Pages

Tuesday, October 25, 2011

Apabila Perempuan Menangis

As-salam readers,

Suka saya nak share kat sini artikel ni. Enjoy reading! ;)


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...


Photobucket


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai seseorang, dia mula merendahkan egonya semata-mata kerana lelaki itu..

Apabila dia menangis di hadapan lelaki istimewa di hatinya,

Apabila dia menangis kerana lelaki itu,

Pandanglah matanya,

Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?

Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,

Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,

Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati,

Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Wahai Adam,

Cuba ambil masa untuk berfikir,

Jika si dia menangis hanya kerana anda,

Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,

Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Kerana suatu hari nanti, ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,

Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “Maafkan saya…”

Wahai Adam,

Jika seorang perempuan menangis kerana anda,

Janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.

Beradalah disisi dia,

Temani dia,

Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Wahai Adam,

Jika seorang perempuan menangis kerana anda,

Janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.

Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Wahai Adam,

Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.

Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...





p/s: Perempuan ibarat ikan. Jika anda berjaya mengail ikan, jgn dilepaskannya semula di lautan. Kerana anda akan menyeksanya apabila kail telah menyebabkan dirinya luka berdarah, tak daya utk makan dan akhirnya ia mati di lautan luas itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...