bintang!!



~love~




Aroma Ikan Bakar, Jeram


Assalamualaikum,

Siapa yang suka makan seafood?
Siapa yang mencari port makan seafood selain daripada Muara Ikan Bakar, Port Klang?

Ok, kali ni nak share option lain yang boleh korang kunjungi iaitu Aroma Ikan Bakar, Jeram.

Restoran ni agak ke dalam sikit. Tapi worth to try.

Berikut adalah suasana di luar restoran dan juga dekorasi dalaman restoran.

Gambar gelap sebab against the light
Untuk makluman, restoran ni sebenarnya besar. Ada 3 wings. Yang kat bawah ni je yang kosong pada ketika saya tiba. Yang ni wing sebelah kiri. Yang lagi 2 section tu, open air dan duduk di pondok lesehan. Jika anda berminat untuk makan di pondok lesehan, anda dikenakan bayaran tambahan RM10 untuk setiap pondok.




Kepada sesiapa yang baru first time ke sini, apa yang perlu anda lakukan adalah, setelah anda sampai, anda bolehlah terus pilih seafood dan tentukan masakan apa yang anda inginkan. Kaunter pemilihan seafood berada di hadapan saat kaki anda melangkah masuk ke restoran. Kemudian, korang pilih tempat duduk dan jangan lupa inform no meja anda kat kaunter anda pilih seafood anda tadi.

Saat korang berada di meja, akan tiba waiter untuk mengambil pesanan air, bilangan nasi putih dan beberapa menu tambahan seperti sayur dan juga sup/tomyam.

Ketika anda menanti hidangan anda tiba, boleh lah anda bersiar-siar sekitar restoran sambil memerhati muara laut.

Dan, apabila hidangan anda sudah tiba, makanlah dengan tertib dan nikmati dengan tenang.. heheh ;P

Ok, di bawah adalah antara hidangan yang saya pesan. Untuk Siakap Stim Limau tu, maafkan la yer. Ada gambar akhir je.. Gambar awal, lupa nak snap sebab kebetulan ikan tu sampai lewat sikit daripada hidangan yang lain.
Butter prawn
Review saya:
1. Butter prawnnya kurang sarang-sarangnya. Since saya dah tau macam mana nak buat, so, saya lebih suka butterprawn yang saya buat sendiri..

2. Ketam masak cili - kuahnya pekat and ada letak sedikit serbuk kari

Ketam masak cili

3. Siakap Stim Limau - Sedap! Ikannya pula fresh!

Siakap stim limau

So far, saya bagi 4 bintang!

~love~



Saturday, May 7, 2016

Resepi: Ketam Masak Lemak


Assalamualaikum,

Rindu benar nak berblog dengan tenang. Bukan tak nak jenguk, tapi memang super duper busy weih, lately! Paling ketara bulan lepas la.. Memang sikit betul create and post entry. Report sana sini kena buat. Meeting sana sini kena attend. Memang rimas and lemas. Setiap detik memang terisi dengan membuat kerja yang tak berkesudahan.

Dan ini kali, sempat juga nak berblog dan share resepi. Kali ni nak share resepi ketam masak lemak yang mudah ikut cara saya!



Bahan-bahan:
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Santan
  • Serbuk kunyit sebagai pewarna
  • Garam
  • Air sedikit
  • Ketam
Cara-cara:
  1. Hiris nipis lengkuas, bawang merah dan bawang putih. *kalau ikut sebetulnya, kena blend bahan-bahan ni*
  2. Tumis bahan-bahan tadi. Masukkan serai yang telah dititikkan.
  3. Masukkan ketam dan biarkan ia digoreng seketika.
  4. Kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit.
  5. Biarkan seketika dan masukkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diinginkan.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Tunggu menggelegak seketika, dan sedia untuk dihidang
Mudah je!


Mahu potong tahap kolesterol?
Dapatkan Omega Guard dengan harga yang sangat berbaloi dengan menghubungi saya di WA 0123732589 - EMILIA


~love~




Thursday, May 5, 2016

Nasi Ayam, Tam Nasi Ayam, Seksyen 23


Assalamualaikum,

Lamanya tak berblog~~ rindu weih! Lately memang super busy. Ni pun buat entry ni pun during meeting. hikhik

Pernah dengar tentang kesedapan nasi ayam di Tam Nasi Ayam, Seksyen 23? Lokasi kedainya berhampiran dengan Aeon Big Seksyen 23.

Untuk makluman, di kedai Tam Nasi Ayam ni, menawarkan pelbagai aneka makanan sebab dia buat stall konsep.

Paling femes adalah roti john. Katanya sampai beratur panjang. Saya pun tak try lagi roti john tu. Tapi, saya dah try dia punya nasi ayam. Customer service kat restoran ni memang superb! Laju wei servisnya!

Ni saya dah kelam kabut takdan nak lunch. So saya pun tapao jela.. Baru je melangkah masuk ke kedai tersebut, terus para waiter yang ramah datang tegur dan ambil order. Tak sempat nak browse FB and Insta, terus order tersedia di atas meja.

Tadaa~~ Nampak sedap kan? Yup, memang sedap indeed!


Jadi, tunggu apa lagi, cepat la weih try makan nasi ayam kat sini. Weaahhuu...

Ok, dah turn untuk saya present.

~love~



Ooppsie,
Nak order Collagen Powder Shaklee, boleh WA saya k!
012-373 2589 - Emilia

Hiks.
XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...