Pages

Wednesday, February 29, 2012

Resepi : Sambal Tempoyak

As-salam,

Huhu~~ Kali ni, nak share resepi yg maybe org terer pun akan kata leh buat sebelah mata je. Simple sgt resepinya kali ni iaitu sambal tempoyak. Saya dulu tak reti nak makan sambal tempoy or gulai tempoy ni *tempoy adalah nama glemer yg i bg utk tempoyak* Until one day, my fren Kincik la yg ajar sy makan sambal tempoy ni.. Many thanks to her, sbb bukan je dia ajar mcm mana cara nak makan, tp beliau turut ajar mcm mana nak buat. Very the simple uols! Ok, sile rujuk bahan2 dan cara2 seperti di bawah, okeh! ;)

Bahan-bahan:
5-6 biji cili padi *if nak pedas lebih, letak la lebih*
Sejemput kecik ikan bilis hidup *Jemput guna ujung2 jari je, nak kira ikan bilis tu, tak terkiro la den kan*
2 sudu tempoy

Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi dan juga ikan bilis hidup *ikan bilis hidup = ikan bilis mentah* Pastikan telah dibasuh yer kedua-dua bahan tadi.
2. Setelah itu, campurkan tempoy dan gaul sebati.
3. Sedia dihidang atau leh buat stok utk mencicah di masa hadapan.



p/s: sedap dimakan dgn ulam2an dan jugak pekasam..yummeeh! ;)

Monday, February 27, 2012

Resepi : Ikan Kembung Stim 3 Rasa

Aloha!

Wah, February nyer entry mcm kerap je kuar entry dari dapur ke dapur eks? huhu..ntah, smangat lebih lak nak share resepi2 sesedap rasa I ni.. Wokie dokie, kali ni nak share resepi masak stim 3 rasa ikut cara saya!

Bahan-bahan:
2 inci halia yang dipotong nipis
6-7 biji cabai burung a.k.a cili padi
4 ulas bawang putih yang telah diketuk *if nak hiris nipis pun boleh, tp i prefer ketuk*
1 batang serai yang telah dihiris halus
3 sudu minyak masak
2 sudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
3 ekor ikan kembung yang telah dibersihkan dan dilumurkan asam jawa
1/2 or 1 cwn air
Garam
Gula

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan minyak bijan
2. Tumiskan cili padi+halia dan juga bawang putih. Tumis sehingga sedikit layu
3. Masukkan serai, tumis lagi sehingga naik wangi
4. Masukkan sos tiram diikuti air. Biarkan ia mendidih sebentar *agak2 la nak kuah byk mana, ikut kesesuaian yg disukai*
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan gaulkan lagi
6. Masukkan ikan yang telah dilumur dgn asam jawa supaya terdapat rasa masam2 sikit pd kuah. Kemudian perlahan api kepada api sederhana dan tutup


Stim 3 rasa in the making
7. Balikkan ikan tadi apabila dah mendidih. Kemudian biarkan lagi beberapa ketika dan tada~~  Sedia dihidang.



Tada~~ sudah siap!




** Nak tau ikan tu dah masak ke belum, tgk je kat mata dia.. if dah bertukar jadi kaler putih, means dah masak la tu. Ikan tak perlukan tempoh masak yg lama. Lgipun kita tutup pun kan tadi.. ;)

** Owh lagi satu, boleh la hiaskan daun ketumbar kat atas, bg nmpak menarik. I takde stok daun ketumbar, tu yg camgitu je. Jgn lupe try,k! Insya Allah sedap.. ;)


p/s: mau masak apa lagi ya?

Monday, February 20, 2012

Resepi : Kerang Goreng

As-salam,

Di lewat petang nan mendung ni, nak share kaedah utk menggoreng kerang. Kalau nak diikutkan, saya suka makan kerang bakar cicah dgn sos cili thai.. pergh! kombinasi yg superb mmg terangkat la.. tp since nak hidupkan bara api sikit punya lama hanya utk membakar seplastik kerang, mmg la amat tidak berbaloi. Ada je alternatif lain iaitu dgn bakar guna stove + pan yang leper tu kan.. tp yg tu takde kick la.. so, my mom alter la.. daripada kerang bakar, kepada kerang goreng.

If anda pernah pergi mkn kat Warung R Aida kat Seksyen 6 *berhadapan dgn pasar Seksyen 6 tu* kat situ dulu ada jual kerang bakar..then maybe dia pun mempunyai pendapat yg sama mcm saya kot, so dia skrg jual kerang goreng jugak. Bahan yang digunakan minyak n bawang merah. Tp, rasanya tidaklah sehebat yg saya buat ni. Nak tau camana nak buat kerang goreng cara ibu saya? Saksikan~ *eceh, dah mcm VT utk Raja Lawak 6 plak.. ;P*

Bahan yang diperlukan tak byk, jadi ia merupakan hidangan yang mudah dan tidak merenyahkan.

Bahan-bahan:
- Seplastik kerang yang boleh dibeli di pasar *pastikan telah dibasuh bersih dan bebas dari selut pasir*
- 1 1/2 senduk minyak

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan minyak
2. Setelah minyak telah panas, masukkan kerang yang telah dicuci bersih.
3. Gaul sebentar, adjust kpd api sederhana dan tutup
4. Setelah beberapa minit *bila tgk kerang tu dah ternganga2* bolehlah dipadamkan api, angkat dan sedia dihidang.


Sang kerang sedang bersauna..ekekek.. ;P

Cepat dan mudah kan? Tak perlu garam, tak perlu serbuk kari atau perahan santan. Kenapa tak perlu letak garam? Sbb kerang tu pun dah masin.. so, kurang2kan la pengambilan garam tu.. jaga kesihatan tu.. byk lagi benda yg kita kena jaga selain drp diri sendiri, ye tak?

Inilah hasilnya! ;)


Maveles! Nyum! ;)


Hidangan sesuai dimkn bersama sos pencicah if nak ratah gitu je la.. If tak cicah pape sos pun still maintain sedap! ;)





p/s: for those yg ada arthritis, anda tidak digalakkan makan berlebihan kerana kerang mengandungi uric acid yg tinggi.







Friday, February 17, 2012

Anak Itik Tok Wi

Anak itik tok wi mandi dalam kolam
Sakit apa tok wi, sakit sendi tulang
Ubat apa tokwi? ubat limau lelang

.... pastu apa ek? adeh.. lagu kekanak riang ribena ni dulu lancar je nyanyi time kekecik, skrg tidak lagi kuingat liriknya.. nampak sgt saya dah lama meninggalkan zaman kekanak..huhu.. ;P

As-salam,

Kali ni nyer entry nak mereveal kajian yg saya lakukan *xde sape2 suruh pun, sndri suke2 buat observation n kesimpulan* which saya rasa anda mungkin bersetuju dgn pendapat saya. Tajuk kajian adalah 'Lihat saja pada profile picture, sudah dapat diketahui status pemiliknya.' *Ok tak tajuk ni? hehe.. ;P* Kajian kes ini lazimnya berlaku kepada kaum hawa. Kaum adam pun ada jugak mcm ni, tp tak brape obvious sgt. Boleh dikira sebagai kes terpencil je la.

Sekiranya anda rasa sceptical dgn status rakan anda di facebook, anda hanya perlu melihat pada profile picture sudah memadai. Kerana pada profile picture sudah dpt diketahui rentetan perjalanan hidup dia. Tak percaya? Meh saya berkongsi sedikit rahsianya. *eceh, mcm jurucakap arkeologi je gayanya..hahah.. ;P* Mari kita mulakan!

Jika rakan anda masih lagi solo, gmbr yg diletakkan ialah sama ada gmbr beliau sahaja *ala, gmbr standard la..camwhore..hehe*, gmbr beliau bersama adik-beradik/sepupu/anak buah atau gambar beliau bergambar poyo *iaitu gmbr beliau mendongak ke langit/tunduk ke bumi dan seangkatan dgnnya.*

Seterusnya jika rakan anda telah memasuki fasa dalam hati ada taman *ala, dah ada kapel la maknanya* beliau akan meletakkan gmbr beliau pergi ke kenduri kahwin rakannya yg lain dan bergambar bersama si dia *ambik berkat katanya* atau mereka juga gemar utk meletakkan gambar yg separuh2 muka ni.. Contoh: kamera zoom in kat bahgian dagu tp di sebalik blakang tu ada gambar pasangannya yg telah diblurkan *teknik kamera la ni.*

Kemudian, jika cinta yang disemai tu pun bersemi, dah tentu akan ke peringkat seterusnya bukan? Lepas kapel, dah tentu tunang kan? So, mereka akan meletakkan gmbr mereka tersenyum anggun di pelamin mini rekaan mak andam atau gambar bakal ibu mertua menyarungkan cincin ke jarinya atau gambar beliau menunjukkan cincin yg telah tersarung di jarinya *kiranya nak habak la, "I'm taken." so lelaki yg duk admire tapi takde kekuatan utk meluahkan rasa cinta kat dia dah tentu akan memecahkan empangan airmata..uhuk3..*

Selepas beberapa bulan, gmbr tersebut akan bertukar lagi. Dah tunang, msti kawin la derr.. So, utk minggu pertama usia perkahwinan, akan diletakkan gmbr time akad nikah. Takpun gmbr tgh tersenyum berseri di atas pelaminan di hari bahgia. Gambar ni biasanya tak lama sgt.. Ada la dlm 2-3 minggu. Lepas tu, ia akan bertukar lagi iaitu gmbr honeymoon. Tang ni ada gmbr yg mcm rasa tak sesuai utk dipertontonkan kepada rakan2 yg masih lagi solo molo ni.. yela, gmbr intimate kot.. ada yg bergambar kat atas katil, kat tepian pantai dgn posing yg ehem2..haih.. bikin jeles je..hahah.. ;P Gambar ni pun tak lama, sebb ia akan bertukar semula ke gmbr kenangan hari perkahwinan mereka. *yela, photographer profesional pun dah bagi dah gmbr yg dorg shoot masa outdoor shooting tu kan skali ngan album2 n  storyboard bagai.* Gambar ni akan bertahan lama sehingga mereka telah ke fasa yang seterusnya. Apa kah ia?

Fasa bila si isteri telah mengandung.. Pada awal usia kandungan, just diletakkan gmbr yg sendiri2 tangkap means si suami la yang tangkap gmbr isterinya. Disebabkan sekarang dah menjadi trend utk berphotoshoot ketika mengandung and biasanya juga dilakukan oleh jurugambar profesional. Normally photoshoot ni akan dilakukan apabila usia kandungan dah memasuki 7 bulan ke atas. Sbb waktu ni dah dpt diketahui jantina baby yg dikandung, so mudah la tugas si photographer nak tambah props utk membantu mencantikkan lagi gmbr yg dihasilkan. Makanya, akan diletakkan la gmbr yg terhasil drp angle dan sentuhan editting sang jurugambar tu. *query jugak, sampai anak yang ke seterusnya ke akan dilakukan photoshoot camgini?*

Ok, apabila kandungan telah mencapai tempoh matang *wah lao weih, ayat mcm jwb paper Bio je.. ;P* dah tentu akan bersalin kan.. so, gmbr yg diletakkan adalah gmbr baby tu baru dideliver *masih dlm balutan kain hospital tu* atau gmbr baby dlm crib kat hospital tu. Kemudian, dah selesai tempoh berpantang, majlis akikah pun dibuat. Sekali lagi profile picture akan bertukar lagi iaitu gmbr baby sekitar majlis akikah tu.

Selepas itu? Apakah yang anda bakal lihat? Anda akan lihat profile picture tu akan diletakkan gmbr anak dia je.. Gambar dia dah langsung takde dah.. gambar dia n husband pun takde.. if nak ada pun, gmbr time beraya which dlm gmbr tu ada dia+husband+anak. Tu bila anak sorg. Tp bila dah ada anak lebih drp sorg, akan diletakkan gmbr yang mengandungi anak pertama+anak kedua+anak ketiga+...+ Senang cite, gmbr anak2 dia la..hehe.. ;)

Betul tak? Amacam, setuju tak dgn pendpat saya? ekekeke... ;P Yups, tu hak individu.. Punya suke la kan.. Jadi nak ckp kat sini, tu adalah normal. Dan tu jugala boleh dikatakan sebahagian drp kitaran hidup manusia. K la, eden nak mandi yo.. If ada kesalahan fakta auta ni, harap dimaafkan. Jika ada yg tersinggung, harap diampunkan. Peace no war, okeh~




p/s:  ni baru perihal gmbr profile..belum lagi status update lagi..hehehe.. ;) Peace! (",)v




Thursday, February 16, 2012

Resepi : Sambal Udang Petai

As-salam,

Ni nak share resepi sambal udang petai. *maaf sesangat, i lupa nak snap gmbr..waaaa.. T_T* Takpela, even tak snap gmbr, i sudi nak berkongsi resepi, kira ok la ek..harap dimaafkan yea~ hik3.. ;P

**NOTA: bahan dan resepi adalah mengikut citarasa saya, takde specific grammage *dlm bahasa utara: ikut dan je*

Bahan-bahan
Semangkuk udang yang telah dibersihkan
3papan petai yang telah disiang
2 genggam cili kering
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
Air
Minyak

Cara-cara:
1. Terlebih dahulu, rendam dan bersihkan cili kering
2. Gorengkan terlebih dahulu cili kering dan juga bawang yg telah dipotong kasar sampai wangi.
3. Blendkan cili kering dan bawang tadi
4. Sementara tu, panaskan minyak, pastikan minyak tu betul2 panas, then baru tuangkan bahan yg telah diblend tadi.
5. Tunggu sampai cili masak iaitu apabila melihat telah pecah minyak *Guna kaedah masak atas masak - iaitu tambahkan air sedikit demi sedikit apabila melihat sambal jadi kering, then gaul n tunggu lagi bg sampai naik minyak*
6. Masukkan udang, biarkan smpai air udang keluar habis
7. Masukkan garam dan gula merah secukup rasa *if nak rasa pedas2 manis, letak la gula merah tu lebih sikit*
8. Akhir skali, masukkan petai dan siap utk dihidang~



***** SELAMAT MENCUBA *****



p/s: sorry sesangat..dah setel makan, baru tingat "Aiyaaakkk~~ lupa nak snap gmbr~~" hukhukhuk..


Thursday, February 9, 2012

Malam yang Sepi Pi Pi

Malam yang sepi pi pi..
Pak Mat jual kopi pi pi..
Kopi yang enak nak nak..
Pak Mat jual anak nak nak..
Anak yang hilang lang lang..
Pak Mat jual gelang lang lang..
Gelang yang patah tah tah
Pak Mat jual getah tah tah
Getah yang putus tus tus
Pak Mat jual tikus kus kus

Erk..sudah lupa la..huhu... ;P

As-salam,
hurmm..taktau nak update apa memalam camgini. Tu yg starting dgn lagu zaman kekanak riang as opening. Cuti lama bebaru ni pun takde buat apa pun.. Keluar ke mana2 pun tak. Just duk umah je.. Yela, if kuar, duit pun kuar lalu habis.. So, just rehat je la kat umah..

Harini dah Khamis.. Esok Jumaat, then, dah nak jumpa dah wiken balik.. Yeay~ Oh ya, minggu lepas ada kuar utk bayar duit kete.. *see! Kan dah kata, if kuar msti duit pun kuar.. gua cakap lu..* Lagi 2 tahun baby Ronaldo i tu akan jadi milik i sepenuhnya uols! Dah ujung2 ni rasa semput gak nak membayar.. Belum service lagi si ronaldo tu even dah smpai masanya..haih..

Hujung minggu ni nak buat apa ek? Nak sharpkan lg skill masak la ingatnya..*mana la tau, dgn cukup haul skill memasak, jodoh pun tiba.. Amin.. ;)*  Ye, saya nak sgt kawin! *wah, pengakuan jujur tak boley blah nieh.. hik3* Haritu dah buat kari ikan, gulai tempoyak ikan patin pun dah sudah cuba, asam pedas tenggiri pun sudah layan, sambal udang pun sudah.. Erm, ingat wiken ni nak masak udang sambal petai la.. cam best je.. oh ya, bila nak buat risotto ek? Berasnya dah ada dah dekat setahun kot.. huhu.. ;P If saya rajin, saya akan buat entry resepi risotto okeh! Doakan saya rajin utk buat risotto and snap gmbr bila tgh buat risotto tu.. Sbbnya, saya ni ya amat pemalas la nak snap2 gmbr.. kekadang, gmbr dah ada, tp malas nak edit.. kekadang gmbr dah siap edit, tp malas nak buat entry.. Camno tu? haish..

Okla, rasa nak tdo la.. Kesan pengambilan susu kambeng sudah terasa.. Perut sudah selesa dibalut dgn susu, makanya, mata pun rasa mengantuk.. Chow! Luv u~



p.s: lama dah tak sebut ayat 143 ni.. hurmm... =)



Thursday, February 2, 2012

Movie Review - Journey 2 : The Mysterious Island

As-salam and selamat pagi!

Sudah lama rasanya tidak menonton muvi di pawagam.. *erk, yeke? 3 minggu sudah bukan kah sudah tgk cite Darkest Hours yg meraban ape ntah tu.. hehe.. ;P*

Bebaru ni, since i pun dah penat menelaah pelajaran, so my mum pun bg pelepasan utk i kuar enjoy and cuci2 mata. Hari Ahad nan indah, sekitar pukul 10.30am mcm tu, my partner dtg fetch me and drove the car menuju ke OU. Nak mendapatkan parking pada hari tersebut tidaklah susah pun, kerana kami tiba awl. Sesampai je di sana, kami terus redeemed ticket wayang Journey 2: The Mysterious Island 3D yg telah dibooked pada hari seblmnya. Sebnyk 4 tiket telah selamat berada di dlm purse saya, maka kami terus langsung memanjangkan langkah utk berjalan2 di dlm OU. *Jap, nape 4 tiket bukan 2? sbbnya i g tgk ngan my sis oso maa...dah terjawab persoalan kan? so leh kita sambung ek~* Ni nak bgtau ni, OU telah byk berubah gua cakap lu~ Taktau la kot i je yg dah lama tak menjejakkan kaki ke sana. Tp siyes, kami agak kesesatan di dlm mall tersebut.. I kan dah lama tak kuar dating2 ni malah sudah lupa dgn istilah ngedate ni.. So mana la nak familiar with the shopping mall even taktau pun apa progress or which mall yg happening. Siyes, dah lama tak updatekan diri uols~ While si dia pun lebih kurang mcm i jugak, dia pun last gi 2thn lepas kot sbb nak shopping raya katanya.. *cute tak? leh lak sesat barat dlm OU tu?haha..cute ke?bluwekk.. ;P*

Sume kedai kaki kami dah masuk, sume level kami dah tawaf *ececeh.. takdela sume, saje je nak bg sedap cite..hik2* so perut pun sudah rasa lapar. Makanya terus saya menelefon kakak sy yg ketika itu pn sudah smpai bersama kwnnya. Kami menuju ke Chilli's utk lunch. Wayang start pukul 4.10pm, so mmg kami santai je la berlunch ketika itu kerana masing2 telah menunaikan tanggungjawab sbg hambaNya terlebih dahulu.

WOkeh, masa utk mereview cite nih, yeyeh~ ;D

Anda pernah tgk cite Journey to the Centre of the Earth? Haaa...cite yg ni lebih kurang mcm sambungannya la.. lebih kurang je tau, means if korg tak penah tgk cite yang sy sebutkan tadi, still korg leh ikuti citenya.. ;)  Barisan pelakonnya tak ramai iaitu; Dwayne Johnson (The Rock), Michael Caine, Josh Hutcherson, Kristin Davis (pelakon Sex & The City), Luis Guzmán and Vanessa Hudgens.

Perjalanan citernya agak cepat, takde la melalut2 sgt. Part kelakar start bila dorg nak mula mengembara sampai la ke penghujung cite. Ada je yg buat kita ketawa dgn dialog and aksi dorg. Pada awal2 je yg mcm menarik and rasa mcm comel je bila binatang2 yg besar jadi saiz kecik je.. *bygkan, gajah pun leh selamber badak je kita dukung, bukankah cute jikalau dunia sebnr gitu?* 

Memandangkan kami amik yg 3D punya, so dia mcm tak byk sgt aksi 3D yg mcm 'Wow' if nak compared dgn citer Avatar in 3D mode. Siyes, masa sy tgk cite Avatar dulu, mmg rasa mcm kita kat dunia Avatar tu, dgn warna2 yg cantik, byk benda yg pelik2 yg kita tgk pun mcm best je if betul2 wujud, pastu effect dia mcm betul2 timbul.. Tp kat dlm cite ni, dia tak tekankan sgt binatang2 yg pelik2 or cantik2 sepanjang pengembaraan dorg tu.. Pendek kata mcm tak rasa la kita ni sedang join pengembaraan dorg tu.. Tu la yg i nak ckp..

 So overall, i gave 3.5/5 as compared to Avatar & Journey to the Centre of the Earth tu, i bg 4.5/5.. *jap, pe melalut ni?hope korg paham la ek apa yg i nak ckp..bley tak? ;P* Tak sure la pendapat korg mcm mana kan. Tp why not, korg spend masa tgk cite ni. Citer ni sesuai ditonton bersama family, kengkawan n pasangan memasing. And bila dh tgk, adakah sama pendapat korg dgn sy yg sbnrnya bukan reti sgt nak buat entry review pasal muvi ni.. *tehehe... ;P* Kerana sudah terbukti, paragraph review muvinya tak sampai sejengkal pun panjangnya..ekekeke.. harap dimaafkan la ek! ;)






p/s: Pasan tak, byk kali word cute and comel diulang2? *ntah, rasa cam comel je nak guna perkataan comel & cute..heheh... ;P* 

Wednesday, February 1, 2012

Happy Chinese New Year, Chap Goh Meh & Selamat Hari Wilayah

As-salam,

Wah, cam terlambat je nak wish for those yg celebrate perayaan ni kan! *elo, mmg dah terlambat dah pung* Takpela, even dah habis dah pun perayaan ni, but still ok la kan nak wish.. better late than never..huhu.. ;P

Kepada pekerja yg lokasi anda bertugas di Wilayah2 Persekutuan; K. Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Selamat Bercuti~ KL pasti lengang dgn jammed, tp sesak dgn org yg keje kat KL tp still gatal nak shopping kat KL. Kesimpulan? KL mgkin jammed jugak..heheh... :P







p/s: Tahun ni takde beli or dpt limau lokam tu pun..hurmm... tu yg tak feel CNY tu..ekekek.. ;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...